Thursday, 1 November 2012

Penamaan Ribut Taufan Dan Skala Kemusnahannya

Sekarang musim hujan di negara kita dan bila difikir secara fitrah ia adalah rahmat tuhan..segala petir dan guruh adalah fenomena biasa setiap kali hujan turun..tapi bagaimana pula dengan ribut taufan yang melanda.. Kawasan perairan Caribbean dan timur Amerika Syarikat baru sahaja dilanda taufan yang dipanggil "Hurricane Sandy" sedang melanda..taufan Atlantik ini merupakan taufan dengan diameter terbesar dalam sejarah dengan angin merangkumi keluasan 1800 km..taufan Sandy diketagorikan tahap 2 dan kelajuan angin maksimum mencecah 175 km/jam..taufan yang mula membentuk pada 22 Oktober dan berhenti pada 29 Oktober..ia menyebabkan kerugian harta benda sebanyak 20-25 billion USD..antara lima taufan paling buruk dalam sejarah..165 orang telah kehilangan nyawa dan 21 lagi masih hilang..

Kawasan perairan tersebut sangat kerap di landa taufan setiap tahun..biasa kita akan mendengar nama taufan diambil dari nama perempuan seperti, taufan Katrina 2005 , Wilma 2005, Elida 2002 dan banyak lagi..sebenarnya Pusat Taufan Nasional (NHC) yang berpengkalan di Miami telah menetapkan nama ribut berdasarkan urutan dalam susunan abjad..ini bermakna taufan pertama yang melanda pada tahun itu akan diberi nama dengan huruf A (Alberto,Andria,Arthur)..diikuti taufan kedua, B (Belle,Bertha,Betty) dan seterusnya..tak kisah la nama laki ke perempuan..bagaimana pula dengan taufan Sandy..ia adalah taufan ke-18 yang melanda perairan Atlantik..kebanyakan taufan berlaku di kawasan lautan Atlantik tidak singgah ke pantai yang mengakibatkan kerosakkan walaupun pada katogeri 3 seperti taufan Michael dan taufan Kirk pada kategori 2..

Skala Taufan Saffir-Simpson

- Skala ini digunakan untuk mengukur tahap taufan..digunakan di Hemisfera Barat..taufan macam ni tak berlaku di Malaysia..di bawah aku senaraikan skala yang digunakan

Katogeri 1. (angin yang sangat berbahaya dan akan menghasilkan sedikit kerosakan)
- Kelajuan angin 33-42 m/s , 119-153 km/j

Kategori 2. (angin yang amat berbahaya dan membawa kerosakan besar)
- Kelajuan angin 43-49 m/s , 154-177 km/j

Kategori 3. (kerosakan dahsyat akan berlaku)
- Kelajuan angin 50-58 m/s , 178-208 km/j

Kategori 4. (kemusnahan ngeri akan berlaku)
- Kelajuan angin 58-70 m/s , 209-251 km/j

Kategori 5. (kemusnahan bencana akan berlaku)
- Kelajuan angin >70 m/s, >251 km/j


Yang aku ceritakan tadi hanya berkaitan kawasan taufan di perairan Atlantik, bagaimana di Pasifik atau tempat-tempat lain..Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya keseimbangan alam dunia kita sudah terjejas dengan pemanasan global disebabkan kelakuan manusia..kitar alam menjadi tidak menentu dalam tempoh seratus tahun terakhir, dunia yang kita duduki sudah semakin panas, sesetengah negara mengalami penurunan hujan yang melampau sesetengah pula mengalami kemarau berpanjangan, gempa bumi berskala tinggi kerap berlaku dan pencairan ais di kutub utara serta selatan..tangan siapa lagi yang mengubah struktur bumi dengan rakus untuk kepentingan diri..setiap tahun penebangan kayu hutan menyamai keluasan negara Greece setiap tahun....paru-paru mega bumi semakin lama semakin kecil untuk menyerap karbon dioksida yang semakin lama semakin banyak..kita sendiri ibarat virus di dalam bumi kita sendiri..dan bumi ada cara sendiri untuk mengimbangi semula keseimbangan alam dengan kuasa dari-Nya..bencana yang dihadapi adalah peringatan dari-Nya bahawa dunia bukanlah syurga yang patut terus dikejar..
 
Sesetengah tamadun pada zaman dahulu telah lenyap akibat bencana semula jadi yang menimpa masyarakat mereka..tragedi letupan gunung Vesuvius telah menghancurkan tamadun Pompeii..ada juga pada era moden, tanggal 26 Disember 2004 telah berlaku gempa bumi yang menghasilkan tsunami di lautan Hindi..dianggarkan 280, 00 orang yang tinggal di pinggir pantai telah terkorban terutamanya di Acheh..pada 1931 dianggar 150 000 - 4 juta  orang mati ketika banjir besar di negara China..Siklon Bhola pula telah meragut 500, 000 nyawa di Pakistan pada 1970..jumlah kematian yang terlalu ramai mampu mengurangkan populasi penduduk dengan ketara..bagaimana pula dengan hampir separuh jumlah penduduk telah hilang dari tempat asal samada melarikan diri atau terkorban akibat bencana..dekat sini aku nak ceritakan nasib yang menimpa masyarakat di satu wilayah..

Bendera Montserrat

Montserrat merupakan sebuah pulau yang berstatus wilayh luar negeri United Kingdom yang terletak di Laut Caribbean..terletak di Kepulauan Leeward yang menjadi sebahagian gugusan pulau Lesser Antillean..pulau ini berkeluasan 102 km2 dan secara perbandingan ia besar sedikit dari saiz W.P. Labuan.. jumlah penduduk pula dianggarkan seramai 5 000 orang (2012)..Plymouth merupakan ibu kota bagi Montserrat tetapi telah ditinggalkan dan Brades menjadi pusat kerajaan yang baru..

Pinggir pantai di Montserrat

Pulau Montserrat
Pada tahun 1995, gunung Soufiere telah aktif setelah menjadi gunung berapi pendam sekian lama..ia telah meletus  yang akhirnya telah melenyapkan hampir kesemua bandar di pulau ini..cuma 19 orang sahaja yang terkorban dalam bencana ini tetapi akibat kemusnahan yang teruk lebih separuh penduduk pulau ini telah meninggalkan pulau ini ke tempat lain..lapangan terbang yang menjadi pintu utama telah musnah..ibu kota Plymouth yang dulu sibuk kini di biarkan begitu sahaja dan penduduk menuju ke utara untuk membina penempatan baru..namun kita keadaan pulau ini semakin subur kesan dari aktiviti gunung berapi..Brades pula dicadangkan menjadi ibu kota baru dengan populasi mencecah 1000 orang..Zone Eksklusif yang meliputi hampir pulau ini telah diperkenal dan penduduk dilarang masuk ke kawasan tersebut..

Sejak letusan gunung berapi, ekonomi wilayah ini lumpuh sama sekali..eksport perniagaan kini merangkumi industri penghantaran bekalan pembinaan..hampir segala-galanya terpaksa diimport dari luar..kerajaan United Kingdom menyalurkan dana 25 juta USD setahun untuk memastikan pulau ini terus hidup dan perancangan bandar giat dilaksanakan untuk mengembalikan semula era pelancongan satu ketika dahulu yang menjadkan Montserrat popular sebagai sebuah destinasi pada 1980-an..

Plymouth diliputi debu tebal



Bencana alam adakalanya dapat kita meramal seperti bila berlakunya hujan lebat, tsunami dan ribut taufan dengan bantuan teknologi sekarang..ada juga yang berlaku secara tiba-tiba seperti gempa bumi, panahan petir dan runtuhan salji..apa-apa pun semua ini menyedarkan kita bahawa sentiasa berwaspada dengan alam yang nampak tenang selama ini mampu menjadi sebaliknya..kuasa tuhan dapat melakukan apa sahaja dalam sekelip mata..pasti ada sesuatu sebab sesuatu perkara itu berlaku dan pasti juga ada hikmahnya untuk pengakhirannya..


p/s: akhirnya siap 7 entri dalam masa 48 jam..hu19

No comments:

Post a Comment