Dengar sahaja pasal musim banjir, pasti mangsa banjir pasti menggeleng kepala mengenangkan apa yang berlaku..kerosakan harta benda, kehilangan barangan akibat dihanyutkan arus banjir, kematian haiwan ternakan, dan adakalanya melibatkan nyawa manusia..musim banjir kebiasannya berlaku pada setiap akhir tahun akibat perubahan angin monsun..negeri di pantai timur biasanya mengalami kesan dari perubahan ini..selepas banjir surut, kos kerugian mampu mencecah ribuan mahupun jutaan ringgit..semua ini adalah kesan akibat banjir yang melanda..tapi dalam banyak-banyak keburukan semasa berlakunya banjir, pasti ada kebaikan secara tak langsung kepada mangsa banjir..
Cuti persekolahan dilanjutkan
Bagi budak sekolah, cuti sekolah adalah masa yang heaven untuk dihabiskan dengan aktiviti kegemaran mereka..main basikal pusing satu kampung, tengok tv sampai muntah, main game sampai tak ingat nak mandi..buku yang selama ini menjadi beban kepada mereka akan terus berhabuk untuk sedikit masa lagi akibat musim banjir..kebanyakan mangsa banjir akan berpindah ke pusat pemindahan seperti balai raya, dewan serba guna dan sekolah..kalau sekolah dah penuh dengan mangsa banjir, macam mana nak belajarkan..so cuti sekolah terpaksa dipanjangkan sehingga banjir surut..khabar gembira untuk mereka..
Cikgu turut dapat bercuti
Menjadi kelebihan seorang cikgu apabila murid-muridnya bercuti dan sekolah masih tidak dapat dibuka, beliau juga mendapat tempias sama..dalam musim banjir yang masih banjir. cikgu ada pilihan untuk melayan sinetron di waktu petang atau melakukan aktiviti santai yang lain..bagi guru besar atau pengetua, masa yang ada digunakan untuk memikirkan macam mana untuk mengemaskan semula sekolah serta menganggar kerugian kasar..selepas banjir surut, beliau pula akan mengepalai bahagian membersihkan sekitar kawasan yang terjejas..cikgu yang mengajar di kawasan bukan banjir tidak boleh meneruskan percutian mereka walaupun atas dasar untuk menghayati keadaan mangsa banjir dengan tidak ke sekolah
Dapat mengenali jiran tetangga
Orang zaman sekarang ni kebanyakan habiskan masa di tempat kerja..tak semua orang macam tu tapi masih ada..bila dah sibuk ngan kerja..masa untuk keluarga juga semakin kurang..kalau masa bersama keluarga sendiri dah kurang, apatah lagi masa bersama jiran tetangga..mungkin sempat berjumpa dengan jiran semasa nak panaskan enjin kereta je sebelum masing-masing pergi kerja..tu pon senyum buat-buat je bila bertegur sapa..bila dah banjir kebiasaan semua mangsa banjir di pindahkan di satu tempat..time macam ni la nak berkenalan dengan jiran..nak tambah friends dekat FB..ntah-ntah jiran dah ada bini muda pon tak tahu..yang tahu selama ni mengata jiran yang bawa perempuan masuk dalam rumah..situasi begini lebih kerap berlaku di kawasan bandar berbanding di kampung kerana di kampung semangat kejiranan lebih tinggi..
Dapat memupuk semangat perpaduan
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana makanan..semasa musim banjir, masyarakat akan bersatu padu untuk mengeringkan air banjir dekat menceduk air dan dicurahkan ke sungai berhampiran..oh, masakan demikian..mujur tiada siapa yang pernah membuat perilaku sedemikan..mereka akan berganding bahu menolong menyelamatkan sesiapa yang terperangkap semasa banjir..gotong royong menyediakan makanan untuk semua golongan mangsa banjir yang di tempatkan di pusat pemindahan..selepas banjir surut mereka akan bergotong royong untuk membersihkan kawasan-kawasan seperti longkang, jalan raya dan taman-taman sekitarnya..walaupun kelihatan janggal untuk penduduk masa kini, aktiviti ini dapat memupuk semangat perpaduan yang semakin lama semakin berkurang mungkin disebabkan kemudahan teknologi sedikit sebanyak menjadikan manusia anti-sosial secara perlahan-lahan..
Dapat bantal dan tilam percuma
Secara realitinya, segala macam perabot, peralatan dan kelengkapan di rumah sudah mencukupi untuk kegunaan jangka masa panjang..benda-benda yang jarang ditukar seperti bantal dan tilam mungkin boleh tahan sehingga 10 tahun sebelum ditukar yang baru..dengan nasib yang tidak pernah bertuah semasa lucky draw di sebarang event untuk hadiah berupa bantal atau tilam, pemberian katil dan bantal secara percuma adalah sesuatu yang berharga bila mengenangkan bantal dan tilam yang sebelum ini menjadi tempat beradu rosak atau hanyut di bawa arus deras..pemberian secara percuma sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban walaupun tidak dapat tidur lena seperti biasa tidur beramai-ramai di dewan atau sekolah..juga dapat menggamit memori ketika belajar di hostel satu ketika dulu..
Merasa Perabot Baru
Bagi yang setiap kali rumah masuk air mungkin sudah lali dan malas nak beli perabot baru..bagi yang rumah masuk air buat pertama kali, mungkin ada kebaikan untuk para isteri yang sudah bosan melihat perabot lamanya..selagi tak rosak selagi tu la perabot tu kekal hingga tue..musibah banjir menyelitkan sedikit khabar gembira bagi mereka..biasa perabot tidkk akan dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi kerana dialah tempat untuk melatak barang supaya tidak terkena air..mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk bertukar perabot seperti meja makan, almari, tilam, ataupun rak kasut..tapi mungkin menunggu lebih lama bagi mengutamakan barangan keperluan yang rosak..
Bila bercerita pasal banjir pasti korang pernah dengar teka-teki, "banyak-banyak negara, negara apa banjir dulu baru hujan"..mengikut kefahaman normal manusia ia mungkin tak masuk akal..sebab mesti kena hujan dulu baru banjir..tak pela..nama pon teka-teki..jawapan dia Bahrain..sebah Bah (banjir) dahulu baru rain (hujan)..dan dari itu aku nak bercerita negara yang sebenarnya hujan pon susah nak turun, apatah lagi banjir..
Bendera Bahrain |
Bahrain merupakan negara yang terletak di Timur Tengah.sebuah pulau kecil terletak di Teluk Parsi..bersambung ke tanah besar, Saudi Arabia melalui tambak..Qatar terletak di bahagian selatan Bahrain..Manama merupakan ibu negara bagi Bahrain..keluasan Bahrain adalah 765.3 km2 atau hampir sama saiz dengan Singapore..jumlah penduduk pula seramai 1. 23 juta orang (2010)..
Pencakar langit di Manama |
Peta Bahrain |
Bahrain yang bermaksud "dua buah laut" merupakan sebuah pulau yang telah didiami sejak dulu lagi oleh beberapa tamadun seperti, Yunani, Parsi, Babylon..negara yang strategik kerana terletak di tengah-tengah selatan Teluk Parsi menarik minat ramai penjelajah untuk datang ke pulau ini sebelum orang Arab mendudukinya hingga kini..Bahrain mendapat kemerdekaan dari British pada 1970..terdapat 31 pulau di sekeliling Bahrain..70% penduduk Bahrain adalah beragama islam dan selebihnya merupakan lain-lain yang dari orang Philippines, Sri Lanka dan India..negara yang mengalami musim sejuk yang singkat dan musim panas yang panjang..pulau yang bergurun, terdapat sedikit kawasan yang subur dan mempunyai bekalan air mentah sendiri..
Minyak yang dijumpai pada 1931 telah merubah ekonomi negara ini dengan menjadikan Bahrain sebuah negara yang sangat kaya.antara negara yang paling berkembang ekonomi di antara kalangan negara Arab..minyak menjadi eksport utama dengan deposit minyak yang masih banyak..pembuatan Aluminium pula menjadi industri kedua terbesar..Tambak Raja Fahd sepanjang 25 km merentasi teluk Parsi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain menghubungkan Bahrain dengan dunia luar..dengan kemasukan pelancong mencecah 8 juta orang menjadikan Bahrain antara tempat yang menarik untuk dikunjungi..banyak tempat menarik seperti Bahrain Internationa F1 Curcuit, Qal'at Al-Bahrain, Masjid Al-Khamis dan Tree Of Life..Tree of Life merupakan sebatang pokok yang terletak di tengah-tengah gurun dan telah hidup selama lebih 400 tahun..
Tree of Life |
Musim banjir bukan sesuatu perkara yang baik sebenarnya..banyak kerugian yang dialami oleh mangsa banjir..namun terselit sedikit kebaikkan dan hikmat atas setiap apa yang tuhan berikan..
p/s: dah nak habis tahun 2012
No comments:
Post a Comment