Assalamualaikum.
Fuh. Lama rasanya sudah tidak berbicara. Cuti semester sepatutnya dapat memberi ruang yang lebih untuk berceloteh di blog namun tidak berkesempatan atas hal-hal tertentu. Rasanya masih berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Tahun baru pastinya ada azam baru dan pendekatan baru. Sama juga dalam penulisan blog, aku cuba perbaiki dan menambah baik cara persembahan serta penulisan untuk pembaca yang sudi membaca.
Sekarang dah masuk 2013. Seiring dengan peredaran masa, pembangunan dan kemodenan terus menerus menerjah meliputi bandar-bandar yang semakin lama semakin rancak pembinaannya. Kini manusia sudah boleh tinggal berdiri bersama awan. Pencakar langit semakin menjulang menerjah langit menjadikan bandar konkrit semakin banyak dibina di bandar-bandar besar. Bandar besar kebiasaanya sudah lama terbina mengikut perkembangan ketamadunan. Namun masih ada bandar baru yang gahnya setanding dengan bandar utama dunia seperti New York, Paris, Shanghai, Rome dan Baghdad. Namun ada sesetengah bandar yang kewujudannya belum menjejaki 50 tahun tetapi telah menjadi ikon negara malahan turut menjadi ibu negara. Disini aku senaraikan 5 bandar utama yang tidak wujud sebelum 1960.
Pada tahun 1994, kerajaan South Korea merancang untuk membina bandar di pesisir laut luar Incheon. Bandar itu berjaya direalisasikan dengan menjadi Bandar ketiga terbesar selepas Seoul da Busan. Jumlah penduduk menjapai 3 juta orang dan dijangka pada tahun 2020 pelan bandar tersebut siap sepenuhnya. Mempunyai lapangan terbang terbesar di South Korea dan akan menjadi tuan rumah Sukan Asia 2014.
4. Putrajaya, Malaysia
Sebuah idea bernas dari bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Muhammad. Tanah yang seluas 49 km persegi ditebus guna untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru menggantikan ibu negara Kuala Lumpur. Mula dibina pada 1995 dan kini penduduknya mencecah 65 ribu orang. Hanya 15 minit perjalanan untuk ke Kuala Lumpur.
Sebuah bandar yang dirancang pada 1980an oleh kerajaan. Menjadi ibu negara menjelang 1991 yang perpindah dari tempat asal, Lagos. kini penduduk mencecah 2.5 juta . Menjadi ibu pejabat Kominiti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS). Namun banyak kemudahan dan bangunan masih belum siap seperti mana yang dirancang.
Merupakan ibu negara bagi Qatar. Mendapat kemerdekaan dari British pada 1971 dan sejak itu, negara yang kaya dengan sumber minyak in memacu ekonomi negara dengan sumber asli tersebut. Bermula pada 1963, pembangunan di Doha digiatkan denganumlah penduduk mencapai 1 juta orang. Bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
1. Dubai, United Arab Emirates
Sebuah bandar yang tidak asing lagi dengan terletak nya bangunan tertinggi di dunia dan pulau buatan terbesar dunia. Dubai mencapai kemerdekaan dari British juga pada 1971 dan menjadi sebahagian dari UAE. Antara bandar yang paling pesat membangun di dunia menenggelamkan Abu Dhabi sebagai ibu negara di UAE. Penduduk bertambah dari beberapa ribu pada 40 tahun lepas kepada 1.5 juta orang.
Seperti biasa, kali ini aku hendak bercerita dan mengarut tentang salah satu negara yang aku sebutkan di atas,
Qatar
Bendera Qatar |
Qatar merupakan sebuah negara terletak di Semenanjung Arab. Bersempadan dengan Saudi Arabia di selatan dan dikelilingiTeluk Parsi di bahagian utara. Doha merupakan ibu negara bagi negara kecil ini. Namun ia adalah antara bandar terkaya di dunia. Mempunyai jumlah penduduk seramai 1.7 juta orang (2010). Qatar berkeluasan 11 571 km2. Secara perbandingan ia 2 kali lebih kecil dari saiz negeri Perak. Di Qatar, mereka mengamalkan sistem monarki dalam pemerintahan.
Peta Qatar |
Pada asalnya bangsa arab merupakan penduduk asal di Qatar. Namun kini bangsa arab meliputi 40% dari penduduk keseluruhan. Selebihnya berasal dari Asia Selatan (45%),dari Asia Tenggara (10%) dan lain-lain. Ini disebabkan ledakan ekonomi yang memerlukan tenaga buruh yang ramai untuk menjana ekonomi. Walaupun bukan di dominasi oleh warga arab tempatan, Agama Islam merupakan agama rasmi dan merangkumi 77% dari jumlah penduduk. Gurun menjadi landskap utama di Qatar. Dengan iklim panas dan kering. Qurayn Abu al Bawl merupakan puncak tertinggi di Qarar (103 meter).
Bandar Doha dari udara |
Walaupun iklim yang panas dan kering, ini tidak bermakna Qatar adalah sebuah negara yang miskin. Seperti kebanyakan negara timur tengah, Qatar adalah sebuah negara yang sangat kaya dengan sumber petroleum dan gas yang ditemui di Teluk Parsi.Hampir 90% ekonomi adalah berkenaan petroleum dan gas. Selebihnya berkaitan dengan pelancongan dan kewangan.
Pemandangan di pesisir pantai Qatar |
Masa akan terus berlalu dalam kehidupan seharian. Kalau manusia, mereka akan semakin dewasa, punyai anak, berkeluarga dan tua. Bagi keadaan keliling, tangan manusia yang mencorakkannya.Samada menjadi hutan konkrit atau padang jarak padang tekukur.
p/s: Dah 24 tahun dah aku tahun ni.
No comments:
Post a Comment