Ow..semalam Harimau Malaya telah tewas kepada Vietnam..kekalahan pertama sepanjang tahun 2012..sedikit menggusarkan kerana piala AFF Suzuki cup 2012 dah nak dekat ni..camne ni..Dato K. Rajagopal harus memilih kesebelasan utama dengan pemilihan yang terbaik.semalam sedikit perubahan dengan menurunkan bakat baru sedikit sebanyak menjejaskan prestasi Harimau Malaya..tapi tengok macam mana dengan persembahan Malaysia dalam cubaan mempertahankan gelaran juara piala AFF Suzuki cup 2012..
Bercerita tentang Harimau Malaya..mungkin telah sinonim dengan skuad bola sepak Malaysia..tapi kenapa tak dipanggil Harimau Malaysia..bukan ke Sabah dan Sarawak juga sebahagian dari Malaysia...kalau difikirkan ada benarnya..namun hakikatnya nama Harimau Malaya diambil dari subspecies harimau yang terdapat di Malaysia iaitu Malayan Tiger (Harimau Malaya) atau nama saintifik nya Panthera tigris jacksoni..dan hakikatnya di Sabah dan Sarawak takde pon harimau di habitat semula jadi..subspecies ini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand sahaja..jangan disebabkan semangat nasionalisme, asal-usul nama harimau juga hendak dinasionalismekan..
Harimau adalah kucing terbesar dalam keluarganya..singa, harimau bintang, harimau kumbang, kucing rumah, kucing hutan, lynx, puma, jaguar adalah antara keluarga kucing yang lain..tapi jangan samakan kejinakan kucing di rumah walaupun mereka dari keluarga yang sama..sedikit sebanyak aku nak cerita beberapa fakta menarik tentang harimau..
1. Tidak seperti kucing domestik yang suka memburu di waktu malam (nokturnal) walaupun hakikatnya sentiasa di beri makan , harimau adalah haiwan krepuskular di mana ia aktif memburu di antara waktu subuh dan senja..
2. Oleh kerana tidak mampu meletakkan papan tanda di kawasannya, harimau mencakar batang pokok dan menggunakan air kencingnya untuk menandakan kawasan tersebut adalah kawasannya..
3. Cap jari setiap manusia adalah berbeza dan keistimewaan ini digunakan dalam urusan di bank..setiap harimau juga mempunyai belang yang berbeza tetapi keistimewaan ini langsung tidak praktikal dalam urusan bank..
4. Harimau adalah buta semasa seminggu pertama kelahiran tetapi mampu mencari sumber susu sendiri dari ibunya dan ini jauh lebih baik berbanding bayi manusia kerana perlu diberikan pertolongan untuk mendapatkan susu..
5. Usain Bolt mungkin manusia terpantas di dunia..namun masih mampu diterkam oleh harimau dengan bergaya, di mana ia mampu mencatat kelajuan 60 km/j dalam masa yang singkat..
6. Walaupun boleh dikatakan agak laju, hanya 1 dari 10 cubaan mereka berjaya dalam menangkap mangsa semasa mencari makanan..ini disebabkan satu kelemahan utama harimau ialah kekurangan stamina..binatang yang dikejarnya mampu mentertawakannya sekiranya harimau tersebut gagal dalam pencariannya..
7. Namun sekiranya berjaya ditangkap harimau mampu mematahkan tulang dengan gigi dan rahang yang sangat kuat..harimau akan mematahkan tulang vetebra di leher dengan selamba untuk membunuh mangsa yang mungkin mentertawakannya sebelum ini..
8.Harimau akan mati kelaparan sekiranya masih tidak menjumpa buruannya dalam masa 2-3 minggu..di sini manusia lebih hebat kerana mampu bertahan 30-40 tanpa makanan sebelum arwah walaupun ada juga yang tidak mampu menahannya walaupun sehari tak kala di bulan puasa..
9. Harimau Siberia (
Panthera tigris altaica) adalah bapak segala harimau kerana mampu mencapai 222 kg manakala Harimau Sumatra (
Panthera tigris sumatrae) adalah subspecies yang paling kecil dengan berat mampu mencapai 140 kg..
|
Harimau Sumatra |
10..Antara subspecies harimau yang lain adalah seperti Harimau Bengal (
panthera tigris tigris), Harimau Indochina (
panthera tigris corbetti) , Harimau Cina Selatan (
panthera tigris amoyensis) dan tak lupa juga Harimau Malaya (
panthera tigris jacksoni)..tiada nama harimau berdasarkan nama negara tetapi berdasar geografi di mana dia tinggal..
11. Air liur harimau mempunyai antiseptik yang mamapu membersihkan lukanya tetapi jangan sesekali suruh harimau menjilat bahagian luka anda..
12. Harimau boleh dikacukkan dengan singa dan anak tersebut dipanggil Liger atau Tiglon..ini menjadikan ia haiwan terbesar dalam kumpulan kucing dengan berat mampu mencapai 363 kg..tetapi haiwan buatan ini biasa akan mati awal kerana mempunyai masalah genetik..
|
Liger |
13. Hayat seekor harimau yang tinggal di hutan mampu mencapai 25 tahun..sangat jarang harimau menyambut hari jadinya ke-25 kerana mereka lebih sibuk memikir soal mencari makanan di penghujung hayat berbanding memikir untuk menyambut ulang tahunnya..
14. Harimau lebih suka menangkap mangsa secara serang hendap..sekiranya mangsa ternampak mereka, harimau akan kurang erminat untuk menangkap..harimau mungkin lebih gemar unsur suspen dan cemas dalam menangkap mangsanya..
15. Harimau biasanya tidak menganggap manusia sebagai senarai menu harian mereka..mereka akan menyerang sekiranya terancam atau tiada sumber makanan yang lain.
16. Namun ada seekor hariamau betina yang dipanggil harimau Chapawat telah membunuh 430 orang di sekitar Nepal dan India pada awal 1900an..telah menjadikannya harimau paling banyak membunuh manusia sebelum ditembak mati oleh Jim Corbett..
17. Kebanyakan harimau mempunyai mata bewarna kuning tanpa menggunakan contact lens tetapi harimau yang bewarna putih mempunyai mata bewarna biru dan juga tanpa menggunakan contact lens..
|
Harimau Maltese |
18. Harimau biasa hidup bersendirian dan hanya berkumpulan sekiranya ingin mendapatkan buruan yang besar... ia berpasangan sekiranya mengawan atau di tempatkan di zoo untuk dilihat oleh manusia..manusia pasti enggan ditempatkan di hutan apatah lagi untuk dilihat harimau..
19. Harimau boleh melihat seperti manusia melihat berbanding haiwan lain yang kebanyakannya buta warna..tetapi harimau tidak pernah melihat tentang perihal yang manusia suka lihat
|
Sekumpulan Harimau |