Adakah tinggal di tingkat paling atas membolehkan kita merasa kita duduk paling tinggi..bagaimana pula dengan rumah flat 10 tingkat, kondo 25 tingkat dengan ketinggian mencecah 100 meter..mereka yang tinggal di tingkat paling atas pasti dapat melihat pemandangan yang jauh berbanding di bawah..nak pula dekat tepi pantai..cantik je view tengok panorama sekeliling..nasib baik lah ada lif takdelah penat naik tangga..adakah itu cukup tinggi..pastinya tidak..
Burj Khalifa, UAE merupakan bangunan tertingi di dunia dengan ketinggian 818 meter yang mempunyai 160 tingkat..tapi tingkat paling atas bukan lah untuk kediaman..tetapi di dalam bangunan itu juga terdapat kawasan kediaman pada tingkat 77-108..dengan kelajuan lif 64km/j, urusan turun naik menjadi mudah..mungkin tempat yang menarik untuk di diami..cuma kalau lif rosak jangan tanya kenapa..adakah ini tempat paling tinggi yang manusia tinggal..juga pastinya tidak..benar Burj Khalifa adalah bangunan yang paling tinggi tapi ia di bina tinggi sedikit dari aras laut..bagaimana pula dengan bangunan yang di bina di atas gunung dan tanah tingggi..
Kenangan ketika di Cameron Higland |
Di Malaysia antara kawasan yang paling tinggi yang menjadi tempat tinggal adalah Kundasang. Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang terletak 1884 dari aras laut..1000 meter lebih tinggi berbanding orang yang tinggal dekat Burj Dubai.. manakala bandar yang paling tingggi di Malaysia adalah Berinchang, Cameron Highland.. dengan ketinggian 1592 meter, suhu yang lebih dingin dapat dinikmati berbanding suhu normal sebuah negara beriklim tropika..adakal suhu boleh mencecah 6°C pada waktu malam..awal sem hari tu aku berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Berinchang..sejuk lah jugak..mungkin itu kawasan paling tinggi di diami di Malaysia..bagaimana pula di negara-negara yang lain..
Umum tahu, gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 8848 meter..tapi takde sape yang sanggup tinggal dekat situ..dekat kaki gunung pon orang taknak tinggi..ini disebabkan semakin kita tinggi dari aras laut tekanan atmosfera semakin rendah..oksigen pon susah nak dapat..makanan lagi nak dapat dekat mana..orang nak datang pon jauh..so tiada kepentingan kalau duduk tinggi sangat..tapi kalau ada sebab yang kukuh pasti ada manusia sanggup tinggal di mana-mana..begitulah dengan tempat yang paling tinggi di dunia didiami manusia..
La RInconada, Peru |
Pernahkah korang dengar bandar La Rinconada, Peru..La Rinconada adalah sebuah pekan kecil yang terletak di ketinggian 5 100 meter dari aras laut..di sinilah tinggalnya manusia hidup di altitud paling tinggi di dunia..dengan jumlah penduduk mencapai 30, 000 orang, kawasan ini sebenarnya adalah berhampiran dengan lombong emas di banjaran Andes..masyarakat di sini bekerja sebagai pelombong emas untuk sebuah syarikat.. apa yang menarik mereka bekerja tanpa gaji hampir selama sebulan..tetapi pada hari terakhir mereka bekerja setiap bulan, mereka boleh melombong sendiri dan jumlah emas yang mereka dapat adalah gaji mereka..dan itu bergantung pada nasib dan tuah..atas faktor ini manusia sanggup tinggal di tempat ekstrem sebegini..2.7 kali lebih tinggi dari mereka yang tinggal di Kundasang..mereka ini lah yang tinggal tempat paling tinggi berbanding dengan manusia lain yang ada dekat duni..apa yang menjadi masalah di kawasan ini ialah tiada sistem pembentungan, segala sisa buangan dikumpul di suatu tempat dan sukar dilupuskan.. pencemaran terhadap logam berat seperti merkuri yang digunakan semasa aktiviti perlombongan memburukkan lagi keadaan..
Tapi tahukah korang makhluk yang duduk paling tinggi di dunia di ketahui sehingga kini adalah seekor labah-labah..sejenis labah-labah lompat telah dijumpai pada ketinggian 6700 meter di sekitar gunung Everest.. Labah-labah lompat Everest atau nama saintifiknya Euophrys omnisupertses (yang bermaksud berdiri di atas segala-galanya) tinggal di kawasan celahan batu gunung..memakan serangga kecil pemakan tumbuhan yang sesat setelah ditiupkan angin dari altitud yang lebih rendah..menarik bukan..tumbuhan pon tak hidup pada keadaan yang terlalu ekstrem begitu..begitulah hebat dan uniknya setiap ciptaan tuhan
Euophrys omnisupertses |
Berbalik kepada tempat paling tinggi di diami manusia..so aku nak cerita pula tentang negara yang terletak di Amerika Selatan, Peru..
Bendera Peru |
Peru terletak di barat Amerika Selatan..dikelilingi negara Chile di selatan..Bolivia di tenggara, Brazil di barat, Ecuador dan Colombia di bahagian utara..serta lautan Pasifik di bahagian barat..Lima adalah ibu negara bagi Peru..hampir keseluruhan bahagian barat Peru terletak di banjaran terpanjang di dunia, banjaran Andes..keluasan Peru adalah 1, 285, 220 km2..3.9 kali lebih besar dari Malaysia..manakala penduduk pula dianggarkan sekitar 30 juta orang (2012)
Peta Peru |
Peru pernah dijajah oleh kerajaan Spain sebelum merdeka pada tahun 1821..sebelum itu, wujud sebuah tamadun Inca yang beribu kota di Macchu Piccu..tamdun ini sudah wujud sejak kurun ke-15...dari kesan penjajahan itu, bahasa sepanyol merupakan bahasa rasmi di Peru dan bahasa Quechua adalah bahasa kedua..Pendduduk Peru asal terdiri dari 83%..15 berasal dari eropah..selebihnya datang dari Afrika, Japan dan China..kristian (Roman Katolik) merupakan agama majoriti di Peru (81%)..Banjaran Andes memberi pelbagai keunikan di negara ini..Nevado Huascaran merupakan kemuncak tertinggi (6768 meter) di Peru..juga terdapat tasik tertinggi di dunia iatu Tasik Titicaca yang berkongsi dengan negara Bolivia..tasik tersebut terletak di ketinggian 3 812 meter dari aras laut..
Macchu Piccu |
Peru mempunyai hasil bumi..Peru merupakan pengeluar perak paling banyak di dunia..Peru juga merupakan pengeluar emas ke-6 terbesar di dunia..namun dari segi pencapaian ekonomi, Peru masih merupakan negara yang sedang membangun..selain itu industri di Peru juga melibatkan pengeksportan kuprum dan petroleum..pertanian kurang di jalankan sebab kebanyakan tanah tidak sesuai untuk pertanian..Macchu Piccu adalah lambang kebanggaan Peru namun kekurangan fasiliti menyukarkan pelawat datang ke sana..Lima adalah sebuah bandar yang pesat membangun mengunjur di sepanjang Lautan Pasifik..
Pemandangan sekitar di Lima Peru |
Tak kisah la tempat tinggi ke rendah ke..rumah atas bukit..dalam laut..tepi sungai.dalam gua ke..asal dapat tinggal dengan selesa dan selamat..nak lagi best..wat la rumah yang dapat line internet..dapat gak layan you tube ke, facebook ke..dan sama waktu dengannya..dengan masjid ke..
p/s: semingggu lagi nak masuk 2013..
No comments:
Post a Comment