Sunday, 3 February 2013

Benda Paling Mahal di Dunia

Orang sering berkata masa sangat berharga. Namun kalau masa mampu dijual aku yakin ia bukan lah mahal sangat sebab kebanyakkan manusia sememangnya tidak menghargai masa. Kalau benar seseorang menghargai masa, istilah bosan takkan wujud di dunia. Kasih sayang juga dikatakan tidak ternilai. Namun ada masa kita hargai dan ada  masa kita abaikan

Masa, kasih sayang dan hampir semua perkara yang tidak dapat disentuh, secara logiknya ia tidak dapat dianggarkan dengan nilai mata wang. Kebanyakan dari kita menaksir emas sebagai bahan paling berharga di dunia. Kini harga emas mencecah $56/gram. Harga emas sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut pasaran. adakah itu cukup menunjukkan emas merupakan benda yang paling mahal. Di sini, aku nak cerita tentang benda paling mahal di dunia.

10. Heroin $130/gram


Bukan gandingan hero dalam mana-mana drama romantis seperti gandingan Ersalina dan Zain dalam cerita Setia Hujung Nyawa slot Akasia di tv3. Heroin yang dimaksudkan adalah sejenis dadah atau nama stylo nya morphine diacetate. Serbuk bewarna putih, pahit dan bau tidak menyenangkan. Asalnya digunakan untuk tujuan perubatan tetapi di salah guna dalam penyeludupan dadah. Antara dadah yang paling berbahaya terhadap kesan sampingan pada manusia

9. Kokain $215/gram


Menjual dadah sememangnya menguntungkan. Jauh lebih menguntungkan dari menjual dadih atau menjual perkakas rumah. Tidak hairan manusia yang berakal pendek sanggup menjual dadah walaupun tahu akibatnya. Samada penjara atau hukuman mati. Kokain berasal dari daun pokok koka. Dadah yang famous and biasa digunakan kerana kesan perangsang, meningkatkan kecekapan dan menambahkan mood supaya lebih baik. Kononnya. Dianggarkan kokain 645 tan dihasilkan  pada 2005 di seluruh dunia.

8. LSD $3000/gram


Juga sejenis dadah yang tidak berbau, jernih dan sedikit pahit. Namun LSD (Diethylamida asid lisergik) mempunyai tahap kesan sampingan yang lebih rendah berbanding kokain dan heroin yang menjadikan ia lebih mahal. Untuk tujuan penyamaran, kebanyakan LSD dilarutkan pada kepingan kad kertas untuk mengelakkan diketahui pihak berkuasa. Dos sebanyak 20-30 mikrogram sudah cukup untuk bahan psikoaktif ini memberi kesan terhadap pengguna.

7. Plutonium $4000/gram


Terkenal kerana digunakan sebagai rod bahan api dalam reaktor nuklear. Antara unsur yang sangat sukar ditemui menjadikan ia sangat mahal. Bahan radioaktif juga merupakan sumber tenaga yang cekap. Digunakan sebagai bahan api untuk pelayaran Kapal angkasa lepas Voyager 1 pada tahun 1977 yang digunakan untuk mengambil gambar planet Musytari, Uranus dan Neptun pada jarak dekat. Bahan api itu masih boleh bertahan sehingga 2025. Kalau dijadikan bahan api untuk kereta, sampai ke tua agaknya takkan habis.

6. Painite $9000/gram


Merupakan mineral borat yang sangat susah dijumpai. Ia pertama kali dijumpai di Myanmar pada 1950-an. Digunakan sebagai batu permata dan merupakan batu permata yang paling jarang ditemui di dunia. Sehingga tahun 2004, hanya 2 batu permata sahaja berjaya dihasilkan. Baru-baru ini banyak lokasi penemuan painite ditemui di utara Myanmar. Rasanya kena tukar la. bukan masa itu emas. tapi masa itu painite. Hmm, canggih sangat pepatah ni.

5. Taaffeite $20,000/gram



Sebelum ini ia disalah anggap sebagai spinel. Juga merupakan antara salah satu mineral batu permata yang jarang ditemui. Oleh sebab ia jarang ditemui, kegunaan taaffeite hanyalah untuk membuat batu permata. Biasanya terdapat dalam warna violet, jernih, merah dan merah jambu. Taaffeite merupakan mineral pertama yang mengandungi berililium dan magnesium sebagai komponen utama yang di nilai dalam batu permata. Pertama yang jarang ini semakin ditemui di Sri Lanka dan selatan Tanzania.

4. Tritium $30,000/gram


Salah satu isotop hidrogen selain protium dan deuterium. Digunakan sebagai lampu jam (Luminox), lampu penanda jalan dan lampu peta. Tetapi bukan lampu biasa kerana elektron yang dipancarkan dari reputan radioaktif dengan jumlah yang sedikit pada fosforus menyebabkan ia menyala sendiri dan kekal bersinar dalam gelap. Juga digunakan untuk senjata nuklear. Sifat radioaktifnya tidak berbahaya kepada pengguna kecuali tertelan la. Permintaan komersial sebanyak 400 gram setiap tahun dihasilkan menyebabkan harganya melambung-lambung tingginya.

3. Berlian $55,000/gram


Bahan yang paling keras di dunia. Namun ia tidak begitu sukar untuk ditemui. Berlian dinilai dengan warna, berat, kejelasan, memotong, dan yang menentukan sama ada batu ini hampir kepada kesempurnaan. Biasa digunakan sebagai batu permata yang sangat berharga. Ni kalau ada orang pakai dah kira kaya la. Disebabkan bahan paling keras, ia dijadikan mata gerudi dan gergaji halus dalam industri. Berlian yang besar dan menghampiri ciri kesempurnaan semakin mahal kerana ia sangat jarang ditemui.

2. Kalifornium $27 juta/gram




Unsur yang tidak wujud secara semula jadi. Pertama kali ditemui pada 1950an. Digunakan dalam mencari lapisan petroleum dalam tanah, pengimbas rod bahan api, radiografi nuetron dan rawatan kanser seviks dan otak sekiranya terapi radiasi lain tidak berkesan. Kini hanya beberapa miligram dihasilkan dengan $10 per juta gram. Mungkin cara penghasil ia sangat sukar kerana ia perlu dicipta dengan membedil atom curium dengan hidrogen tanpa proton dan sesetengah pelanggaran akan menghasilkan serpihan yang  mungkin mengandungi kalifornium. Bunyi macam senang nak buat. 

1. Antijirim $25 trillion/gram




Bahan yang sangat tinggi kos dan susah untuk dihasilkan di dunia. Cuma boleh dihasilkan oleh Large Hadron Collider (alat pemecut zarah terbesar dunia). Setakat ini hanya 1 billion per gram yang dapat dihasilkan setiap tahun. Ia sangat mahal berdasarkan kos membuat beberapa antiproton dan didarabkan dengan proton yang digunakan untuk menghasilkan 1 gram. Penyelidikan telah mendapati bahawa antijirim yang ditujukan pada tumor adalah sangat berkesan untuk mematikan sel kanser.  Secara teori, antijirim juga boleh digunakan sebagai bahan api kapal angkasa.


Sesuatu objek boleh ditentukan dengan pelbagai cara. Penghasilan, kegunaan, kebolehpasaran, nilai kemewahan dan jumlah yang wujud.  Jika secara teori, semua objek atau bahan boelh diletakkan nilai seperti bulan, matahari, angin, bintang dan sebagainya. Cuma kebolehmilikkannya dan mereka yang mengiakannya mungkin menjadi tanda tanya. Batu permata merupakan sesuatu yang bernilai dan merupakan simbol kekayaan dan kemewahan. Aku pon tak taw sangat berdasarkan apa sesuatu mineral itu dinilai. Kali ini aku nak bercerita dengan negara yang mempunyai deposit Taaffeite yang banyak walaupun jarang ditemui, Sri Lanka

Sri Lanka
Bendera Sri Lanka
Sri Lanka merupakan sebuah pulau yang terletak di Asia Selatan. terletak 31 km dari India di utara dan kepulauan Maldives jauh di selatan. Mutiara Lautan Hindi adalah gelaran kepada Sri Lanka. Bentuk Sri Lanka ini seperti loket batu permata. Colombo (Sri Jayawardenapura-Kotte) merupakan ibu negara bagi Sri Lanka. Pulau ini berkeluasan 65 610 km persegi. Secara perbandingan ia 10 kali ganda lebih besar dari Negeri Sembilan. Jumlah penduduk dianggarkan seramai 20.3 juta (2012)

Colombo
Peta Sri Lanka
Ceylon merupakan nama lama bagi Sri Lanka semasa dibawah penjajahan British sebelum mendapatkan kemerdekaan 1948. 69% penduduk di sini adalah beragama buddha, 8% islam dan 7% dan hindu. Iklim Sri Lanka boleh dikatakan tropika dan agak panas. Gunung Pidurutalagala (2524 meter) merupakan kemuncak tertinggi di Sri Lanka. Dikatakan terdapat jambatan Adam yang terbentuk dari rantaian batu kapur yang berada di dasar laut namun boleh kelihatan dari udara bila air surut yang menghubungkan Sri Lanka dan India. Jambatan in pada asalnya timbul dipermukaan sehingga berlaku siklon pada 1480. Jambatan Adam dikatakan menjadi tempat melintas oleh Nabi Adam A.S menuju ke Padang Arafat. Dalam versi hindu pula jambatan in ada kaitan dengan hikayat Ramayana. Bahasa Sinhali dan Tamil merupakan bahasa rasmi.

Jambatan Adam
Dari segi ekonomi, Sri Lanka merupakan pengeksport teh kedua terbesar di dunia. Selain itu pengeksportan kayu manis kopi, gula dan getah antara produk pertanian utama di Sri Lanka. Walaupun sektor pertanian banyak menyumbang kepada ekonomi Sri Lanka, komiditi lain kekal penting seperti pemprosesan makanan, tekstil, telekomunikasi dan kewangan. Pelancongan juga antara industri yang tidak kurang penting. Antara tempat menarik di sini seperti batu Sigiriya, patung buddha Avukana, pantai Negombo dan Ladang Teh Ceylon.

Batu Sigiriya
Tetapi bukan semua perkara perlu diukurkan dengan harga, murah atau mahal. Sesetengah perkara mempunyai nilai tertentu dalam kehidupan kita. Jika benar nilai seperti kasih sayang dan persahabatan dihargai dengan ikhlas, istilah tak ternilai belum tentu dapat digunakan untuk menunjukkan maksudnya.

p/s: Kalau orang nak bagi hadiah, mintak la benda seperti di atas kecuali dadah. hu19



4 comments:

  1. Berlian mahal tapi takde value. Once dah dibeli, value terus habis. Rugi je beli. Emas jugak best. Kahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ker..tak jadila nak kumpul duit beli berlian..hu19

      Delete
  2. nampak chemistry sangat post kau...

    mesti dapat A soil science...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ow..mungkin la
      tapi soil science takde blajar pasal dadah taw..hu19

      Delete