Monday 31 December 2012

Kebaikan Semasa Musim Banjir

Dengar sahaja pasal musim banjir, pasti mangsa banjir pasti menggeleng kepala mengenangkan apa yang berlaku..kerosakan harta benda, kehilangan barangan akibat dihanyutkan arus banjir, kematian haiwan ternakan, dan adakalanya melibatkan nyawa manusia..musim banjir kebiasannya berlaku pada setiap akhir tahun akibat perubahan angin monsun..negeri di pantai timur biasanya mengalami kesan dari perubahan ini..selepas banjir surut,  kos kerugian mampu mencecah ribuan mahupun jutaan ringgit..semua ini adalah kesan akibat banjir yang melanda..tapi dalam banyak-banyak keburukan semasa berlakunya banjir, pasti ada kebaikan secara tak langsung kepada mangsa banjir..

Cuti persekolahan dilanjutkan

Bagi budak sekolah, cuti sekolah adalah masa yang heaven untuk dihabiskan dengan aktiviti kegemaran mereka..main basikal pusing satu kampung, tengok tv sampai muntah, main game sampai tak ingat nak mandi..buku yang selama ini menjadi beban kepada mereka akan terus berhabuk untuk sedikit masa lagi akibat musim banjir..kebanyakan mangsa banjir akan berpindah ke pusat pemindahan seperti balai raya, dewan serba guna dan sekolah..kalau sekolah dah penuh dengan mangsa banjir, macam mana nak belajarkan..so cuti sekolah terpaksa dipanjangkan sehingga banjir surut..khabar gembira untuk mereka..

Cikgu turut dapat bercuti

Menjadi kelebihan seorang cikgu apabila murid-muridnya bercuti dan sekolah masih tidak dapat dibuka, beliau juga mendapat tempias sama..dalam musim banjir yang masih banjir. cikgu ada pilihan untuk melayan sinetron di waktu petang atau melakukan aktiviti santai yang lain..bagi guru besar atau pengetua, masa yang ada digunakan untuk memikirkan macam mana untuk mengemaskan semula sekolah serta menganggar kerugian kasar..selepas banjir surut, beliau pula akan mengepalai bahagian membersihkan sekitar kawasan yang terjejas..cikgu yang mengajar di kawasan bukan banjir tidak boleh meneruskan percutian mereka walaupun atas dasar untuk menghayati keadaan mangsa banjir dengan tidak ke sekolah

Dapat mengenali jiran tetangga

Orang zaman sekarang ni kebanyakan habiskan masa  di tempat kerja..tak semua orang macam tu tapi masih ada..bila dah sibuk ngan kerja..masa untuk keluarga juga semakin kurang..kalau masa bersama keluarga sendiri dah kurang, apatah lagi masa bersama jiran tetangga..mungkin sempat berjumpa dengan jiran semasa nak panaskan enjin kereta je sebelum masing-masing pergi kerja..tu pon senyum buat-buat je bila bertegur sapa..bila dah banjir kebiasaan semua mangsa banjir di pindahkan di satu tempat..time macam ni la nak berkenalan dengan jiran..nak tambah friends dekat FB..ntah-ntah jiran dah ada bini muda pon tak tahu..yang tahu selama ni mengata jiran yang bawa perempuan masuk dalam rumah..situasi begini lebih kerap berlaku di kawasan bandar berbanding di kampung kerana di kampung semangat kejiranan lebih tinggi..

Dapat memupuk semangat perpaduan

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana makanan..semasa musim banjir, masyarakat akan bersatu padu untuk mengeringkan air banjir dekat menceduk air dan dicurahkan ke sungai berhampiran..oh, masakan demikian..mujur tiada siapa yang pernah membuat perilaku sedemikan..mereka akan berganding bahu menolong menyelamatkan sesiapa yang terperangkap semasa banjir..gotong royong menyediakan makanan untuk semua golongan mangsa banjir yang di tempatkan di pusat pemindahan..selepas banjir surut mereka akan bergotong royong untuk membersihkan kawasan-kawasan seperti longkang, jalan raya dan taman-taman sekitarnya..walaupun kelihatan janggal untuk penduduk masa kini, aktiviti ini dapat memupuk semangat perpaduan yang semakin lama semakin berkurang mungkin disebabkan kemudahan teknologi sedikit sebanyak menjadikan manusia anti-sosial secara perlahan-lahan..


Dapat bantal dan tilam percuma

Secara realitinya, segala macam perabot, peralatan dan kelengkapan  di rumah sudah mencukupi untuk kegunaan jangka masa panjang..benda-benda yang jarang ditukar seperti bantal dan tilam mungkin boleh tahan sehingga 10 tahun sebelum ditukar yang baru..dengan nasib yang tidak pernah bertuah semasa lucky draw di sebarang event untuk hadiah berupa bantal atau tilam, pemberian katil dan bantal secara percuma adalah sesuatu yang berharga bila mengenangkan bantal dan tilam yang sebelum ini menjadi tempat beradu rosak atau hanyut di bawa arus deras..pemberian secara percuma sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban walaupun tidak dapat tidur lena seperti biasa tidur beramai-ramai di dewan atau sekolah..juga dapat menggamit memori ketika belajar di hostel satu ketika dulu..


Merasa Perabot Baru

Bagi yang setiap kali rumah masuk air mungkin sudah lali dan malas nak beli perabot baru..bagi yang rumah masuk air buat pertama kali, mungkin ada kebaikan untuk para isteri yang sudah bosan melihat perabot lamanya..selagi tak rosak selagi tu la perabot tu kekal hingga tue..musibah banjir menyelitkan sedikit khabar gembira bagi mereka..biasa perabot tidkk akan dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi kerana dialah tempat untuk melatak barang supaya tidak terkena air..mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk bertukar perabot seperti meja makan, almari, tilam, ataupun rak kasut..tapi mungkin menunggu lebih lama bagi mengutamakan barangan keperluan yang rosak..

Thursday 27 December 2012

Jarak Kuala Lumpur dengan Bandar-Bandar Utama Dunia

Korang pernah terfikir tak tempat apa yang paling jauh dari tempat kita..sebagai contoh kalau kita duduk Kuala Lumpur, apa tempat yang paling jauh dari Kuala Lumpur..ha..sebelum tu, dekat sini aku senaraikan jarak udara bagi bandar-bandar utama dunia dari Kuala Lumpur

1. Singapore - 317 km
2. Jakarta - 1184 km
3. New Delhi - 3836 km
4. Beijing - 4346 km
5. Seoul - 4614 km
6. Tokyo - 5320 km
7. Sydney - 6617 km
8. Mecca - 6976 km
9. Cairo - 7956 km
10. Moscow - 8127 km
11. Johannesburg - 8542 km
12. Wellington - 8845 km
13. Rome - 9710 km
14. Paris - 10426 km
15. London - 10547 km
16. Madrid - 11074 km
17. Buenos Aries - 12968 km
18. Los Angeles - 14138 km
19. New York - 15121 km
20. Mexico City - 16629 km

Senarai di atas merupakan jarak Kuala Lumpur dengan ibu negara dan bandar-bandar utama dunia..jarak tersebut adalah jarak udara..maksudnya bukan guna jalan darat..tapi ada ibu negara dan kawasan lagi jauh dari jarak Mexico City..Quito merupakan ibu negara paling jauh dari Kuala Lumpur..dengan jarak sejauh 19691 km..manakala Gualaceo merukan bandar kecil yang paling jauh jaraknya dari Kuala Lumpur.. jaraknya 19960 km..Gualaceo adalah bandar kecil yang jaraknya 300 km dari Quito..Quito adalah ibu negara kepada Ecuador..
Gualaceo..tempat paling jauh dari Kuala Lumpur

Tuesday 25 December 2012

Siapa Tinggal Di Tempat Paling Tinggi

Kehidupan di universiti mungkin antara detik paling manis sepanjang kehidupan..tinggal di kolej membuatkan kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kawan..sapa duduk aras bawah paling bawah mungkin tidak sepenat mereka yang tinggal di aras lima..aktiviti turun naik tangga adalah rutin harian..secara tak langsung ia melenguhkan kaki dan juga  menyihatkan badan..duduk di aras paling tinggi membolehkan kita dapat melihat pemandangan dari atas tentang apa yang berlaku di bawah..memang spot yang sesuai untuk mengusha awek yang lalu lalang..ha19

Adakah tinggal di tingkat paling atas membolehkan kita merasa kita duduk paling tinggi..bagaimana pula dengan rumah flat 10 tingkat, kondo 25 tingkat dengan ketinggian mencecah 100 meter..mereka yang tinggal di tingkat paling atas pasti dapat melihat pemandangan yang jauh berbanding di bawah..nak pula dekat tepi pantai..cantik je view tengok panorama sekeliling..nasib baik lah ada lif takdelah penat naik tangga..adakah itu cukup tinggi..pastinya tidak..

Burj Khalifa, UAE merupakan bangunan tertingi di dunia dengan ketinggian 818 meter yang mempunyai 160 tingkat..tapi tingkat paling atas bukan lah untuk kediaman..tetapi di dalam bangunan itu juga terdapat kawasan kediaman pada tingkat 77-108..dengan kelajuan lif 64km/j, urusan turun naik menjadi mudah..mungkin tempat yang menarik untuk di diami..cuma kalau lif rosak jangan tanya kenapa..adakah ini tempat paling tinggi yang manusia tinggal..juga pastinya tidak..benar Burj Khalifa adalah bangunan yang paling tinggi tapi ia di bina tinggi sedikit dari aras laut..bagaimana pula dengan bangunan yang di bina di atas gunung dan tanah tingggi..

Kenangan ketika di Cameron Higland
Di Malaysia antara kawasan yang paling tinggi yang menjadi tempat tinggal adalah Kundasang. Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang terletak 1884 dari aras laut..1000 meter lebih tinggi berbanding orang yang tinggal dekat Burj Dubai.. manakala bandar yang paling tingggi di Malaysia adalah Berinchang, Cameron Highland.. dengan ketinggian 1592 meter, suhu yang lebih dingin dapat dinikmati berbanding suhu normal sebuah negara beriklim tropika..adakal suhu boleh mencecah 6°C pada waktu malam..awal sem hari tu aku berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Berinchang..sejuk lah jugak..mungkin itu kawasan paling tinggi di diami di Malaysia..bagaimana pula di negara-negara yang lain..

Umum tahu, gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 8848 meter..tapi takde sape yang sanggup tinggal dekat situ..dekat kaki gunung pon orang taknak tinggi..ini disebabkan semakin kita tinggi dari aras laut tekanan atmosfera semakin rendah..oksigen pon susah nak dapat..makanan lagi nak dapat dekat mana..orang nak datang pon jauh..so tiada kepentingan kalau duduk tinggi sangat..tapi kalau ada sebab yang kukuh pasti ada manusia sanggup tinggal di mana-mana..begitulah dengan tempat yang paling tinggi di dunia didiami manusia..

La RInconada, Peru
Pernahkah korang dengar bandar La Rinconada, Peru..La Rinconada adalah sebuah pekan kecil yang terletak di ketinggian 5 100 meter dari aras laut..di sinilah tinggalnya manusia hidup di altitud paling tinggi di dunia..dengan jumlah penduduk mencapai 30, 000 orang, kawasan ini sebenarnya adalah berhampiran dengan lombong emas di banjaran Andes..masyarakat di sini bekerja sebagai pelombong emas untuk sebuah syarikat.. apa yang menarik mereka bekerja tanpa gaji hampir selama sebulan..tetapi pada hari terakhir mereka bekerja setiap bulan, mereka boleh melombong sendiri dan jumlah emas yang mereka dapat adalah gaji mereka..dan itu bergantung pada nasib dan tuah..atas faktor ini manusia sanggup tinggal di tempat ekstrem sebegini..2.7 kali lebih tinggi dari mereka yang tinggal di Kundasang..mereka ini lah yang tinggal tempat paling tinggi berbanding dengan manusia lain yang ada dekat duni..apa yang menjadi masalah di kawasan ini ialah tiada sistem pembentungan, segala sisa buangan dikumpul di suatu tempat dan sukar dilupuskan.. pencemaran terhadap logam berat seperti merkuri yang digunakan semasa aktiviti perlombongan memburukkan lagi keadaan..

Tapi tahukah korang makhluk yang duduk paling tinggi di dunia di ketahui sehingga kini adalah seekor labah-labah..sejenis labah-labah lompat telah dijumpai pada ketinggian 6700 meter di sekitar gunung Everest.. Labah-labah lompat Everest atau nama saintifiknya Euophrys omnisupertses (yang bermaksud berdiri di atas segala-galanya) tinggal di kawasan celahan batu gunung..memakan serangga kecil pemakan tumbuhan yang sesat setelah ditiupkan angin dari altitud yang lebih rendah..menarik bukan..tumbuhan pon tak hidup pada keadaan yang terlalu ekstrem begitu..begitulah hebat dan uniknya setiap ciptaan tuhan

Euophrys omnisupertses

Monday 24 December 2012

Babi dan Perspektif Orang Melayu Terhadapnya

Babi dan carutan sudah sebati dalam ungkapan harian masyarakat kita sekarang..asal marah, nama babi disebut..asal tak puas hati, babi dipanggil lagi..asal melatah, babi yang dapat nama, asal yang buruk je..dah takde binatang lain agaknya disebut.."Singa laut betul la mamat tu, ada ditegur buat bodoh je"..kedengaran seperti tidak menarik..cuba tukar perkataan singa laut tu kepada babi..pasti sudah lazim mendengarnya.. carutan lain jangan dikata lah..asalnya ungkapan babi tu biasa je..tapi bila dijadikan ayat dan menggunakan intonasi tertentu..ia semacam menunjukkan yang babi itu seakan sesuatu yang teruk

Mengikut ajaran islam, adalah haram memakan babi dan menggunakan produk berkaitan babi..itu sudah tertulis di dalam al-quran (Al-baqarah : 173)..ada sebab yang jelas kenapa ia haram dimakan seperti memudaratkan kesihatan..namun bagi masyarakat lain di Malaysia seperti cina, iban dan sebagainya, babi merupakan sumber protein yang murah berbanding daging kambing atau lembu..mereka tiada masalah dalam hal melibatkan daging babi kerana tiada larangan dalam agama mereka..macam masyarakat beragama hindu pula tidak memakan daging lembu tapi yang beragama islam dan agama yang lain pula boleh makan daging lembu..

Orang islam melayu khususnya, kebanyakan memandang babi adalah seekor haiwan yang menggelikan dan jijik..tersentuh dengan babi juga dikira najis..najis berat (mughallazah) pulak tu..kena pulak sertu dengan air mutlak diikuti air tanah..pasti tiada siapa yang mahu menyentuhnya..mana nak cari tanah yang bersih kalau duduk kat bandar ni..terpegang anjing pon kena sertu juga cuma, level babi ni macam lebih berat sedikit..minggu lepas aku ada lawatan ke ladang babi di selatan Selangor (lokasi dirahsiakan) untuk tujuan pembelajaran..ketika itu pertama kali aku tengok babi depan mata..anak babi..emak babi..bapak babi..banyak betul babi..
Babi Betina
Kalau diberi peluang kepada orang melayu masuk tengok ladang babi, belum tentu orang tu nak masuk tanpa sebab..aku masuk pon bukan suka-suka sebab nak menuntut ilmu dunia..ilmu jugak..bila masuk aku tengok babi ni sama je seperti haiwan-haiwan yang lain..babi mudah dibela, cepat membesar dan melahirkan anak dengan jumlah yang besar (9-16 ekor), tempoh sebelum disembelih juga tidak lama..bau ladang babi pon takdela busuk mana..sama juga dengan ladang-ladang haiwan yang lain..mungkin aku dah terbiasa dengan bau kawasan ladang ternakan..orang kalau dah buang air lepas tu sepah-sepah , tak terjaga pon busuk jugak..tu baru sorang..belum ramai-ramai lagi..populasi babi di Malaysia dikawal dan tidak diternak di semua negeri..Perak merupakan pengeluar babi terbanyak di Malaysia..manakala tiada ladang babi dibuka di negeri seperti Kelantan dan Terengganu..

Anak babi berusia 1 hari sedang menyusu
Dalam lawatan tu, aku melihat cara babi diternak, diberi makan dan mengenal tempat-tempat seperti stor menyimpan makanan, jenis makanan diberikan, kandang untuk anak babi, kandang babi jantan, kandang menunggu untuk beranak (farrowing pen)..takde pula niat nak pegang babi tu..malas nak sertu..tapi but yang aku pakai tu terpaksa la disertu..dalam penilaian aku, tiada yang nak digelikan atau dijijikkan dengan babi ni..cuma haiwan biasa..sifat berkubang dalam kotoran memang sikap dia..semua binatang ada tabiat tersendiri..sedikit pon tidak menyusahkan kita..babi hutan lain la sebab adakalanya ia merosakkan tanaman penduduk kampung..isu sisa buangan yang tidak dirawat mengakibatkan pencemaran adalah salah penternak..takkan nak salahkan babi..
Tapi isu babi tetap sensitif dan perspektif masyarakat melayu terhadapnya lebih ke arah benda negatif..aku takdela nak melebihkan babi ni..cuma nak mengatakan babi juga haiwan biasa..sekurang-kurangnya pegang babi walaupun dengan sengaja tetapi tidak berdosa..tapi berpegang tangan secara sengaja bagi mereka yang bukan muhrim adalah berdosa..mana satu lebih jijik..peringatan untuk semua..

Imaginasi dan Destinasi

Dapat melihat keindahan ciptaan tuhan adalah satu nikmat yang tak terhingga..beruntung kita dapt melihat indahnya ciptaan tuhan..melihat tumbuhan..haiwan..mausia..awek..sesetengah orang pula minat melihat atau melancong tempat-tempat menarik yang ada di dunia ni..melihat pemandangan yang indah..mengkagumi landskap semula jadi..mengalami iklim yang berbeza ditempat orang berbanding tempat sendiri..melihat orang tempatan melakukan rutin harian mereka..melihat burung bermigrasi mencari makanan di kawasan delta..langit menjadi jingga dengan matahari kian terbenam di ufuk barat..termasuklah aku juga meminati untuk menikmati keindahan luar dari negara sendiri..

Sejak kecil lagi, setiap kali menonton rancangan di televisyen, rancangan National Geography adalah rancangan kegemaran aku..mase kecik dekat rumah takde astro..bukak la TV1..biasa kalau tengok mesti kebanyakannya pasal binatang di merata-rata kawasan..kalau Majalah 3 pula ada slot menceritakan keindahan bumi asing selain Malaysia..dokumentari-dokumentari lain yang ada dulu semua aku tengok..cuma bila dah besar banyak pilihan untuk tengok channel lain cuma sekarang tak berkesempatan untuk tengok tv selalu..rancangan-rancangan macam ni lah yang mencetus aspirasi untuk pergi melihatt keindahan luar negara..

Tuhan dah ciptakan bumi yang indah ini dengan kepelbagaian rupa bentuk..kalau ditempat kita mungkin sudah biasa berhujan, berpanas, melihat landskap hutan tropika dan merasa bayu laut sambil melihat matahari terbenam..ditempat orang pula ada kawasan bersalji di puncak pergunungan, kawasan rumput seluas mata memandang, daun luruh dari pohon menantikan musim sejuk, pelangi terbentuk di air terjun yang tingginya hampir mencecah 1000 meter..binaan manusia seperti istana, kubu, masjid lama yang gah berdiri hingga sekarang..sekawanan unta merentasi bahang padang pasir..terasa seakan-akan masih berada di kepompong dan mengaggongkan kawasan sendiri..teringin juga terbang merentasi segenap pelusuk dunia melihat pemandangan dil luar sana, flora dan fauna di sana serta cara hidup masyarakat lain..pasti korang juga pernah terlintas untuk ke suatu tempat yang diidamkan..

Sekarang ni cara yang mudah untuk mengetahui tempat menarik adalah search kat internet..ha..tengok puas-puas..semua tempat boleh pergi..Paris, London, Venice, Pampas, Savanna, Bratislava, Dubai, Beijing, Tibet, Pusan, Copenhagen.. dengan sedikit daya imaginasi yang tinggi..bayangkan lah keadaan di sana..daya imaginasi yang rendah membataskan imaginasi dan mungkin tersalah anggap pula nanti..sekarang nak terbang ke mana ke mari pon dah tak susah..Air Asia kan ada..cuma tak semua destinasi kat dunia ni Air Asia pergi sebab hampir kesemua terletak di Asia..ikutkan keberanganan aku, ada satu tempat ni kalau ada peluang, aku  nak pergi..tapi aku tak pasti sebab apa aku teringin nak ke sini..nak kate menarik pon takdela menarik sangat berbandingan tempat pelancongan lain..hu19..meh aku cerita sedikit tentang tempat yang aku rasa menarik..

Imaginasi menerjah destinasi

Friday 30 November 2012

Lawatan Ke Kilang Pemprosesan Makanan Ternakan

Berkulat dah blog ni..lama tak update..ha..nak bercerita sedikit la..pagi tadi aku ada lawatan ke kilang pemprosesan makanan ternakan di bawah subjek teknologi pemprosesan makanan haiwan..setakat ni, ini adalah lawatan pertama di bawah subjek jabatan sains haiwan.merasa juga nak buat lawatan..Kitorang pergi ke kilang syarikat Cargill Feed & Nutrition yang terletak di Westport, Perlabuhan Klang..Westport ni terletak di Pulau Indah berbanding Northport dan Southport yang terletak di tanah besar semanjung..perjalanan dari UPM mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih..

Setiba di sana, kami diberi taklimat oleh Mr. Jamie Dolynchuk..managing director kilang mengenai latar belakang syarikat Cargill yang berasal dari Canada..secara amnya, pemprosesan makanan ternakan hanya sebahagian dari projek yang dijalankan syarikat Cargill..ia lebih tertumpu dalam bahan mentah produk ternakan yang diedarkan ke syarikat besar seperti Mc Donald, Kraft dan Unilever..aku pon baru pertama kali mendengar syarikat ini tetapi tak tahu pula peranan syarikat ini begitu besar dalam penglibatan setiap proses pembuatan produk makanan atau bukan makanan dunia sebelum menjadi bentuk produk akhir..

Lawatan ke dalan kilang Cargill

Hampir 60% bahan mentah seperti jagung dan soy mill diimport..manakala selebihnya dari produk tempatan seperti fish mill, calcium carbonate, sisa roti, dan macam-macam..lebih dari 70 produk yang mereka hasilkan dalam pembuatan makanan ternakan seperti makanan ayam penelur (layer), ayam penaging (broiler), makanan ikan laut (marin), makanan ikan keli, makanan babi dan juga makanan haiwan peliharaan..makanan haiwan ruminan seperti, lembu, kambing dan rusa tidak dihasilkan di sini tetapi dihasilkan di cawangan Cargill (Malaysia) yang lain yang terletak di Melaka..

Secara kasar beratus ribu tan makanan ternakan dihasilkan setiap bulan..aku pon tak berapa ingat angka sebenar..banyak tu..proses pembuatan makanan termasuk pemilihan, mencampur, membentuk, memasak, mengeringkan dan pembungkusan..hampir 80% operasi adalah secara automatik selebihnya dengan bantuan tenaga buruh..pembuatan berskala besar ini langsung tidak boleh disamakan dengan amali yang aku pernah dekat UPM..lokasi cargill yang berhampiran pelabuhan adalah strategik dalam proses pengagihan dan pengangkutan

Pendedahan sebegini adalah penting untuk mendedahkan senario semasa dalam pembuatan makanan haiwan..bagi orang awan, ia mungkin tidak penting, tapi pelajar jurusan pertanian seperti aku adalah bermakna untuk mengetahuinya..agak malang makanan ini tidak boleh dibawa balik sebagai ole-ole..mau berbuih mulut kalo makan ni..nak pulak bila dah taw ia berasal dari apa..hu19..dalam sepanjang perjalanan pulang, aku melihat sekeliling kawasan perlabuhan klang ni sebab masa bertolak aku bantai tito je..

Thursday 1 November 2012

Penamaan Ribut Taufan Dan Skala Kemusnahannya

Sekarang musim hujan di negara kita dan bila difikir secara fitrah ia adalah rahmat tuhan..segala petir dan guruh adalah fenomena biasa setiap kali hujan turun..tapi bagaimana pula dengan ribut taufan yang melanda.. Kawasan perairan Caribbean dan timur Amerika Syarikat baru sahaja dilanda taufan yang dipanggil "Hurricane Sandy" sedang melanda..taufan Atlantik ini merupakan taufan dengan diameter terbesar dalam sejarah dengan angin merangkumi keluasan 1800 km..taufan Sandy diketagorikan tahap 2 dan kelajuan angin maksimum mencecah 175 km/jam..taufan yang mula membentuk pada 22 Oktober dan berhenti pada 29 Oktober..ia menyebabkan kerugian harta benda sebanyak 20-25 billion USD..antara lima taufan paling buruk dalam sejarah..165 orang telah kehilangan nyawa dan 21 lagi masih hilang..

Kawasan perairan tersebut sangat kerap di landa taufan setiap tahun..biasa kita akan mendengar nama taufan diambil dari nama perempuan seperti, taufan Katrina 2005 , Wilma 2005, Elida 2002 dan banyak lagi..sebenarnya Pusat Taufan Nasional (NHC) yang berpengkalan di Miami telah menetapkan nama ribut berdasarkan urutan dalam susunan abjad..ini bermakna taufan pertama yang melanda pada tahun itu akan diberi nama dengan huruf A (Alberto,Andria,Arthur)..diikuti taufan kedua, B (Belle,Bertha,Betty) dan seterusnya..tak kisah la nama laki ke perempuan..bagaimana pula dengan taufan Sandy..ia adalah taufan ke-18 yang melanda perairan Atlantik..kebanyakan taufan berlaku di kawasan lautan Atlantik tidak singgah ke pantai yang mengakibatkan kerosakkan walaupun pada katogeri 3 seperti taufan Michael dan taufan Kirk pada kategori 2..

Skala Taufan Saffir-Simpson

- Skala ini digunakan untuk mengukur tahap taufan..digunakan di Hemisfera Barat..taufan macam ni tak berlaku di Malaysia..di bawah aku senaraikan skala yang digunakan

Katogeri 1. (angin yang sangat berbahaya dan akan menghasilkan sedikit kerosakan)
- Kelajuan angin 33-42 m/s , 119-153 km/j

Kategori 2. (angin yang amat berbahaya dan membawa kerosakan besar)
- Kelajuan angin 43-49 m/s , 154-177 km/j

Kategori 3. (kerosakan dahsyat akan berlaku)
- Kelajuan angin 50-58 m/s , 178-208 km/j

Kategori 4. (kemusnahan ngeri akan berlaku)
- Kelajuan angin 58-70 m/s , 209-251 km/j

Kategori 5. (kemusnahan bencana akan berlaku)
- Kelajuan angin >70 m/s, >251 km/j


Yang aku ceritakan tadi hanya berkaitan kawasan taufan di perairan Atlantik, bagaimana di Pasifik atau tempat-tempat lain..Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya keseimbangan alam dunia kita sudah terjejas dengan pemanasan global disebabkan kelakuan manusia..kitar alam menjadi tidak menentu dalam tempoh seratus tahun terakhir, dunia yang kita duduki sudah semakin panas, sesetengah negara mengalami penurunan hujan yang melampau sesetengah pula mengalami kemarau berpanjangan, gempa bumi berskala tinggi kerap berlaku dan pencairan ais di kutub utara serta selatan..tangan siapa lagi yang mengubah struktur bumi dengan rakus untuk kepentingan diri..setiap tahun penebangan kayu hutan menyamai keluasan negara Greece setiap tahun....paru-paru mega bumi semakin lama semakin kecil untuk menyerap karbon dioksida yang semakin lama semakin banyak..kita sendiri ibarat virus di dalam bumi kita sendiri..dan bumi ada cara sendiri untuk mengimbangi semula keseimbangan alam dengan kuasa dari-Nya..bencana yang dihadapi adalah peringatan dari-Nya bahawa dunia bukanlah syurga yang patut terus dikejar..
 

Wednesday 31 October 2012

Jangan Merungut

- Untuk pakaian kita yang sudah tak muat, itu menunjukkan kita cukup makan
- Untuk bunyi bising dari jiran, itu menunjukkan kita masih boleh mendengar
- Untai lantai yang perlu dibersihkan, itu menunjukkan kita masih ada tempat tinggal
- Untuk bil air dan eletrik untuk dibayar, itu menunjukkan kita masih mempunyai pekerjaan
- Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur, itu menunjukan dia berada disamping kita dan bukan orang lain
- Untuk anak perempuan yang mengeluh ketika membasuh pinggan, itu menunjukkan ia bukan berpeleseran
- Untuk baju yang berlonggok untuk dibasuh, itu menunjukkan kita masih ada pakaian untuk dipakai
- Untuk keletihan dan kesakitan otot, itu menunjukkan kita masih mampu membuat kerja kuat
- Untuk melangkah jauh menaiki tangga, itu bermakna kita masih mampu untuk berjalan
- Untuk assignment yang perlu disiapkan, itu bermakna kita berpeluang untuk terus belajar
- Untuk jam loceng yang masih berdering, itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut

Jika tidak dapat apa yang kita suka, berlajarlah menyukai dari apa kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada

Phobia Yang Tak Masuk Akal

Fobia adalah ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena..fobia boleh menghalang kehidupan untuk menghadapinya..dalam keadaan normal manusia memliki kemampuan untuk mengawal perasaan takut..akan tetapi sekira seseorang terus menerus didedahkan dengan subjek fobia, ia akan berpotensi untuk menyebabkan fikirannya terkunci yang disebabkan ketidak mampuan dalam mengalami rasa takutnya..  dekat sini aku nak senaraikan jenis-jenis fobia yang seperti tak masuk dek akal sihat manusia..

1. Venustrophobia (takut kepada perempuan cantik)


2. Sitophobia (takut kepada makanan)

3. Pogonophobia (takut kepada janggut)


4. Nostophobia (takut untuk pulang ke rumah)

5. Macrophobia (takut unutk menunggu lama)


6. Logophobia (takut kepada perkataan)

7. Kinetophobia (takut kepada benda yang bergerak)


8. Hippopotomonstrosesquippedaliophobia (takut kepada perkataan yang panjang)

9. Hellenologophobia (takut kepada tulisan greek dan terminologi saintifik yang kompleks)


10. Geliophobia (takut untuk ketawa)

11. Graphophobia (takut pada tulisan tangan)


12. Euphobia (takut untuk mendengar berita baik)

13. Eleutherophobia (takut kepada kebebasan)


14. Dikephobia (takut kepada keadilan)

15. Chrematophobia (takut kepada wang)


16. Afrofobia  (takut kepada orang afrika dan budaya Afrika)

17. Ablutophobia (takut untuk mandi)


18. Phobophobia (takut kepada ketakutan)

19. Panophobia (takut kepada segala-galanya)



Bagi manusia normal,takut kepada duit dan makanan, nampak seperti mustahil,bagi seorang lelaki normal, mustahil takut kepada wanita, bagi yang suka membaca, mustahil untuk takut untuk membaca dan perkataan panjang..begitu juga dengan orang yang sabar menunggu, mustahil untuk takut untuk menunggu lama..memang pelik jenis ketakutan ini..tapi ada sedikit perkauman pula untuk takut kepada orang Afrika (Afrophobia)..rasis sungguh orang ini..hu19..

19 Haiwan Hidup Paling Lama

Dalam kesibukan menguruskan kehidupan seharian, perkara yang kita mungkin lupa ialah kita semakin lama semakin tua dan ini secara tak langsung ajal smeakin menghampiri kita..manusia zaman sekarang purata jangka hayat ialah 60 tahun..hanya 1 dari 1 billion manusia dapat menyambut hari jadinya yang ke-116..kehidupan disekelilingi kita juga seiring seperti kita membesar dan akan menemui ajal satu hari nanti..namun sesetengah haiwan mempunyai jangka hayat di luar batasan manusia..di bawah aku senaraikan beberapa jenis haiwan yang mempunyai jangka hayat yang sangat lama..

19. Ikan Sturgeon (family Acipenser) >120 tahun

- sejenis ikan yang wujud sejak zaman dinasour lagi..tinggal di air tawar..terdapat banyak di benua Amerika..pada tahun 2012, ikan berusia 125 tahun telah berjaya ditangkap di Wisconsin.

18.Udang Karang Amerika (Homarus americanus) 140 tahun

-Seeokor udang karang yang di panggil George the Lobster telah dianggarkan oleh PETA berusia 140 tahun pada 2009.

17. Orange Roughy (Hoplostethus atlanticus) 150 tahun

- Juga dikenali Deep Sea Perch dah dianggarkan berusi 149-151 tahun..hidupan laut dalam yang kini susah untuk ditemui..

16. Kepah Geoduck (Panopea generosa)  >160 tahun

- Satu species kepah air masin yang terdapat di Puget Sound, USA..telah dikenal pasti berusia lebih dari 160 tahun..

15. Kura-kura greek (Testudo graeca)160 tahun

- Seekor kura-kura bernama Timothy (1839-2004) menjadikan antara residen tertua yang tinggal di United Kingdom..mati pada usi 165 tahun..

14. Cacing Tiub gergasi (Lamellibrachia luymesi) 170 tahun

- Cacing yang tinggal di dasar laut dalam yang menyerap hidrokarbon di lautan..hidup secara berkumpulan dan mempunyai rupa bentuk yang aneh..

13. Kura-kura Galapagos (Chelonoidis nigra) >170 tahun

- Seeokor kura-kura bernama Harriet yang dibela di zoo Australia disahkan mencapai umur 175 tahun dan mati pada tahun 2006..

12. Radiated tortoise (Astrochelys radiata) 200 tahun

- Tu'i Malilia,(1777-1965) kura-kura yang diberi oleh James Cook kepada pembesar Tonga..haiwan veterbrata yang paling tua disahkan berusia sehingga 188 tahun

11. Landak Laut merah (Strongylocentrotus franciscanus) > 200 tahun

- Sesetengah spesimen yang dijumpai dianggarkan berusia lebih 200 tahun..mempunyai kadar tumbesaran yang perlahan.

10. Ikan Paus Bowhead (Balaena mysticetus) 211 tahun

- Merupakan haiwan mamalia yang mempunyai jangka hidup paling lama berbanding ikan paus jenis lain atau mamalia darat..

9. Ikan Koi (C. c. haematapterus) >220 tahun

- Membelanya dianggap simbol panjang usia oleh masyarakat timur..seokor ikan bernama Hanako mencapai usia 226 tahun dan mati pada 1977..

8. Kepah Mutiara Air tawar (Margaritifera margaritifera) 210-250 tahun

- Kepah yang mendapat penerimaan umum tentang jangka hayat maksimum mampu mencecah sehingga 250 tahun yang dikaji oleh Valeriy Zyuganov

7. Kura-kura gergasi Aldabra (Aldabrachelys gigantea) 255 tahun

- Seeokor kura-kura bernama Adwaita berasal dari India telah direkodkan mati pada usia 255 tahun pada Mei 2006..

6. Kerang keras (quahog) Artic (Artica islandica) 500 tahun

- Sejenis moluska yang ditemui di perairan Iceland..salah satu spesimen dianggar berusia lebih 500 tahun..juga terdapat spesimen yang berusia 374 tahun..

5. Antartica Sponge (Cinachyra Antartica)  >1500 tahun

- Mempunyai kadar pertumbuhan yang terlalu perlahan dan tinggal di lautan Antartika yang bersuhu rendah..satu spesimen ditemui dianggarkan berusia 1550 tahun..

4. Terumbu Karang Hitam (genus Anthipatharia) > 2000 tahun

- Ditemui di Teluk Mexico oleh para pengkaji dan mereka menaggarkan terumbu jenis ini telah hidup lebih 2000 tahun..

3. Giant Barrel Sponge (Xestospongia muta) > 2300 tahun

- Dikategorikan sebagai salah satu haiwan mempunyai jangka hayat paling lama.banyak ditemui di laut Caribbean..

2. Terumbu Karang Hitam (genus Leiophates) >4200 tahun

-Adalah antara organisma terus hidup paling lama didunia yang terdapat di planet ini..rekod setakat ini berusia 4265 tahun..

1. Ubur-ubur Immortal (Turritopsis nutricula) - Infiniti-

-Kedengaran seperti mustahil..tidak akan mati diusia tua kerana akan mengalami kelahiran semula melalui kitar biologinya yang unik..masih boleh mati sekiranya dibunuh atau dimakan..

Bila difikirkan pendek je umur manusia berbanding dengan haiwan yang aku senaraikan di atas..kebiasaan kita tahu kura-kura mempunyai hayat yang panjang..ada binatang yang hidup tak sampai pon 24 jam..tapi kalau dah sampai tahap immortal tu mungkin diluar jangkaan..ada beberapa penyelidik cuba mengkaji kesahihan tentang haiwan yang dipanggil Hydra yang juga berpotensi diklasifikasi sebagai immortal seperti ubur-ubur immortal..

Menyambut Hari Jadi Ayah Dan Ibu

Kali pertama dalam seumur hidup aku, aku dapat celebrated kedua-dua birthday ibu dengan ayah aku tahun ini..cuti raya haji minggu lepas kitorang satu family  dan seorang teman dapat berkumpul bersama untuk menyambut hari jadi ayah yang ke-50..dan itu juga kali pertama aku sambut birthday ayah sepanjang aku menjadi anaknya..mana tidaknya asal ulang tahun dia aku berada di sekolah, dan universiti..dan kebiasaanya hanya ucapan selamat yang aku kirim kan..kesempatan cuti kali ini diambil dengan berpakat bersama adik aku untuk meraikannya..ntah bila kali terakhir ayah aku tiup lilin hari jadi pun aku tak tahu..walaupun tak dapat menyambut pada hari lahirnya 6 Oktober, sekurang-kurang saat ini dapat diraikan bersama keluarga tercinta..terukir senyuman dibibirnya melihat kami meraikan untuknya..tanda itu sudah cukup untuk wat aku gembira..

Kek untuk Ayah

Hari jadi ibu aku pula disambut sewaktu cuti midsem, semester lepas..itu mungkin kali kedua aku menyambut hari jadi ibu yang ke-43..dan atas sebab yang sama sebab berjauhan dari mereka sebelum-sebelum ini menyebabkan aku tidak berpeluang menyambutnya..tap wish birhday tak pernah lupa la..hari lahir ibu aku 9 April tetapi kami sekeluarga hanya menyambut keesokkan harinya kerana baru sampai ke rumah ketika itu..satu kepuasan juga kerana dapat rai hari jadi mereka berdua..masa aku kecik, diorang yang raikan untuk kita walaupun hanya beberapa kali..aku pun buka minat sangat dengan majlis hari jadi masa kecik-kecik dulu..tapi aku suka makan kek..hu19

Kek untuk Ibu

Menyambut kedua hari jadi mereka hanya sebahagian kecil cara kita untuk membalas budi dan jasa mereka..tak terbalas kalau nak balas semua jasa..nak mengandung..sah-sah aku tak boleh wat..nak cari rezeki untuk keluarga, aku sendiri masih ditanggung oleh mereka..kelak akan balas jasa mereka selagi yang mampu..harap tak lupa diri dari mana asal usul aku apabila dah besar kelak.haish..bila boleh nak makan  kek lagi ni..

Ketandusan Idea Untuk Menulis

Sejak kebelakangan ini aku banyak bercerita tentang fakta smada pasal haiwan atau sebagainya untuk dikongsi bersama..kebanyakan fakta diperoleh dari video, buku dan artikel di internet yang selama ni aku baca dan diolah dalam pemahaman sendiri..hakikatnya kini aku sendiri semakin ketandusan idea untuk bercerita atau berkongsi maklumat..aku bukannya arif dalam bidang penulisan blog ini..sebelum ini idea kelihatan mencurah-curah..bila nak karang je..terasa berada di kawasan gurun yang tiada setitik idea pon..kekangan masa pula antara cabaran utama..dengan bulan ni jer sibuk dengan test, minggu cuti, wat assignment..yang paling susah adalah nak kaitkan cerita atau maklumat yang aku sampaikan dengan info tentang negara..


Apa-apa pon bila aku sudah habis menceritakan tentang apa yang aku nak sampaikan, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak aku dapat menyampai picisan ilmu yang mungkin bermanfaat untuk sesiapa kelak..harap-haraplah..ceh..ini semata-mata motivasi diri untuk terus menulis dalam blog ni dengan konsisten..banyak lagi negara dan tempat-tempat yang aku nak cerita..aku mesti menulis sekurang-kurangnya tujuh entri untuk setiap bulan..nasib baik aku bukan penulis novel..k...masa untuk terus menulis..

Tuesday 30 October 2012

Senarai Nama Rasul Dan Sebutannya Di Dalam Inskripsi Kristian

Seperti mana yang kita tahu, pengikut agama Kristian juga mempercayai nabi-nabi yang diutuskan kepada umat terdahulu seperti umat Islam mempercayai rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah..apa yang membezakannya dalam ajaran Islam, ada lagi seorang nabi pada akhir zaman yang diutuskan bernama Muhammad bin Abdullah..menjadi kewajiban seorang muslim untuk mempercayai tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah..berikut adalah senarai nama rasul dan sebutannya di dalam inskripsi Kristian..

1. Adam (Adam)
2. Idris (Enoch)
3. Nuh (Noah)
4. Hud (Eber)
5. Saleh (Shelah)
6. Ibrahim (Abraham)
7. Lut (Lot)
8. Ismail (Ishmael)
9. Ishak (Isaac)
10. Yaakob (Jacob)
11. Yusuf (Joseph)
12. Ayyub (Job)
13. Syuaib (Jethro)
17. Sulaiman (Solomon)
18. Ilyas (Elijah)
19. Ilyasa (Elisha)
20. Yunus (Jonah)
21 Zulkifli (Ezekiel)
22. Zakaria (Zechariah)
23. Yahya (John the Baptist)
24. Isa (Jesus)

Nama nabi Muhammad secara terang tiada di dalam inskripsi Kristian..kebanyakan nama mempunyai sebutan yang hampir sama..mesti korang pernah dengar nama seperti Isaac Newton, Aaron Aziz, Abraham Lincoln,  David Beckham..nama mereka boleh juga ditafsir sebagai Ishak Newton, Harun Aziz, Ibrahim Lincoln, Daud Beckham..bunyi macam pelik tapi itulah kebenarannya..

Sunday 30 September 2012

Fakta Menarik Tentang Haiwan # 2

1. Kajian terhadap 200 000 ekor burung unta selama 80 tahun tiada satu pun antaranya memasukkan kepala ke dalam tanah

2. Ikan Haruan mampu mengesan 27 000 jenis bau..menjadikan ia antara haiwan paling sensitif deria bau

3. Semut mampu mengangkat berat 50 kali saiz dari badannya..manusia pula hanya mampu mengangkat 2 kali ganda dari saiz badan


4. Paus belaga boleh bergerak 700 batu sehari..ia hanya memerlukan 20 minit setiap kali untuk menyedut oksigen,

5. Ikan emas satu-satunya haiwan yang mampu melihat cahaya infra merah dan ultra ungu

6. Ikan paus biru boleh menghasilkan bunyi sekuat 188 desibel..menjadikan bunyi paling kuat yang boleh duhasilkan makhluk hidup..ia boleh kedengaran sehingga 848 km jauhnya


7. Secara fizik, babi tidak mampu untuk mendongak kelangit kerana tidak mempunyai leher.

8. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan jika dibandingkan dengan nisbah  saiz badannya

9. Saiz anak panda lebih kecil dari tikus..beratnya hanya 113 gram sahaja 


10.  Kutu boleh melompat 130 kali ganda dari ketinggiannya..ini seumpama manusia mampu melompat sejauh 220 meter

11. Ular tidak boleh mengerdipkan matanya..haiwan ini tidak boleh mematuk semasa di dalam air kerana boleh menyebabkan ia lemas

12. Tenggiling adalah haiwan yang malas..ia memperuntukkan 80% dari hayatnya hanya untuk tidur.


13. Tikus mondok mampu menggali lubang se dalam 91 meter dalam 1 malam sahaja..

14.  Nyamuk betina boleh hidup 100 hari..nyamuk jantan pula hanya hidup selama 10-20 hari sahaja

15. Lebah boleh hidup selama 40 hari sahaja kecuali musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan..


16. Apabila seekor badak air membuka mulut, ia cukup untuk memuatkan budak berukuran 125cm di dalam mulutnya

17. Semut tidak pernah tidur...setiap pagi ia akan bersenam untuk meregangkan badannya

18. Telur burung unta adalah telur terbesar.berukuran 6-8 inci setiap satu..ia mengambil masa 40 minit untuk merebus telur tersebut..


19. Kepulau Falkland mempunyai penduduk seramai 2000 orang tetapi jumlah biri-biri di wilayah tersebut itu 700 000 ekor..nisbahnya 1: 350

Fakta Menarik Tentang Haiwan # 1

1. Zirafah dan tikus mampu bertahan lebih lama tanpa air berbanding unta

2. Nisbah untuk manusia dan semut ialah 1 : 1 000 00

3. Zirafah boleh menjilat telinga dengan lidah sepanjang 50cm


4. Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata

5. Memberi anjing makan coklat boleh menyebabkan anjing tersebut mati

 6. Hamster hanya akan mengelipkan mata sebelah sahaja pada setiap masa
 
7. Gajah satu-satunya mamalia darat yang tidak boleh melompat

8. Rama-rama merasa makanan menggunakan kaki

 
9. Siput boleh tidur selama 3 tahun

10. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali seminit

11. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala dan akan mati akibat kelaparan

12. Ubur-ubur terdiri dari 95% air



13. Kulit kuda belang adalah putih yang bergaris hitam

14. Kentut lembu adalah antara penyebab utama pemanasan global

15. Jerung adalah haiwan anti kanser

16. Badak air mampu berlari lebih laju berbanding manusia

17. Gigi beaver tidak akan berhenti tumbuh

18. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis

19. Merpati adalah haiwan kebangsaan Anguilla