Friday, 25 May 2012

Menuju Ke Puncak

Awal bulan hari tu.. ada kawan aku ajak pergi Bukit Broga..Aku pon p la panjat bukit tu..ingat aku ngn kawan-kawan aku j y p panjat mase tu..kebetulan hari pekerja masa tu..sekali nah, macam semut die punyer ramai..ada la lebih 200 orang..budak kecik pon ada..handal budak tu sambil rase cemburu kenapa die boleh panjat dengan muka riang sedangkan aku macam nak tercabut kaki..tapi diikutkan kaki aku memang tak berapa nak sihat sebab pernah xcident petengahan tahun lepas..tinggi Bukit Broga tu 400 meter j..pastu dak-dak ni ajak panjat Gunung Tok Wan..sebelah Broga j..nak xnak layankan aje..rasenye klo bole servis kaki aku y pernah patah, ak dah servis kaki aku mase lepas turun gunung tu..Mengigil, luka, kejang, bertongkat semua ada..tapi gunung tu baru 675 meter..x sampai 1000 meter pon..hari ni kawan aku ajak p Gunung Nuang (1495 meter)...ni aku rasa aku boleh naik tapi turun suruh helikopter amik...hu19..klo aku sihat mungkin aku berdaya untuk p..

Puncak Gunung Tok Wan
Mendaki gunung atau bukit ni memang best sebenarnya..dapat sihatkan tubuh badan,cuci mata dengan keindahan hutan tropika..jauh dari hiruk-pikuk suasana kota..udara y segar..sebelum ni aku pernah p gunung santubong (700 meter)..ada gak bukit lain y aku pernah p cam Bukit Bintang, Bukit Jalil ngan Bukit Jelutong..namun ia tidak memerlukan kelengkapan mendaki sebaliknya bukit tersebut memiliki permukaan y landai dan tidak perlu mengeluarkan peluh..aku tak pasti samada aku mendaki atau berjalan sebenarnya..mungkin korang pon pernah p..


 Puncak tertinggi di Asia Tenggara

Seperti yang kia diberitahu oleh cikgu geografi masa di menengah rendah, Gunung Kinabalu (4095 meter) adalah gunung paling tinggi di Malaysia serta di Asia Tenggara..ni mau tercabut kaki klo mendaki tanpa persediaan.tapi aku mula meragui status itu sebab ada lagi gunung lagi tinggi dari Kinabalu di Asia Tenggara..berdasarkan artikel di internet, wikipedia dan buku yang aku beli..Gunung tertinggi di Asia Tenggara ialah Hkakabo Razi, Myanmar..Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya sempadan antara China dan Myanmar mempunyai ketinggian jauh melangkaui Kinabalu iaitu, 5881 meter.

Hkakabo Razi
Inilah satu-satu tempat yang ada salji di Asia Tenggara..tak perlu ke Eropah atau Amerika untuk tengok salji..xmainla salji tiruan y ada kat Malaysia ni cam kat..ntah,aku pon xtaw katne..tapi ada la..kepulan ais di peti sejuk juga tidak dapat menandingi jumlah salji d sini.

Bendera Myanmar
Kalau masih ragu, cube cari maklumat di internet..aku xmengatakan maklumat aku benar..cuma berasa khilaf di sebalik maklumat y ada....X cari pon xpe..bukan masuk exam pon..hu19..Sedia maklum, Myanmar adalah salah sebuah negara di Asia Tenggara yang berkeluasaan 678 500 km persegi..Rangoon adalah bekas ibu negara Myanmar namun telah berpindah ke Naypyidaw y kini menjadi ibu negara y baru akibat perubahan sistem politik pada tahun 2010..bendera nya turut di ubah menjadi seperti rajah di sebelah. Jumlah penduduk pulak kira-kira 43 juta..Jumlah kedatangan pendatang dari Myanmar ke Malaysia tidak memberi impak kepada jumlah populasi mereka..Malahan makin banyak rakyat diorang ke lubuk rezeki seperti juga rakyat dari Indonesia..Klo p kawasan perkilangan di Senai atau Kelang..besepah rakyat asing..seperti berada di oversea plak kadang-kadang.

Shwedagon Pagoda terletak di Naypyidaw
Myanmar kaya dengan sejarah peradaban lampau..tapi malas aku nak cerita panjang pasal sejarah..kalau malaysia femes dengan Lembah Bujang atau Kota a Famosa..Myanmar plak gah dengan pagoda emas atau Shwedagon Pagoda y telah berdiri lebih 2500 tahun. Aku xtahu apa function bangunan berbentuk loceng ini tapi berkemungkinan sebagai pusat keagamaan satu ketika dulu..Pengaruh buddha telah telah diterap sejak dulu berkekalan hingga 89% populasinya beragama buddha..mungkin tiada saudagar arab y singgah berlayar d sana pada kurun ke-14..klo x, org Myanmar y ada kat Malaysia sekarang sembahyang kat masjid bersama..

Pagoda dan Kuil di Pagan

Berbalik kepada cerita pendakian gunung, oleh kerana aku tidak terlibat sama dalam pendakian Gunung Nuang y di anggap adik oleh Hkakabo Razi, aku bercadang melaku pendekatan y lebih effisyen..di mana aku akan tito puas-puas dan mengharap dapat mimpi mendaki gunung everest..lagi tinggi..hu19

p/s: Mimpi adalah cara y murah untuk melancong

1 comment: