Friday 31 August 2012

Pengertian Merdeka dan Sejarahnya

Akhirnya tamat sudah tempoh aku bekerja sementara masa cuti semester..hari terakhir aku bekerja dilakukan dengan penuh bergaya..masuk kerja lambat dan balik kerja awal..bagaimanapun banyak pengalaman yang dapat aku peroleh sepanjang bekerja..bergelumang dengan sayur, buah, kekacang, seafood, ayam, dan benda-benda lain yang boleh di makan..tak lupa juga melayan karenah customer..hampir dua bulan aku bekerja..ada bekerja masa bulan puasa..bekerja masa hari raya..dan tak lupa juga bekerja semasa merdeka..ya..mungkin aku juga telah merdeka dari anasir kerja sementara..tinggal lagi seminggu untuk memulakan semester baru..tak sabar rasanya nak study semula..uhuk..uhuk..(batuk berlarutan yang seperti dibuat-buat)

Diam tak diam negara kita telah berusia 55 tahun..namun nenek aku lagi tua dari Malaysia..tapi dalam usaha untuk membentuk negara ini, macam-macam perkara terpaksa di tempuhi yang tak ditempuhi nenek aku..dari pengorbanan para perajurit sejak zaman berzaman mahupun rombongan untuk menuntut kemerdekaan..tanggal 31 Ogos 1957 tercipta sebuah negara yang bernama Tanah Melayu diikuti pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dan terkeluarnya Singapura dari Malaysia..ah..budak yang nak amik PMR pon tahu semua benda ni..tapi tak salah kalau nak diingatkan semula..dan kini Malaysia adalah antara pengeluar cetak rompak utama dunia..oh silap..Malaysia antara negara membangun yang terus memacu kemajuan walaupun rakyatnya terdiri pelbagai bangsa dan agama..

Dalam sambutan kemerdekaan, rasa cam meriah je tengok bendera dikibarkan di merata-rata tempat..seperti yang terpampang dalam dada akhbar..kat tempat aku, aku tak pasti ada terpasang ke tak bendera-benderani..mungkin mood raya masih menguasai segelintir yang sibuk menyediakan juadah untuk open house..tadi dekat tempat kerja nasib baik ada dimainkan lagu merdeka tahun ni yang bertemakan "Janji Ditepati" yang mungkin menyambut hari merdeka secara tak langsung..walaupun telah diputarkan lebih 10 kali berturut-turut aku masih tak dapat mengikuti liriknya untuk dinyanyikan bersama..aku lebih gemarkan lagu "Jalur Gemilang" kerana sudah sebati dalam kepala otak..nyanyian yang lebih mesra dan riang berbanding sekarang..dan hampir terbawa-bawa ke kamar tidur..

Sekarang adakah semangat kemerdekaan masih tersemat dalam golongan anak muda khususnya..adakah dengan menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" di bilik mandi sudah menandakan kita menjiwai semangat merdeka..dan adakah dengan mengibarkan jalur gemilang yang diedarkan secara percuma oleh pihak tertentu ketika sambutan kemerdekaan juga melambangkan kita sudah berjiwa merdeka..atau pergi ke dataran bersesak-sesak semata-mata untuk melaungkan perkataan merdeka sebanyak tiga kali juga sudah memadai..fikir-fikirkan..teruskan berfikir dan berfikir..

Kibarkanlah Jalur Gemilang tanda kebanggaan terhadap Malaysia

Bukan apa..tadi aku ada terbaca akhbar tempatan yang memaparkan artikel dari aduan pembaca tentang kekesalan beliau..dekat situ dia beritahu yang dia kesal sebab masih ada orang yang tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia pertama semasa mendengar radio di mana deejay radio bertanyakan soalan kepada pemanggil..ow..kekesalan ini akan hilang sekiranya yang tak tahu itu adalah orang-orang Nepal atau Bangladesh yang bekerja di kilang-kilang, orang kelainan upaya, bayi tak cukup bulan yang masih ditempatkan di inkubator ataupun pesakit Alzheimer..ini kalau anak muda..atau mak bapak orang yang masih waras tidak tahu adalah sangat tidak patut..walaupun ia bukan sebahagian rukun kehidupan..aku pun turut tumpang kesal..sekurang-kurangnya ingatlah mereka yang membuatkan kita dapat hidup di tanah sendiri dengan aman makmur hingga sekarang..

Wednesday 29 August 2012

Kombinasi Makanan Yang Berbahaya

Lepas je balik kerja macam biasa..terus menuju ke dapur mencari hidangan yang boleh disumbat ke dalam perut yang asyik merengek minta diisi..setelah memenuhi permintaan perut, aku berehat dan membersihkan diri..lepas tu aku pon mengonlinekan diri seperti biasa..dalam kekenyangan aku terbaca satu artikel yang mengatakan kalau kita makan dua benda yang berbeza pada waktu yang sama akan memudaratkan diri..contohnya memakan ubat gegat dan peluntur serba guna..gabungan dua bahan ini mampu membuat mulut anda berbuih..maaf..ini bukan benda yang aku maksudkan..

Yang aku maksudkan mestilah makanan yang boleh di makan..apa ya agak-agak bila kita makan dua benda pada masa yang sama dapat memudaratkan kita..contoh yang paling mudah ialah memakan karipap curi beserta dengan air keladi yang juga turut dicuri ..ini akan menyebabkan anda meringkuk di dalam penjara untuk tempoh tertentu..maaf..ini juga bukan benda yang aku maksudkan..

Yang aku maksudkan sebenarnya bila kita makanan dua benda yang berbeza pada waktu yang sama dan akan memudaratkan kesihatan kita secara tak langsung..kita biasa makan ikut sedap tekak je kan..walaupun tekak tidak mempunyai tunas rasa..ada yang mungkin tidak tahu bahawa sesetengah benda kalau dimakan bersama mampu memberi kesan serta merta atau dalam jangka panjang.kat sini aku nak beri tahu serba sedikit tentang kombinasi makanan yang berbahaya..ya, ini benda yang aku maksudkan..

Air kopi + Minuman bertenaga 
Biasanya kalau musim exam..sehari sebelum masuk dewan, student dengan berat hati akan mengqiamullailkan diri bersama nota yang selama ini ditinggalkan begitu sahaja di atas meja..namun nak jawab exam punya pasal terpaksa la stay up malam tu..biasanya air nescafe atau minuman bertenaga seperti red bull antara pilihan untuk dijadikan bahan yang mampu mencerahkan anak mata..namun sekiranya air kopi dan minuman bertenaga di ambil bersama dalam masa 2-3 jam akan menyebabkan rasa gelisah,tidak senang duduk,mual dan muntah..jangan panik..ini bukan tanda anda hamil kali pertama..ini disebabkan oleh sistem tubuh yang menjadi kacau bilau..minum air kosong dan makan sesuatu yang menyihatkan untuk melegakannya..

Limau gedang (Grapefruit) + Pil Tidur
Dah banyak study mesti kena top up balik waktu tito yang hilang..antara cara yang mudah adalah menelan pil tidur sebanyak mungkin..oh..bukan..aku sendiri tak pernah tengok pil tidur apatah lagi memakannya..namun sekiranya makan pil tidur bersama limau gedang..ia akan menyebabkan kita mula loya..cirit birit..pening..keliru atau sembelit..ini kerana jus limau gedang mengandungi bahan kimia yang menyekat enzim penghadaman dan hati,menyebabkan tindak balas metabolisme korang terhadap sesetengah pil tidur menjadi celaru..seeloknya jangan amalkan makan pil tidur..tito je la macam biasa..ho19..

Limau gedang (Grapefruit) + Estrogen
Ow..bila dah cukup tito tetiba pulak esoknya putus haid(bagi yang perempuan)...tetibe je..aku pon tak pasti ini putus yang dah tak sambung-sambung (menopause) atau yang bersambung pada kitar seterusnya..pengambilan pil estrogen (kerana putus haid) mampu membuatkan golongan wanita lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara mengikut satu kajian jika dimakan bersama limau gedang..aku tak pasti la apa teruk sangat limau ni..hakikatnya buah sitrus ni bagus tapi bila bergabung dengan benda lain jadi tak bagus agaknya..orang lelaki aku tak taw plak ada kesan ke tak kalau makan dua benda ni..tapi dah kenapa pulak lelaki nak pi makan pil estrogen tu..

Pil Perancang + Antibiotik tetrasiklina
Lelaki akan terlepas dari simptom kombinasi berbahaya seperti ini..lelaki akan memakan pil perancang sekiranya pil itu mampu merancang pendapatan keluarga, merancang percutian ke luar negara atau merancang untuk lepak bersama kawan..malangnya tiada pil perancang yang mampu berbuat demikian..kajian mendapati tetrasiklina (untuk jangkitan penyakit kelamin pada sistem perkumuhan) mampu menyebabkan pil perancang menjadi kurang berkesan..dari segi fisiologi ia tidak memberi kesan yang buruk..tetapi akan menyebabkan kelahiran yang tak dirancang..tapi benda ni dah ditentukan-Nya..

Udang + Vitamin C
Bila dua makanan ni bergabung akan menyebabkan rusuhan teruk berlaku dalam badan..keracunan arsenik akan berlaku disebabkan tindak balas arsenik yang ada dalam udang tersebut di mana asalnya tidak toksik dan ditukar kepada toksik jika dimakan bersama vitamin C..jika makan udang setelah pengambilan vitamin C akan mengundang padah dan kes yang jarang berlaku mampu menyebabkan kematian..seeloknya udang dimakan bersama kuah sup tomyam atau steambot yang kaw-kaw punya..pergh..dia punya pergi..lidah sahaja yang dapat merasa keenakkannya..
Katakan Tak Nak

Kombinasi memakan burger dan air coke yang dibeli di Mcd serta dibeli oleh seorang kawan tanpa memberitahunya juga mampu mengundah padah dengan menerima berapa das lempangan di muka..mungkin juga..tetapi memang terdapat kombinasi yang berbahaya dan sepatutunya elakkan..ikutkan lagi banyak kombinasi atau gabungan makanan yang mampu menjadi hidangan yang berkhasiat dan lazat seperti..roti dengan jem..teh dengan gula..air susu dengan biskut putar, jilat, celup..nom nom nom..

Monday 27 August 2012

Perkataan Terpanjang Di Dunia

Perkataan boleh diterjemahkan dalam percakapan dan penulisan..gabungan huruf yang membentuk suku kata tertentu dan menjadi perkataan..perkataan mempunyai maksud tertentu..sejak kecil kadang-kadang aku pernah terfikir apakah perkataan bahasa melayu paling panjang...nak taw perkataan bahasa inggeris paling panjang masa kecik memang tak taw sangat..aku ni lemau sikit bahasa inggeris dulu-dulu..sekarang pon lemau gak rasanya..hu19..takde benda lain ke aku nak pikir..benda remeh macam ni jugak yang aku pikir..abaikan..kat sini aku nak beritahu apa yang aku rasa perkataan terpanjang dalam bahasa melayu..

Kalau mengikut kata dasar, mungkin ini antara perkataan yang panjang

Matrikulasi = 11 huruf
Antarabangsa = 12 huruf
Maharajalela = 12 huruf
Tanggungjawab = 13 huruf

Tanggungjawab mungkin perkataan dasar paling panjang..tetapi dalam tatabahasa, meletakkan imbuhan pada kata dasar membolehkan ia merubah maskud..dan apa pula perkataan dari kata dasar terpanjang sekiranya ditambah imbuhan

Pengantarabangsaan = 18 huruf
Mempertanggungjawabkan = 22 huruf

Dalam pemikiran aku yang bukan lah sehebat ahli-ahli di dewan bahasa dan pustaka..aku mengagak mempertanggungjawabkan adalah perkataan terpanjang dalam bahasa melayu..setelah penelitian tambahan di internet..aku dapati ada perkataan lagi panjang dan itu adalah perkataan terpanjang dalam bahasa melayu..

Menyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan = 46 huruf

2 kali ganda lebih panjang dari apa yang aku agak pada mulanya..tapi aku tak taw la perkataan ni ada dalam dalam kamus ke tak..rasanya takde kot..tersasul kalau salah menyebutnya..

Bagaimanapula dalam bahasa inggeris..mesti lagi panjang kan..kat sini aku nak beritahu perkataan terpanjang dalam bahasa inggeris..perkataan terpanjang ini biasa terdapat dalam kebanyakan kamus dan dalam microsoft word..kalau korang taip perkataan ini tiada lain merah di bawahnya yang menunjukkan grammar yang salah..

Pneumonoultramicroscopicsilicovocanokoniosis = 45 huruf

- yang bermaksud radang paru-paru akibat tersedut debu pasir yang halus berhampiran kawasan gunung berapi..kalau tersedut serbuk lada hitam di dapur jiran papan mungkin dia akan jadi Pneumonoultramicroscopicblackpepperinneighbourkitcheniosis..ha19..mengarut aja..ni mau terbelit lidah sebut..

Tapi ini baru sikit..ada lagi panjang..perkataan ini tiada dalam kamus tetapi adalah perkataan terpanjang dalam kesusasteraan dulu-dulu serta diakui guinness book of record 1993..

Lopadotemachoselachogaleokranioleipsanodrimhypotrimmatosilphioparaomelitokatakechymenokichlepikichlepikossyphophattoperisteralektryonoptekephalliokigklopeleiolagoisiraiobaphetraganopterygon = 183 huruf

-yang bermaksud sejenis hidangan yang disebutkan sekali apa yang terkandung dalamnya termasuk ikan, daging, ayam dan sos..perkataan ini disebut oleh Aristophanes semasa membuat persembahan komedi..ni macam mengarut pon ada..aku rasa korang akan mengambil masa lebih seminit untuk menyebut perkataan ini..hu19..

Adakah korang rasa ini perkataan paling panjang..semestinya tidak..perkataan paling panjang yang mempunyai 189, 819 huruf..secara ringkasan nya ia dipanggil "titin"..mengambil masa lebih dari 8 minit untuk menyebutnya walaupun pada tempo yang sangat pantas..aku tak sanggup nak tulis tapi aku bagi link video


Amacam..ada try tak sebut..selepas korang cube menyebutnya, mungkin akan menjadi gagap buat sementara waktu.."titin" merupakan kompleks protien yang paling besar ditemui..apa yang menyebabkan perkataannya terlalu panjang ialah disebut satu persatu susunan 34, 350 amino acid..namun perkataan ini tiada dalam kamus dan dipertikaikan sama ada ini perkataan atau tidak..ini kalau masuk dalam exam biology mau berdarah otak nak hafal..hu19..tapi ingat..ini baru perkataan bahasa inggeris..kot kot dalam bahasa lain ada lagi panjang..tapi aku rasa takde kot..

Nama tempat terpanjang
Bagaimana pula kalau anda pergi ke satu tempat dan ia mempunyai perkataan yang panjang..contohnya di Malaysia..Teluk Panglima Garang..ni je dah 19 huruf..antara nama tempat paling panjang di Malaysia ialah Kampung Simpang Tiga Durian Chondong yang mempunyai 32 huruf..kampung ini terletak di Johor..ini bukan yang terpanjang tapi antara yang terpanjang..jenuh nak tulis surat kalau nama tempat macam ni..macam mana pula dengan nama tempat terpanjang di dunia..

Nama tempat terpanjang di dunia terletak di New Zealand..nama yang diberikan oleh orang Maori kepada sebuah bukit..dan nama tersebut ialah

Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu
 = 85 huruf

Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu
agak-agak macam mana la ye nak sebut berulangkali.contohnya..
"tadi aku pergi bandar Ipoh..dekat Ipoh tadi aku beli mop lantai", kata Ishak sambil menari..
cuba kalau tukar
"tadi aku pergi bukit  Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu ...dekat Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu tadi aku saja jala-jalan"..kata Azlan sambil membetulkan kedudukan lidahnya..

Di atas hanya contoh ayat tetapi hampir mustahil digunakan kerana orang Maori di sana tidak berbahasa melayu..Masih ada lagi perkataan terpanjang tetapi bukan dalam bahasa inggeris dan ia adalah nama lain bagi bandar Bangkok iaitu 

Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit - 167 huruf

Namun nama itu tidak digunakan dalam menyebut kota bangkok oleh orang kebanyakan..takkan nak cakap..I want to go to Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit..tak sempat habis cakap orang yang dengar tu dah lari..nama ini diberikan oleh Raja Thailand yang lebih dianggap gelaran untuk kota Bangkok..

Saturday 25 August 2012

Kad Raya Yang Penuh Makna

Nak diikut hati mahu saja tito memanjang waktu cuti..maklum lah penat bekerja..nanti dah segar baru bole beraya..semalam tidur aku diganggu oleh deruman enjin motorsikal posmen yang menghantar surat..ah..kacau betul posmen ni..hantar lah surat lepas asar ke..ni ada ke hantar dah nak waktu lunch..oh..nampak di sini aku bangun lewat..mana tak nyer lepas subuh baru tito..ini penangan kerja syif petang..kebetulan masih cuti..selamba badak jantan je aku tito di pagi hari..alah, dekat u pon same jugak pegi die..tito lambat..tapi tak boleh gak nak salahkan posmen..dah tugas dia hantar surat..kalau hantar lambat mencarut pulak karang...

Untung ada orang hantarkan..dalam keadaan separa sedar aku menerima surat tersebut..aku dapati di alamat disampul ditulis tangan..pasti surat ini bukan dari pihak PTPTN, bil broadband atau apa-apa kaitan dengan urusan rasmi..aku macam pernah lihat bentuk tulisan ini, otak cuba bertindak balas cuba menaksir siapa empunya tulisan namun aku tidak berdaya untuk membuka kelopak mata lebih lama..orang kata waktu pagi benda paling berat nak dibuka ialah kelopak mata..betul agaknya..selang beberapa ratus minit kemudian aku terjaga dari mimpi..mimpi yang aneh..mimpi juga berkaitan surat..belum sempat menggeliat dan mengemas tempat tito yang jarang dikemas, aku terus mencari surat tersebut untuk mengetahui apa isi kandungannya..adakah surat yang aku terima tadi juga hanya satu mimpi juga..dah macam cerita inception pulak..ha..ada pon..ternyata ini bukan mimpi..

Rasanya mungkin kad raya agaknya dalam sampul ini..nak kata kat jemputan takde pulak kawan aku nak kawen dalam masa terdekat..aku bermonolog dalaman sambil berbaring..jangkaan aku tepat kerana sememang ia adalah kad raya..mana mungkin sampul surat boleh memuatkan buku laporan prestasi sekolah, majalah mingguan wanita,I-pad apatah lagi mesin basuh..ow..dah lama tak dapat kad raya..tahun sebelum-sebelum ni juga ada dapat dari kawan-kawan..tapi jarang la..mungkin budaya kad raya ni sudah ditelan dek zaman..budak-budak sekarang dah malas da nak hantar kad raya..sms je..tak pon fb je..maklumat lebih mudah dicapai dengan adanya teknologi sekarang..

Untuk itu, sepintas lalu aku nak beritahu serba sedikit tentang penyampaian maklumat merentasi masa:

1. Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Christopher Columbus
2. Selama 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengetahui tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
3. Selama 1.3 saat untuk manusia menerima kata-kata pertama dari Neil Amstrong semasa ekspidisi ke bulan
4. Dan kurang 1 saat untuk mendengar ulasan berita secara langsung mengenai kejayaan Pandelela Rinong dalam merangkul pingat gangsa sukan Olimpik baru-baru ini..

Lenguh tangan aku menongkat dagu menunggu surat sampai kalau berada di zaman Abraham Lincom..apatah lagi zaman Ratu Isabella..patah agaknya tangan menongkat dagu..sekarang..ha..tak sempat nak tongkat dagu surat dah sampai agaknya..maksud aku surat dalam dalam gadjet-gadjet yang canggih zaman sekarang..boleh reply on the spot lagi..untung jadi orang sekarang..

Pengirim Kad Raya

Hm..kad raya takde la lepas tulis terus sampai ke rumah orang yang di kirim..mungkin mengambil proses selama seminggu untuk di pos secara biasa..ah..panjang pula aku merepek..berbalik pada kad raya yang aku dapat tadi..aku cari dulu nama pengirimnya..ow..sungguh tidak ku sangka pengirimnya adalah dari seorang sahabat yang pernah rapat satu ketika dahulu..isikan kandungan ringkas..tidak melebihi 360 patah perkataan seperti dalam ujian penulisan bahasa melayu SPM..tapi mampu membuatkan aku mengingatkan kenangan yang tertulis selama kurang setahun..kenangan yang selama setahun itu mungkin memerlukan buku setebal ensiklopedia 5 siri untuk menulis secara keseluruhan cerita detailnya..

Ish3..masih kenal akan tulisan ini..dalam senyum aku terus membaca..fikiran mula melayang mengenang saat kami rapat sebagai kawan ketika dahulu..dia seorang yang pandai..personalitinya berbeza dari kebanyakan kawan sejantinannya yang aku kenal..manis senyumnya..juga kadang kala bersifat keanak-anakkan..adakalanya sikapnya membuatkan aku pening..ha19..tapi tak mengapa..bukan semua manusia ada ciri yang sama..semua manusia ada cara dan persekitaran tertentu dalam tempoh dibesarkan membuatkan kita berbeza personaliti..yang penting semua hati manusia mempunyai satu persamaan iaitu sentiasa mahu memperbaiki diri kearah kebaikan..

Dalam perhubungan adakalanya ada benda yang tak dapat dielakkan..atas sesuatu tindakan yang mungkin bersifat pentingkan diri menyebabkan kami sudah tidak rapat..tindakan yang bersifat terlalu mendadak..aku penyebab kepada tindakan itu..walhal tidak ada perselisihan apatah lagi pergaduhan sebelum itu..ibarat seperti tiba-tiba ada halaman tidak bercetak di pertengahan sebuah novel pengembaraan yang sedang rancak di baca..dan ruang kosong itu hampir berlanjutan hingga ke muka surat akhir..di akhir-akhir muka surat pula terdapat tulisan yang kabur pula untuk di baca..aku pernah menyatakan kepadanya untuk mencapai sesuatu kita mungkin terpaksa melepaskan sesuatu..dan aku terpaksa melepaskan kawan seperti dia..

Angka di kalendar bertukar bersilih ganti..hari terus berganti hari..baju berganti baju..masa terus berlari pantas..kini sudah 4 tahun berlalu..kawan aku itu kini masih belajar di tempat yang sama dengan aku..seperti sebelum ini..dalam aku sibuk membuat hal sendiri, adakalanya takdir mempertemukan kami sekali sekala walaupun hanya berselisih..namun lidah seperti baru membuat rawatan ulser yang kronik...kelu dalam berkata-kata..dan dalam tempoh itu juga sedikit sebanyak aku mengandaikan dia sudah punyai hidup yang gembira sekarang..bersama sahabat-sahabatnya..atau sahabat istimewanya..adakalanya aku seperti ada rasa kehilangan..walaupun sekadar kawan..aku tak mengharap masa diundurkan semula..hidup perlu diteruskan..aku punyai kehidupan sendiri...begitu juga dia..walaupun adakalanya mahu bertegur sapa seperti kawan sedia kala..

Yang sebenarnya tiada apa-apa yang istimewa tentang kami..hanya berkawan..tetapi rapat..bukan kah berkawan itu juga sudah menjadi sesuatu yang istimewa dalam kelangsungan hidup manusia..dan masihkah menjadi sesuatu yang istimewa apabila kawan tiba-tiba menghilang..perkara yang dah berlaku biarkan berlaku..kini aku menunggu dalam tahun ke-5 perkenalan seperti apa dinyatakan dalam kad tersebut..harap ada sesuatu yang baik berlaku sebelum segala-galanya berakhir..kulit akhir sebuah novel sepatutnya masih dapat menggambarkan sinopsis sebuah cerita yang dapat memberikan sebuah gambaran jalan cerita walaupun bukan secara keseluruhan dan hilang cerita di bahagian tengah..

Apa yang diceritakan di atas adalah kisah benar aku masa lalu..cuma ditambah unsur personafikasi dan leretan ayat supaya lebih panjang untuk dibaca..maklumlah tengah cuti..hu19..kalau dah balik kerja dah payah pulak nak mengarut dalam blog.nak tengok tv lagi..apa-apa pun kad yang sebagai tanda diri seseorang perlu disimpan..mana ntah kad raya aku sebelum ni aku pon tak taw..dah jadi bahan origami oleh adik aku agaknya..

Hanya yang mengerti dapat memahami apa yang aku sampaikan..dan tahu siapa orang nya..ada sesuatu yang tersirat di sini..hu19..sempena hari raya yang masih ada ini aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin secara penulisan blog kepada kamu..mungkin satu hari nanti akan terbaca..nak hantar kad raya sekarang ntah bila sampai..hu19..

Thursday 23 August 2012

Bekerja Di Hari Raya

Dalam kemeriahan kita menyambut hari raya aidilfitri..masih ada orang yang sihat tubuh badan dan mampu menyara hidup walaupun serba sederhana terpaksa menyambut raya di tempat kerja..amnya seperti anggota polis..JPJ..bomba..pekerja 7e..pekerja KFC dan pembaca berita..mereka terpaksa berkhidmat untuk masyarakat untuk memastikan keperluan dan keselamatan masyarakat berterusan..macam mana nak beli telur atau garam kalau kedai 7e pon tutup 4 pagi..dan yang engkau pehal nak cari telur dengan garam pukul 4 pagi..terima kasih kepada pekerja 7e yang terus berkhidmat di malam raya di mana kebanyakan kita mungkin sibuk menyediakan rendang..ketupat..lemang..main mercun mahupun menghias rumah..bagaimana pula kalau kita berada di tempat mereka..

Tahun ni kali pertama aku bekerja di hari raya..nice.terasa seperti berkhidmat untuk masyarakat yang ingin menyambut raya..hari raya pertama aku kena kerja..kerja sementara je padahal pon..nasib baik aku kerja syif petang..merasa la jugak merasa suasana di raya di sebelah pagi..bersalam-salam..bermaaf-maafan..takbir raya..pakai baju raya..makan ramai-ramai..tapi tetap rasa best kalau cuti masa beraya..sedara mara tengah berkumpul..aku pulak dok bekerja..tapi dapat gaji lebih la klo ker jamasa raya..off day aku pulak setiap hari isnin dan kebetulan hari raya ke-2 hari isnin..maka bercutilah aku..raya ketiga sampai ke-5 masih bekerja..aku dapat cuti raya pada raya ke-6 hingga raya ke-9..masa tu mood raya mungkin dah slow dah..

Raya 1433 H

Anyway takdelah teruk sangat kerja masa raya..lagi pon dah besar kan..klo semua beraya pon payah gak..mungkin boleh dianggap pengorbanan kecil bekerja waktu raya..oh..tersipu-sipu malu aku..sekurang-kurangnya perlulah berjumpa dengan keluarga sekiranya sudah lama berjauhan..kang tak menyempat berjumpa camne..menyesal tak sudah pula..

Tuesday 7 August 2012

Buah-buahan Terbesar

Sejak kerja ni..macam-macam buah aku kenal tapi tak pernah rasa..rasa di mulut mungkin sedap..bagaimana pula pula kalau buah rasa di kepala..maksud aku buah yang jatuh dan kena kepala..setakat kena buah rambai mungkin senyum lagi..macam mana pula kena buah kelapa..senyum sehingga ke penghujung nya barangkali..dekat sini aku nak senaraikan 10 buah-buahan terbesar yang terdapat di pasaran tempatan malaysia..

10. Limau Bali (Citrus Maxima)


Ketua segala limau..mudah menandingi saiz limau lain seperti limau nipis, kasturi, lemon...mempunyai rasa yang manis dan kadangkala tawar..kulit bukan main tebal..isi alamak..berat matang biasa di antara 1-2 kg..impak terkena kepala mampu membuatkan kita menyebut adoi dengan kuat

9. Nanas (Ananas comasus)



Kulit dan daun yang mampu membuatkan jari kita luka..juga mampu membuatkan lidah kita gatal dan tidak hilang kesannya walaupun digaru..namun nenas adalah buah yang manis dan kaya dengan jus serta vitamin C..terdapat pelbagai varieti di Malaysia seperti nanas josaphine, sarawak dan morris..berat di antara 1- 2 kg..

8. Durian Belanda. (Anona muricata)


Tidak berasal dari belanda..juga bukan dalam keluarga durian..entah macam mana buah ni dapat nama pon aku tak taw..langsung tiada kaitan  rapat dengan durian tetapi mirip kepada buah nona..mungkin rupa luaran yang ada sedikit duri..mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang lembut..mampu mencapai berat 2.5 kg

7. Betik (Carica papaya)




Mempunyai isi bewarna oren kemerahan yang lazat isinya..kaya dengan serat..terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz..eksotika dan solo antara varieti betik yang biasa dikomersialkan dalam pasaran malaysia..setakat ini takde lagi kordial air perisa betik walaupun manis..berat normal di antara 1-3 kg..

6. Kelapa (Cocos nucifera)



Buah serbaguna yang boleh dijadikan macam-macam seperti santan, kerisik, kopra, air kelapa dan minyak kelapa..belum cerita bahagian lain pokok kelapa..penyapu, atap, tabung lah bagai..berat purata mencapai 1.4-3 kg..disebabkan terletak jauh di atas pokok yang tinggi mampu membuatkan korang pengsan jika terkena kepala..

5. Tembikai susu (Cucumis melo)


Saudara dekat kepada tembikai..kultivar dari  musk melon yang mempunyai pelbagai jenis varieti lain seperti rock melon, sugar melon dan hami melon..buah yang padat dan berongga di tengah..luar dan dalam yang berwarna putih serta mempunyai isi yang manis..mampu mencapai berat 1.8-3.6 kg

4. Durian (Durio zibethinus)


Digelar raja buah..mempunya rasa yang lazat dan berlemak..sesetengah orang berpendapat durian mempunyai bau yang teruk..tapi bagi aku sodap..permukaan kulit yang berduri dan berat matang mampu mencapai 1 - 3.8 kg..impak terkena kepala menyebabkan anda perlu pergi ke klinik dengan kepala berdarah

3. Cempedak (Artocarpus integer)


Salah satu buah feveret aku..mempunyai kaitan rapat dengan nangka..mempunyai isi yang manis dan kadangkala di buat cucur..tapi lagi sedap dimakan begitu sahaja..kurang dikenali masyarakat luar berbanding buah-buah yang aku senaraikan..mempunyai kulit seakan duri tumpul..berat di antara 1.5 - 4 kg

2. Tembikai (Citrullus lanatus)


92% dari buah ini terdiri dari air..terdapat dua jenis warna utama iaitu merah dan kuning..mempunyai kulit yang tebal diluar dan dan isi yang padat di dalam menjadikan buah ini antara buah yang paling berat..nasib baik tumbuh menjalar..kalau tak koma kena kepala kalau jatuh dari atas pokok..berat matang boleh mencapai 3-14 kg..

1. Nangka (Artocarpus heterophyllus)


Merupakan buah pokok berkayu terbesar di dunia..berat matang biasa dari 5-20 kg..ini kena kepala arwah dah ni..orang biasa tak jual sebiji-sebiji..mati nak bawak balik ni..biasa dijual dalam bentuk ulas..dan rasa nya lembut dan manis..namun yang lecehnya buah nangka menghasilkan getah yang sukar untuk dihilangkan..

Apa yang aku cerita hanyalah berat buah yang ada di pasaran Malaysia..diluar negara, dengan kepakaran dan teknologi yang moden membolehkan saiz buah ini berlipat kali ganda..contohnya berat yang pernah direkodkan untuk nangka adalah 34.6 kg di Hawaii..tembikai jenis Carolina Cross mempunyai berat di antara 25-68 kg..rekod tembikai paling besar pula ialah 121kg dari varieti yang sama..berat tanaman yang pernah di hasilkan pula adalah labu manis yang dikatogerikan sebgai buah sayuran..beratnya mencecah 766 kg..lebih berat dari kereta kancil..

Tembikai Carolina Cross
Mau roboh troli kalau shopping nak beli buah tembikai besar macam ni..kalau labu besar macam ni nampak gaya shopping naik lori la..labu ini dihasilkan di Rhode Island dan dipertunjukkan dalam Topfield Fair di Massachusetts, U.S.A..ala-ala MAHA gitu..

Labu seberat 766 kg

Monday 6 August 2012

Kilauan Perak

Semalam mungkin ramai yang mengambil keputusan untuk tidak bertarawih atau pulang terawih awal semata-mata untuk menyaksikan perlawanan akhir badminton antara Dato Lee Chong Wei dengan seteru utama, Lin Dan..aku pula tak dapat menyaksikan secara langsung kerana bekerja..seperti kebanyakkan tahu, perlawanan ini menentukan samada Malaysia dapat memenangi pingat emas buat pertama kali dalam kejohanan sukan paling berprestij, olimpik sejak menyertainya pada olimpik  Melbourne 1956..

Dalam perlawanan tersebut DLCW bermula dengan baik pada set pertama dengan kemenangan 21-15 sebelum kalah pada set berikutnya 10-21..pada set penentuan yang berlaku dengan sengit..walaupun berbekalkan dengan kesungguhan, DLCW tewas tipis 19-21 pada permain nombor satu dunia..kemenangan pemain dari China itu menyebabkan bukan saja DLCW kempunan untuk meraih emas olimpik pertama malah turut menyebabkan seluruh rakyat Malaysia terus kempunan untuk menyaksikan pingat emas pertama negara juga kempunan mendengar  lagu kebangsaan berkumandang di pentas dunia yang rata-rata sedang disaksikan oleh seluruh dunia..

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/582048_414929001877017_572730977_n.jpg
Jalur Gemilang dinaikkan di Wembley Arena
Kita tahu DLCW sudah sedaya upaya dengan menampilkan aksi terbaik walaupun gagal mengalahkan Lin Dan..bukan senang untuk rakyat Malaysia untuk tampil ke pentas yang gah ini bersaing dengan jaguh dari negara lain..tapi sekurang-kurangnya beliau dapat menempatkan Malaysia dalam senarai negara yang memperoleh pingat..sehingga ke jam ini Malaysia menduduki tempat ke-49 dari 56 negara yang berjaya mengutip pingat..masih banyak negara belum memperoleh sebarang pingat sambil kejohanan ini masih dijalankan..secara keseluruhan China masih mengungguli kedudukan pingat bersaing rapat dengan U.S.A..apa-apa pon aku berbangga dengan usaha DLCW dan layak digelar wira negara walaupun sekadar mendapat pingat perak..

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSGiQHnEBUhz_LmnH9cpu8-60b87LbjjZfBNj8Ww_-S2iVKPJAU2QNwIiPGCw
Dato Lee Chong Wei bersama kalungan perak

Dalam sepanjang sejarah kejohanan olimpik moden, Malaysia hanya menyertai separuh dari kejohanan yang telah dianjurkan..dan dalam kesemua kejohanan olimpik yang disetai, Malaysia secara keseluruhan berjaya mendapat 3 perak dan 2 gangsa yang kesemuanya disumbang dalam acara baminton sejak menyertai olimpik..Olimpik moden kali pertama telah dianjurkan pada tahun 1896 yang diadakan di Athens Greece..masa tu Malaysia tak wujud lagi..pada olimpik Athens 1896, hanya 14 negara mengambil bahagian berbanding olimpik London 2012 yang hampir semua negara menyertainya kecuali South Sudan yang belum menjadi ahli kesatuan olimpik kerana baru merdeka..Greece diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah pertama kerana sejarah olimpik itu sendiri bermula di Greece..