Thursday 6 September 2012

Mari Packing Barang Nak Balik U

Sedar tak sedar dah nak habis cuti sem kali ni..sabtu ni dah kena balik UPM..dah dua bulan lebih dah rupanya cuti..dalam tempoh tu jugak lah aku dah tak jumpa kawan-kawan sekuliah..sekejap je rasa..padahal masa mula-mula nak cuti terasa macam lama je nak naik sem balik..macam biasa la balik awal nak kena kemas bagai..bilik aku kat UPM ntah dah jadi apa ntah..dengan barang dekat stor nye lagi..lantaklah..cam biasa nak balik mesti lah kena packing barang..ni yang leceh ni,,mana aku campak pon aku tak ingat barang-barang yang kena bawak balik nanti..memori aku untuk mengingat balik barang yang diletak ntah mana-mana memang sangat lemah..ibu aku juga lah yang biasanya jumpa barang aku..sekali cari je..dia ada belajar trick magic kot dulu..
Dia rupenya amik towel aku..
Ha..moh ley kemas..korang pon mesti kemas dah nak last minit jugak kan..biasa la student..memang pakar buat kerja last minit..dari ke assignment, bersiap..nak kemas barang..ke aku je yang macam tu..hu19..biasanya ada je la yang tertinggal kalau packing barang ni...kadang-kadang benda terlepas pandang macam tuala, sarung bantal dengan stokin..contohnya..sebab aku biasa tertinggal tuala..hu19..dah..dah..dah..jom start mengemas..keluh ku sendirian sambil berbaring..


Hari ini dah hari khamis..lusa dah kena balik..Isnin dah start kuliah..hm..tiada apa yang penting aku nak kaitkan dengan negara pasal nak kemas barang..memandangkan sambutan kemerdekaan masih diraikan sehingga ke 16 September 2012..aku nak mengisahkan sebuah negara yang tarikh kemerdekaanya jatuh pada hari ini, 6 September 2012..

Bendera Swaziland

Peta Swaziland
Swaziland menyambut hari kemerdekaan yang ke-44 pada hari ni..tema kemerdekaan ialah "Janji Tinggal Kenangan"..oh..aku bergurau jer..aku pon tak apa tema kemerdekaan diorang..Swaziland menyambut kemerdekaan dari pihak British pada 6 September 1968..Swaziland merupakan sebuah negara yang terletak di selatan Afrika..jangan keliru dengan Switzerland yang terletak di Eropah sebab nama dah nak dekat sama..Swaziland hanya mempunyai dua jiran dan dikelilingi iaitu South Africa dan Mozambique..

Negara kecil ini berkeluasan 17, 364 km2..secara perbandingan hampir kurang sedikit dari saiz negeri Johor...ibu negara Swaziland ialah Mbabane..jumlah penduduk pula kira-kira 1.2 juta orang (2009)..Swaziland di bahgikan kepada 4 wilayah utama iaitu Hhohho, Lubombo, Manzini dan Shiselweni.. negara ini terdiri dari masyarakat Swazi dan selebihnya adalah Zulu dan orang Eropah..Bahasa Swazi dan bahasa inggeris adalah bahasa rasmi di negara ini..hampir 86% peratus rakyatnya beragama kristian dan mencampurkan dengan budaya tempatan dalam pegangan hidup mereka...

Mbabane
Dari segi ekonomi, Swaziland tidak dapat menandingi negara jirannya, South Africa..tetapi mampu berdaya saing berbanding negara Afrika yang lain..rakan perdagangan utama ialah jirannya juga termasuk dari segi pertanian, perlombongan, hasil hutan dan sektor pembuatan.. secara geografi, negara ini terletak 200-1200 meter tinggi dari aras laut..di sebelah barat terdapat kawasan pergunungan menyebabkan suhu purata 13-20°C..manakala di sebelah timur beiklim savanna yang suhu mampu mencapai 40°C..

Landskap savanna di Swaziland
Biasanya masa dah siap packing barang..ada nak gerak balik..mesti ibu aku sediakan makanan special dan ada labekal yang aku kena angkut bawak balik..ikutkan malas nak bawak sebab dah penuh beg aku packing..tapi nanti kerindu-rinduan pula masakan di rumah..bawakan aja..

p/s: tak sabar nak study ni (dalam nada yang menjengkelkan)..

No comments:

Post a Comment