1. Kajian terhadap 200 000 ekor burung unta selama 80 tahun tiada satu pun antaranya memasukkan kepala ke dalam tanah
2. Ikan Haruan mampu mengesan 27 000 jenis bau..menjadikan ia antara haiwan paling sensitif deria bau
3. Semut mampu mengangkat berat 50 kali saiz dari badannya..manusia pula hanya mampu mengangkat 2 kali ganda dari saiz badan
4. Paus belaga boleh bergerak 700 batu sehari..ia hanya memerlukan 20 minit setiap kali untuk menyedut oksigen,
5. Ikan emas satu-satunya haiwan yang mampu melihat cahaya infra merah dan ultra ungu
6. Ikan paus biru boleh menghasilkan bunyi sekuat 188 desibel..menjadikan bunyi paling kuat yang boleh duhasilkan makhluk hidup..ia boleh kedengaran sehingga 848 km jauhnya
7. Secara fizik, babi tidak mampu untuk mendongak kelangit kerana tidak mempunyai leher.
8. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya
9. Saiz anak panda lebih kecil dari tikus..beratnya hanya 113 gram sahaja
10. Kutu boleh melompat 130 kali ganda dari ketinggiannya..ini seumpama manusia mampu melompat sejauh 220 meter
11. Ular tidak boleh mengerdipkan matanya..haiwan ini tidak boleh mematuk semasa di dalam air kerana boleh menyebabkan ia lemas
12. Tenggiling adalah haiwan yang malas..ia memperuntukkan 80% dari hayatnya hanya untuk tidur.
13. Tikus mondok mampu menggali lubang se dalam 91 meter dalam 1 malam sahaja..
14. Nyamuk betina boleh hidup 100 hari..nyamuk jantan pula hanya hidup selama 10-20 hari sahaja
15. Lebah boleh hidup selama 40 hari sahaja kecuali musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan..
16. Apabila seekor badak air membuka mulut, ia cukup untuk memuatkan budak berukuran 125cm di dalam mulutnya
17. Semut tidak pernah tidur...setiap pagi ia akan bersenam untuk meregangkan badannya
18. Telur burung unta adalah telur terbesar.berukuran 6-8 inci setiap satu..ia mengambil masa 40 minit untuk merebus telur tersebut..
19. Kepulau Falkland mempunyai penduduk seramai 2000 orang tetapi jumlah biri-biri di wilayah tersebut itu 700 000 ekor..nisbahnya 1: 350
Sambungan dari entri sebelum ini juga berkisar tentang fakta menarik tentang haiwan..lain kali aku buat fakta tentang manusia pula la..aku terus sambung cerita dari kesinambungan fakta yang terakhir perkenaan Kepulauan Falkland
Bendera Falkland Islands |
Kepulauan Falkland ialah sebuah kepulauan di selatan Lautan Atlantik, yang terletak 480 km dari persisiran pantai Argentina..kepulauan terpencil ini terdiri daripada dua pulau utama, iaitu Pulau Barat dan Pulau Timur, dan 776 pulau kecil yang lain..Stanley yang terletak di Pulau Timur, ialah ibu wilayah. Kepulauan ini ialah sebuah wilayah luar negera United Kingdom yang mempunyai pemerintahan sendiri tetapi dituntut oleh Argentina sejak penubuhan semula pemerintahan British pada tahun 1833..kepulauan ini berkeluasan 12,173 km2 ..lebih kurang saiz negeri Terengganu..jumlah penduduk pula 3 100 (2008)..mungkin fakta yang dinyatakan sebelum adalah sebelum 2008.
Peta Falkland Islands |
Dalam usaha memenuhi tuntutan ini pada tahun 1982, kepulauan ini ditakluki Argentina yang mencetuskan Perang Falkland selama dua bulan di antara Argentina dan United Kingdom..di dalam perang yang tidak diisytiharkan itu, tentera Argentina
menerima kekalahan dan terpaksa berundur..sejak peperangan itu, kegiatan
ekonomi seperti perikanan dan pelancongan
berkembang pesat..amai penduduknya berasal daripada peneroka-peneroka berketurunan Scotland yang berhijrah ke pulau ini pada awal abad ke-19.Kristian adalah agama majoriti di pulau ini..
Stanley |
Sebelum Perang Falkland,
ekonomi utama kepualauan ini ialah penternakan biri-biri..tetapi selepas perang tersebut kerajaan British mula sedar tentang
kepentingan pulau ini..oleh yang demikian, dalam usaha untuk menunjukkan
komitmen mereka kepada rakyat disini, mereka telah menyalurkan bantuan
kewangan kepada jajahan yang miskin ini..kini negara ini boleh berbangga
dengan pendapatan per kapita 25,000 paun, lebih tinggi dari negara Amerika Selatan yang lain dan hampir sama sengan Amerika Syarikat. Di samping itu, pengangguran tidak wujud di kepulauan ini..kini sektor perikanan adalah sumber ekonomi utama di sini.
Ternakan biri-biri |
Cukuplah kali ni aku bercerita pasal haiwan..aku pon dah ngantuk da ni..lain kali aku bercerita tentang benda lain lak..perkakas dapur ke, alatan melukis, peralatan sukan..bla, bla, bla...
p/s: sedar tak sedar dah minggu ke-4 belajar sem ni..
No comments:
Post a Comment