Sejak kebelakangan ini aku banyak bercerita tentang fakta smada pasal haiwan atau sebagainya untuk dikongsi bersama..kebanyakan fakta diperoleh dari video, buku dan artikel di internet yang selama ni aku baca dan diolah dalam pemahaman sendiri..hakikatnya kini aku sendiri semakin ketandusan idea untuk bercerita atau berkongsi maklumat..aku bukannya arif dalam bidang penulisan blog ini..sebelum ini idea kelihatan mencurah-curah..bila nak karang je..terasa berada di kawasan gurun yang tiada setitik idea pon..kekangan masa pula antara cabaran utama..dengan bulan ni jer sibuk dengan test, minggu cuti, wat assignment..yang paling susah adalah nak kaitkan cerita atau maklumat yang aku sampaikan dengan info tentang negara..
Apa-apa pon bila aku sudah habis menceritakan tentang apa yang aku nak sampaikan, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak aku dapat menyampai picisan ilmu yang mungkin bermanfaat untuk sesiapa kelak..harap-haraplah..ceh..ini semata-mata motivasi diri untuk terus menulis dalam blog ni dengan konsisten..banyak lagi negara dan tempat-tempat yang aku nak cerita..aku mesti menulis sekurang-kurangnya tujuh entri untuk setiap bulan..nasib baik aku bukan penulis novel..k...masa untuk terus menulis..
Ketandusan idea bukan seteruk atau seekstrem ketandusan cuaca di sesetengah tempat..contohnya dalam ketandusan air dan ketandusan suhu..suhu yang terlalu rendah dan kering bukan tempat yang sesuai untuk hidup apatah lagi untuk menjalankan aktiviti seharian kita..Antartika bukanlah tempat yang sesuai untuk manusia apatah lagi tinggal lebih lama..suhu yang menggila dan angin yang bertiup kencang menyukarkan lagi keaadaan untuk hidup di sana..namun masih ada manusia yang terpaksa tinggal di Antartika untuk membuat penyelidikan dalam tempoh tertentu..kali ini aku bukan hendak bercerita tentang sebuah negara tetapi sebuah wilayah yang dituntut oleh pihak France, Adelie Land di Antartika.
Bendera Adelie Land |
Adelie Land adalah sebahagian kecil kawasan yang dituntut oleh negara France terletak di pedalamann Great Southern Ocean sepanjang jalan ke kutub selatan..ia sebahagian dari 5 lagi kawasan tuntutan di selatan Lautan Antartik dan Antartika yang mana kebanyakan negara tidak mengiktirafnya..keluasan tanah yang dituntut ini adalah 432, 000 km2 iaitu 6 kali ganda saiz negeri Sabah..bersempadan dengan wilayah yang dituntut oleh Australia.tiada penduduk tetap di kawasan ini..
Adelie Land (Kawasan bewarna merah jambu) |
Adelie Land ini telah dijumpai oleh Jules Dumont d'Urville pada tahun 1840..ia menggunakan nama isteri beliau Adelie untuk menamakan kawasan yang dijumpai..dengan asas ini, pihak France cuba menuntut kawasan ini..walhal negara France terletak jauh berpuluh ribu kilometer dari Antartika..kawasan ini diduduki oleh para saintis untuk penyelidikan dalam satu-satu masa..kira-kira 30 saintis tinggal pada musim sejuk dan meningkat kepada 80 orang pada musim panas..
Struktur Aisberg di Adelie Land |
Port Martin merupakan sebuah tapak kajian pertama yang dibina disini pada tahun 1950 namun musnah dalam satu kebakaran dua tahun kemudian..kerajaan France juga ada membuka satu lagi pusat kajian, Stesen Carcott pada 1957.. sekarang aku tidak tahu status kawasan di sini samada masih ada dijalankan penyelidikan atau tidak..sebuah pengembaraan filem "March of The Penguin" pernah diadakan di sini..kawasan yang dipenuhi salji, struktur aisberg, glasier dan berbatu memang tidak sesuai untuk didiami..
Pengembaraan di dataran Adelie pada 1950 |
Kesejukan malam ini yang dibasahi hujan memang tidak dapat menandingi kesejukan pada waktu pagi musim panas di sana yang masih mencecah suhu bawah paras beku..sekarang aku dah lapar dan aku nak pergi makan..
p/s: sejuk-sejuk perut memang senang lapar
No comments:
Post a Comment