Tuesday 29 May 2012

Kehidupan Berpasangan

Ini penguin
Diciptakan banyak perkara di dunia untuk berpasang - pasangan..kopi dengan susunya, handphone dengan chargernya, berus kain dengan sabun basuhnya, mop dengan ajax fabulosonya. Mereka tidak akan sempurna jika salah satu tiada..begitu juga dengan benda hidup..mereka akan hidup bepasangan..penguin jantan dengan penguin betina, merpati jantan dengan merpati betina...kucing juga hidup berpasangan seperti hidupan yang lain..namun si jantan tidak bertanggungjawab terhadap pasanganya setelah seketika bersama..tidak seperti penguin yang sentiasa bersama sehingga pasangannnya mati samada  sakit tua atau dimakan ikan paus..mereka perlu hidup berpasangan untuk mengekalkan generasinya..ada yang kekal ke akhir ada yang sementara..dalam Al-quran juga ada menyatakan...

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)

Dalam kitar hidup seorang manusia, kehidupan berpasangan juga menjadi fitrah dalam kelangsungan manusia..si lelakinya mahupun si perempuannya..apabila hidup berpasangan banyak perkara yang perlu dilakukan..masing-masing punya tanggungjawab samada sebagai seorang suami atau isteri..suami dengan mencari nafkah untuk keluarga, memberi didikan agama dalam keluarga, dan bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian..bagi mereka yang mampu cubalah cari yang kedua.. yang kedua..maksud aku beli mesin basuh yang kedua kalau yang pertama tu rosak..harap mereka faham maksud asal aku..ho19. si isteri pula kena membebel..eh salah..si isteri seharusnya..mm, apa erk die kena wat..kena masak nasi kot..tak pon sediakan pucuk ubi masak lemak, ayam goreng, sambal belacan..basuh baju..kk, aku dah mengarut, si isteri sepatutnya kena tolong suami, taat pada suami, layan suami dan jaga nama baik keluarga..tapi banyak lagi tanggungjawab bila dah bersama..korang cari sendiri la..

Dalam hal berpasangan.. tuhan telah tetapkan cara sah untuk berpasangan..namun cara yang sah itu adakalanya di pandang remeh oleh manusia..terutamanya remaja sekarang..remaja dulu aku xtaw sebab tak hidup sezaman diorang..aku pon sekarang masih lagi dalam golongan remaja (ragu-ragu remaja ke dewasa) yang tak lari dari keinginan hidup berpasangan..dari zaman sekolah bawa ke zaman universiti..sebagai seorang manusia "normal" akhir zaman, aku mudah terpedaya dengan hawa nafsu..dengan perempuan sane-sini..seperti juga kebanyakan lelaki yang lain..dekat u lagi lah heaven..tercuci mata kadang-kadang akibat terpesona dengan kecantikan ciptaan tuhan..keinginan hati kami untuk menundukkan pandangan mudah di atasi dengan hawa nafsu yang memanipulasi iman senipis satu sel epitilium.oi nah, jauh aku merepek dah ni..mana negara yang aku nak cerita kan ni..jap skit lagi..namun, bila usia semakin meningkat dewasa dengan berbekalkan pengalaman serta iman senipis 2 sel epitilium yang baru tersedar  untuk gunakan akal  sebaik mungkin, ada eloknya aku tidak berpasangan sebelum masa menentukannya..walaupun sebelum ni mungkin aku akui kelemahan pada diri yang merasa berpasangan itu satu keperluan walaupun belum masanya..

Monday 28 May 2012

Suapan Yang Tidak Berkat

Semalam aku ada bercerita berkenaan marathon pada hari himpunan belia..sebagai seorang volunteer aku sepatutnya membuat kerja seperti memberikan makanan dan minuman kepada peserta, menjaga aliran larian peserta supaya berjalan lancar dan menyusun atur keperluan dalam marathon seperti penunjuk arah, kon dan sebagainya..volunteer tidak patut menunjukkan arah yang salah, melontar batu pada peserta mahupun mengorat sejenak peserta yang comel..peserta ni kadang-kadang banyak karenah gak walaupun sedang berlari..sebelum ni penah gak aku terlibat jadi volunteer..ketika mereka berlari mereka sempat bertanya.. biasanya mereka akan bertanya..jauh lagi ke..bile nak habis, air penganjur tak bagi ke..dan jawapan aku sememangnya merendahkan moral mereka..jauh lagi cik..saya pon xtaw kat mane..dekat depan lagi kot..

Tapi semalam aku melakukan tugasan lebih advance di mana aku disuruh menutup jalan utama 4 lorong dan menyuruh kenderaan melalui laluan alternatif yang lain.. langsung tidak terlibat dengan peserta marathon..apabila sampai ditempat kejadian aku buntu..jadah apa suruh aku tutup jalan sorang-sorang yang kenderaan banyak tak ingat...aku dibekalkan dengan bendera merah dan bip kuning yang sering di pakai orang yang sedang perbaiki jalan..aku seperti dalam dilema samada ingin mendaftarkan diri sebagai peserta atau balik ke UPM berjalan kaki..selang 10 minit kemudian, sedang aku dalam proses memikir penyelesaian yang bernas, datang 2 orang anggota polis trafik..paru-paru aku mengeluarkan karbon dioksida dengan kadar yang banyak dan berasa lega kerana mereka ditugaskan bersama aku untuk kawal trafik..sememang tugas ini sangat relevan untuk mereka dan bukan nya aku..tak dapatlah aku nak melihat gelagat peserta berlari sebaliknya melihat gelagat pemandu yang bertanya kenapa jalan ditutup..

Sepanjang bertugas aku seperti tiang bendera yang diperkukuhkan dengan besi dikaki..hanya melihat polis trafik tersebut menjalankan tugas..tugas aku dipermudahkan mereka dan aku hanya melihat jam tangan yang seakan lambat bergerak..bila dah buntu, aku bersembang dengan salah sorang polis tu masa kenderaan takde..ada sekali die cakap ayat die sikit lebih kurang "ko budak u, klo minat jadi polis jadi lah pegawai polis"..aku seperti biasa meng iyakan setiap kali apa die katakan dari awal..pastu aku kata "sekarang dah banyak tanggapan masyarakat terhadap  anggota polis  bang.." Die tersenyum seperti dapat memahami apa yang aku maksudkan..tentang gejala rasuah dalam anggota polis..

Lepas tu die pon cerita panjang lebar..seperti mengadu nasib kepada ku..kebetulan kenderaan tak banyak seperti memberi ruang untuk kami bersembang..die kata die tidak kisah pandangan masyarakat..diorang boleh kate apa die nak kate..setiap kali ada roadblock ada gak pemandu yang membuta tuli menuduh mereka cuba mengambil wang tepi sedangkan mereka cuma menjalankan tugas..ya, memang ada cerita tentang polis disabitkan dengan rasuah..tapi bukan semua yang  macam tu..begitu juga pemimpin, ad juga yang menerima rasuah tapi bukan semua begitu..polis tu berkata lagi kita dari rumah sudah di ajar tentang rasuah..contohnya emak kite upah kite choki-choki klo tolong belikan barang kat kedai..tapi budak sekarang tak main choki-choki..paling-paling pon cadbury black forest..ya..itu pon dianggap rasuah..tapi xsama dengan menerima suapan untuk melepaskan diri dari sesuatu..

Mengikut statistik yang di buat oleh Transparency Internatioanal (sebuah organisasi yang mengkaji kadar korupsi di dunia), pada tahun 2011, Malaysia menduduki tangga ke-60 dari 182 negara  bagi negara yang bersih dari rasuah..dengan skala 10 paling bersih hingga 0 paling tinggi rasuah, Malaysia pada skala 4.3..sikit lagi nak gagal..secara perbandingan New Zealand ditempat pertama negara yang paling bersih yakni bagus dalam menentang gejala rasuah mendapat 9.5 manakala jiran kita Singapura tempat ke-5 dengan 9.2..Ow,sungguh jauh kedudukan Malaysia yang menunjukkan masih banyak gejala rasuah di Malaysia.

Sunday 27 May 2012

Himpunan Jutaan Belia

Seawal 4.00 pagi, dengan mata rabak dan terasa berat untuk mengalih selimut yang tiba-tiba berat, ku gagahi untuk bangun dari tito..terasa graviti di katil seakan begitu kuat sehingga aku menglingkarkan badan semula yang kesejukan..10 minit kemudian dari bangun semula dan bergegas berlari-lari anak menuju ke bilik air bertemankan gayung berisi peralatan mandi sebab dah lambat..dalam sepintas lalu aku mandi dan bersiap dengan ala kadar..hu19.hari ni aku terlibat jadi volunteer untuk acara marathon di himpunan jutaan belia yang berlangsung di Putrajaya..perhimpunan ini berlangsung sabtu dan ahad..niat yang asal bukan nak jadi sukarelawan tapi mendambakan baju percuma, elaun serta makanan..susah nak cari volunteer tanpa elaun ni..sape nak  jadi lagi pon nanti..

Sepanjang pejalanan di Putrajaya sebelum sampai ke Istana Kehakiman yang menjadi tapak berkumpul,aku dapati terlalu banyak deretan kedai, khemah, dan tapak pameran..tapi semuanya belum dibuka pada awal pagi..wa,besar rasanya event ni..mesti ramai belia yang datang pehimpunan..warga emas berusia 65 tahun ke atas mungkin dikecualikan sebagai belia sekiranya mereka hadir..macam-macam acara yang akan di acara kan pada sebelah pagi hingga ke larut malam nanti..aku xtaw sangat tentatif himpunan ni.aku tak minat sangat nak p tempat yang ramai orang..karang terpadang benda yang sepatutnya tak di pandang..hu19.maklum lah orang ramai..tapi mase tu blum ramai yang datang g..baru pukul 7..rata-rata yang hadir pagi tu adalah peserta marathon..ada juga yang macam terpaksa pergi..mungkin disuruh oleh cikgu untuk mewakili sekolah..ho19.. dalam pukul 7.30 aku pon di tugaskan di kawasan yang disuruh dan bermula la tugas sebagai volunteer....

Marathon bermula pukul 8.00 pagi..nama larian ni 7th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2012..jarak yang terpaksa dilalui peserta adalah sejauh 14.3km..jarak agak jauh untuk seorang yang x suka berlari jauh seperti aku..larian perdana di sekolah pon aku tak minat walaupun jaraknya hanya 8 km j..rupe-rupenyer marathon ni melibatkan 5 peserta dalam 1 kumpulan..mereka akan berlari bergilir-gilir..setiap seorang cume perlu berlari 1/5 dari jarak larian..so xde la jauh sangat dorang perlu berlari..cume dalam jarak 3 km seorang..mungkin aku akan melibatkan diri sekiranya marathon 3 km dipertandingkan walaupun kebarangkalian untuk peroleh pingat sangat rendah melainkan melibatkan 3 peserta sahaja..dan mungkin aku memiliki tempat ketiga..

Saturday 26 May 2012

Bahang Dunia

Hari ini agak panas..panasnyer sama macam hari panas yang lain.ho19..kepanasan yang membuatkan malas nak ke mana-mana.. apabila panas, kita akan bertempiaran mencari tempat berteduh atau meracau mencari air untuk menghilangkan dahaga.. yang perempuan akan berpayung kebanyakannya.. terima kasih pada penjual minuman yang membolehkan kita hilangkan dahaga untuk seketika..juga tak lupa kawasan shopping complex, bank dan bangunan kerajaan yang menyediakan aircond secara percuma untuk tempat berteduh seketika. Pernah juga aku masuk ke mall untuk merasa kesejukan aircond semata-mata nak hilangkan panas yang melampau setelah penat merayau di bandar..

Dekat  Malaysia suhu dalam lingkungan 27˚C-34˚C..panas dan lembap..ada gak tempat yang sejuk macam Genting Hingland, Bukit Fraser yang bawah 20˚C tapi xsmua tempat cam tu ada kat Malaysia..dengan suhu lebih 35˚C kita memang akan mengalirkan peluh dengan deras, cepat dahaga, tidak menumpukan perhatian sepenuhnya, mengeluh dan mungkin akan mula mencarut..ini disebabkan tindak balas dalam badan kita yang cube mengekalkan suhu dalam badan menyebabkan kita mula bersifat demikian..secara fisiologinya ia berkaitan ngan "thermoregulation"..saje je nak relate kan ngan apa aku dah belajar..hu19..tapi mencarut bukan tindak balas fisiologi sepeti mana yang aku belajar..ia lebih kepada kawalan emosi..


Friday 25 May 2012

Menuju Ke Puncak

Awal bulan hari tu.. ada kawan aku ajak pergi Bukit Broga..Aku pon p la panjat bukit tu..ingat aku ngn kawan-kawan aku j y p panjat mase tu..kebetulan hari pekerja masa tu..sekali nah, macam semut die punyer ramai..ada la lebih 200 orang..budak kecik pon ada..handal budak tu sambil rase cemburu kenapa die boleh panjat dengan muka riang sedangkan aku macam nak tercabut kaki..tapi diikutkan kaki aku memang tak berapa nak sihat sebab pernah xcident petengahan tahun lepas..tinggi Bukit Broga tu 400 meter j..pastu dak-dak ni ajak panjat Gunung Tok Wan..sebelah Broga j..nak xnak layankan aje..rasenye klo bole servis kaki aku y pernah patah, ak dah servis kaki aku mase lepas turun gunung tu..Mengigil, luka, kejang, bertongkat semua ada..tapi gunung tu baru 675 meter..x sampai 1000 meter pon..hari ni kawan aku ajak p Gunung Nuang (1495 meter)...ni aku rasa aku boleh naik tapi turun suruh helikopter amik...hu19..klo aku sihat mungkin aku berdaya untuk p..

Puncak Gunung Tok Wan
Mendaki gunung atau bukit ni memang best sebenarnya..dapat sihatkan tubuh badan,cuci mata dengan keindahan hutan tropika..jauh dari hiruk-pikuk suasana kota..udara y segar..sebelum ni aku pernah p gunung santubong (700 meter)..ada gak bukit lain y aku pernah p cam Bukit Bintang, Bukit Jalil ngan Bukit Jelutong..namun ia tidak memerlukan kelengkapan mendaki sebaliknya bukit tersebut memiliki permukaan y landai dan tidak perlu mengeluarkan peluh..aku tak pasti samada aku mendaki atau berjalan sebenarnya..mungkin korang pon pernah p..

Gaya Penulisan

"Dewasa kini, ramai di kalangan anak muda yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas bergraduat seperti cendawan tumbuh selepas hujan"

K.aku bukannya nk bercerita tentang cara menulis karangan y baik..mase sekolah menengah dulu mgkin boleh la macam wat ayat mcm 2..ni klo cikgu BM ak (Cikgu Jamaliah) tgok ak tulis krangn mcm skrg ni mse SPM, mau die tebalikkan meja..hu19..gaya penulisan kebanyakan secara beransur ansur smakin kritikal akibat bahasa baku dan pnggunaan ayat formal semakin kurg di gunakan..peduli apa aku..hu19.zaman sek dah lpas..kat U plak kna tulis english walaupon grammarnya sgat dahsyat..ha19..semakin banyak ayat y di sinkof dan di short form kan..klo dulu mungkin perkataan nak dan tak adalah sinkof y sllu bermain di pena..tpi sekarang banyak dah..cam (juga sinkof y palsu).. mau,nk,sy,awk,kte,otw,mkn,b4..pihak dewan bahasa dan pustaka serta cikgu bahasa melayu pasti tidak mnggemari perihal ini berleluasa kerana merosakkan bahasa melayu..

Ye..ak juge slah sorang y merosakkan bahase dlam penulisan..maafkan saya cikgu Jamaliah..tpi nk wat camne kn..kang taip panjang-panjang kena cas mahal lak klo gune handset..sape la nk taip panjang-panjang lagi-lagi tgh urgent..contoh.."abu, ko ktne, dtg blik ak.tlg mskkn nasik, ak dh lapo"..takkan nak tulis.."Abu, awak berada di mana sekarang?, Bolehkah awak datang ke bilik saya?.Tolong masakkan nasi untuk saya sebab saya sudah lapar, kata Ali kepada Abu".

Apa y aku cube nak sampaikan ialah penggunaan bahasa dlam blog ni je..harap dapat paham la ye ape ak tulis..mne y tershort form, terformal k..pape pon bahasa melayu tetap perlu diutamakan..klo bukan dlm penulisan tapi dlam percakapn(aku rse lgi teruk bhse drosakkan)..dalam waktu berpidato mgkin..hu19..tpi korg pernah dengar tak ada satu pulau ni y penduduknya mnggunakkan bahasa melayu dlam percakapan seharian diorang..semestinya y aku maksudkn bukan negara seperti Malaysia,Indonesia,Brunei atau Singapura.

Thursday 24 May 2012

Langkah Pertama

Fuh.. Sejak dari dulu aku dah lama nak wat blog ni..Asyik baca orang punyer je..Macam-macam yang dicoret mereka,..blog ni aku wat untuk isi mase lapang..duduk bilik asyik main game jer..game pon bosan aku asyik main jer..hu19..aku bukan nak luahkan ape-ape perasaan dalam laman maya  ni tapi hanya untuk memberi pendapat dan yang paling penting ialah memperkenalkan sesuatu yang lain dari yang lain..tapi mungkin orang dah wat kot..hu19

Dalam setiap entri aku akan selitkan pengenalan kepada negara-negara yang ada kat dunia..dari kecik aku memang minat hafal nama negara..so far, terhafal lah kesemuanya walaupun xde unsur kepentingan dalam kehidupan sekarang..sekadar suka-suka..setengah orang suka panjat gunung, tengok anime, main kompang, berzapin, bela ayam, kumpul stokin dan sebagainya. aku sangat meminati geografi sejak kecik tapi aku rase xde pkjaan kot y melibatkan hafal nama negara semata..hu19.besepah gak la atlas, peta, buku geografi..glob pon dulu ada tpi mungkin dah jadi bahan pencemaran alam kerana dperbuat daripada plastik dan ntah kat mne skrg..mungkin blog ni akan berakhir setelah aku btaw semua nama negara dalam dunia...aku hanya beri info ringkas sahaja, sekadar y aku tahu.aku pon bukan pandai sangat menaip ni walaupun cam dah panjang j..hu19