Hari ini agak panas..panasnyer sama macam hari panas yang lain.ho19..kepanasan yang membuatkan malas nak ke mana-mana.. apabila panas, kita akan bertempiaran mencari tempat berteduh atau meracau mencari air untuk menghilangkan dahaga.. yang perempuan akan berpayung kebanyakannya.. terima kasih pada penjual minuman yang membolehkan kita hilangkan dahaga untuk seketika..juga tak lupa kawasan shopping complex, bank dan bangunan kerajaan yang menyediakan aircond secara percuma untuk tempat berteduh seketika. Pernah juga aku masuk ke mall untuk merasa kesejukan aircond semata-mata nak hilangkan panas yang melampau setelah penat merayau di bandar..
Dekat Malaysia suhu dalam lingkungan 27˚C-34˚C..panas dan lembap..ada gak tempat yang sejuk macam Genting Hingland, Bukit Fraser yang bawah 20˚C tapi xsmua tempat cam tu ada kat Malaysia..dengan suhu lebih 35˚C kita memang akan mengalirkan peluh dengan deras, cepat dahaga, tidak menumpukan perhatian sepenuhnya, mengeluh dan mungkin akan mula mencarut..ini disebabkan tindak balas dalam badan kita yang cube mengekalkan suhu dalam badan menyebabkan kita mula bersifat demikian..secara fisiologinya ia berkaitan ngan "thermoregulation"..saje je nak relate kan ngan apa aku dah belajar..hu19..tapi mencarut bukan tindak balas fisiologi sepeti mana yang aku belajar..ia lebih kepada kawalan emosi..
Bendera Algeria |
Bayangkan kalau kiter kat gurun Sahara yang suhu adakalanya melebihi 40˚C.. ni bukan sahaja mencarut.. malahan mungkin berlakunya amukkan dan carutan ganda 8.. pernahkah terfikir berapa suhu udara tertinggi yang pernah di catat di dunia..Suhu yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 58˚C di Al Azizia yang dicatat pada tahun 1922..wah..ni hisreria dan mencarut kuasa 8 akan berlaku sekiranya terjadi pada waktu sekarang..Suhu ketika berdiri di gunung berapi sedang meletus, terkena seterika panas, pembakaran dalam enjin kereta, atau melecur kena air panas tidak dikira dalam catatan ini..
Peta Lokasi |
Al Azizia adalah satu bandar kecil yang terletak di Algeria..Algeria adalah sebuah negara yang terletak di utara Afrika bersebelahan dengan Lautan Mediterranean..Algeria adalah negara yang terbesar di Afrika dan Ke-13 di dunia berkeluasan 2 381 7400 km2..Ibu negara Algeria ialah Algiers..Terdapat juga bandar-bandar lain seperti Oran, Constantine, Annaba dan Bechar. Penduduknya pula seramai 33 juta orang..Lebih 50% kawasan di Algeria diliputi sebahagian gurun Sahara..Kebanyakan penduduk Algeria tinggal di pesisir pantai Laut Mediterranean yang iklim lebih sejuk dari lepak kat gurun..99% penduduknya beragama islam..
Timgad,Tapak Warisan Dunia UNESCO |
Oleh sebab satu kawasan yang sangat panas tak bermakna Algeria tempat yang tidak menarik untuk di lawati..ada gak tempat-tempat menarik seperti Oran (bandar ke-2 terbesar di Algeria)..Taman Negara Belzma, dan Timgad (Tapak Warisan Dunia UNESCO)..Klo korang rasa gurun tu menarik, ia pon boleh menjadi tempat menarik di lawati..hu19..Pada mulanya industri pelancongan tidak memberangsangkan akibat kekurangan fasiliti namun pada tahun 2004 banyak kemudahan seperti hotel, pusat pelancongan di bina. Klo anda kenal lagenda bola sepak, Zinedine Zidane, beliau berasal dari Algeria yang membantu France menang Piala Dunia 98..mungkin die xdikenali sekiranya bermain bersama skuad bola sepak Algeria ketika itu.
Gurun Sahara, Algeria. (Harap pakcik ni tidak mencarut) |
Panas yang kita alami hanya panas sementara di dunia..eloknya kita kurangkan lah mengeluh ke carutan..klo xtahan panas cepat-cepat cari benda yang ley kurangkan kepanasan. Cuaca panas ada kebaikan apa, ley cepat keringkan pakaian kat ampai, menjana sistem solar, denda murid yang degil kat tengah padang, atau ley wat jemur ikan kering, ..terberfikiran positf plak..xtaw la camne seksanya panas kat akhirat nanti.. sememangnya xdapat diduga.. minta-minta di jauhkan dari kita.. klo nak minta dijauhkan sama-sama kita perbaiki amalan kita.. mudahan-mudahan diberkati..
p/s: suhu permukaan matahari cuma 5505˚C
memang panas...baju sidai pun cepat kering...
ReplyDeletebtul 2..hu19
ReplyDeletenice website Hindbiz
ReplyDelete