Wednesday, 31 October 2012

Phobia Yang Tak Masuk Akal

Fobia adalah ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena..fobia boleh menghalang kehidupan untuk menghadapinya..dalam keadaan normal manusia memliki kemampuan untuk mengawal perasaan takut..akan tetapi sekira seseorang terus menerus didedahkan dengan subjek fobia, ia akan berpotensi untuk menyebabkan fikirannya terkunci yang disebabkan ketidak mampuan dalam mengalami rasa takutnya..  dekat sini aku nak senaraikan jenis-jenis fobia yang seperti tak masuk dek akal sihat manusia..

1. Venustrophobia (takut kepada perempuan cantik)


2. Sitophobia (takut kepada makanan)

3. Pogonophobia (takut kepada janggut)


4. Nostophobia (takut untuk pulang ke rumah)

5. Macrophobia (takut unutk menunggu lama)


6. Logophobia (takut kepada perkataan)

7. Kinetophobia (takut kepada benda yang bergerak)


8. Hippopotomonstrosesquippedaliophobia (takut kepada perkataan yang panjang)

9. Hellenologophobia (takut kepada tulisan greek dan terminologi saintifik yang kompleks)


10. Geliophobia (takut untuk ketawa)

11. Graphophobia (takut pada tulisan tangan)


12. Euphobia (takut untuk mendengar berita baik)

13. Eleutherophobia (takut kepada kebebasan)


14. Dikephobia (takut kepada keadilan)

15. Chrematophobia (takut kepada wang)


16. Afrofobia  (takut kepada orang afrika dan budaya Afrika)

17. Ablutophobia (takut untuk mandi)


18. Phobophobia (takut kepada ketakutan)

19. Panophobia (takut kepada segala-galanya)



Bagi manusia normal,takut kepada duit dan makanan, nampak seperti mustahil,bagi seorang lelaki normal, mustahil takut kepada wanita, bagi yang suka membaca, mustahil untuk takut untuk membaca dan perkataan panjang..begitu juga dengan orang yang sabar menunggu, mustahil untuk takut untuk menunggu lama..memang pelik jenis ketakutan ini..tapi ada sedikit perkauman pula untuk takut kepada orang Afrika (Afrophobia)..rasis sungguh orang ini..hu19..


Rasanya orang yang takut kepada orang afrika dan budaya di Afrika tidak mendapat gambaran jelas dengan cara kehidupan mereka yang sebenar..banyak orang dari Afrika menjadi bahan pemerdagangan manusia..dijadikan buruh paksa di kebanyakan benua amerika..kini sistem hamba telah lupus dan etnik kulit putih kena hidup bersama dengan etnik kulit hitam..isu perkauman bukan mudah untuk dihapuskan..sesetengah kes hingga menjadi ketakutan terhadap sesuatu bangsa yang minoriti dari masyarakat majoriti di sekelilingnya..sebagai manusia sejagat yang hidup berkongsi dunia yang sama..sikap toleransi dan hormat menghormati perlu dipupuk sebelum perpaduan rapuh menjadi keropok...ah..panjang lak meleter..aku nak cerita tentang negara yang majoritinya rakyat berketurunan Afrika di luar benua Afrika..


Haiti merupakan sebuah negara yang di Laut Caribbean..Haiti merupakan sebahagian dari pulau Hispaniola yang berkongsi dengan negara Republik Dominica..manakala pulau Hispaniola itu sebahagian dari gugusan Greater Antillean yang juga terdiri dari negara Jamaica, Cuba dan Wilayah Puerto Rico..Haiti atau nama rasminya Republi Haiti mempunyai keluasan 27 750 km2..secara perbandingan besar sedikit dari gabungan Perak dan Pulau Pinang..ibu negara bagi Haiti ialah Port-au-Prince..jumlah penduduk di negara ini kira-kira 9.7 juta orang (2011)..

Republik Haiti

Haiti pada asalnya didiami oleh puak Pribumi sebelum kedatangan Cristopher Columbus pada 1492 dan beliau mendakwa pulau ini milik Spain..disebabkan itu berlaku pemberontakan antara puak asli dan pendatang Sepanyol dan akhirnya pulau itu dimiliki Spain..mereka menjadikan puak asli sebagai hamba abdi untuk menguruskan lombong di sana..pada satu ketika kekurangan hamba menyebabkan pihak Sepanyol terpaksa membawa buruh dari Afrika untuk bekerja di lombong pada 1517..pada 1697 pulau Hispnolia dibahagii kepada dua bahagian  kepada pihak Perancis dan Sepanyol..pemberontakkan hamba akhirnya berlaku sehingga menuntut kemerdekaan dan kebebasan..akhirnya Haiti merdeka dari tangan France pada 1825..terdapat istilah Francophobia di mana ketakutan terhadap negara France dan budaya nya..mungkin ia sesuai dengan penduduk Haiti yang terpaksa berperang bermati-matian dalam mendapatkan hak mereka semula sehingga terjadinya trauma kepada orang Perancis..kini 95% adalah adalah dari bangsa kulit hitam samada dari Indian atau Afrika dan selebihnya Mulatto dan bangsa kulit putih.

Port-au-Prince
Pada tahun 2010..gempa bumi kuat telah memusnahkan ibu negara Haiti, Port-au-Prince..menyebabkan lebih 300, 000 orang mati dan 1.6 juta orang hilang tempat tinggal selain penularan wabak kolera..kini Haiti masih dalam proses untuk memulihkan negaranya..banyak tenaga buruh hilang menyebabkan industri tidak dapat berkembang..begitu juga dengan fasiliti, bangunan-bangunan yang telah musnah..65% dari jumlah penduduk mengamal kegiatan pertanian dalam membangunkan ekonomi negara..kebanyakan dilakukan pada skala yang kecil.masih terdapat sedikit sumber emas dan sumber yang lain seperti nikel, bauksit dan kuprum..

Keadaan Istana Negara selepas gempa bumi 2010
Banyak punca untuk seseorang itu hendak berasa takut.trauma kepada sesuatu perkara memudahkan untuk seseorang itu untuk fobia kepada sesuatu subjek..harap takde yang fobia untuk bernafas..tak lama la hidup tu..

p/s: yang pasti semua manusia takut akan kematian.atau necrophobia bagi mereka yang ekstrem..hu19


No comments:

Post a Comment