Saingan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang terpaksa ditangguhkan gara-gara kapasiti penonton dalam stadium Darul Makmur melebihi jumlah hadnya. Kapasiti penonton hanyalah sebanyak 30, 000 namun tiket yang terjual melebihi 60, 000 orang. Dalam keadaan stadium yang sedikit tegang, kamera berjaya mengambil aksi spontan seekor kucing berak di atas padang akibat tidak tahan dengan sikap penganjur yang terpaksa menangguhkan perlawanan. Adegan berak tanpa segan silu ini telah menaikkan nama kucing jalanan tersebut tanpa sedikit pon rasa kesal walaupun aibnya dibuka dikhalayak ramai.
Aksi panas kucing tersebut bukanlah kemuncak kepada penangguhan perlawanan tersebut. Terdapat unsur provokasi yang sememang sebati dalam industri bola sepak. Tetapi adalah tidak wajar apabila juga terdapat balingan batu dari pihak tertentu yang menyebabkan keadaan sekitar padang bertambah tegang. Namun nasib baik takde yang mati akibat dibaling samada batu, botol air dan sama waktu dengannya. Tindakan denda oleh FAM kepada kedua-dua persatuan bola sepak negeri dan perlawanan kedua di Stadium Putra Bukit Jalil akan dijalankan pada 1 Jun 2013.
Main point yang aku nak sampaikan dekat sini bukan isu kucing berak atas padang atau isu baling batu. Dalam segi positif aku dapat rasakan impak penyokong bola sepak terhadap pasukan bola sepak negeri semakin rancak dan menarik ramai minat sejak akhir-akhir ini. Ultras setiap negeri tanpa henti menyokong pasukan negeri masing-masing walaupun ada yang banyak jatuh dari bangun. Penuh stadium dengan lautan manusia. Tapi aku harap dorang sempat sembahyang la sebuelum datang stadium tu..Macam aku orang Johor turut berbangga kerana peranan Tunku Mahkota Johor yang menjadi pemangkin segera merancakkan industri bola sepak Johor yang lama menyepi sejak era awal 90-an. Bukan sahaja di Johor malah di setiap negeri juga masing-masing menunjukkan peningkatan kehadiran peminat.
Malangnya masih ada segelintir pihak penyokong yang bertindak diluar kawalan dan menyebabkan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku, terjadi. Dari ko baling botol, baik ko bagi botol elok-elok kat orang tu dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan berhemah..aku rasa takde orang wat macam tu kot. Badan induk bola sepak Malaysia seharusnya lebih telus dalam menangani isu ini dengan bijaksana walaupun sekian lama kreadibilitinya seringkali dipertikaikan oleh masyarakat setempat yang sayangkan bola sepak.