Tuesday, 29 May 2012

Kehidupan Berpasangan

Ini penguin
Diciptakan banyak perkara di dunia untuk berpasang - pasangan..kopi dengan susunya, handphone dengan chargernya, berus kain dengan sabun basuhnya, mop dengan ajax fabulosonya. Mereka tidak akan sempurna jika salah satu tiada..begitu juga dengan benda hidup..mereka akan hidup bepasangan..penguin jantan dengan penguin betina, merpati jantan dengan merpati betina...kucing juga hidup berpasangan seperti hidupan yang lain..namun si jantan tidak bertanggungjawab terhadap pasanganya setelah seketika bersama..tidak seperti penguin yang sentiasa bersama sehingga pasangannnya mati samada  sakit tua atau dimakan ikan paus..mereka perlu hidup berpasangan untuk mengekalkan generasinya..ada yang kekal ke akhir ada yang sementara..dalam Al-quran juga ada menyatakan...

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)

Dalam kitar hidup seorang manusia, kehidupan berpasangan juga menjadi fitrah dalam kelangsungan manusia..si lelakinya mahupun si perempuannya..apabila hidup berpasangan banyak perkara yang perlu dilakukan..masing-masing punya tanggungjawab samada sebagai seorang suami atau isteri..suami dengan mencari nafkah untuk keluarga, memberi didikan agama dalam keluarga, dan bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian..bagi mereka yang mampu cubalah cari yang kedua.. yang kedua..maksud aku beli mesin basuh yang kedua kalau yang pertama tu rosak..harap mereka faham maksud asal aku..ho19. si isteri pula kena membebel..eh salah..si isteri seharusnya..mm, apa erk die kena wat..kena masak nasi kot..tak pon sediakan pucuk ubi masak lemak, ayam goreng, sambal belacan..basuh baju..kk, aku dah mengarut, si isteri sepatutnya kena tolong suami, taat pada suami, layan suami dan jaga nama baik keluarga..tapi banyak lagi tanggungjawab bila dah bersama..korang cari sendiri la..

Dalam hal berpasangan.. tuhan telah tetapkan cara sah untuk berpasangan..namun cara yang sah itu adakalanya di pandang remeh oleh manusia..terutamanya remaja sekarang..remaja dulu aku xtaw sebab tak hidup sezaman diorang..aku pon sekarang masih lagi dalam golongan remaja (ragu-ragu remaja ke dewasa) yang tak lari dari keinginan hidup berpasangan..dari zaman sekolah bawa ke zaman universiti..sebagai seorang manusia "normal" akhir zaman, aku mudah terpedaya dengan hawa nafsu..dengan perempuan sane-sini..seperti juga kebanyakan lelaki yang lain..dekat u lagi lah heaven..tercuci mata kadang-kadang akibat terpesona dengan kecantikan ciptaan tuhan..keinginan hati kami untuk menundukkan pandangan mudah di atasi dengan hawa nafsu yang memanipulasi iman senipis satu sel epitilium.oi nah, jauh aku merepek dah ni..mana negara yang aku nak cerita kan ni..jap skit lagi..namun, bila usia semakin meningkat dewasa dengan berbekalkan pengalaman serta iman senipis 2 sel epitilium yang baru tersedar  untuk gunakan akal  sebaik mungkin, ada eloknya aku tidak berpasangan sebelum masa menentukannya..walaupun sebelum ni mungkin aku akui kelemahan pada diri yang merasa berpasangan itu satu keperluan walaupun belum masanya..


Bendera St Kitts And Nevis
Bila bercerita pasal berpasangan, ada  negara yang terbentuk dari sepasang pulau..ia terbentuk berpasangan untuk membentuk sebuah negara yang merdeka..St Kitts And Nevis adalah sebuah negara yang terdiri dari 2 buah pulau iaitu Saints Kitts Island dan Nevis Island..Pulau ini terletak di Laut Caribbean bersama gugusan kepulauan Leeward..ibu negara St Kitts And Nevis ialah Basseterre yang terletak di Saints Kitts Island..walaupun secara logiknya dua pulau yang berpasangan tidak mampu melahirkan anak, tetapi populasi negara ini adalah 40 000 orang dengan keluasan negara cuma 261 km2..


 St Kitts And Nevis
Dua pulau ini terbentuk daripada bekas aktiviti gunung berapi bawah laut sat ketika dulu yang membentuk pulau yang indah..Seperti kebanyakan pulau Caribbeans yang lain, hamba abdi dari afrika di bawa ke mari unutk bekerja sebagai buruh di ladang tebu dan kapas pada kurun ke-18 oleh pihak Britisih..kesannya 94% populasi adalah bangsa afrika..pulau ni merdeka sepenuhnya pada tahun 1983..tak banyak sangat yang aku taw pasal negara ni..ia juga salah satu anggota Komanwel seperti Malaysia..pada tahun 1996, penduduk Nevis Island pernah menyuarakan untuk berpisah dalam pembentukan negara St Kitts And Nevis bagi membentuk negara yang baru namun pihak parliment menolak usul tersebut..sudahnya pulau ini kekal berpasangan hingga kini.

Pemandangan dari St Kitts

Negara pon macam manusia..nak berpisah walaupun sudah berpasangan sekian lama..hu19..kalau kita ada masalah tu elok bincang bersama supaya dapat perbaiki apa yang silap..bukan makin keruh kan..lepas tu berpisah..gading mana yang takkan retak..tapi apa guna gam gajahkan..ewah, berperibahasa plak..maksud aku bagi mereka yang dah berpasangan secara sah..jadilah seperti penguin yang setia pada pasangannya bukan seperti kucing yang berak sepah-sepah (maksud aku yang bila puas terus pergi)..tapi takpela sebab diorang tu binatang..bagi mereka yang berpasangan tapi belum sah tu cepat-cepat la kahwin klo mampu..lebih manis bila dipandang..lantak lah nak wat apa lepas tu, nak berjudo, nak berdansa, wall climbing dan sama waktu dengannya..moga yang berpasangan itu nanti mendapat keberkatan hidup dunia akhirat..wat mase sekarang aku lebih selasa berkawan dengan sesiapa..samada rapat atau tidak..hu19..biarla aku berpasangan dengan game, bantal dan komik kesayangan sementara waktu walupun hampir berpasangan atau terberpasangan ketika dulu..kini aku teruskan saja hidup sebelum berpasangan dengan...........

p/s: Jodoh dan ajal ketentuan tuhan..nikmati hidup yang sentiasa ada kejutan

No comments:

Post a Comment