Saturday, 2 June 2012

I Feel Love


"Cintailah aku sepenuh hati, sesungguhnya aku tak ingin kau pergi"
"Istikharah cinta memanggilku, memohon petunjukmu"
 "Bila cinta kini , tak lagi bermakna"
 
"Where is the love, the love, the love" 
" Collecting your jar of hearts and tearing love apart"
"And when I touch you I feel happy, inside, It´s such a feeling that my love"


Bila layan lagu je terasa seperti ingin bercinta..oh, bukan itu yang aku maksudkan..perasaan itu terbit disebabkan lebih 99% lagu mesti ada bersangkut paut dengan cinta atau love..tak kisah la cinta dengan kekasih ke, ex ke, mak mertua ke, keluarga, atau kawan..ada gak yang berkaitan cintai pencipta, pesuruh-Nya, haiwan kesayangan...sangat jarang berkisar tentang alam sekitar, pencemaran, peperangan..dan mungkin takde lagu menceritakan pasal proses fotosintesis, sistem pencernaan, hukum newton ke-2 atau ke tidak normalan kromosom..pasti markah genetik aku tinggi jika term genetik di jadikan lagu..

Cinta bukanlah perlu dihayati dengan menghafal  lirik lagu..kita perlu merasainya untuk mengetahui apa nikmatnya.. macam mana nak rasa cinta..mula-mula kena sediakan bahan..

Bahan-bahannya

1  lembaran cerita
2 keping hati, (tak boleh lebih sebab akan rasa pahit)
1 baldi kesetiaan
1 mangkuk besar tanggungjawab
2 ulas pengharapan
1 mangkuk perjodohan

cubitan mesra, rasa cemburu, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)

Cintakan binatang dan alam sekitar tidak memerlukan kesemua resepi di atas..pilih mana yang perlu..resepi tu untuk mereka yang perlu..(if you know what I mean)..gaulkan kesemua bahan menggunakan akal sihatmu dan keimanan supaya sebati..kemanisannya bergantung cara kamu menggunakan akal sihatmu dan kuat mana keimanan digunakan..oi, nah..aku dah boleh jadi chef dah ni..tapi kebanyakan yang cube merasanya tidak dapat melakukan dengan sempurna..mungkin ada yang menggaulnya menggunakan nafsu..ada juga yang menggaul sebelum masa nya.. lihat saja zaman sekarang..yang belum bernikahnya ada yang sudah terlanjur,,yang sudah bernikah pula ada yang bercerai..rasa cinta perlu terus kekal di antara kedua-dua pihak pihak supaya ia berpanjangan dan hidup lebih bermakna..

I Feel Love

Friday, 1 June 2012

Bila Kuliah Berakhir

Kelas terakhir aku semester ni dilaksanakan dengan bersahaja..dengan berbekal bantal dan selimut, aku tito dengan bergaya di bilik tanpa menghiraukan kawan-kawan yang present hari ni..ini disebabkan aku dah present semalam yang memaksa aku untuk tidak hadir..aku rasa group member aku juga mengambil pendekatan yang sama untuk tidak ke kelas..sesi pembelajaran semester 4 sudah melabuhkan tirai..hanya study week yang perlu diharungi dengan berehat sebaik mungkin serta final exam yang perlu diharungi dengan bersengkang mata sebelum masuk ke dewan exam..resam hidup sebagai sebagai seorang pelajar..kuliah, cuti mid sem, kuliah,study week ngan minggu final pastu semester berakhir..

Perkara ini sudah di rasa sejak zaman diploma hingga kini..melalui pusingan hidup yang sama sebelum aku tamat pengajian..semasa zaman sekolah pula sudah rata-rata menghabiskan masa 11 tahun dan menghadapi perkara yang lebih kurang sama.. sedar tak sedar lebih separuh usia aku diperuntukkan untuk hadir ke pusat ilmu..samada mempelajari ilmu yang diajar oleh guru, kaunselor  atau pensyarah..tak lupa juga kepada kawan-kawan yang mengajar 'fly' ketika di asrama suatu ketika dulu, menjahanam meja sekolah,atau menconteng dinding bilik..adakalanya ilmu cam itu lebih diingati berbanding apa yang dicoret di papan hitam..tapi tak semua yang kawan kita ajar tu benda tak baik..rasenya lagi banyak benda baik die ajar kat kite sepanjang bersama..study same-same, buat study group, ajar kite mana yang tak faham, atau ajar benda yang mungkin kite tak perlu paham..adakalanya perkara sedemikian yang membolehkan kita ketawa sendirian bila teringat kisah dulu..

Mengimbau kembali masa di sekolah..setiap kali apabila sessi persekolahan bermula, kebanayak parent akan belikan pakaian sekolah yang baru..beg baru..alat tulis baru..semua serba serbi baru..sedikit sebanyak menjadi pemangkin untuk memulakan sessi pembelajaran dengan semangat..klo dulu kat sekolah rendah mula la eksyen kat kawan asal start sekolah..."kita  pakai baju baru, wangi taw"..ada juga yang kata.."tak kesah, kita baju 3 pasang,tak heran pon beli kat Parkson"..tapi bile balik sekolah  je, mak mula mengamuk mengalahkan Hulk tanya kenapa baju kotor..sekarang, tak taw plak  klo budak-budak sekolah rendah eksyen macam mana ..mungkin cam.."kita ada kasut converse. mama kite belikan".yang tak nak mengalah pula cakap.." eleh, tak heran pon..kita ada kasut converse 7 pasang, papa kite belikan". .macam biase bila balik umah dengan kasut kotor..mak pula berkata dengan slumber.."lah, kenapa kotor sangat ni, dah, nanti kite pergi kedai kasut.beli yang baru"..mungkin dialog ini untuk golongan yang berada.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan, mungkin terpaksa menggunakan pakaian yang lama..sedikit lusuh atau sudah singkat..pensel kayu yang dah tinggal separuh..menyandang beg lama..tapi itu bukan penghalang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh..tiada benda yang baru bukan sebab untuk tidak belajar bersungguh-sungguh..awek di kelas sebelah barangkali boleh menjadi pemangkin..ho19...malahan ada juga pelajar miskin yang lebih berjaya dalam menuntut ilmu..kerana dalam hatinya tertanam semangat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk membantu ibu bapa mereka bila sudah besar kelak..

Kita yang hidup di Malaysia seharusnya bersyukur kerana punyai fasiliti yang cukup untuk belajar..sistem persekolahan di Malaysia antara yang terbaik di negara Asia..jauh dari sudut mata kita..ada kanak-kanak yang sepatutnya belajar di sekolah tapi memulakan kehidupan harian dengan menolong keluarganya di ladang..mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi untuk memberi makan kepada adik mereka yang masih menyusu..tidak kurang juga dengan tiada kelengkapan untuk belajar di tempat mereka..yang lebih tragis lagi ada juga telah di kerah menjadi tentera walaupun tidak padan dengan usia mereka..kita di sekolah memegang pensel stabilo di mana satu ketika dulu Amalina adalah dutanya sambil menatap papan hitam, mereka pula memegang senjata sambil memerhatikan keadaan sekeliling takut-takut di tembak musuh..jauh di sudut hati mereka ingat belajar di sekolah seperti kanak-kanak yang sebaya dengan mereka di tempat lain..

Tuesday, 29 May 2012

Kehidupan Berpasangan

Ini penguin
Diciptakan banyak perkara di dunia untuk berpasang - pasangan..kopi dengan susunya, handphone dengan chargernya, berus kain dengan sabun basuhnya, mop dengan ajax fabulosonya. Mereka tidak akan sempurna jika salah satu tiada..begitu juga dengan benda hidup..mereka akan hidup bepasangan..penguin jantan dengan penguin betina, merpati jantan dengan merpati betina...kucing juga hidup berpasangan seperti hidupan yang lain..namun si jantan tidak bertanggungjawab terhadap pasanganya setelah seketika bersama..tidak seperti penguin yang sentiasa bersama sehingga pasangannnya mati samada  sakit tua atau dimakan ikan paus..mereka perlu hidup berpasangan untuk mengekalkan generasinya..ada yang kekal ke akhir ada yang sementara..dalam Al-quran juga ada menyatakan...

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)

Dalam kitar hidup seorang manusia, kehidupan berpasangan juga menjadi fitrah dalam kelangsungan manusia..si lelakinya mahupun si perempuannya..apabila hidup berpasangan banyak perkara yang perlu dilakukan..masing-masing punya tanggungjawab samada sebagai seorang suami atau isteri..suami dengan mencari nafkah untuk keluarga, memberi didikan agama dalam keluarga, dan bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian..bagi mereka yang mampu cubalah cari yang kedua.. yang kedua..maksud aku beli mesin basuh yang kedua kalau yang pertama tu rosak..harap mereka faham maksud asal aku..ho19. si isteri pula kena membebel..eh salah..si isteri seharusnya..mm, apa erk die kena wat..kena masak nasi kot..tak pon sediakan pucuk ubi masak lemak, ayam goreng, sambal belacan..basuh baju..kk, aku dah mengarut, si isteri sepatutnya kena tolong suami, taat pada suami, layan suami dan jaga nama baik keluarga..tapi banyak lagi tanggungjawab bila dah bersama..korang cari sendiri la..

Dalam hal berpasangan.. tuhan telah tetapkan cara sah untuk berpasangan..namun cara yang sah itu adakalanya di pandang remeh oleh manusia..terutamanya remaja sekarang..remaja dulu aku xtaw sebab tak hidup sezaman diorang..aku pon sekarang masih lagi dalam golongan remaja (ragu-ragu remaja ke dewasa) yang tak lari dari keinginan hidup berpasangan..dari zaman sekolah bawa ke zaman universiti..sebagai seorang manusia "normal" akhir zaman, aku mudah terpedaya dengan hawa nafsu..dengan perempuan sane-sini..seperti juga kebanyakan lelaki yang lain..dekat u lagi lah heaven..tercuci mata kadang-kadang akibat terpesona dengan kecantikan ciptaan tuhan..keinginan hati kami untuk menundukkan pandangan mudah di atasi dengan hawa nafsu yang memanipulasi iman senipis satu sel epitilium.oi nah, jauh aku merepek dah ni..mana negara yang aku nak cerita kan ni..jap skit lagi..namun, bila usia semakin meningkat dewasa dengan berbekalkan pengalaman serta iman senipis 2 sel epitilium yang baru tersedar  untuk gunakan akal  sebaik mungkin, ada eloknya aku tidak berpasangan sebelum masa menentukannya..walaupun sebelum ni mungkin aku akui kelemahan pada diri yang merasa berpasangan itu satu keperluan walaupun belum masanya..

Monday, 28 May 2012

Suapan Yang Tidak Berkat

Semalam aku ada bercerita berkenaan marathon pada hari himpunan belia..sebagai seorang volunteer aku sepatutnya membuat kerja seperti memberikan makanan dan minuman kepada peserta, menjaga aliran larian peserta supaya berjalan lancar dan menyusun atur keperluan dalam marathon seperti penunjuk arah, kon dan sebagainya..volunteer tidak patut menunjukkan arah yang salah, melontar batu pada peserta mahupun mengorat sejenak peserta yang comel..peserta ni kadang-kadang banyak karenah gak walaupun sedang berlari..sebelum ni penah gak aku terlibat jadi volunteer..ketika mereka berlari mereka sempat bertanya.. biasanya mereka akan bertanya..jauh lagi ke..bile nak habis, air penganjur tak bagi ke..dan jawapan aku sememangnya merendahkan moral mereka..jauh lagi cik..saya pon xtaw kat mane..dekat depan lagi kot..

Tapi semalam aku melakukan tugasan lebih advance di mana aku disuruh menutup jalan utama 4 lorong dan menyuruh kenderaan melalui laluan alternatif yang lain.. langsung tidak terlibat dengan peserta marathon..apabila sampai ditempat kejadian aku buntu..jadah apa suruh aku tutup jalan sorang-sorang yang kenderaan banyak tak ingat...aku dibekalkan dengan bendera merah dan bip kuning yang sering di pakai orang yang sedang perbaiki jalan..aku seperti dalam dilema samada ingin mendaftarkan diri sebagai peserta atau balik ke UPM berjalan kaki..selang 10 minit kemudian, sedang aku dalam proses memikir penyelesaian yang bernas, datang 2 orang anggota polis trafik..paru-paru aku mengeluarkan karbon dioksida dengan kadar yang banyak dan berasa lega kerana mereka ditugaskan bersama aku untuk kawal trafik..sememang tugas ini sangat relevan untuk mereka dan bukan nya aku..tak dapatlah aku nak melihat gelagat peserta berlari sebaliknya melihat gelagat pemandu yang bertanya kenapa jalan ditutup..

Sepanjang bertugas aku seperti tiang bendera yang diperkukuhkan dengan besi dikaki..hanya melihat polis trafik tersebut menjalankan tugas..tugas aku dipermudahkan mereka dan aku hanya melihat jam tangan yang seakan lambat bergerak..bila dah buntu, aku bersembang dengan salah sorang polis tu masa kenderaan takde..ada sekali die cakap ayat die sikit lebih kurang "ko budak u, klo minat jadi polis jadi lah pegawai polis"..aku seperti biasa meng iyakan setiap kali apa die katakan dari awal..pastu aku kata "sekarang dah banyak tanggapan masyarakat terhadap  anggota polis  bang.." Die tersenyum seperti dapat memahami apa yang aku maksudkan..tentang gejala rasuah dalam anggota polis..

Lepas tu die pon cerita panjang lebar..seperti mengadu nasib kepada ku..kebetulan kenderaan tak banyak seperti memberi ruang untuk kami bersembang..die kata die tidak kisah pandangan masyarakat..diorang boleh kate apa die nak kate..setiap kali ada roadblock ada gak pemandu yang membuta tuli menuduh mereka cuba mengambil wang tepi sedangkan mereka cuma menjalankan tugas..ya, memang ada cerita tentang polis disabitkan dengan rasuah..tapi bukan semua yang  macam tu..begitu juga pemimpin, ad juga yang menerima rasuah tapi bukan semua begitu..polis tu berkata lagi kita dari rumah sudah di ajar tentang rasuah..contohnya emak kite upah kite choki-choki klo tolong belikan barang kat kedai..tapi budak sekarang tak main choki-choki..paling-paling pon cadbury black forest..ya..itu pon dianggap rasuah..tapi xsama dengan menerima suapan untuk melepaskan diri dari sesuatu..

Mengikut statistik yang di buat oleh Transparency Internatioanal (sebuah organisasi yang mengkaji kadar korupsi di dunia), pada tahun 2011, Malaysia menduduki tangga ke-60 dari 182 negara  bagi negara yang bersih dari rasuah..dengan skala 10 paling bersih hingga 0 paling tinggi rasuah, Malaysia pada skala 4.3..sikit lagi nak gagal..secara perbandingan New Zealand ditempat pertama negara yang paling bersih yakni bagus dalam menentang gejala rasuah mendapat 9.5 manakala jiran kita Singapura tempat ke-5 dengan 9.2..Ow,sungguh jauh kedudukan Malaysia yang menunjukkan masih banyak gejala rasuah di Malaysia.