Wednesday, 31 October 2012

19 Haiwan Hidup Paling Lama

Dalam kesibukan menguruskan kehidupan seharian, perkara yang kita mungkin lupa ialah kita semakin lama semakin tua dan ini secara tak langsung ajal smeakin menghampiri kita..manusia zaman sekarang purata jangka hayat ialah 60 tahun..hanya 1 dari 1 billion manusia dapat menyambut hari jadinya yang ke-116..kehidupan disekelilingi kita juga seiring seperti kita membesar dan akan menemui ajal satu hari nanti..namun sesetengah haiwan mempunyai jangka hayat di luar batasan manusia..di bawah aku senaraikan beberapa jenis haiwan yang mempunyai jangka hayat yang sangat lama..

19. Ikan Sturgeon (family Acipenser) >120 tahun

- sejenis ikan yang wujud sejak zaman dinasour lagi..tinggal di air tawar..terdapat banyak di benua Amerika..pada tahun 2012, ikan berusia 125 tahun telah berjaya ditangkap di Wisconsin.

18.Udang Karang Amerika (Homarus americanus) 140 tahun

-Seeokor udang karang yang di panggil George the Lobster telah dianggarkan oleh PETA berusia 140 tahun pada 2009.

17. Orange Roughy (Hoplostethus atlanticus) 150 tahun

- Juga dikenali Deep Sea Perch dah dianggarkan berusi 149-151 tahun..hidupan laut dalam yang kini susah untuk ditemui..

16. Kepah Geoduck (Panopea generosa)  >160 tahun

- Satu species kepah air masin yang terdapat di Puget Sound, USA..telah dikenal pasti berusia lebih dari 160 tahun..

15. Kura-kura greek (Testudo graeca)160 tahun

- Seekor kura-kura bernama Timothy (1839-2004) menjadikan antara residen tertua yang tinggal di United Kingdom..mati pada usi 165 tahun..

14. Cacing Tiub gergasi (Lamellibrachia luymesi) 170 tahun

- Cacing yang tinggal di dasar laut dalam yang menyerap hidrokarbon di lautan..hidup secara berkumpulan dan mempunyai rupa bentuk yang aneh..

13. Kura-kura Galapagos (Chelonoidis nigra) >170 tahun

- Seeokor kura-kura bernama Harriet yang dibela di zoo Australia disahkan mencapai umur 175 tahun dan mati pada tahun 2006..

12. Radiated tortoise (Astrochelys radiata) 200 tahun

- Tu'i Malilia,(1777-1965) kura-kura yang diberi oleh James Cook kepada pembesar Tonga..haiwan veterbrata yang paling tua disahkan berusia sehingga 188 tahun

11. Landak Laut merah (Strongylocentrotus franciscanus) > 200 tahun

- Sesetengah spesimen yang dijumpai dianggarkan berusia lebih 200 tahun..mempunyai kadar tumbesaran yang perlahan.

10. Ikan Paus Bowhead (Balaena mysticetus) 211 tahun

- Merupakan haiwan mamalia yang mempunyai jangka hidup paling lama berbanding ikan paus jenis lain atau mamalia darat..

9. Ikan Koi (C. c. haematapterus) >220 tahun

- Membelanya dianggap simbol panjang usia oleh masyarakat timur..seokor ikan bernama Hanako mencapai usia 226 tahun dan mati pada 1977..

8. Kepah Mutiara Air tawar (Margaritifera margaritifera) 210-250 tahun

- Kepah yang mendapat penerimaan umum tentang jangka hayat maksimum mampu mencecah sehingga 250 tahun yang dikaji oleh Valeriy Zyuganov

7. Kura-kura gergasi Aldabra (Aldabrachelys gigantea) 255 tahun

- Seeokor kura-kura bernama Adwaita berasal dari India telah direkodkan mati pada usia 255 tahun pada Mei 2006..

6. Kerang keras (quahog) Artic (Artica islandica) 500 tahun

- Sejenis moluska yang ditemui di perairan Iceland..salah satu spesimen dianggar berusia lebih 500 tahun..juga terdapat spesimen yang berusia 374 tahun..

5. Antartica Sponge (Cinachyra Antartica)  >1500 tahun

- Mempunyai kadar pertumbuhan yang terlalu perlahan dan tinggal di lautan Antartika yang bersuhu rendah..satu spesimen ditemui dianggarkan berusia 1550 tahun..

4. Terumbu Karang Hitam (genus Anthipatharia) > 2000 tahun

- Ditemui di Teluk Mexico oleh para pengkaji dan mereka menaggarkan terumbu jenis ini telah hidup lebih 2000 tahun..

3. Giant Barrel Sponge (Xestospongia muta) > 2300 tahun

- Dikategorikan sebagai salah satu haiwan mempunyai jangka hayat paling lama.banyak ditemui di laut Caribbean..

2. Terumbu Karang Hitam (genus Leiophates) >4200 tahun

-Adalah antara organisma terus hidup paling lama didunia yang terdapat di planet ini..rekod setakat ini berusia 4265 tahun..

1. Ubur-ubur Immortal (Turritopsis nutricula) - Infiniti-

-Kedengaran seperti mustahil..tidak akan mati diusia tua kerana akan mengalami kelahiran semula melalui kitar biologinya yang unik..masih boleh mati sekiranya dibunuh atau dimakan..

Bila difikirkan pendek je umur manusia berbanding dengan haiwan yang aku senaraikan di atas..kebiasaan kita tahu kura-kura mempunyai hayat yang panjang..ada binatang yang hidup tak sampai pon 24 jam..tapi kalau dah sampai tahap immortal tu mungkin diluar jangkaan..ada beberapa penyelidik cuba mengkaji kesahihan tentang haiwan yang dipanggil Hydra yang juga berpotensi diklasifikasi sebagai immortal seperti ubur-ubur immortal..



Berbalik kepada manusia, setiap negara ini mempunyai tahap jangka hayat hidup masing-masing..semakin maju, mengamalkan gaya hidup yang sihat, mengamalkan pemakanan yang betul, semakin tinggi lah tahap jangka hayat hidup sesebuah negara tersebut..sebaliknya akan terjadi sekiranya kekurangan nutrisi, mengalami peperangan dan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan negara penduduk tersebut mempunyai jangka hayat yang rendah..di sini aku nak cerita tentang wilayah yang mempunyai antara jangka hayat hidup paling tinggi di dunia..

Bendera Macau

Macau merupakan salah satu dari dua wilayah pentadbiran khas kepunyaan China..lagi satu adalah Hong Kong..Macau terletak di delta Zujhiang atau Pearl River delta..bersempadan dengan wilayah Guangdong di sebelah utara, Hong Kong di timur dan menghadap laut China Selatan di bahagian timur dan selatan..Macau hanya berkeluasan 29.5 km2..secara perbanding 2 kali lebih kecil dari saiz Putrajaya..penduduk dianggarkan seramai 568, 700 orang (2012)..Macau tidak mempunyai ibu kota..

Penda Hill, Macau


Lokasi Macau dari Tanah Besar China
Pada asalnya sebahagian Macau merupakan pulau tetapi di tambak sehingga menjadi semenanjung..banyak laut ditambak untuk kegunaan pembangunan di wilayah tersebut..wilyah ini dimiliki oleh Portugal pada tahun1557 di mana pihak Portugis perlu membayar wang perak untuk menduduki wilayah berkenaan..sehingga ke tahun 1887 ia menjadi sebahagian koloni portugis dan pada tahun 1999 ia diserahkan semula kepada Republik China..hanya sebahagian kecil sahaja pangaruh portugis terdapat di wilayah..hanya 0.6% dari penduduk mengamalkan bahasa portugis.manakala bahasa Kantonis meliputi 85%..

Ekonomi wilayah ini bergantung kepada perlancongan dan perjudian..terdapat kawasan yang sangat luas diperuntukkan untuk industri perjudian..selain itu sektor pembuatan juga antara sektor utama di wilayah ini.menurut pertubahan bangsa-bangsa bersatu..Macau menduduki tangga ke-3 dalam kadar jangka hidup penduduk paling tinggi iaitu 82.1 tahun..manakala mengikut CIA Factworld Book, Macau menduduki tangga ke-2 dengan 84.41 tahun..secara perbandingan kadar jangka hidup di Malaysia ialah 74.2 tahun..ini menunjukkan taraf hidup di wilayah ini adalah tinggi dan mengamalakan gaya hidup yang moden..oleh kerana kepesatan pembangunan di Macau, tiada kawasan untuk bertani, hutan, dan pastura..

Industri pelancongan dan perjudian nadi ekonomi Macau
Bertuah hidup di dalam suasana maju dan moden..tapi sayang kalau menjadikan perjudian sebagai antara tulang belakang ekonomi..kalau menang mungkin bernasib abik..tapi kalau kalah ibarat jatuh ditmpa neraka..takpelah hidup tak lama mana tapi hidup bahagia dan matlamat hidup tercapai..

p/s: umat akhir zaman memang umur susah nak cecah ratusan tahun.tak macam umat terdahulu..

No comments:

Post a Comment