Friday 31 May 2013

Gajah dan Harimau Bertarung, Kucing dan Tahinya Dapat Nama

Saingan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang terpaksa ditangguhkan gara-gara kapasiti penonton dalam stadium Darul Makmur melebihi jumlah hadnya. Kapasiti penonton hanyalah sebanyak 30, 000 namun tiket yang terjual melebihi 60, 000 orang. Dalam keadaan stadium yang sedikit tegang, kamera berjaya mengambil aksi spontan seekor kucing berak di atas padang akibat tidak tahan dengan sikap penganjur yang terpaksa menangguhkan perlawanan. Adegan berak tanpa segan silu ini telah menaikkan nama kucing jalanan tersebut tanpa sedikit pon rasa kesal walaupun aibnya dibuka dikhalayak ramai. 


Aksi panas kucing tersebut bukanlah kemuncak kepada penangguhan perlawanan tersebut. Terdapat unsur provokasi yang sememang sebati dalam industri bola sepak. Tetapi adalah tidak wajar apabila juga terdapat balingan batu dari pihak tertentu yang menyebabkan keadaan sekitar padang bertambah tegang. Namun nasib baik takde yang mati akibat dibaling samada batu, botol air dan sama waktu dengannya. Tindakan denda oleh FAM kepada kedua-dua persatuan bola sepak negeri dan perlawanan kedua di Stadium Putra Bukit Jalil akan dijalankan pada 1 Jun 2013.


Main point yang aku nak sampaikan dekat sini bukan isu kucing berak atas padang atau isu baling batu. Dalam segi positif aku dapat rasakan impak penyokong bola sepak terhadap pasukan bola sepak negeri semakin rancak dan menarik ramai minat sejak akhir-akhir ini. Ultras setiap negeri tanpa henti menyokong pasukan negeri masing-masing walaupun ada yang  banyak jatuh dari bangun. Penuh stadium dengan lautan manusia. Tapi aku harap dorang sempat sembahyang la sebuelum datang stadium tu..Macam aku orang Johor turut berbangga kerana peranan Tunku Mahkota Johor yang menjadi pemangkin segera merancakkan industri bola sepak Johor yang lama menyepi sejak era awal 90-an. Bukan sahaja  di Johor malah di setiap negeri juga masing-masing menunjukkan peningkatan kehadiran peminat.

Malangnya masih ada segelintir pihak penyokong yang bertindak diluar kawalan dan menyebabkan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku, terjadi. Dari ko baling botol, baik ko bagi botol elok-elok kat orang tu dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan berhemah..aku rasa takde orang wat macam tu kot. Badan induk bola sepak Malaysia seharusnya lebih telus dalam menangani isu ini dengan bijaksana walaupun sekian lama kreadibilitinya seringkali dipertikaikan oleh masyarakat setempat yang sayangkan bola sepak.


Tuesday 30 April 2013

Bendera Yang Pernah Berkibar Sebelum Penubuhan Malaysia

Semua orang tahu yang Jalur Gemilang adalah nama bagi bendera Malaysia. Ia adalah salah satu lambang yang mewakili negara kita. Mempunya 14 jalur merah putih yang melintang. Bintang 14 bucu dan bulan sabit yang setiap satu mempunyai makna tersendiri. Sebelum berkibarnya Jalur Gemilang, pernah tak korang terpikir bendera apa yang pernah diguna pakai sebelum penubuhan Malaysia. Dekat sini aku nak tunjuk antara bendera-bendera yang pernah diguna pakai sebelum ini dekat Malaysia. Atau secara sejarahnya, sekitar Tanah Melayu, Sarawak dan North Borneo.


1. Empayar Portugis (1511-1641)


2. Syarikat Hindia Timur Belanda (1641-1795)



3. United Kingdom (1795-1942)-(1945-1957)


4. Negeri-negeri Selat (1826-1946)


5. Kerajaan Sarawak (1842-1946)


6. Borneo Utara (1882-1946)


7. Negeri-negeri Bersekutu (1895-1963)


8. Empayar Jepun (1942-1945)

9. Koloni Mahkota British Sarawak (1946-1963)


10. Persetukuan Tanah Melayu (1957-1963)


Sebenarnya banyak lagi empayar yang pernah bertapak di sekitar Malaysia seperti Empayar Kesultanan Sulu (Sabah Timur), Empayar Kesultanan Brunei (Sarawak dan Sabah), Empayar Kesultanaan Melaka, Empayar Kesultanan Johor-Riau, Langkasuka, Kedah Tua dan banyak lagi. Cuma tidak diketahui secara rekod samada mereka mempunyai bendera rasmi atau tidak. Untuk pengetahuan umum, bendera paling lama yang masih diguna adalah bendera Denmark iaitu sejak tahun 1219. Maksudnya lambang dalam bendera Denmark telah dibuat pada tahun tersebut hingga kini.

Sunday 31 March 2013

Merampas "Tempat" Sebagai Titik Tolak Untuk Memusnah "Tempat"

Fuh..lama sangat aku tak menulis dekat blog ni..hampir dua bulan aku tak berceloteh..rindu-rinduan pulak rasanya hendak bercerita..Tapi banyak sangat benda yang menghalang untuk aku mengarut dekat blog ni dek kesibukan final year project yang dah start, kena turun ladang setiap minggu, buat kertas kerja untuk pogram keluar negara, assignment mencurah-curah, ujian pertama yang baru selesai..Susah rupanya nak menulis kalau masih student..nak-nak kalau dah nak final year.

Lupakan sementara berkenaan live seorang student, dekat sini aku nak berkongsi cerita. Kali ni aku nak berkongsi info mengenai sejarah pulak. Pagi tadi selepas makan, kawan aku ada  bercerita tentang sebuah tempat yang dirampas dan menjadi titik tolak untuk memusnahkan sesuatu tempat.Apa yang diceritakan adalah dari filem yang diadaptasi dari kisah benar. Kisah perang dunia ke-2 rata-rata orang masih ingat berkenaan perperangan melibatkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jepun, British dan tentera Nazi. 

Masihkah ingat berkenaan serangan Jepun ke atas pengkalan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbour Hawaii pada 1941 telah menjadi satu igauan ngeri bagi pihak Amerika Syarikat. Bayangkan musuh yang sejauh lebih 9, 500 km mampu memusnahkan pengkalan yang dikawal ketat. Serangan yang dilancarkan pada waktu subuh bukanlah dimulakan di tanah besar Jepun itu sendiri, sebaliknya terletak di sebuah "pulau" terpencil di tengah-tengah lautan Pasifik milik Jepun. Bekalan minyak tidak akan mencukupi sekiranya tiada minyak tambahan dibekalkan untuk penerbangan jarak jauh.. Ia juga meningkatkan kos minyak dan meningkat risiko kehilangan atau kematian sekiranya minyak habis dan tak tau nak landing dekat mana kalau berada kat tengah-tengah laut.

Dipendekkan cerita, pihak Amerika Syarikat merancang pelan untuk merampas "pulau" tersebut untuk dijadikan markas tentera di tengah-tengah perairan Pasifik. Kelebihan "pulau" tersebut adalah mempunyai landasan kapal terbang dan ini sudah cukup untuk pihak Amerika Syarikat merampas dari Amerika. Akhirnya pada tahun 1942, pihak tentera Amerika Syarikat berjaya merampas "pulau" tersebut dalam peperangan yang dinamakan Pertempuran Midway (Battle of Midway). Akibat rampasan itu bermulalah titik tolak kemusnahan empayar Jepun.. Di mana pihak tentera laut Jepun tidak lagi  berkuasa di perairan Pasifik. Selepas kejadian itu, Pulau Iwo Jima pula dirampas dan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki berlaku.Semuanya bermula akibat rampasan "pulau" tersebut.

Bayangkan sebahagian negara kita kalau ditakluk. dan kawasan itu berkemungkinan menjadi pengkalan tentera untuk pihak musuh dan dengan cara itu mereka dapat menawan negara kita. Tak mustahilkan. Dalam isu peperangan melibatkan pencerobohan orang Sulu di beberapa bahagian pantai timur Sabah seperti Lahad Datu dan Semporna. Kalau mereka mempunyai kelengkapan senjata dan bilangan anggota pemberontak yang mencukupi, kebarangkalian hal penaklukan berlaku masih ada walaupun dalam peratusan yang kecil. Pihak keselamatan negara pasti mempunyai cara tersendiri untuk memastikan keselamatan negara terus terjamin. Teruskan lah berdoa agar negara kita kekal aman dan selamat untuk kesejahteraan rakyat Malaysia bersama.

Sunday 3 February 2013

Benda Paling Mahal di Dunia

Orang sering berkata masa sangat berharga. Namun kalau masa mampu dijual aku yakin ia bukan lah mahal sangat sebab kebanyakkan manusia sememangnya tidak menghargai masa. Kalau benar seseorang menghargai masa, istilah bosan takkan wujud di dunia. Kasih sayang juga dikatakan tidak ternilai. Namun ada masa kita hargai dan ada  masa kita abaikan

Masa, kasih sayang dan hampir semua perkara yang tidak dapat disentuh, secara logiknya ia tidak dapat dianggarkan dengan nilai mata wang. Kebanyakan dari kita menaksir emas sebagai bahan paling berharga di dunia. Kini harga emas mencecah $56/gram. Harga emas sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut pasaran. adakah itu cukup menunjukkan emas merupakan benda yang paling mahal. Di sini, aku nak cerita tentang benda paling mahal di dunia.

10. Heroin $130/gram


Bukan gandingan hero dalam mana-mana drama romantis seperti gandingan Ersalina dan Zain dalam cerita Setia Hujung Nyawa slot Akasia di tv3. Heroin yang dimaksudkan adalah sejenis dadah atau nama stylo nya morphine diacetate. Serbuk bewarna putih, pahit dan bau tidak menyenangkan. Asalnya digunakan untuk tujuan perubatan tetapi di salah guna dalam penyeludupan dadah. Antara dadah yang paling berbahaya terhadap kesan sampingan pada manusia

9. Kokain $215/gram


Menjual dadah sememangnya menguntungkan. Jauh lebih menguntungkan dari menjual dadih atau menjual perkakas rumah. Tidak hairan manusia yang berakal pendek sanggup menjual dadah walaupun tahu akibatnya. Samada penjara atau hukuman mati. Kokain berasal dari daun pokok koka. Dadah yang famous and biasa digunakan kerana kesan perangsang, meningkatkan kecekapan dan menambahkan mood supaya lebih baik. Kononnya. Dianggarkan kokain 645 tan dihasilkan  pada 2005 di seluruh dunia.

8. LSD $3000/gram


Juga sejenis dadah yang tidak berbau, jernih dan sedikit pahit. Namun LSD (Diethylamida asid lisergik) mempunyai tahap kesan sampingan yang lebih rendah berbanding kokain dan heroin yang menjadikan ia lebih mahal. Untuk tujuan penyamaran, kebanyakan LSD dilarutkan pada kepingan kad kertas untuk mengelakkan diketahui pihak berkuasa. Dos sebanyak 20-30 mikrogram sudah cukup untuk bahan psikoaktif ini memberi kesan terhadap pengguna.

7. Plutonium $4000/gram


Terkenal kerana digunakan sebagai rod bahan api dalam reaktor nuklear. Antara unsur yang sangat sukar ditemui menjadikan ia sangat mahal. Bahan radioaktif juga merupakan sumber tenaga yang cekap. Digunakan sebagai bahan api untuk pelayaran Kapal angkasa lepas Voyager 1 pada tahun 1977 yang digunakan untuk mengambil gambar planet Musytari, Uranus dan Neptun pada jarak dekat. Bahan api itu masih boleh bertahan sehingga 2025. Kalau dijadikan bahan api untuk kereta, sampai ke tua agaknya takkan habis.

6. Painite $9000/gram


Merupakan mineral borat yang sangat susah dijumpai. Ia pertama kali dijumpai di Myanmar pada 1950-an. Digunakan sebagai batu permata dan merupakan batu permata yang paling jarang ditemui di dunia. Sehingga tahun 2004, hanya 2 batu permata sahaja berjaya dihasilkan. Baru-baru ini banyak lokasi penemuan painite ditemui di utara Myanmar. Rasanya kena tukar la. bukan masa itu emas. tapi masa itu painite. Hmm, canggih sangat pepatah ni.

5. Taaffeite $20,000/gram



Sebelum ini ia disalah anggap sebagai spinel. Juga merupakan antara salah satu mineral batu permata yang jarang ditemui. Oleh sebab ia jarang ditemui, kegunaan taaffeite hanyalah untuk membuat batu permata. Biasanya terdapat dalam warna violet, jernih, merah dan merah jambu. Taaffeite merupakan mineral pertama yang mengandungi berililium dan magnesium sebagai komponen utama yang di nilai dalam batu permata. Pertama yang jarang ini semakin ditemui di Sri Lanka dan selatan Tanzania.

4. Tritium $30,000/gram


Salah satu isotop hidrogen selain protium dan deuterium. Digunakan sebagai lampu jam (Luminox), lampu penanda jalan dan lampu peta. Tetapi bukan lampu biasa kerana elektron yang dipancarkan dari reputan radioaktif dengan jumlah yang sedikit pada fosforus menyebabkan ia menyala sendiri dan kekal bersinar dalam gelap. Juga digunakan untuk senjata nuklear. Sifat radioaktifnya tidak berbahaya kepada pengguna kecuali tertelan la. Permintaan komersial sebanyak 400 gram setiap tahun dihasilkan menyebabkan harganya melambung-lambung tingginya.

3. Berlian $55,000/gram


Bahan yang paling keras di dunia. Namun ia tidak begitu sukar untuk ditemui. Berlian dinilai dengan warna, berat, kejelasan, memotong, dan yang menentukan sama ada batu ini hampir kepada kesempurnaan. Biasa digunakan sebagai batu permata yang sangat berharga. Ni kalau ada orang pakai dah kira kaya la. Disebabkan bahan paling keras, ia dijadikan mata gerudi dan gergaji halus dalam industri. Berlian yang besar dan menghampiri ciri kesempurnaan semakin mahal kerana ia sangat jarang ditemui.

2. Kalifornium $27 juta/gram




Unsur yang tidak wujud secara semula jadi. Pertama kali ditemui pada 1950an. Digunakan dalam mencari lapisan petroleum dalam tanah, pengimbas rod bahan api, radiografi nuetron dan rawatan kanser seviks dan otak sekiranya terapi radiasi lain tidak berkesan. Kini hanya beberapa miligram dihasilkan dengan $10 per juta gram. Mungkin cara penghasil ia sangat sukar kerana ia perlu dicipta dengan membedil atom curium dengan hidrogen tanpa proton dan sesetengah pelanggaran akan menghasilkan serpihan yang  mungkin mengandungi kalifornium. Bunyi macam senang nak buat. 

1. Antijirim $25 trillion/gram




Bahan yang sangat tinggi kos dan susah untuk dihasilkan di dunia. Cuma boleh dihasilkan oleh Large Hadron Collider (alat pemecut zarah terbesar dunia). Setakat ini hanya 1 billion per gram yang dapat dihasilkan setiap tahun. Ia sangat mahal berdasarkan kos membuat beberapa antiproton dan didarabkan dengan proton yang digunakan untuk menghasilkan 1 gram. Penyelidikan telah mendapati bahawa antijirim yang ditujukan pada tumor adalah sangat berkesan untuk mematikan sel kanser.  Secara teori, antijirim juga boleh digunakan sebagai bahan api kapal angkasa.