Saturday, 15 September 2012

Lembu Punya Susu, Mestilah Lembu Dapat Nama

Kelahiran cahaya mata sememangnya adalah satu rezeki paling berharga yang diberi oleh tuhan kepada pasangan yang menanti detik kelahiran selama sembilan bulan lamanya..selepas kelahiran bayi, secara fitrah akan menangis kerana masih belum mampu berkata-kata..tangisan itu mampu menghilangkan seketika kesakitan si ibu memperjuangkan nyawa semasa proses kelahiran..bagi si bayi yang baru kenal dunia luar, tangisan adalah isyarat yang mereka perlukan perlindungan..bayi akan dibersihkan dan diletak disisi ibu buat seketika.satu ikatan baru antara si bayi dan si ibu baru terbentuk..si ayah juga turut gembira melihat zuriatnya lahir ke dunia..si bayi sekali lagi menunjukkan nalurinya..apa lagi yang dia boleh buat selain mengangis untuk mengatakan sesuatu..menangis bukan kerana sedih melihat drama melayu, apatah lagi menangis kerana gagal bercinta...si bayi menangis kerana mahukan SUSU..lapar beb..

Ya, susu..bayi yang baru lahir perlu diberi susu dengan segera kerana susu pertama yang keluar dari si ibu mengandungi segala macam antibodi yang digunakan dalam sistem imunisasi bayi tersebut..susu pertama atau lebih dikenali kolestrum kebiasaanya bewarna kuning sedikit berbanding susu biasa..bayi tiada pilihan lain selain susu untuk diminum ketika baru lahir..kalau diberi peluang dan sisitem penghadam di perut nya sudah sempurna sejak kelahiran, pasti bayi tersebut sebut mahu yang lebih enak seperti air holick, jus mangga dan air bikarbonat..nasib baik tuhan tak ciptakan sistem penghadaman sempurna pada peringkat awal..pemberian susu diteruskan sehingga si ibu melepasi tempoh pantang..bagi suri rumah sepenuh masa mungkin mampu menyusukan sepenuh masa..tapi kebanyakan ibu zaman sekarang tidak mampu menyusukan anaknya sepanjang hari sehingga tempoh cerai susu kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing..alternatif lain yang hampir kesemua ibu di dunia gunakan sejak sekian lama telah menggantikan susu ibu dengan sumber lain iaitu SUSU LEMBU..

Penggunaan susu lembu barangkali lebih mudah dan praktikal..begitu lah pandangan aku sebagai seorang lelaki..bayangkan si pasangan suami isteri bersama anak kecil pergi shopping di mall..tiba-tiba anak pulak mengangis sebab nak kan susu..takkan dia nak menyusu badan di dalam mall..awkward moment..lagi satu..contoh anak dah hantar pergi nursery sebab kerja..pastu anak lapar nak susu..takkan kena minta rehat awal sebab nak pergi nursery untuk susukan anak..asal anak nangis nak susu je kena rehat..terima kasih kepada susu lembu kerana memainkan peranan penting dalam kelangsungan hidup manusia yang masih kecil dan menyenangkan urusan hidup si ibu..si ayah pula hanya mengeluarkan wang untuk membeli susu tersebut..kita harus menghargai jasa lembu-lembu yang memberikan rumusan semulajadi yang penuh nutrisi sejak kecil sehingga berumur dua tahun kebiasaanya..clap..clap..clap

Umum tahu jenama susu seperti Dutch Lady, Fernleaf, Dumex, Enfakid, dan lain yang bersepah di pasaraya berasal dari lembu tenusu..susu yang biasanya dilengkapi dengan gangliosida dan DHA seperti diberitahu di iklan-iklan jarang diambil dari haiwan mamalia yang lain seperti beruang, gajah, ikan paus mahupun kelawar..susu mereka terlalu eksotik untuk diminum berbanding lembu tenusu yang sudah diternak secara komersial sejak berabad lamanya..di sini aku nak beritahu secara ringkas tentang jenis-jenis baka "ibu susuan" yang kebanyakan orang tidak mengetahui siapa mereka..bukan semua lembu mampu menghasilkan lembu secara komersial..apatah lagi lembu jantan..kesian kepada empunya susu kerana mereka tidak diketahui sebaliknya syarikat pengeluar susu yang dapat nama..antara baka lembu tenusu ialah..

1. Holstein


Lembu yang berasal dari Holland ini memang femes..dengan tompok hitam putih menjadikan ia mudah dikenali dan menjadi ikon kepada lembu yang menghasilkan susu..lembu Holstein ini adalah baka yang menjadi pengeluar susu utama dunia..berat lembu betina matang mampu mencecah 580kg..menghasilkan susu sebanyak 26, 000 liter susu sepanjang hayatnya..

2. Australian Friesian-Sahiwal


Baka Friesian yang berasal dari U.S.A. dikacukkan dengan baka Sahiwal yang berasal dari Pakistan..baka ini dibangunkan oleh kerajaan Queensland di Australia..lembu yang dapat menyesuaikan dengan iklim tropika..dapat menghasilkan 3000 kg susu pada setiap tempoh laktasi..

3. Ayrshire


Baka yang berasa dari Scotland..kebiasaanya mempunyai tanda bewarna merah di badan..nama lainnya ialah Dunlop atau Cunninghame..berat lembu betina  matang anatara 450-600 kg..effisien dalam penukaran rumput kepada susu..

4. Jersey


Baka lembu yang agak kecil..berat lembu betina di antara 400-500 kg..baka asal dari Channel Island, Jersey..baka yang popular dalam penghasilan lemak susu kerana kandungan lemak susu yang tinggi (4.84%)..kos pengurusan yang murah selari dengan berat badannya..

5. Milking Shorthorn



Baka lembu tenusu yang berasal dari United Kingdom..berasal dari baka Shorthorn itu sendiri di mana Milking Shorthorn dipanggil dari U.S.A, Canda dan New Zealand..berat lembu betina boleh mencapai 640-680 kg..mampu menghsilkan susu 7000kg dalam setiap tempoh laktasi..

6. Brown Swiss
 

Antara baka lembu tenusu yang tertua di dunia..Berasal dari Switzerland..menghasilkan susu kedua terbanyak dalm jumlah kuantiti di mana mampu menghasilkan 9 000 kg per tahun...mempunyai tempoh bunting yang agak lama..

7. Guernsey


Berasal dari Guernsey.. lembu betina mempunyai berat matang kira-kira 400-550kg..mempunyai keunikan tersendiri kerana susu bewarna kuning pucat..ini disebabkan susu dari baka ini mempunyai kandungan beta karotena yang tinggi..

Inilah ialah antara baka-baka lembu kormesial dalam penghasilan susu..banyak lagi baka para "ibu-ibu" yang menghasilkan susu..bukan untuk bayi je...malahan untuk kanak-kanak pada peringkat tumbesaran,para ibu mengandung,warga tua dan penggemar susu macam aku..setiap ciptaan tuhan pasti ada kegunaanya..maka, ingat susu ingatlah lembu..ho19..


Dekat Malaysia bukan takde baka lembu tersendiri..baka Kedah-Kelantan dikhususkan dalam penghasilan daging..kalau ada susu pon, alahai banyak mana jer..dalam banyak-banyak baka..hampir kesemua adalah berasal dari nama tempat..Jersey dan Guernsey itu sendiri merupakan sebuah wilayah tanggungan British..kali ini aku nak bercerita tentang sebuah wilayah tanggungan British iaitu Guernsey..

Bendera Guernsey

Empayar British merupakan empayar terbesar di dunia satu ketika dahulu..kini ia terdiri dari sebuah kepulauan yang menjadi tempat asal empayar itu sendiri iaitu United Kingdom..dalam pemerintahan United Kingdom..terdapat tiga lagi sistem tanah luar kawasan iaitu wilayah luar negeri, wilayah tanggungan mahkota british dan tapak kawasan asing (Akrotiri and Dhekelia)..Guernsey bukan sebuah negara tetapi merupakan salah satu dari wilayah tanggungan mahkota british (British Crown Dependency)..Guernsey merupakan sebuah pulau yang terletak di Selat Inggeris di antara United Kingdom dan France..ibu kota bagi Guernsey ialah Saint Peter Port..jumlah penduduk pula seramai 63 000 orang (2011)..keluasan pulau ini pula cuma 63 km2..14km2 lebih besar dari Putrajaya..

Saint Peter Port

Peta Guernsey
Guernsey berpisah dari tanah besar Normandy, France pada 1204..merdeka dari cengkaman Nazi pada 1945..pulau kecil ini sebahagian dari Kepulauan Channel berkongsi bersama Jersey..Jersey juga sebahagian dari wilayah tanggungan mahkota..selain pulau Guernsey sebagai pulau utama, daerah kekusaan ini juga terdiri dari pulau Alderney, Sark, Brecqhou, Herm, Burhou, Ortac, Les Casquets, Jethou, Crivechon, Lihou dan Les Houmet..rakyat di wilayah ini menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa majoriti, bahsa perancis sebagai bahasa perundangan dan bahasa Guernesieis sebagai bahasa tempatan..

Dari segi ekonomi, sektor perbankan meliputi 37%..antara sektor ekonmi yang lain seperti pembuatan, pelancongan dan hortikultur..kebanyakan pelancong datang dari France dan United Kingdom..berbalik pada Lembu baka Guernsey.. haiwan tersebut merupakan haiwan kebangsaan di wilayah ini..kebiasaan haiwan kebangsaan ialah haiwan yang nampak gagah dan mempunyaikan keunikan spesies itu sendiri..tapi seekor lembu..mungkin unik juga la..Guernsey terdiri dari 10 parish atau daerah bahasa mudahnya seperti Castel, Vale, St Peter Port dan St. Sampson yang juga menjadi antara tumpuan pelancong datang ke sini..keindahan pantai, marina dan struktur bangunan dari kurun ke-16 antara tarikan menarik di sini..

Herm Beach

Aku menulis entry susu lembu ni bukan apa..ada beberapa hari yang lepas aku ada amali berkaitan dengan lembu susu..subjek yang aku amik tu Sains Tenusu (Dairy Science)..aku akan belajar apa-apa benda yang berkaitan dengan pengurusan lembu tenusu sem ni..secara tak langsung ini lah masa untuk hargai empunya susu yang selama ni kita minum hari-hari..moo..moo..moo..

p/s: Susu ibu tetap lebih baik dari susu lembu...

1 comment: