Bangau Oh Bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul 2x
Ikan Oh Ikan kenapa engkau tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat 2x
Rumput oh Rumput kenapa kau panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku 2x
Kerabu oh Kerbau kenapa kau tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit 2x
Perut oh Perut kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasi mentah 2x
Nasi oh Nasi kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah,
Kayu api basah 2x
Kayu oh Kayu kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah,
Hujan timpa aku 2x
Hujan oh Hujan kenapa kau turun?
Macam mana aku tak turun,
Katak panggil aku 2x
Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?
"Wei, wei.suka-suka kau je tuduh aku panggil hujan..Pastu kau nak kata ular nak makan aku kan, Elok sikit. Ye aku tau aku makanan ular. Tapi hujan punya pasal la nak turun bila. Aku tak panggil die pon". Marah katak sambil beredar.
Ayok. Kan katak dah marah. Aka dah kata. Katak memang tak panggil hujan. Ini semua salah bangau. Eh bukan, ini semua angakara orang bertanya dekat bangau tu. banyak sangat tanya. Ha19. Takde la. Aku nak bercerita apa yang katak panggil kalau bukan hujan dan apa tujuannya. Huh. Katak sememangnya tidak berupaya mengawal cuaca. Semasa peringkat berudu katak bernafas melalui insang. Memasuki peringkat matang, katak bernafas melalui paru-paru dan kulit tetapi katak tidak mengembangkan paru-paru untuk bernafas seperti haiwan lain Katak bernafas dengan mengembangkan dan mengecutkan kulit di leher. Ketika keadaan berkelembapan tinggi, katak menjadi sukar untuk bernafas. Untuk meningkatkan jumlah udara yang masuk, mereka terpaksa memaksimumkan penngembangan kulit dan menyebabkan bunyi yang ketara. Jelas di sini katak tidak memanggil sesiapa selepas hujan.
Katak terdapat di hampir semua benua di dunia kecuali Antartika. Katak kebanyakan terletak di kawasan hutan hujan tropika. Katak lazimnya dilihat sebagai haiwan yang suka melompat, berkulit lembap, makan lalat dan tinggal di bawah tempurung. Nampak seperti begitu lemah. Kalau hendakkan dijadikan sebagai simbol haiwan negara pon tidak sesuai. Haiwan yang menjadi simbol negara biasa mempunyai ciri yang gagah, berani, besar dan popular seperti harimau, gajah, singa, helang, beruang dan serigala. Misalnya harimau adalah haiwan kebangsaan bagi Malaysia, South Korea dan India. Helang pula haiwan kebangsaan bagi U.S.A, Egypt dan Austria. Singa pula haiwan kebangsaan Belgium, Ethiopia dan Singapore. Namun ada wilayah yang menjadikan katak sebagai haiwan kebangsaan. Katak, dah takde binatang lain ke.
Katak Sebagai Haiwan Kebangsaan
Katak Puerto Rico |
Katak merupakan haiwan kebangsaan bagi wilayah Puerto Rico. Sejenis katak yang dipanggil Coqui (Eleutherodactylus coqui) banyak terdapat di pulau. Ia juga di panggil Katak Puerto Rico. Lambang haiwan kebangsaan ini kebiasaan ada pada jata, kod senjata, atau lain-lain bahan yang berunsur patriotik. Di Puerto Rico, Coqui dijadikan maskot untuk menggambarkan wilayah ini. Di sini aku hendak bercerita tentang wilayah Puerto Rico
Puerto Rico
Bendera Puerto Rico |
Puerto Rico bukan sebuah negara dan merupakan wilayah teratur yang tidak diperbadankan yang dimiliki oleh U.S.A. Namun rakyatnya adalah warganegara U.S.A. Puerto Rico atau nama rasminya Commonwealth of Puerto Rico terletak di Lautan Caribbean. Merupakan wilayah terkecil dalam gugusan Geater Antilles. San Juan merupakan ibu kota Puerto Rico. Pulau ini mempunyai keluasan 9 104 km persegi. Secara perbandingan, ia hampir menyamai negeri Kedah. Jumlah penduduk di wilayah ini seramai 3. 6 juta orang (2012)
Pulau-pulau sekitar Puerto Rico |
Dahulunya pulau ini dijajah oleh kerajaan Sepanyol sehingga 1897 sebelum di alih oleh U.S.A. Oleh itu terdapatdua bahasa rasmi iaitu bahasa inggeris dan bahasa sepanyol. Lebih 75% penduduk adalah bangsa berkulit putih dan Kristian merupakan agama rasmi. Puerto Ricoter dari beberapa pulau termasuk Puerto Rico sebagai pulau utama termasuk Culebra, Mona, Desecheo, Vieques dan Caja de Muertos.
San Juan |
Pada awal kurun ke-20. Gula adalah industri utama di pulau ini. Kini dengan kos buruh yang murah dan pelepasan cukai menarik pelabur untuk berlabur di pulau ini. Industri pelancongan juga telah menarik pelancong asing hingga mencatat nilai dagangan 1 billion USD pada 1999. Antara industri lain termasuk farmaseutikal, petrokemikal dan elektronik.
Pesisir pantai yang indah menggamit pelancong |
Kisah bangau oh bangau memberi mesej halus tentang jangan menyalahkan orang lain hingga perkara ini berterusan. Nasib baik katak ni tak ngaku dia panggil hujan. Hu19
p/s: lagu ni biasa nyanyi masa kecil dulu.sekarang orang ingatlagi ke tidak
oh,aku sampai sekarang percaya lagi katak tu panggil hujan. haha
ReplyDeletedan juga ada negara yang jadikkan katak maskot negara mereka
^^
ow.jangan percaya lagi lepas ni..hu19
Deletelagu zaman dulu2..
ReplyDeleteha..lama tak nyyi..hu19
Delete