Kali pertama dalam seumur hidup aku, aku dapat celebrated kedua-dua birthday ibu dengan ayah aku tahun ini..cuti raya haji minggu lepas kitorang satu family dan seorang teman dapat berkumpul bersama untuk menyambut hari jadi ayah yang ke-50..dan itu juga kali pertama aku sambut birthday ayah sepanjang aku menjadi anaknya..mana tidaknya asal ulang tahun dia aku berada di sekolah, dan universiti..dan kebiasaanya hanya ucapan selamat yang aku kirim kan..kesempatan cuti kali ini diambil dengan berpakat bersama adik aku untuk meraikannya..ntah bila kali terakhir ayah aku tiup lilin hari jadi pun aku tak tahu..walaupun tak dapat menyambut pada hari lahirnya 6 Oktober, sekurang-kurang saat ini dapat diraikan bersama keluarga tercinta..terukir senyuman dibibirnya melihat kami meraikan untuknya..tanda itu sudah cukup untuk wat aku gembira..
Kek untuk Ayah |
Hari jadi ibu aku pula disambut sewaktu cuti midsem, semester lepas..itu mungkin kali kedua aku menyambut hari jadi ibu yang ke-43..dan atas sebab yang sama sebab berjauhan dari mereka sebelum-sebelum ini menyebabkan aku tidak berpeluang menyambutnya..tap wish birhday tak pernah lupa la..hari lahir ibu aku 9 April tetapi kami sekeluarga hanya menyambut keesokkan harinya kerana baru sampai ke rumah ketika itu..satu kepuasan juga kerana dapat rai hari jadi mereka berdua..masa aku kecik, diorang yang raikan untuk kita walaupun hanya beberapa kali..aku pun buka minat sangat dengan majlis hari jadi masa kecik-kecik dulu..tapi aku suka makan kek..hu19
Kek untuk Ibu |
Menyambut kedua hari jadi mereka hanya sebahagian kecil cara kita untuk membalas budi dan jasa mereka..tak terbalas kalau nak balas semua jasa..nak mengandung..sah-sah aku tak boleh wat..nak cari rezeki untuk keluarga, aku sendiri masih ditanggung oleh mereka..kelak akan balas jasa mereka selagi yang mampu..harap tak lupa diri dari mana asal usul aku apabila dah besar kelak.haish..bila boleh nak makan kek lagi ni..
Bercerita pasal menyambut hari jadi parent aku, kali ni aku nak bercerita pasal Antigua dan pasangan nya, Barbuda yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31 pada esok hari..tapi ia bukan pasangan manusia tetapi merupakan sepasang pulau terletak di laut Caribbean yang membentuk negara bersama, Antigua and Barbuda..
Bendera Antigua and Barbuda |
Antigua and Barbuda merupakan sebuah negara yang terletak di timur Laut Caribbean. Kepulauan ini adalah sebahagian gagasan Lesser Antilles di mana terletak di tengah-tengah gagasan tersebut dengan Saint Kitts and Nevis di barat, Guadeloupe di selatan dan Montserrat di barat daya..pulau ini berkeluasan 443 km2 atau lebih kurang dua kali ganda saiz Kuala Lumpur dengan jumlah penduduk sekitar 82 000 orang (2012)..ibu negara kepulauan ini ialah St. John yang terletak di pulau paling besar, Antigua.
Lokasi Antigua and Barbuda |
Cristopher Columbus pernah sampai ke Antigua pada 1493 dan memberi nama Antigua sempena nama Virgen de la Antigua (Virgin of the old Cathedral)..manakala Barbuda berasal dari bahasa Spanish bererti janggut..Antigua and Barbuda mendapat kemerdekaan pada 1 November 1981 dari pihak British.hampir 91% penduduk kepulauan ini berbangsa Mulatto (berkulit gelap)dan selebihnya dari bangsa kulit putih, Asia dan kacukan..Kristian merupakan agama majoriti di pulau ini diikuti agama Yahudi, pergerakan Rastafari, Islam dan Bahai'..Bahasa Inggeris merupakan bahsa rasmi di kepulauan ini..
St John |
Pelancongan mendominasi sektor ekonomi di negara ini setelah industri pengghasilan gula ditutup pada tahun 1971..namun penurunan kadar pelancongan pada tahun 2000 melembabkan kadar pertumbuhan di negara ini..sektor automobil, kewangan dan servis juga antara penyumbang utama dalam memacu ekonomi negara ini sejak kebelakangan ini..antara tempat yang menarik untuk dikunjungi di pulau ini seperti English Harbour, Falmouth Harbour, St John Cathedral dan All Saints..
English Harbour dan Falmouth Harbour |
Negara menyambut hari lahir disambut seluruh penduduknya..kita sambut hari lahir orang sekeliling menyambutnya..orang yang sudah pergi menyambut ulang tahun, utuskan doa untuknya.dan selawat ke atas rasul junjungan..
p/s: kalau boleh sambut birthday kawan mesti boleh sambut besday parent...
No comments:
Post a Comment