Kehidupan serba pantas menyebabkan kita terbiasa dengan rentak hidup sekarang..zaman sekarang kalau boleh serba serbi nak mudah, cepat dan berkesan..contohnya bab nak makan..duduk dekat restoran mamak, order roti canai dengan milo ais..selang berapa minit kemudian..makanan pon sampai..tak sampai pon 15 minit..melainkan kedai tu servis tahap kura-kura berlari..bayangkan kalau kita buat sendiri semua.dari uli tepung, tebar, goreng, hidang..belum buat air lagi..campur tolak bahagi semuanya dekat 1 jam..mau tak nya tebar-tebar asyik terbang entah ke mana..
Begitu juga dengan capaian internet..sekarang nak akses sesuatu, dalam 3 , 4 kali kelip mata dah keluar..tak yah nak loading lama-lama.nak download lagu..tak payah tunggu lama-lama..seminit dua dah siap...nak tengok video dekat "tiub awak"..takde dah nak buffering lama-lama cam dulu..tapi tu bila frekuensi capai internet tinggi, cuaca elok, orang tak ramai guna internet la..bila kita dapat capainya dengan pantas..membuatkan kita nak sesuatu yang lebih laju..tapi bila dah dah slow tahap siput..mula la nak mengeluh..nak mencarut.."tiub awak" buffering skit dah nak terbalikkan meja..bila wifi dah makin slow sebab orang sekarang dah mampu milik laptop,desktop ngan smartphone sibuk nak online gak..
Cuba difikirkan balik 10 tahun yang lepas..tak semua orang mampu memiliki komputer sekali pon..apatah lagi nak surf internet..masa tu punya la slow klo nak loading file atau imej..sanggup menunggu lebih 10 minit nak loading satu file..sekarang ni lambat seminit pon dah mengeluh..lagi-lagi kalau jalan jem..pergh...padahal orang dulu lek jer..kayuh basikal jer nak pi mana-mana..tak pon jalan kaki..takde nak jem-jem ni..sedikit sebanyak benda-benda ni mengajar kita erti kesabaran pada masa yang sama..tu pon kalau berfikir dari sudut yang positif la..
Adakah cara hidup kita sekarang memang ditentukan oleh kemodenan dan teknologi..adakah kita mampu hidup tanpa kemodenan dan teknologi,,rasanya memang susah nak survive kalau takde benda ni dekat sekeliling kita..adakalanya konsep kehidupan yang asal sudah ditolak ketepi kerana diperhambakan arus ini..hanya segelintir yang mampu memanipulasiya dengan konsep kehidupan manusia serta pegangan hidup manusia..
Dekat Malaysia tak semua tempat dapat capaian internet..sape yang duduk bandar untung la sebab senang nak surf internet..nak-nak sekarang merata-rata tempat ada wifi..McD, mamak, kopitiam, mall, bangunan kerajaan, pondok bas..pergh..canggih..bila-bila masa je boleh update status..ho19..kalau ikut perangkaan, Korea Selatan mempunyai capai akses internet yang terbaik di dunia..negara pengeluar Samsung ini mempunyai frekuensi capaian internet tertinggi berbanding negara maju yang lain sepeti Amerika Syarikat dan United Kingdom..dekat mana-mana ja ada wifi..kerajaan di sana sedang cuba menjadikan sluruh Korea Selatan dapat mencapai internet..hatta di kawasan pedalaman sekalipun..tapi sekarang ada satu wilayah yang keselurahan tempat mempuyai capaian internet wifi..pernah dengar Wilayah Niue..
Bendera Niue |
Niue meupakan sebuah pulau yang terletak di lautan Pasifik..Niue bukan sebuah negara tetapi berada dalam perikatan bebas dengan New Zealand..Niue mempunyai autonomi dalam negeri tetapi ketua negara ialah pemimpin dari New Zealand..dengan bahasa mudahnya boleh dikatakan Niue adalah sebahagian dari Wilayah luar New Zealand..jarak antara Niue dan New Zealand adalah 2400 km..pulau ini berkeluasan 260 km2..Alofi pula merupakan ibu kota bagi Niue..jumlah penduduk pula hanyalah seramai 1 400 orang (2009)
Masyarakat Niue |
Pulau Niue |
Kebanyakan orang yang tinggal di Niue adalah berbangsa Polynesian..pada tahun 2003, Niue merupakan wilayah pertama di dunia yang memiliki wifi di seluruh pelusuk kawasan pulau tersebut..bayangkan keselurahan pulau ini dapat wifi..secara perbandingan keluasan pulau ini lebih besar sedikit saiz KL..tapi KL pon bukan semua tempat ada wifi..tahun 2003 pulak tu..Hakupu merupan kampung terbesar di Niue mengatasi populasi di ibu kotanya..
Wilayah kecil ini juga mempunyai sumber ekonomi yang kecil..sebilangan besar hasil ekonomi melibatkan New Zealand..pertanian sangat penting di pulau ini..hampir 70% kawasan pulau ini dijadikan kawasan pertanian..seperti pulau-pulau yang lain terdapat di dunia..Niue juga mempunyai pantai semulajadi yang indah dan struktur gua yang menarik untuk dikunjungi..sektor pelancongan adalah sektor ketiga yang memacu negara ini selepas perikanan dan pertanian..pada tahun 2006..1.6 juta US dollar berjaya disumbang dalam sektor pelancongan..
Avatele, Niue |
Sekarang aku sendiri terasa bahawa aku sendiri susah hidup tanpa kemodenan dan teknologi..sepatutnya gaya kehidupan kita perlu seiring dengan arus pembangunan tetapi tak lupa juga adat dan pegangan kita selama ini..
p/s: 1st time tulis entri guna wifi..hu19
No comments:
Post a Comment