Semalam aku ada bercerita berkenaan marathon pada hari himpunan belia..sebagai seorang volunteer aku sepatutnya membuat kerja seperti memberikan makanan dan minuman kepada peserta, menjaga aliran larian peserta supaya berjalan lancar dan menyusun atur keperluan dalam marathon seperti penunjuk arah, kon dan sebagainya..volunteer tidak patut menunjukkan arah yang salah, melontar batu pada peserta mahupun mengorat sejenak peserta yang comel..peserta ni kadang-kadang banyak karenah gak walaupun sedang berlari..sebelum ni penah gak aku terlibat jadi volunteer..ketika mereka berlari mereka sempat bertanya.. biasanya mereka akan bertanya..jauh lagi ke..bile nak habis, air penganjur tak bagi ke..dan jawapan aku sememangnya merendahkan moral mereka..jauh lagi cik..saya pon xtaw kat mane..dekat depan lagi kot..
Tapi semalam aku melakukan tugasan lebih advance di mana aku disuruh menutup
jalan utama 4 lorong dan menyuruh kenderaan melalui laluan alternatif
yang lain.. langsung tidak terlibat dengan peserta marathon..apabila sampai ditempat kejadian aku buntu..jadah apa suruh aku tutup jalan sorang-sorang yang kenderaan banyak tak ingat...aku dibekalkan dengan bendera merah dan bip kuning yang sering di pakai orang yang sedang perbaiki jalan..aku seperti dalam dilema samada ingin mendaftarkan diri sebagai peserta atau balik ke UPM berjalan kaki..selang 10 minit kemudian, sedang aku dalam proses memikir penyelesaian yang bernas, datang 2 orang anggota polis trafik..paru-paru aku mengeluarkan karbon dioksida dengan kadar yang banyak dan berasa lega kerana mereka ditugaskan bersama aku untuk kawal trafik..sememang tugas ini sangat relevan untuk mereka dan bukan nya aku..tak dapatlah aku nak melihat gelagat peserta berlari sebaliknya melihat gelagat pemandu yang bertanya kenapa jalan ditutup..
Sepanjang bertugas aku seperti tiang bendera yang diperkukuhkan dengan besi dikaki..hanya melihat polis trafik tersebut menjalankan tugas..tugas aku dipermudahkan mereka dan aku hanya melihat jam tangan yang seakan lambat bergerak..bila dah buntu, aku bersembang dengan salah sorang polis tu masa kenderaan takde..ada sekali die cakap ayat die sikit lebih kurang "ko budak u, klo minat jadi polis jadi lah pegawai polis"..aku seperti biasa meng iyakan setiap kali apa die katakan dari awal..pastu aku kata "sekarang dah banyak tanggapan masyarakat terhadap anggota polis bang.." Die tersenyum seperti dapat memahami apa yang aku maksudkan..tentang gejala rasuah dalam anggota polis..
Lepas tu die pon cerita panjang lebar..seperti mengadu nasib kepada ku..kebetulan kenderaan tak banyak seperti memberi ruang untuk kami bersembang..die kata die tidak kisah pandangan masyarakat..diorang boleh kate apa die nak kate..setiap kali ada roadblock ada gak pemandu yang membuta tuli menuduh mereka cuba mengambil wang tepi sedangkan mereka cuma menjalankan tugas..ya, memang ada cerita tentang polis disabitkan dengan rasuah..tapi bukan semua yang macam tu..begitu juga pemimpin, ad juga yang menerima rasuah tapi bukan semua begitu..polis tu berkata lagi kita dari rumah sudah di ajar tentang rasuah..contohnya emak kite upah kite choki-choki klo tolong belikan barang kat kedai..tapi budak sekarang tak main choki-choki..paling-paling pon cadbury black forest..ya..itu pon dianggap rasuah..tapi xsama dengan menerima suapan untuk melepaskan diri dari sesuatu..
Mengikut statistik yang di buat oleh Transparency Internatioanal (sebuah organisasi yang mengkaji kadar korupsi di dunia), pada tahun 2011, Malaysia menduduki tangga ke-60 dari 182 negara bagi negara yang bersih dari rasuah..dengan skala 10 paling bersih hingga 0 paling tinggi rasuah, Malaysia pada skala 4.3..sikit lagi nak gagal..secara perbandingan New Zealand ditempat pertama negara yang paling bersih yakni bagus dalam menentang gejala rasuah mendapat 9.5 manakala jiran kita Singapura tempat ke-5 dengan 9.2..Ow,sungguh jauh kedudukan Malaysia yang menunjukkan masih banyak gejala rasuah di Malaysia.
Bendera Somalia |
Kalau ada yang paling bagus mesti ada yang paling tak bagus..negara yang paling tinggi kadar rasuah di dunia ialah Somalia yang berkongsi kedudukan dengan North Korea..negara ni mendapat skala 1.0..begitu teruk gejala rasuah dalam sistem pemerintahan mereka..di sini aku ingin menfokuskan kepada negara Somalia yang juga mengungguli beberapa title yang tidak mahu di sandang mana-mana negara seperti antara bandar yang paling tidak selamat di duduki dan negara yang perlu dielakkan untuk melancong..kegiatan samun dan anarki antara penyumbang utama kadar korupsi di Somalia.
Somalia adalah sebuah negara pinggir pantai di Afrika timur juga di kenali sebagai Horn Of Africa bersebelahan lautan Hindi dan Teluk Aden.. ibu negara Somalia ialah Mogadishu dengan jumlah penduduk sebanyak 8.6 juta..Somalia sebuah negara yang tandus di utara dan menerima hujan yang lebat di bahagian selatan berkeluasan 637 657 km2..
Pihak pemberontak yang menetang kerajaan |
Peta Somalia |
Perkara yang buruk itu bukan berpunca dari keadaan negara tersebut..ia disebabkan manusia yang mentadbir negara tersebut yang harus lebih bertanggungjawab untuk membina sebuah negara yang makmur..telah terjadi perang sivil, lanun, pemberontakan dan rompakan yang adakalanya menghurukan negara tersebut yang merdeka sejak 1960 dari penguasaan Italy dan British..apabila terjadinya perkara macam ni, rakyat juga yang akan hidup dalam kesusahan..namun masih ada tempat yang bagus untuk diketahui di sini.Keadaan semi gurun dan savanna di utara memperlihat hidupan liar seperti unta, kambing, badak air serta yang lain hidup gembira mengetepikan persengketaan manusia..Badak air lebih selesa berendam di Sungai Jubba dan Shabeelle yang mengalir di Somalia dari memikirkan keserabutan dilakukan manusia..manakala unta setia mengikut ke mana sahaja tuannya pergi merentasi savanna sambil mengharap dirinya tidak dijadikan lauk majlis kenduri..
Landskap di Somalia |
Rasuah seharusnya diatasi supaya kurang masalah dalaman negara..banyak kesan buruk sekiranya rasuah di biarkan berleluasa..dalam hal berkaitan polis, masih ada polis yang mencari rezeki yang halal untuk keluarga mereka..melakukan tugas dengan amanah..yang menerima suapan tu pandai-pandai camne nak tanggung nanti..tak kesah la yang memberi atau yang menerima..dua-dua sama..lebih elok menerima suapan nasi dari ibu kita walaupun dah tua bangka..hu19
p/s: teringin gak disuap oleh tangan orang lain..wah19
disuap oleh ibu mmg rasa bahagia je kan...
ReplyDeletesepatutnye la..hu19
ReplyDeletepandai dah menulis sekarang...hi3
ReplyDeletetahniah hazrul :)
ReplyDeletenak tunggu ko disuap orang lain tu bila lah agaknya.
huhuhu