Satu ketika dahulu Malaysia pernah dilabelkan negara paling obesiti di Asia Tenggara dan Ke-6 di rantau pasifik. Namun bukan semua tempat pertama atau dalam ranking yang tinggi menunjukkan sesuatu perkara yang baik. Adakah ini bagus untuk melahirkan generasi sihat pada masa akan datang sekiranya tiada sebarang langkah diambil untuk mencegahnya. Bagi mereka yang merasakan diri mereka tergolong dalam berat badan berlebihan atau obesiti serta yang merasakan terlebih berat badan ideal, terdapat beberapa langkah radikal untuk menurunkan berat badan berbanding cara konvensional yang mungkin akan berjaya. Mungkin
1. Sesat di hutan
Bagi yang berazam untuk menuruskan berat badan, sesat di hutan tebal adalah cara yang mudah untuk menghilangkan berat badan. Caranya mudah, pastikan anda menyertai perkhemahan di hutan dan menyesatkan diri anda bersendirian. Pastikan sesat betul-betul jauh dari kumpulan. Bila sesat pasti sumber makanan anda semakin tidak mencukupi dan akan kehabisan.Anda mungkin terpaksa menahan lapar atau memakan buahan-buahan hutan. Pastikan anda juga tiada mempunyai kemahiran untuk menjerat binatang untuk dijadikan santapan. Cuba pastikan anda sesat lebih dari 10 hari dan berkeupayaan untuk keluar ke kawasan bertamadun. Selepas itu anda akan dapat berat yang diinginkan. Terdapat langkah berjaga-jaga seperti, tidak bertembung dengan haiwan pemakan daging, membawa air mencukupi, bukan sesat di kedai makan dan membawa gadjet untuk menghilangkan bosan
2. Menyertai misi bantuan makanan di Afrika
Afrika bukanlah benua yang sinonim dengan kebuluran. Tetapi terdapat negara di Afrika yang masih memerlukan bantuan makanan dari luar akibat kemarau panjang dan perang saudara yang berlanjutan. Sebagai insan yang prihatin, menyertai misi bantuan di bawah persatuan bulan sabit merah atau menganggotai pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) antara langkah yang relevan untuk membantu mereka yang memerlukan teruatamanya anak kecil. Dek kerana keprihatinan ini, anda mungkin menyelami perasaan mereka dengan kurang pengambilan makanan. Timbul juga kesedaran bahawa sangat bersyukur tinggal di Malaysia dengan makanan masih mencukupi. Pengalaman di negara orang yang kekurangan makanan akan terbawa-bawa sehingga anda memlih berhati-hati dan tidak membazir dalam setiap kali mengambil hidangan.
3. Meditasi
Proses meditasi atau bertapa memerlukan daya fokus yang amat tinggi untuk mencapai matlamat meditasi tersebut. Kebiasaan mereka melakukan di kawasan sunyi dan tenang. Mereka tidak akan melakukannya di stadium, pusat asuhan, kilang pencetakkan akhbar dan sebagainya. Daya fokus yang tinggi ini perlu mengelakkan dari sebarang gangguan seperti bunyi awek mintak tolong, cuaca tak menentu dan juga makanan. Bagi yang ektremis kepada meditasi. Adakalanya mereka bermeditasi berjam-jam malahan adakalanya samapi lupa nak makan. Jarang manusia lupa akan makanan. Ini kerana manusia dan makanan saling memerlukan. Tak. Sebenarnya manusia je yang memerlukan makanan. Meditasi memerlukan orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
4. Berangan atau bermimpi untuk kurus
Langkah yang paling mudah dan murah. Katakan tak nak kepada segala macam kos untuk menurunkan berat badan seperti mengamalkan makanan rendah lemak,pergi ke gym, ubat kurus dan sebagainya. Dengan berbekalkan daya imaginasi yang tinggi, pastikan anda dapat membayangkan anda dalam keadaan segak atau cantik bila kurus. Padankan bentuk badan anda dekat artis mahupun atlit terkenal. Jika anda kenal dengan atlit yang menyertai sumo, elakkan dari membayanginya. Antara kelemahan paling ketara dalam kaedah ini ia cuma bertahan dalam beberapa minit dan paling lama pun 12 jam. Itu pun kalau anda masih membadak di katil lagi. Antara kesan sampingan ialah berlaku depresi berpanjangan yang mungkin menyebabkan anda semakin berat.
5. Menanggotai komando atau skuad elit
Apabila menyertai komando atau skuad elit dalam bahagian pertahanan negara, rejim latihan yang dahsyat menyebabkan anda tidak berpeluang untuk menjadi gemuk. Semestinya anda perlu tangkas berlari, mencilok, tahan ketika didera, memegang senjata, merangkak dan sebagainya. Anda bukan sahaja di ajar ikhtiar hidup bila berada di saat sukar terutamnya di hutan, turut diajar cara makan makanan yang pelik-pelik seperti monyet dan ular bila dah darurat. Menyertai pasukan polis dan rela masih membolehkan anda kelihatan mempunyai berat badan berlebihan seperti yang terdapat di kebanyakan negara. Tapi bila bercakap tentang skuad elit ni,badan semua ketak-ketak. Skuad elit bahagian merasakan masakan di dapur adalah tidak berkaitan dengan skuad elit dalam ketenteraan.
6. Menggunakan mesin penimbang yang rosak
Ketika menentukan berat badan, kita bergantung sepenuhnya pada alat penimbang. Kita tidak boleh menyuruh kawan kita untuk mengangkat kita dan menganggar berapa berat badan kita. Kesimpulannya percayalah pada alat penimbang. Alat penimbang yang normal kadang kala memberi bacaan yang tidak digemari orang yang berbadan besar. Mereka lebih merasakan ia sebagai suatu sindiran berbanding nilai yang dipaparkan. Mesin yang ralat mungkin antara jenis penimbang yang digemari oleh golongan ini. Pastikan yang ralat itu menunjukkan nilai semakin berkurang. Dikhuatiri alat penimbang tidak boleh berfungsi buat selama-lamanya jika ralat itu menunjukkan penambahan yang melampau akibat dirosakkan.
7. Memotong rambut dan kuku
Rasa seperti tiada kaitan dengan penurunan berat badan.Cuba fikirkan kembali, bahagian manakah yang boleh dibuang dari bahagian badan manusia tanpa menyebabkan kesakitan dan kecacatan. Semestinya rambut dan kuku. Eh, ingat kuku dengan rambut takde berat ke. Sungguh pun berat tidak sampai sekilo secara keseluruhan, langkah kecil ini sekurang-kurangnya dapat menjadi sebahagian langkah untuk menurunkan berat badan. Sel kulit mati juga boleh dibuangkan tetapi itu proses fisiologi dan bukan secara fizikal. Namun usaha ini menjadi sia-sia dan tidak berbaloi sekiranya masih mengamalkan pemakanan seperti sudah 5 hari tidak makanan tengah hari. Jangan juga tersalah tafsir terhadap orang botak yang menyangkakan mereka dalam proses menurunkan berat badan.
8. Menggunakan cermin kanta cekung
Sebelum itu, pastikan anda seorang yang optimistik dan berfikiran jauh. Beli cermin cekung untuk kelihatan seolah-olah anda kurus walaupun dalam bentuk imej. Imej yang kelihatan di cermin cekung seolah-olah anda tiada kaitan dengan berat badan berlebihan. Tolakkan semua itu ke tepi dari fikiran buat sementara waktu. Untuk lebih efektif, pecahkan semua cermin biasa yang ada di dalam rumah untuk menambahkan keyakinan anda dengan imej yang anda lihat di cerminkanta cekung. Sekurang-kurang mata anda tidak menipu. Cuma memanipulasi otak menyebabakan anda sememangnya ditipu. Langkah ini mungkin hanya berjaya di dalam rumah. Keluar sahaja rumah anda sudah menjadi seperti asal.
9. Tinggal di kawasan gurun
Orang yang tinggal di kawasan panas dan kering ini jarang mengalami berat badan yang berlebihan. Ia bukan disebabkan kurang sumber makanan. Ini disebabkan cuaca panas yang memfokuskan kita untuk terus minum bagi menggantikan air yang hilang dari badan. Tinggal bersama masyarakat yang tinggal di khemah dan berpindah randah seperti masyarakat badwi adalah lebih efektif. Untuk memaksimumkan titik keefektifan tinggal di gurun, bersenam dan berlari tanpa henti di waktu tengah hari. Tidak guna kalau tinggal di kawasan bergurun tetapi mendiami rumah aircond 24 jam tanpa henti serta dikelilingi makanan yang melimpah ruah.
10. Di kelilingi orang berbadan besar
Akibat bosan dicemuh oleh mereka yang lebih kurus, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan hidup dalam masyarakat yang mempunyai orang yang juga turut mempunyai berat badan berlebihan. Senang cakap, hidup dikelilingi mereka yang berbadan besar. Takde lah stress sangat asyik dicemuh bila gemuk bersendirian. Bila yang berbadan besar sudah menjadi majoriti, sekarang giliran mereka yang kurus akan dicemuh akibat kelainan fizikal berbanding mereka.Orang kurus dan mereka yang memepunyai berat badan ideal pula yang dianggap tidak normal. So tidak ada istilah penurunan berat badan malahan penambah berat badan yang ditekankan. Maka wujudlah obesitiland. Adakah wujud obesitiland di dunia ini.
Negara Tergemuk di Dunia
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2007, terdapat 4 negara yang penduduknya 90% mengalami obesiti. Ini melibatkan remaja berusia 15 tahun dan ke atas. Nauru merupakan negara tergemuk dengan 94.5% penduduknya mengalami berat badan berlebihan. 2. Federatied State of Micronesia (91.1%), 3. Cook Island (90.9%) dan 4. Tonga (90.8%). Sememangnya wujud obesitiland. Dan kesemua negara dan wilayah ini terletak di Lautan Pasifik
Adakah ia sesuatu yang luar biasa. Ya bagi kita, tetapi tidak bagi mereka. Bayangkan 9 dari 10 orang mereka adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Dan pastinya seorang lagi adalah kurus dan mereka adalah golongan minoriti sihat di negara ini. Ini disebabkan gaya hidup mereka yang telah meninggalkan makanan traditional mereka kepada makanan diproses yang lebih murah dan mudah di dapati dari negara Barat. Di sini aku nak bercerita tentang negara kedua tergemuk di dunia
Federation States of Micronesia
Federated States of Micronesia merupukan gugusan pulau yang terletah bertaburan di sekitar Lautan Pasifik. Terdapat 607 pulau yang terletak berhampiran Papua New Guniea di barat daya, Niue di timur dan mengunjur sehingga 2, 700 km berhampiran Nauru dan Marshall Islands di barat. Saiz keseluruhan pulau adalah 702 km2. Walaupun saiz keselurahan pulau kecil namun ia merangkumi 2, 600 000 km2 Lautan Pasific. Palikir merupakan ibu negara yang terletak di Pulau Pohnpei. Jumlah penduduk pula seramai 111 ribu orang (2009)
Federated States of Micronesia telah mendapat kemerdekaan dari U.S.A pada 1986. Chuukes merupakan etnik terbesar di kepulauan ini (48%). Selebihnya terdiri dari etnik Pohnpei (24.2%), Kosrae (6.2%), Yapes (5.2 %) dan lain-lain. Kristian merupakan agama majoriti di sini dengan 97%. Seperti kebanyakan pulau tropika yang lain, Federated States of Micronesia yang terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa turut mempunyai iklim panas dan lembab. Bahasa inggeris merupakan bahasa rasmi di kepulauan ini.
50% ekonomi bergantung kepada pertanian terutamanya perikanan dan tanaman sara diri. Pelancongan berpotensi untuk dibangunkan tetapi dengan lokasi yang terpencil sukar untuk mendapatkan bahan dan diekploitasi. Sumbangan tetap dari kerajaan U.S.A merupakan sumber dana untuk membangunkan negara. 1.3 billion USD telah dibelanjakan sejak merdeka hingga 2011. Terdapat 4 negeri di negara ini iaitu Chuuk, Yap, Kosrae dan Pohnpei. Weno merupakan bandar terbesar dengan penduduk sekitar 50 ribu.
Mempunyai berat badan berlebihan tidak salah. Tak masuk penjara pon. Dosa pon tidak, tetapi untuk memiliki kesihatan yang baik sepanjang hayat, ada eloknya menurunkan berat badan. Nanti kalau dah tahap obesiti kan dah susah. Macam-macam penyakit boleh badan. Gaya hidup yang sihat bermula dari cara pemakanan yang sihat. Semoga berjaya kurus denga tips aku beri
p/s: Aku sendiri tak makan sayur macam mana nak sihat.
Negara Tergemuk di Dunia
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2007, terdapat 4 negara yang penduduknya 90% mengalami obesiti. Ini melibatkan remaja berusia 15 tahun dan ke atas. Nauru merupakan negara tergemuk dengan 94.5% penduduknya mengalami berat badan berlebihan. 2. Federatied State of Micronesia (91.1%), 3. Cook Island (90.9%) dan 4. Tonga (90.8%). Sememangnya wujud obesitiland. Dan kesemua negara dan wilayah ini terletak di Lautan Pasifik
Adakah ia sesuatu yang luar biasa. Ya bagi kita, tetapi tidak bagi mereka. Bayangkan 9 dari 10 orang mereka adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Dan pastinya seorang lagi adalah kurus dan mereka adalah golongan minoriti sihat di negara ini. Ini disebabkan gaya hidup mereka yang telah meninggalkan makanan traditional mereka kepada makanan diproses yang lebih murah dan mudah di dapati dari negara Barat. Di sini aku nak bercerita tentang negara kedua tergemuk di dunia
Federation States of Micronesia
Bendera Federation States of Micronesia |
Federated States of Micronesia merupukan gugusan pulau yang terletah bertaburan di sekitar Lautan Pasifik. Terdapat 607 pulau yang terletak berhampiran Papua New Guniea di barat daya, Niue di timur dan mengunjur sehingga 2, 700 km berhampiran Nauru dan Marshall Islands di barat. Saiz keseluruhan pulau adalah 702 km2. Walaupun saiz keselurahan pulau kecil namun ia merangkumi 2, 600 000 km2 Lautan Pasific. Palikir merupakan ibu negara yang terletak di Pulau Pohnpei. Jumlah penduduk pula seramai 111 ribu orang (2009)
Kedudukan Pulau-pulau di Lautan Pasifik |
Federated States of Micronesia telah mendapat kemerdekaan dari U.S.A pada 1986. Chuukes merupakan etnik terbesar di kepulauan ini (48%). Selebihnya terdiri dari etnik Pohnpei (24.2%), Kosrae (6.2%), Yapes (5.2 %) dan lain-lain. Kristian merupakan agama majoriti di sini dengan 97%. Seperti kebanyakan pulau tropika yang lain, Federated States of Micronesia yang terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa turut mempunyai iklim panas dan lembab. Bahasa inggeris merupakan bahasa rasmi di kepulauan ini.
Palikir |
50% ekonomi bergantung kepada pertanian terutamanya perikanan dan tanaman sara diri. Pelancongan berpotensi untuk dibangunkan tetapi dengan lokasi yang terpencil sukar untuk mendapatkan bahan dan diekploitasi. Sumbangan tetap dari kerajaan U.S.A merupakan sumber dana untuk membangunkan negara. 1.3 billion USD telah dibelanjakan sejak merdeka hingga 2011. Terdapat 4 negeri di negara ini iaitu Chuuk, Yap, Kosrae dan Pohnpei. Weno merupakan bandar terbesar dengan penduduk sekitar 50 ribu.
Sekitar pemandangan di Weno |
p/s: Aku sendiri tak makan sayur macam mana nak sihat.
hazrul,lepas ni buat edisi tambah berat badan pulak ye hehe :P
ReplyDeleteyea..cube memahami mereka yang memerlukan...hu19
ReplyDelete