Seawal 4.00 pagi, dengan mata rabak dan terasa berat untuk mengalih selimut yang tiba-tiba berat, ku gagahi untuk bangun dari tito..terasa graviti di katil seakan begitu kuat sehingga aku menglingkarkan badan semula yang kesejukan..10 minit kemudian dari bangun semula dan bergegas berlari-lari anak menuju ke bilik air bertemankan gayung berisi peralatan mandi sebab dah lambat..dalam sepintas lalu aku mandi dan bersiap dengan ala kadar..hu19.hari ni aku terlibat jadi volunteer untuk acara marathon di himpunan jutaan belia yang berlangsung di Putrajaya..perhimpunan ini berlangsung sabtu dan ahad..niat yang asal bukan nak jadi sukarelawan tapi mendambakan baju percuma, elaun serta makanan..susah nak cari volunteer tanpa elaun ni..sape nak jadi lagi pon nanti..
Sepanjang pejalanan di Putrajaya sebelum sampai ke Istana Kehakiman yang menjadi tapak berkumpul,aku dapati terlalu banyak deretan kedai, khemah, dan tapak pameran..tapi semuanya belum dibuka pada awal pagi..wa,besar rasanya event ni..mesti ramai belia yang datang pehimpunan..warga emas berusia 65 tahun ke atas mungkin dikecualikan sebagai belia sekiranya mereka hadir..macam-macam acara yang akan di acara kan pada sebelah pagi hingga ke larut malam nanti..aku xtaw sangat tentatif himpunan ni.aku tak minat sangat nak p tempat yang ramai orang..karang terpadang benda yang sepatutnya tak di pandang..hu19.maklum lah orang ramai..tapi mase tu blum ramai yang datang g..baru pukul 7..rata-rata yang hadir pagi tu adalah peserta marathon..ada juga yang macam terpaksa pergi..mungkin disuruh oleh cikgu untuk mewakili sekolah..ho19.. dalam pukul 7.30 aku pon di tugaskan di kawasan yang disuruh dan bermula la tugas sebagai volunteer....
Marathon bermula pukul 8.00 pagi..nama larian ni 7th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2012..jarak yang terpaksa dilalui peserta adalah sejauh 14.3km..jarak agak jauh untuk seorang yang x suka berlari jauh seperti aku..larian perdana di sekolah pon aku tak minat walaupun jaraknya hanya 8 km j..rupe-rupenyer marathon ni melibatkan 5 peserta dalam 1 kumpulan..mereka akan berlari bergilir-gilir..setiap seorang cume perlu berlari 1/5 dari jarak larian..so xde la jauh sangat dorang perlu berlari..cume dalam jarak 3 km seorang..mungkin aku akan melibatkan diri sekiranya marathon 3 km dipertandingkan walaupun kebarangkalian untuk peroleh pingat sangat rendah melainkan melibatkan 3 peserta sahaja..dan mungkin aku memiliki tempat ketiga..
Bendera Morroco |
Bercerita pasal marathon, bagi peringkat international level 15 km adalah jarak yang sangat mudah untuk dilakukan oleh peserta berprofil tinggi..mereka mungkin sempat tertito sekejap sekiranya berlumba dengan aku..jarak normal kebiasan bagi marathon adalah lebih 40km ke atas..tapi sesetengah acara di lakukan pada tahap extreme..ada yang 100km..Namun ada yang lebih extreme dari tu..tahukah korang, Marathon De Sables, Morroco adalah antara acara marathon paling exteme di dunia..mereka perlu memarathonkan diri sejauh 251 km yang di adakan setiap tahun..ibarat dari JB k KL..ya berlari, bukan berkereta..namun mereka bukan la kena lari direct..acara ni dilangsungkan selama 6 hari..apa yang lebih mengextremekannya, ia di adakan di gurun Sahara..aku tak rasa mereka akan berlari..tapi akan berjalan tunduk ke bawah sambil menahan keterikan matahari dengan berkata dalam hati kenapa aku terlibat dengan acara ni..hu19..memandangkan yang terlibat adalah professional, mungkin mereka tidak berfikir sedimikian sepertimana yang dikatakan orang xsuka bermarathon seperti aku..
Rabat, Morroco |
Morroco atau nama lain nya ialah Maghribi adalah salah satu negara yang terletak di Afrika..Ia berjiran rapat dengan Algeria(entri sebelum ni) dan Sahara Barat..Ibu negaranya ialah Rabat berkeluasan 446 550 km2..penduduk pula seramai 36 juta orang..bahagian utara Morroco berhampiran dengan laut Mediterranean yang sempit berdekatan dengan Semenanjung Iberian (Spain)..ada juga pendatang haram Morroco menyeberangi secara haram ke Spain..walaupun Rabat adalah ibu negara Morroco, namun bandar terbesar di Morroco ialah Casablanca dengan penduduk mencapai 3 juta orang berbanding Rabat hanya 650 ribu orang..korang mungkin pernah dengar perkaan Casablanca sebelum ni.
Kawasan perkampungan di pinggir Banjaran Atlas |
Pada Empayar Abbasiah, Morroco merupakan kawasan Afrika paling barat yang dapat di kuasai oleh pemerintah islam pada ketika itu..sebelum menguasai Andalusia (Spain)..kesanya 98.7% adalah beragama Islam..selebihnya adalah beragama kristian dan yahudi..walaupun bahagian selatan Morroco diliputi Gurun Sahara..bahagian utaranya lebih heaven di mana merangkumi kawasan Banjaran Atlas yang di liputi salji..Kepelbagai rupa bentuk muka bumi di Morroco untuk antara perkara menarik yang perlu di ambil kira sekiranya ingin ke sini..Terdapat isu berkaitan status pemerintahan di Sahara Barat di mana Morroco mendakwa wilayah tersebut milik mereka.
Volunteer yang terlibat |
Berbalik pada soal marathon..peserta sampai ke garisan penamat pukul berapa dan siapa menang aku xtaw..aku tak amik kesah kerana ia menandakan keja aku dah tamat..mereka dengan soal pingat nyer, aku dengan soal elaunnyer..sempat juga aku tengok acara drift yang berlangsung di himpunan belia pada waktu tengah hari..aku tertengok sebab menunggu bas ketika itu..xminat pon drift-drift ni cume teruja sebab xpenah tengok..event yang lain aku malas nak layan sebab aku nak balik lepas tu rehat sepuasnya..aku tengok xla sampai bejuta yang datang..xtaw la klo syaitan dikira sebagai belia yang datang..syaitan memang akan membanjiri tempat macam ni..ho19..sampai di UPM aku singgah ke kedai untuk merembat 100plus akibat kehausan.. namun pandangan ku tertumpu pada akhbar abila ternampak keratan akhbar di Kosmo mengatakan 2 juta orang yang hadir dalam perhimpunan belia..aku beredar sambil tersenym sinis..
p/s: dah lama aku xberlari sambil membawa bola..teringin sekali..
No comments:
Post a Comment