Thursday, 31 January 2013

Kenapa Katak "Memanggil" Hujan

Bangau Oh Bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, 
Ikan tak mahu timbul 2x

Ikan Oh Ikan kenapa engkau tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat 2x

Rumput oh Rumput kenapa kau panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku 2x

Kerabu oh Kerbau kenapa kau tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit 2x

Perut oh Perut kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasi mentah 2x

Nasi oh Nasi kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah,
Kayu api basah 2x

Kayu oh Kayu kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah,
Hujan timpa aku 2x

Hujan oh Hujan kenapa kau turun?
Macam mana aku tak turun, 
Katak panggil aku 2x

Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?

"Wei, wei.suka-suka kau je tuduh aku panggil hujan..Pastu kau nak kata ular nak makan aku kan, Elok sikit. Ye aku tau aku makanan ular. Tapi hujan punya pasal la nak turun bila. Aku tak panggil die pon". Marah katak sambil beredar.


Ayok. Kan katak dah marah. Aka dah kata. Katak memang tak panggil hujan. Ini semua salah bangau. Eh bukan, ini semua angakara orang bertanya dekat bangau tu. banyak sangat tanya. Ha19. Takde la. Aku nak bercerita apa yang katak panggil kalau bukan hujan dan apa tujuannya. Huh. Katak sememangnya tidak berupaya mengawal cuaca. Semasa peringkat berudu katak bernafas melalui insang. Memasuki peringkat matang, katak bernafas melalui paru-paru dan kulit tetapi katak tidak mengembangkan paru-paru untuk bernafas seperti haiwan lain Katak bernafas dengan mengembangkan dan mengecutkan kulit di leher. Ketika keadaan berkelembapan tinggi, katak menjadi sukar untuk bernafas. Untuk meningkatkan jumlah udara yang masuk, mereka terpaksa memaksimumkan penngembangan kulit dan menyebabkan bunyi yang ketara. Jelas di sini katak tidak memanggil sesiapa selepas hujan.

Wednesday, 30 January 2013

Cara Luar Biasa Untuk Menurunkan Berat Badan

Satu ketika dahulu Malaysia pernah dilabelkan negara paling obesiti di Asia Tenggara dan Ke-6 di rantau pasifik. Namun bukan semua tempat pertama atau dalam ranking yang tinggi menunjukkan sesuatu perkara yang baik. Adakah ini bagus untuk melahirkan generasi sihat pada masa akan datang sekiranya tiada sebarang langkah diambil untuk mencegahnya. Bagi mereka yang merasakan diri mereka tergolong dalam berat badan berlebihan atau obesiti serta yang merasakan terlebih berat badan ideal, terdapat beberapa langkah radikal untuk menurunkan berat badan berbanding cara konvensional yang mungkin akan berjaya. Mungkin

1. Sesat di hutan


Bagi yang berazam untuk menuruskan berat badan, sesat di hutan tebal adalah cara yang mudah untuk menghilangkan berat badan. Caranya mudah, pastikan anda menyertai perkhemahan di hutan dan menyesatkan diri anda bersendirian. Pastikan sesat betul-betul jauh dari kumpulan. Bila sesat pasti sumber makanan anda semakin tidak mencukupi dan akan kehabisan.Anda mungkin terpaksa menahan lapar atau memakan buahan-buahan hutan. Pastikan anda juga tiada mempunyai kemahiran untuk menjerat binatang untuk dijadikan santapan. Cuba pastikan anda sesat lebih dari 10 hari dan berkeupayaan untuk keluar ke kawasan bertamadun. Selepas itu anda akan dapat berat yang diinginkan. Terdapat langkah berjaga-jaga seperti, tidak bertembung dengan haiwan pemakan daging, membawa air mencukupi, bukan sesat di kedai makan dan membawa gadjet untuk menghilangkan bosan


2. Menyertai misi bantuan makanan di Afrika

Afrika bukanlah benua yang sinonim dengan kebuluran. Tetapi terdapat negara di Afrika yang masih memerlukan bantuan makanan dari luar akibat kemarau panjang dan perang saudara yang berlanjutan. Sebagai insan yang prihatin, menyertai misi bantuan di bawah persatuan bulan sabit merah atau menganggotai pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) antara langkah yang relevan untuk membantu mereka yang memerlukan teruatamanya anak kecil. Dek kerana keprihatinan ini, anda mungkin menyelami perasaan mereka dengan kurang pengambilan makanan. Timbul juga kesedaran bahawa sangat bersyukur tinggal di Malaysia dengan makanan masih mencukupi. Pengalaman di negara orang yang kekurangan makanan akan terbawa-bawa sehingga anda memlih berhati-hati dan tidak membazir dalam setiap kali mengambil hidangan.

3. Meditasi


Proses meditasi atau bertapa memerlukan daya fokus yang amat tinggi untuk mencapai matlamat meditasi tersebut. Kebiasaan mereka melakukan di kawasan sunyi dan tenang. Mereka tidak akan melakukannya di stadium, pusat asuhan, kilang pencetakkan akhbar dan sebagainya. Daya fokus yang tinggi ini perlu mengelakkan dari sebarang gangguan seperti bunyi awek mintak tolong, cuaca tak menentu dan juga makanan. Bagi yang ektremis kepada meditasi. Adakalanya mereka bermeditasi berjam-jam malahan adakalanya samapi lupa nak makan. Jarang manusia lupa akan makanan. Ini kerana manusia dan makanan saling memerlukan. Tak. Sebenarnya manusia je yang memerlukan makanan. Meditasi memerlukan orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

4. Berangan atau bermimpi untuk kurus

Langkah yang paling mudah dan murah. Katakan tak nak  kepada segala macam kos untuk menurunkan berat badan seperti mengamalkan makanan rendah lemak,pergi ke gym, ubat kurus dan sebagainya. Dengan berbekalkan daya imaginasi yang tinggi, pastikan anda dapat membayangkan anda dalam keadaan segak atau cantik bila kurus. Padankan bentuk badan anda dekat artis mahupun atlit terkenal. Jika anda kenal dengan atlit yang menyertai sumo, elakkan dari membayanginya. Antara kelemahan paling ketara dalam kaedah ini ia cuma bertahan dalam beberapa minit dan paling lama pun 12 jam. Itu pun kalau anda masih membadak di katil lagi. Antara kesan sampingan ialah berlaku depresi berpanjangan yang mungkin menyebabkan anda semakin berat.


5. Menanggotai komando atau skuad elit 


Apabila menyertai komando atau skuad elit dalam bahagian pertahanan negara, rejim latihan yang dahsyat menyebabkan anda tidak berpeluang untuk menjadi gemuk. Semestinya anda perlu tangkas berlari, mencilok, tahan ketika didera, memegang senjata, merangkak dan sebagainya. Anda bukan sahaja di ajar ikhtiar hidup bila berada di saat sukar terutamnya di hutan, turut diajar cara makan makanan yang pelik-pelik seperti monyet dan ular bila dah darurat. Menyertai pasukan polis dan rela masih membolehkan anda kelihatan mempunyai berat badan berlebihan seperti yang terdapat di kebanyakan negara. Tapi bila bercakap tentang skuad elit ni,badan semua ketak-ketak. Skuad elit bahagian merasakan masakan di dapur adalah tidak berkaitan dengan skuad elit dalam ketenteraan.

6. Menggunakan mesin penimbang yang rosak

Ketika menentukan berat badan, kita bergantung sepenuhnya pada alat penimbang. Kita tidak boleh menyuruh kawan kita untuk mengangkat kita dan menganggar berapa berat badan kita. Kesimpulannya percayalah pada alat penimbang. Alat penimbang yang normal kadang kala memberi bacaan yang tidak digemari orang yang berbadan besar. Mereka lebih merasakan ia sebagai suatu sindiran berbanding nilai yang dipaparkan. Mesin yang ralat mungkin antara jenis penimbang yang digemari oleh golongan ini. Pastikan yang ralat itu menunjukkan nilai semakin berkurang. Dikhuatiri alat penimbang tidak boleh berfungsi buat selama-lamanya jika ralat itu menunjukkan penambahan yang melampau akibat dirosakkan. 


7. Memotong rambut dan kuku


Rasa seperti tiada kaitan dengan penurunan berat badan.Cuba fikirkan kembali, bahagian manakah yang boleh dibuang dari bahagian badan manusia tanpa menyebabkan kesakitan dan kecacatan. Semestinya rambut dan kuku. Eh, ingat kuku dengan rambut takde berat ke. Sungguh pun berat tidak sampai sekilo secara keseluruhan, langkah kecil ini sekurang-kurangnya dapat menjadi sebahagian langkah untuk menurunkan berat badan. Sel kulit mati juga boleh dibuangkan tetapi itu proses fisiologi dan bukan secara fizikal.  Namun usaha ini menjadi sia-sia dan tidak berbaloi sekiranya masih mengamalkan pemakanan seperti sudah 5 hari tidak makanan tengah hari. Jangan juga tersalah tafsir terhadap orang botak yang menyangkakan mereka dalam proses menurunkan berat badan. 

8. Menggunakan cermin kanta cekung

Sebelum itu, pastikan anda seorang yang optimistik dan berfikiran jauh. Beli cermin cekung untuk kelihatan seolah-olah anda kurus walaupun dalam bentuk imej. Imej yang kelihatan di cermin cekung seolah-olah anda tiada kaitan dengan berat badan berlebihan. Tolakkan semua itu ke tepi dari fikiran buat sementara waktu. Untuk lebih efektif, pecahkan semua cermin biasa yang ada di dalam rumah untuk menambahkan keyakinan anda dengan imej yang anda lihat di cerminkanta cekung. Sekurang-kurang mata anda tidak menipu. Cuma memanipulasi otak menyebabakan anda sememangnya ditipu. Langkah ini mungkin hanya berjaya di dalam rumah. Keluar sahaja rumah anda sudah menjadi seperti asal.

9. Tinggal di kawasan gurun


Orang yang tinggal di kawasan panas dan kering ini jarang mengalami berat badan yang berlebihan. Ia bukan disebabkan kurang sumber makanan. Ini disebabkan cuaca panas yang memfokuskan kita untuk terus minum bagi menggantikan air yang hilang dari badan. Tinggal bersama masyarakat yang tinggal di khemah dan berpindah randah seperti masyarakat badwi adalah lebih efektif. Untuk memaksimumkan titik keefektifan tinggal di gurun, bersenam dan berlari tanpa henti di waktu tengah hari. Tidak guna kalau tinggal di kawasan bergurun tetapi mendiami rumah aircond 24 jam tanpa henti serta dikelilingi makanan yang melimpah ruah.

10. Di kelilingi orang berbadan besar

Akibat bosan dicemuh oleh mereka yang lebih kurus, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan hidup dalam masyarakat yang mempunyai orang yang juga turut mempunyai berat badan berlebihan.  Senang cakap, hidup dikelilingi mereka yang berbadan besar. Takde lah stress sangat asyik dicemuh bila gemuk bersendirian. Bila yang berbadan besar sudah menjadi majoriti, sekarang giliran mereka yang kurus akan dicemuh akibat kelainan fizikal berbanding mereka.Orang kurus dan mereka yang memepunyai berat badan ideal pula yang dianggap tidak normal. So tidak ada istilah penurunan berat badan malahan penambah berat badan yang ditekankan. Maka wujudlah obesitiland. Adakah wujud obesitiland di dunia ini.

Tuesday, 29 January 2013

Bandar Utama Yang Tidak Wujud 50 Tahun Dahulu

Assalamualaikum.

Fuh. Lama rasanya sudah tidak berbicara. Cuti semester sepatutnya dapat memberi ruang yang lebih untuk berceloteh di blog namun tidak berkesempatan atas hal-hal tertentu. Rasanya masih berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Tahun baru pastinya ada azam baru dan pendekatan baru. Sama juga dalam penulisan blog, aku cuba perbaiki dan menambah baik cara persembahan serta penulisan untuk pembaca yang sudi membaca.

Sekarang dah masuk 2013. Seiring dengan peredaran masa, pembangunan dan kemodenan terus menerus menerjah meliputi bandar-bandar yang semakin lama semakin rancak pembinaannya. Kini manusia sudah boleh tinggal berdiri bersama awan. Pencakar langit semakin menjulang menerjah langit menjadikan bandar konkrit semakin banyak dibina di bandar-bandar besar. Bandar besar kebiasaanya sudah lama terbina mengikut perkembangan ketamadunan. Namun masih ada bandar baru yang gahnya setanding dengan bandar utama dunia seperti New York, Paris, Shanghai, Rome dan Baghdad. Namun ada sesetengah bandar yang kewujudannya belum menjejaki 50 tahun tetapi telah menjadi ikon negara malahan turut menjadi ibu negara. Disini aku senaraikan 5 bandar utama yang tidak wujud sebelum 1960.

5. Incheon, South Korea



Pada tahun 1994, kerajaan South Korea merancang untuk membina bandar di pesisir laut luar Incheon. Bandar itu berjaya direalisasikan dengan menjadi Bandar ketiga terbesar selepas Seoul da Busan. Jumlah penduduk menjapai 3 juta orang dan dijangka pada tahun 2020 pelan bandar tersebut siap sepenuhnya. Mempunyai lapangan terbang terbesar di South Korea dan akan menjadi tuan rumah Sukan Asia 2014.

4. Putrajaya, Malaysia


Sebuah idea bernas dari bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Muhammad. Tanah yang seluas 49 km persegi ditebus guna untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru menggantikan ibu negara Kuala Lumpur. Mula dibina pada 1995 dan kini penduduknya mencecah 65 ribu orang. Hanya 15 minit perjalanan untuk ke Kuala Lumpur. 

3 Abuja, Nigeria



Sebuah bandar yang dirancang pada 1980an oleh kerajaan. Menjadi ibu negara menjelang 1991 yang perpindah dari tempat asal, Lagos. kini penduduk mencecah 2.5 juta . Menjadi ibu pejabat Kominiti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS). Namun banyak kemudahan dan bangunan masih belum siap seperti mana yang dirancang.

2. Doha, Qatar


Merupakan ibu negara bagi Qatar. Mendapat kemerdekaan dari British pada 1971 dan sejak itu, negara yang kaya dengan sumber minyak in memacu ekonomi negara dengan sumber asli tersebut. Bermula pada 1963, pembangunan di Doha digiatkan denganumlah penduduk mencapai 1 juta orang. Bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. 

1. Dubai, United Arab Emirates



Sebuah bandar yang tidak asing lagi dengan terletak nya bangunan tertinggi di dunia dan pulau buatan terbesar dunia. Dubai mencapai kemerdekaan dari British juga pada 1971 dan menjadi sebahagian dari UAE. Antara bandar yang paling pesat membangun di dunia menenggelamkan Abu Dhabi sebagai ibu negara di UAE. Penduduk bertambah dari beberapa ribu pada 40 tahun lepas kepada 1.5 juta orang.