Tuesday, 30 October 2012

Senarai Nama Rasul Dan Sebutannya Di Dalam Inskripsi Kristian

Seperti mana yang kita tahu, pengikut agama Kristian juga mempercayai nabi-nabi yang diutuskan kepada umat terdahulu seperti umat Islam mempercayai rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah..apa yang membezakannya dalam ajaran Islam, ada lagi seorang nabi pada akhir zaman yang diutuskan bernama Muhammad bin Abdullah..menjadi kewajiban seorang muslim untuk mempercayai tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah..berikut adalah senarai nama rasul dan sebutannya di dalam inskripsi Kristian..

1. Adam (Adam)
2. Idris (Enoch)
3. Nuh (Noah)
4. Hud (Eber)
5. Saleh (Shelah)
6. Ibrahim (Abraham)
7. Lut (Lot)
8. Ismail (Ishmael)
9. Ishak (Isaac)
10. Yaakob (Jacob)
11. Yusuf (Joseph)
12. Ayyub (Job)
13. Syuaib (Jethro)
17. Sulaiman (Solomon)
18. Ilyas (Elijah)
19. Ilyasa (Elisha)
20. Yunus (Jonah)
21 Zulkifli (Ezekiel)
22. Zakaria (Zechariah)
23. Yahya (John the Baptist)
24. Isa (Jesus)

Nama nabi Muhammad secara terang tiada di dalam inskripsi Kristian..kebanyakan nama mempunyai sebutan yang hampir sama..mesti korang pernah dengar nama seperti Isaac Newton, Aaron Aziz, Abraham Lincoln,  David Beckham..nama mereka boleh juga ditafsir sebagai Ishak Newton, Harun Aziz, Ibrahim Lincoln, Daud Beckham..bunyi macam pelik tapi itulah kebenarannya..


Begitu juga dengan negara..ada sebuah negara yang namanya berasal dari nama seorang rasul iaitu Solomon Islands..atau Sulaiman Islands..tapi orang tak panggil Sulaiman Island..pernah korang dengar nama negara ini..
Bendera Solomon Islands

Solomon Islands adalah sebuah kepulauan yang terletak benua Australasia (Ocenia)..kepulauan ini dikelilingi oleh Lautan Pasifik di sebelah timur,dan Papua New Guinea merupakan jiran paling dekat..kira-kira 50 km antara pulau paling berhampiran antara satu sama lain..Solomon Island berkeluasan 28, 400 km2..secara perbandingan hampir sama dengan keluasan gabungan negeri Kelantan dan Terengganu..ibu negara Solomon Island ialah Honiara..jumlah penduduk negara ini pula kira-kira 550 ribu orang (2010)..

Peta Solomon Islands
Solomon Islands diberi nama oleh Alvaro de Mendana, seorang penjelajah dari Spain pada tahu 1567..dia memberi nama pulau ini sempena nama King Solomon..dalam sejarah lama, King Solomon merupakan seorang raja yang kaya dan mempunyai harta yang banyak..Mendana mengharapkan pulau ini mempunyai banyak harta untuk dicari lalu mengaitkan nama King Solomon dalam memberi nama kepada pulau ini..King Of Solomon dalam islam ialah Nabi Sulaiman..beliau sememangnya seorang raja yang sangat kaya raya.

Hakikatnya bukan lah Alvaro Mendana orang pertama menjumpai pulau ini kerana pulau ini telah didiami sejak 30, 000 tahun dahulu..dan juga bukan sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi.jika ada ia masih belum diterokai seperti Nikel dan Zink..negara ini mempunyai tempoh sejarah peperangan yang panjang dalam isu pengeksportan hamba abdi yang menyebabkan banyak kematian berlaku..sehingga tahun 1978, Solomon Island telah mendapat kemerdekaan dari United Kingdom..kira-kira 92% penduduk yang kebanyakan dari etnik Melanesian beragama Kristian dan selebihnya beragama tidak beragama dan beragama islam..

Pemandangan Solomon Islands dari udara

Dari segi ekonomi, Solomons Island antara negara yang mundur..hampir 75% penduduknya menceburkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan..industri balak antara eksport utama di negara ini sebelum jatuh menjunam pada 1998..kepulauan ini menjadi muflis dan tidak berupaya untuk membayar hutang negara pada 2002..selepas sepuluh tahun, kerajaan kini merangka sistem kewangan yang utuh disamping mendapat suntikan dana dari negara luar seperti Kesatuan Eropah, Jepun dan Australia untuk memacu ekonomi negara..

Honiara
Setiap nama tempat di dunia pasti ada asal nya..macam Melaka dengan pohon Melaka, Pulau Pinang dengan dari asal pokok pinang..takkan dari pokok kemboja pulakkan..macam mana pula dengan asal usul nama tempat korang..

p/s: Asal usul nama Serdang tempat aku belajar juga berasal dari pokok Serdang

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. plate mengenai pokok serdang ada di sebelah library.
    tapi pokokny tak ada :P

    ReplyDelete