Dapat melihat keindahan ciptaan tuhan adalah satu nikmat yang tak terhingga..beruntung kita dapt melihat indahnya ciptaan tuhan..melihat tumbuhan..haiwan..mausia..awek..sesetengah orang pula minat melihat atau melancong tempat-tempat menarik yang ada di dunia ni..melihat pemandangan yang indah..mengkagumi landskap semula jadi..mengalami iklim yang berbeza ditempat orang berbanding tempat sendiri..melihat orang tempatan melakukan rutin harian mereka..melihat burung bermigrasi mencari makanan di kawasan delta..langit menjadi jingga dengan matahari kian terbenam di ufuk barat..termasuklah aku juga meminati untuk menikmati keindahan luar dari negara sendiri..
Sejak kecil lagi, setiap kali menonton rancangan di televisyen, rancangan National Geography adalah rancangan kegemaran aku..mase kecik dekat rumah takde astro..bukak la TV1..biasa kalau tengok mesti kebanyakannya pasal binatang di merata-rata kawasan..kalau Majalah 3 pula ada slot menceritakan keindahan bumi asing selain Malaysia..dokumentari-dokumentari lain yang ada dulu semua aku tengok..cuma bila dah besar banyak pilihan untuk tengok channel lain cuma sekarang tak berkesempatan untuk tengok tv selalu..rancangan-rancangan macam ni lah yang mencetus aspirasi untuk pergi melihatt keindahan luar negara..
Tuhan dah ciptakan bumi yang indah ini dengan kepelbagaian rupa bentuk..kalau ditempat kita mungkin sudah biasa berhujan, berpanas, melihat landskap hutan tropika dan merasa bayu laut sambil melihat matahari terbenam..ditempat orang pula ada kawasan bersalji di puncak pergunungan, kawasan rumput seluas mata memandang, daun luruh dari pohon menantikan musim sejuk, pelangi terbentuk di air terjun yang tingginya hampir mencecah 1000 meter..binaan manusia seperti istana, kubu, masjid lama yang gah berdiri hingga sekarang..sekawanan unta merentasi bahang padang pasir..terasa seakan-akan masih berada di kepompong dan mengaggongkan kawasan sendiri..teringin juga terbang merentasi segenap pelusuk dunia melihat pemandangan dil luar sana, flora dan fauna di sana serta cara hidup masyarakat lain..pasti korang juga pernah terlintas untuk ke suatu tempat yang diidamkan..
Sekarang ni cara yang mudah untuk mengetahui tempat menarik adalah search kat internet..ha..tengok puas-puas..semua tempat boleh pergi..Paris, London, Venice, Pampas, Savanna, Bratislava, Dubai, Beijing, Tibet, Pusan, Copenhagen.. dengan sedikit daya imaginasi yang tinggi..bayangkan lah keadaan di sana..daya imaginasi yang rendah membataskan imaginasi dan mungkin tersalah anggap pula nanti..sekarang nak terbang ke mana ke mari pon dah tak susah..Air Asia kan ada..cuma tak semua destinasi kat dunia ni Air Asia pergi sebab hampir kesemua terletak di Asia..ikutkan keberanganan aku, ada satu tempat ni kalau ada peluang, aku nak pergi..tapi aku tak pasti sebab apa aku teringin nak ke sini..nak kate menarik pon takdela menarik sangat berbandingan tempat pelancongan lain..hu19..meh aku cerita sedikit tentang tempat yang aku rasa menarik..
Imaginasi menerjah destinasi |
Orang lama kata..hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..batu dengan emas kalau boleh mana korang pilih..hu19..tempat yang aku teringin nak pergi ni terletak di negara yang tidak pernah mengalami peperangan sejak 1800-an walaupun dikelilingi dengan negara yang terlibat dengan perang dunia pertama dan kedua..bandar Geneva dan Zurich, Switzerland..
Peta Switzerland |
Bendera Switzerland |
Switzerland merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan pergunungan Alps, dikelilingi negara seperti Germany, Austria, Liechtenstein, France dan Italy..ibu negara Switzerland ialah Bern..mempunyai keluasan seluas 41 290 km2 atau bersamaan keluasan gabungan negeri Perak, Johor dan Pulau Pinang..dianggarkan jumlah penduduk Switzerland adalah seramai 8 juta orang (2012)..bendera Switzeland berbentuk segi empat sama dan merupakan bendera tertua di dunia dengan lebih 700 tahun.
Negara ini menikmati keamanan lebih dari 450 tahun tanpa peperangan dengan pihak luar berbanding negara-negara lain yang sentiasa terlibat dengan peperangan..Ini menyebabkan Switzerland dipilih menjadi pusat pelbagai pertubuhan (WHO, ILO,WTO, WIPO, WMO, ITU) bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) yang terletak di Geneva walaupun ibu pejabatnya PBB terletak di New York. Bandar-bandar di Switzerland seperti Zurich dan Geneva pernah diiktiraf sebagai bandar yang mempunyai kualiti hidup paling baik di dunia dari segi pendidikan, kesihatan, taraf hidup, kebersihan, dan tahap sosial..
Landskap indah di kaki pergunungan |
Apa yang aku terasa ingin pergi ke negara ini disebabkan keamanan, kecantikan landskap yang berlatar belakangkan pergunungan Alps dilitupi salji dan lembah menghijau dan terdapat perkampungan di sekitarnya serta aliran air sungai jernih dari glassier yang mencair dari lereng gunung..iklam yang temperate menjadikan kawasan ini mengalami empat musim seperti kawasan-kawasan temperate yang lain..bagi bandar besar seperti Zurich, Geneva, Basel,Bern dan Laussane pula kaya dengan tinggalan sejarah yang bergerak seiring perkembangan teknologi..Geneva merupakan antara 10 bandar di dunia yang mempunyai taraf hidup paling tinggi..mungkin secawan teh di sana bersamaan rm5 di sini..ingat..secawan..80% penduduk di Switzerland beragama kristian, 4% muslim dan 17% lain-lain..
Geneva |
Dari segi ekonomi, Switzerland antara negara-negara yang kaya di dunia..apa yang menariknya Switzerland tidak menyertai Kesatuan Eropah yang kebanyakan negara di Eropah barat menyertainya..Switzerland terkenal dengan pengeluaran jam, jam tangan, coklat bermutu tinggi..orang Switzerland makan lebih banyak coklat berbanding orang di negara lain..namun industri utama dalam negara ini adalah seperti, kejuruteraaan berat, farmaseutikal,pembuatan makanan, chemical dan tidak lupa juga industri pelancongan yang menarik lebih 12 juta pengunjung setiap tahun..
Zurich |
Ha..korang pon mesti nak pergikan..dah besar..ada duit, kumpul banyak-banyak pergi la mana tempat pon..dah melancong banyak tempat jangan lupa ajak family sekali..kalau tak dapat..berangan je la..tak pon mengharap dapat masuk dalam mimpi..anyway tempat lain pon banyak yang menarik, afrika, siberia, america..macam-macam lagi..terpulang kepada minat seseorang..tempat yang kita tinggal sendiri apa kurangnya..orang luar negara pon berpusu-pusu datang melawat ke Malaysia..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..
p/s:ok, mari mimpi..hu19
No comments:
Post a Comment