- Untuk bunyi bising dari jiran, itu menunjukkan kita masih boleh mendengar
- Untai lantai yang perlu dibersihkan, itu menunjukkan kita masih ada tempat tinggal
- Untuk bil air dan eletrik untuk dibayar, itu menunjukkan kita masih mempunyai pekerjaan
- Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur, itu menunjukan dia berada disamping kita dan bukan orang lain
- Untuk anak perempuan yang mengeluh ketika membasuh pinggan, itu menunjukkan ia bukan berpeleseran
- Untuk baju yang berlonggok untuk dibasuh, itu menunjukkan kita masih ada pakaian untuk dipakai
- Untuk keletihan dan kesakitan otot, itu menunjukkan kita masih mampu membuat kerja kuat
- Untuk melangkah jauh menaiki tangga, itu bermakna kita masih mampu untuk berjalan
- Untuk assignment yang perlu disiapkan, itu bermakna kita berpeluang untuk terus belajar
- Untuk jam loceng yang masih berdering, itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut
Jika tidak dapat apa yang kita suka, berlajarlah menyukai dari apa kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada
Bersyukur juga kalau kita tinggal di sebuah negara yang kaya raya..kadar kemiskinan sifar..kadar pengangguran rendah..sebuah negara yang aman..bukankah sepatutnya begitu..kali ni aku nak cerita sebuah negara antara terkaya di dunia..
Bendera Luxembourg |
Luxembourg merupakan antara negara terkecil di eropah yang dikelilingi oleh negara Belgium, France dan Germany..negara ini hanya berkeluasan 2 234 km2 ..secara perbandingan lebih kurang 2 kali ganda lebih besar dari Pulau Pinang..ibu negara Luxembourg ialah Luxembourg juga..penduduk negara ini dianggarkan sekitar 512, 000 orang (2011)..negara kecil ini bebas dari tangan France pada tahun 1815 dan kini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi sertaa raja berpelembagaan..
Luxembourg Ardennes |
Peta Luxembourg |
Luxembourg adalah salah satu negara yang paling maju..negara ke dua terkaya di dunia selepas Qatar dengan KDNK sebanyak $ 80 559 (2011) mengikut kenyataan International Monetary fund..secara perbandingan Malaysia $ 16 240, Singapore $ 59 710 dan $ USA $ 48 328..manakala bank dunia menakrif Luxumbourg sebagai negara terkaya di dunia..Luxembourg merupakan negara sekular tetapi negera mengiktiraf agama tertentu sebagai mandat..Pada masa kini aagama yang dilindungi o;eh apa-apa perkiraan agama Roman Katolik, Yahudi, Islam, Anglicanism, Mennonitism dan Ortodoks..Bahasa Luxembourg, German dan France merukan bahasa rasmi di negara ini..Luxembourg adalah negara yang menganggotai Kesatuan Eropah (EU), NATO, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. OECD dan Benelux yang mencerminkan integrasi ekonomi yabg kuat diantara negara anggota..
Dari segi ekonomi yang tidak dapat disangkal lagi bahawa Luxembourg negara yang maju..Pasaran ekonomi yang stabil dan berpendapatan tinggi mempunyai pertumbuhan yang sederhana, kadar inflasi yang rendah dan tahap inovasi yang tinggi..krisis kewangan global pada 2012 langsung tidak menjejaskan walaupun ramalan jangkaan ekonomi dijangka perlahan..Sektor industri dikuasi dengan pembuatan keluli, baja, bahan kimia dan produk getah..pertanian hanya sebilangan kecil dan diusahakan dalam keluarga..
Istana Besar Luxembourg |
Memang untung siapa dapat duduk dekat negara ni..kalau tak bersyukur tak yahu lah..tapi itu hanayalah berdasarkan perkiraan wang semata-mata..adakah dengan harta yang bertimbun membuatkan anda semakin bersyukur atau sebaliknya..apa yang kita ada sekarang mungkin dah sudah mencukupi..takut bila berlebihan sampai kita lupa siapa yang memberi rezeki..
p/s: cukuplah rasanya hidup bersederhana..
No comments:
Post a Comment