Dalam masa seminit selepas korang membaca ayat ini 100 orang akan meninggal dunia..dan dalam masa yang sama 240 baik akan lahir..Ini disebabkan pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit..
Di Amerika Syarikat, seorang akan didiagnosis menghidapi AIDS setiap 10 minit..manakala di Afrika akan berlaku kematian akibat AIDS setiap 10 minit..
Fakta di atas bukanlah sesuatu yang mengejutkan..Dalam kita sibuk asyik menguruskan kehidupan seharian..sedar tak sedar ada insan yang kita tak kenal akan mati setiap saat..begitu juga dengan insan yang baru wujud juga wujud setiap saat..bersyukur kerana masih dapat terus hidup untuk meneruskan hidup..dalam setiap minit-minit yang berikutnya kita terus diberikan kesempatan..tapi pernah kah kita terlintas bilakah tiba saat kita..sejak zaman permulaan manusia lagi, kematian adalah penghujung hayat kita di dunia..diganti dengan generasi baru untuk meneruskan kelangsung khalifah di muka bumi..takkala dunia semakin di penghujung hayat..takkala itulah manusia semakin lupa dengan siapa yang mencipta bumi ini..tiada siapa dalapt mengelakkan diri dari kematian..dalam saat kita pulang menghadap tuhan..biarlah minit-minit terakhir berlaku secara khusnul khatimah..agar minit-mint berikutnya kita dapat menjejakkan kaki ke syurga..
Kematian boleh berlaku bermacam-macam cara..kemalangan, semulajadi, penyakit, wabak, bencana dan sebagainya..AIDS adalah penyakit yang masih belum ada penawar yang berkesan dan mampu menyebabkan kematian..seperti kebanyakan tahu AIDS merebak melalui perkongsian jarum suntikan hubungan kelamin dan ibu penghidap AIDS yang melahirkan anak..gejala tidak sihat ini antara penyebabkan kematian di benua Afrika terutama..macam biasa, kali ini aku nak mencerita tentang negara yang 1 dari 6 rakyatnya menghidap AIDS..
Bendera Botswana |
Botswana merupakan sebuah negara terletak di selatan Afrika yang dikelilingi South Africa di selatan, Namibia di utara dan Zimbabwe di timur..Botswana merupakan negara ke-47 terbesar dengan keluasan 600,370 km2 ..hampir dua kali saiz Malaysia secara perbandingan..ibu negara Botswana ialah Gaborone..namun tanah yang luas ini hanya dihuni kira-kira 2.1 juta orang (2012)..ini menyebabkan Botswana antara negara yang paling tidak padat penduduknya, di mana cuma 3 orang dalam setiap kilometer persegi..
Botswana mendapat kemerdekaan dari United Kingdom pada 1966..sebulum lewat 1980-an, Botswana merupakan anatara negara di Africa yang mempunyai kadar jangkat hayat yang tinggi iaitu 64.1 tahun..namun kemasukan dadah di negara ini menyebabkan Botswana menjadi antara negara yang mempunyai jangka hayat yang rendah iaitu 49 tahun pada 2002..24% golongan remaja di Botswana menghidap AIDS..ini menunjukkan betapa teruknya penularan AIDS di negara tersebut..negara jiran, South Africa pula adalah antara penduduk yang paling ramai menghidap AIDS di dunia iaitu seramai 5.7 juta orang yang menyebabkan kematian 350, 000 setahun..
Secara geografi, 70% tanah di Botswana membentuk gurun Kalahari..keadaan pemansan suhu global menyebabkan Botswana juga mengalami masalah sama seperti negara Afrika yang lain iaitu kemarau dan tanah bertukar menjadi gurun..ini menyebabkan Savanna dan padang rumput untuk haiwan liar semakin kecil..penduduk dinegara ini memanfaatkan air sumber bawah tanah menjadikan 75% sumber air berasal dari bawah tanah..
Negara yang boleh dikatakan daif dari segi kesihatan ini juga mempunyai KDNK sebanyak 70 US Dollar setahun..namun dalam nampak kedaifan itu, Botswana menikmati perubahan ekonomi antara yang terbesar di dunia..menjadi antara negara termiskin kepada negara pertengahan..ini disumbangkan dengan industri perlombongan berlian yang menyumbang 62% dari ekonomi negara..diikuti dengan industri nikel, kuprum dan emas..lebih 70% penduduk beragama kristian..walaupun mempunyai bilangan pesakit AIDS yang ramai per jumlah penduduk..pihak pemerintah mengambil langkah agresif dalam menyelamatkan penduduk di negara itu dari penyebaran penyakit AIDS..
Di Malaysia lebih 3000 orang mati setiap tahun disebabkan AIDS..penyakit ini mendapat prospek negatif dari stigma masyarakat..tapi kalau pesakit sudah insaf atas perbuatan lama, adakah masih perlu dipulaukan golongan ini seperti yang berlaku sekarang..mungkin mereka akan mati dalam keadaan khusnul khatimah berikutan penyesalan dan taubatnya..mana tahu..
p/s: harap peakhiran hidup kita berlaku dalam cara yang baik..
No comments:
Post a Comment