Babi dan carutan sudah sebati dalam ungkapan harian masyarakat kita sekarang..asal marah, nama babi disebut..asal tak puas hati, babi dipanggil lagi..asal melatah, babi yang dapat nama, asal yang buruk je..dah takde binatang lain agaknya disebut.."Singa laut betul la mamat tu, ada ditegur buat bodoh je"..kedengaran seperti tidak menarik..cuba tukar perkataan singa laut tu kepada babi..pasti sudah lazim mendengarnya.. carutan lain jangan dikata lah..asalnya ungkapan babi tu biasa je..tapi bila dijadikan ayat dan menggunakan intonasi tertentu..ia semacam menunjukkan yang babi itu seakan sesuatu yang teruk
Mengikut ajaran islam, adalah haram memakan babi dan menggunakan produk berkaitan babi..itu sudah tertulis di dalam al-quran (Al-baqarah : 173)..ada sebab yang jelas kenapa ia haram dimakan seperti memudaratkan kesihatan..namun bagi masyarakat lain di Malaysia seperti cina, iban dan sebagainya, babi merupakan sumber protein yang murah berbanding daging kambing atau lembu..mereka tiada masalah dalam hal melibatkan daging babi kerana tiada larangan dalam agama mereka..macam masyarakat beragama hindu pula tidak memakan daging lembu tapi yang beragama islam dan agama yang lain pula boleh makan daging lembu..
Orang islam melayu khususnya, kebanyakan memandang babi adalah seekor haiwan yang menggelikan dan jijik..tersentuh dengan babi juga dikira najis..najis berat (mughallazah) pulak tu..kena pulak sertu dengan air mutlak diikuti air tanah..pasti tiada siapa yang mahu menyentuhnya..mana nak cari tanah yang bersih kalau duduk kat bandar ni..terpegang anjing pon kena sertu juga cuma, level babi ni macam lebih berat sedikit..minggu lepas aku ada lawatan ke ladang babi di selatan Selangor (lokasi dirahsiakan) untuk tujuan pembelajaran..ketika itu pertama kali aku tengok babi depan mata..anak babi..emak babi..bapak babi..banyak betul babi..
Babi Betina |
Kalau diberi peluang kepada orang melayu masuk tengok ladang babi, belum tentu orang tu nak masuk tanpa sebab..aku masuk pon bukan suka-suka sebab nak menuntut ilmu dunia..ilmu jugak..bila masuk aku tengok babi ni sama je seperti haiwan-haiwan yang lain..babi mudah dibela, cepat membesar dan melahirkan anak dengan jumlah yang besar (9-16 ekor), tempoh sebelum disembelih juga tidak lama..bau ladang babi pon takdela busuk mana..sama juga dengan ladang-ladang haiwan yang lain..mungkin aku dah terbiasa dengan bau kawasan ladang ternakan..orang kalau dah buang air lepas tu sepah-sepah , tak terjaga pon busuk jugak..tu baru sorang..belum ramai-ramai lagi..populasi babi di Malaysia dikawal dan tidak diternak di semua negeri..Perak merupakan pengeluar babi terbanyak di Malaysia..manakala tiada ladang babi dibuka di negeri seperti Kelantan dan Terengganu..
Anak babi berusia 1 hari sedang menyusu |
Dalam lawatan tu, aku melihat cara babi diternak, diberi makan dan mengenal tempat-tempat seperti stor menyimpan makanan, jenis makanan diberikan, kandang untuk anak babi, kandang babi jantan, kandang menunggu untuk beranak (farrowing pen)..takde pula niat nak pegang babi tu..malas nak sertu..tapi but yang aku pakai tu terpaksa la disertu..dalam penilaian aku, tiada yang nak digelikan atau dijijikkan dengan babi ni..cuma haiwan biasa..sifat berkubang dalam kotoran memang sikap dia..semua binatang ada tabiat tersendiri..sedikit pon tidak menyusahkan kita..babi hutan lain la sebab adakalanya ia merosakkan tanaman penduduk kampung..isu sisa buangan yang tidak dirawat mengakibatkan pencemaran adalah salah penternak..takkan nak salahkan babi..
Tapi isu babi tetap sensitif dan perspektif masyarakat melayu terhadapnya lebih ke arah benda negatif..aku takdela nak melebihkan babi ni..cuma nak mengatakan babi juga haiwan biasa..sekurang-kurangnya pegang babi walaupun dengan sengaja tetapi tidak berdosa..tapi berpegang tangan secara sengaja bagi mereka yang bukan muhrim adalah berdosa..mana satu lebih jijik..peringatan untuk semua..
Industri babi di Malaysia tertakluk dibawah kawalan..populasi babi di Malaysia dianggar berjumlah 1.7 juta (2010).. China dan U.S.A merupakan pengeluar utama babi dunia..terdapat 446 juta babi di China dan 65 juta babi di U.S.A..di dunia pula terdapat 941 juta babi pada tahun 2008..terdapat di sebuah negara yang populasi babi lebih ramai dari penduduknya..di Denmark populasi babi adalah 12.7 juta berbanding jumlah penduduknya seramai 5.47 juta pada 2008..so..kali ni ak nak bercerita pasal negara Denmark
Bendera Denmark |
Denmark merupakan sebahagian Scandinavia yang terletak di utara Eropah..merupakan negara Scandinavia yang paling kecil dan berjiran dengan Germany di bahagian Selatan..manakala di kelilingi laut Baltic dan North Sea di bahagian utara..sebagai tambahan..Greenland yang merupakanpulau terbesar di dunia dan Faeroe Island merupakan kawasan yang menjadikan raja Denmark sebagai ketua wilayah mereka tetapi mempunyai sistem pemerintahan sendiri..Denmark hanya berkeluasan 42, 894 km2 atau bersamaan saiz gabungan negeri Pahang dan Negeri Sembilan..Copenhagen merupakan ibu negara Denmark..penduduk dianggarkan berjumlah 5.58 juta (2012)
Peta Denmark |
Denmark terdiri dari Semenanjung Jutland dan 443 buah pulau yang lain seperti Zealand, Funen, Loland, Bornholm dan Falster..Copenhagen terletak di pulau Zealand..terdapat sebuah jambatan (Øresund bridge) yang menghubungkan Copenhagon dengan Malmö (bandar ketiga terbesar di Sweden) di tanah besar Sweden..Danish adalah gelaran kepada penduduk asal di Denmark yang merangkumi 89.6% dari jumlah penduduk..selebihnya penduduk yang bermigrasi dari luar seperti Turkey, Timut Tengah, Iraq dan Somalia..80% adalah beragama kristian (Lutheran, Protestant, Roman Catholic)..Sebuah negara yang penuh dengan sejarah..telah diduduki sejak zaman Nordic gangsa, penempatan Viking, zaman Denmark-Norway, pencerobohan Germany semasa perang dunia ke-2, dan akhirnya menjadi negara yang merdeka pada 1948..
Seperti negara Scandinavia yang lain, Denmark juga sebuah negara yang kaya dengan kadar KDNK sebanyak 40 983 USD, ke-16 di dunia..merupakan pengeksport per kapita ke-9 terbesar di dunia..antara barangan yang di eksport seperti mesin, bahan api dan chemical..juga menjadi pengekspor utama dalam bidang pertanian seperti ikan dan babi.. Denmark merupakan pengeksport babi terbesar di Kesatuan Eropah..Lego juga berasal dari negara Denmark yang mula dihasilkan pada 1949..Legoland pertama yang pertama dibuka juga terletak di Billund, Denmark..
Legoland di Denmark yang mula dibuka 1968 |
Setiap masyarakat dan agama mempunyai pandangan yang berbeza tentang babi..Sensiviti dalam negara ini haruslah dipantau untuk mengelakkan perselisihan berlaku..balik-balik nanti babi juga yang jadi magsa keadaan..kalau marah babi juga korang sebut..apa yang haram tetap haram..apa yang tak patut dilakuakn..janganlah dilakukan..
p/s: kalau nak marah, tak puas hati atau nak mencarut,cuba jangan sebut babi..sebut kucing k..gajah k..
membabi buta?
ReplyDeletemembuta tuli..
ReplyDelete