Berkulat dah blog ni..lama tak update..ha..nak bercerita sedikit la..pagi tadi aku ada lawatan ke kilang pemprosesan makanan ternakan di bawah subjek teknologi pemprosesan makanan haiwan..setakat ni, ini adalah lawatan pertama di bawah subjek jabatan sains haiwan.merasa juga nak buat lawatan..Kitorang pergi ke kilang syarikat Cargill Feed & Nutrition yang terletak di Westport, Perlabuhan Klang..Westport ni terletak di Pulau Indah berbanding Northport dan Southport yang terletak di tanah besar semanjung..perjalanan dari UPM mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih..
Setiba di sana, kami diberi taklimat oleh Mr. Jamie Dolynchuk..managing director kilang mengenai latar belakang syarikat Cargill yang berasal dari Canada..secara amnya, pemprosesan makanan ternakan hanya sebahagian dari projek yang dijalankan syarikat Cargill..ia lebih tertumpu dalam bahan mentah produk ternakan yang diedarkan ke syarikat besar seperti Mc Donald, Kraft dan Unilever..aku pon baru pertama kali mendengar syarikat ini tetapi tak tahu pula peranan syarikat ini begitu besar dalam penglibatan setiap proses pembuatan produk makanan atau bukan makanan dunia sebelum menjadi bentuk produk akhir..
Lawatan ke dalan kilang Cargill |
Hampir 60% bahan mentah seperti jagung dan soy mill diimport..manakala selebihnya dari produk tempatan seperti fish mill, calcium carbonate, sisa roti, dan macam-macam..lebih dari 70 produk yang mereka hasilkan dalam pembuatan makanan ternakan seperti makanan ayam penelur (layer), ayam penaging (broiler), makanan ikan laut (marin), makanan ikan keli, makanan babi dan juga makanan haiwan peliharaan..makanan haiwan ruminan seperti, lembu, kambing dan rusa tidak dihasilkan di sini tetapi dihasilkan di cawangan Cargill (Malaysia) yang lain yang terletak di Melaka..
Secara kasar beratus ribu tan makanan ternakan dihasilkan setiap bulan..aku pon tak berapa ingat angka sebenar..banyak tu..proses pembuatan makanan termasuk pemilihan, mencampur, membentuk, memasak, mengeringkan dan pembungkusan..hampir 80% operasi adalah secara automatik selebihnya dengan bantuan tenaga buruh..pembuatan berskala besar ini langsung tidak boleh disamakan dengan amali yang aku pernah dekat UPM..lokasi cargill yang berhampiran pelabuhan adalah strategik dalam proses pengagihan dan pengangkutan
Pendedahan sebegini adalah penting untuk mendedahkan senario semasa dalam pembuatan makanan haiwan..bagi orang awan, ia mungkin tidak penting, tapi pelajar jurusan pertanian seperti aku adalah bermakna untuk mengetahuinya..agak malang makanan ini tidak boleh dibawa balik sebagai ole-ole..mau berbuih mulut kalo makan ni..nak pulak bila dah taw ia berasal dari apa..hu19..dalam sepanjang perjalanan pulang, aku melihat sekeliling kawasan perlabuhan klang ni sebab masa bertolak aku bantai tito je..
Bila aku tengok Perlabuhan Klang dari jauh memang nampak besar..banyak kapal besar yang membawa muatan kontena yang lalu lalang..tahukah korang bahawa jiran kita, Singapore mempunyai perlabuhan tersibuk di dunia..so, kali ni aku nak bercerita tentang Singapore
Bendera Singapore |
Singapore merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di selatan Semenajung Malaysia..Selat Johor memisahkan Singapore dan Johor..Tambak Johor yang menghubungkan Woodlands dan Johor Bahru serta Second Link yang menghubungkan Tuas dan Tanjung Pelepas merupakan dua jalan darat yang menghubungi dua jiran ini..Ibu negara Singopore juga adalah Singapore..pulau kecil ini berkeluasan 693 km2..lebih kurang 1.6 kali lebih kecil dari Pulau Pinang..saiz Singapore bertambah dari semasa ke semasa disebabkan penambakan pulau utama dengan pulau yang lebih kecil untuk menampung kepesatan ekonomi//dijangka pada tahun 2030, saiz Singapore akan melebihi 1000 km2..jumlah penduduk pula seramai 5.3 juta orang (2012)..
Peta Singapore |
Saiz yang kecil dan jumlah penduduk yang ramai menjadikan Singapore negara kedua terpadat di dunia selepas Monaco..bayangkan dalam setiap kilometer persegi ada 7300 orang..secara perbandingan Malaysia pula seramai170 orang setiap kilometer persegi..Singapore mendapat kemerdekaan dari British pada 1963 dan membentuk negara bersama Malaysia..namun keluar dari Malaysia pada Ogos 1965..lebih 42% warga Singapore bukanlah berasal dari Singapore sendiri..kaum cina merupakan kaum majoriti di sini dengan 74%.. melayu 13.4%..selebihnya India dan lain-lain..
Kemasukan banyak warga asing pada akhir dekad disebabkan kadar kesuburan di Singapore adalah sangat rendah iatu 0.78 berbanding 2.1 untuk kadar menggantikan jumlah bilangan populasi..ini bermaksud purata setiap pasangan yang berkahwin mempunyai anak 0.78 orang bagi setiap..tak sampai satu pon..langkah migrasi ini memastikan jumlah penduduk tidak merosot..buddha merupakan agama majoriti di negara republik ini..bercerita mengenai pelabuhan, pelabuhan Singapore merupakan perlabuhan tersibuk didunia sehingga 2010 sebelum diambil alih perlabuhan di Shanghai China..28 431 00 TEUs berbanding 8 000 000 TEUs kontena yang diuruskan di Perlabuhan Klang pada tahun 2010..
Panorama Perlabuhan Singapore |
Dari jumlah itu, ia memberitahu jumlah eksport import yang diuruskan di negara tersebut..Singapore merupakan pengeksport ke 14 terbesar dunia..dari segi ekonomi, tidak dapat disangkal lagi Singapore merupakan antara negara yang maju di dunia..dengan KDNK antara lima terbaik dunia..kadar pengangguran terendah dalam negara maju..Singapore menikmati kemewahan dalam bidang urusan yang dilakukan walaupun negara ini bersaiz kecil dan mempunyai sumber semula jadi yang sangat sedikit..jumlah kawasan hijau atau hutan di negara ini sangat kecil..antaratempat yang menarik di negara kecil ini seperti Singapore City, Pulau Sentosa, Marina South dan Changi sebagai pintu masuk penerbangan utama..
Pemandangan waktu senja di Singapore |
p/s: lagi seronok belajar luar kampus berbanding duduk dalam kelas je..hu19
Salam bro,nak tanya kilang utama yg produce barang Unilever kt Malaysia ni area mana eh?
ReplyDeleteingin melebarkan sayap perniagaan anda ke luar negara? emailkan detail syarikat anda ke kami johan@philmal.com
ReplyDeleteSaya sebagai pembekal tenaga keja warga tempatan jika berminat emilkan
ReplyDeleteNak beli borong
ReplyDelete