Friday, 25 May 2012

Gaya Penulisan

"Dewasa kini, ramai di kalangan anak muda yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas bergraduat seperti cendawan tumbuh selepas hujan"

K.aku bukannya nk bercerita tentang cara menulis karangan y baik..mase sekolah menengah dulu mgkin boleh la macam wat ayat mcm 2..ni klo cikgu BM ak (Cikgu Jamaliah) tgok ak tulis krangn mcm skrg ni mse SPM, mau die tebalikkan meja..hu19..gaya penulisan kebanyakan secara beransur ansur smakin kritikal akibat bahasa baku dan pnggunaan ayat formal semakin kurg di gunakan..peduli apa aku..hu19.zaman sek dah lpas..kat U plak kna tulis english walaupon grammarnya sgat dahsyat..ha19..semakin banyak ayat y di sinkof dan di short form kan..klo dulu mungkin perkataan nak dan tak adalah sinkof y sllu bermain di pena..tpi sekarang banyak dah..cam (juga sinkof y palsu).. mau,nk,sy,awk,kte,otw,mkn,b4..pihak dewan bahasa dan pustaka serta cikgu bahasa melayu pasti tidak mnggemari perihal ini berleluasa kerana merosakkan bahasa melayu..

Ye..ak juge slah sorang y merosakkan bahase dlam penulisan..maafkan saya cikgu Jamaliah..tpi nk wat camne kn..kang taip panjang-panjang kena cas mahal lak klo gune handset..sape la nk taip panjang-panjang lagi-lagi tgh urgent..contoh.."abu, ko ktne, dtg blik ak.tlg mskkn nasik, ak dh lapo"..takkan nak tulis.."Abu, awak berada di mana sekarang?, Bolehkah awak datang ke bilik saya?.Tolong masakkan nasi untuk saya sebab saya sudah lapar, kata Ali kepada Abu".

Apa y aku cube nak sampaikan ialah penggunaan bahasa dlam blog ni je..harap dapat paham la ye ape ak tulis..mne y tershort form, terformal k..pape pon bahasa melayu tetap perlu diutamakan..klo bukan dlm penulisan tapi dlam percakapn(aku rse lgi teruk bhse drosakkan)..dalam waktu berpidato mgkin..hu19..tpi korg pernah dengar tak ada satu pulau ni y penduduknya mnggunakkan bahasa melayu dlam percakapan seharian diorang..semestinya y aku maksudkn bukan negara seperti Malaysia,Indonesia,Brunei atau Singapura.



Tempat y aku maksudkan ialah Cocos Islands (Pulau Kokos)..pulau ini bukan sebuah negara tetapi sebuah pulau di bawah kawalan luar Australia y terletak di lautan hindi..pulau ini mempunyai penduduk seramai 630 orang..jumlah budak sekolah mase aku sek men dulu lagi ramai..hu19..Keluasan pula adalah 14 km persegi..lagi kecik dari Tuvalu (entri sebelum ni)..

Bendera Cocos Islands
Pulau ini terbahagi kepada 2 bahagian utama, Pulau Panjang dan Pulau Selma..ada gak pulau lain tapi xde orang nak tinggal.80% pendduk pulau adalah berbahasa melayu. Klo ikutkan sejarah, bahasa melayu tersebar ke sini ketika kurun ke-18. Hamba abdi dari Indonesia dan Afrika dikerah untuk bekerja di kebun kelapa pada era pemerintahan British..Ketika iti british beri kuasa mutlak pada keluarga Clunies-Ross untuk takbir pulau ni..dan ketika perang dunia ke-2 british serah pulau ni pada Australia..sampai lah skarang..

Lokasi Cocos Islands
Resenya diorang nak balik Indon mase 2 lpas perang nak jumpa keluarga asal atau nak balik raya..tapi takut sesat plak bile blayar..karang ter pergi k las vegas plak..so dorang duduk je la kat situ (suke hati aku j wat andaian)..Untuk mengubat kerinduan tersebut kini mereka kebanyakan menjana ekonomi negara dalam bidang perikanan dan pelancongan..nak wat perusahaan jus mengkudu secara intensif mungkin tidak bersesuaian sebab spe nak tanam mengkudu kat pulau macam ni..skit punya jauh dan xefisyen serta pahit.

Pengaruh Bahasa Melayu dalam penulisan

Sebenarnya bahasa diorang xde la sebijik cam ap y kite cakap..lbih kepada dialek Indonesia gitu. Waduh, tapi kita juga satu rumpun dong..sama aja..enggak ada yang berbeda..cara hidupnya, berpacarannya sama cewek-ceweknya..ngan muka jawa nya..emang dasar rupe rumpun melayu..hu19.mungkin ad juga adat melayu y mereka kekalkan seperti persandingan cam gambar kat bawah event pulau ni diselia oleh mat saleh..

Pengantin dan makcik-makcik di Cocos Island
Mungkin selepas setahun selepas majlis ini penduduk pulau tersebut menjadi 632..dapat kembar..ha19.. gurau aja..Komuditi utama pulau ini ialah kelapa yang dijadikan kopra kebnyakanya atau secara segar..mesti air kelapa dijual murah di sana..mereka perlu dapatkan bekalan harian y lain seperti gula, beras dan sebagainya di Australia.

Rasa bangga bila bahasa melayu digunakan luar dari asia tenggara, Malaysia khususnya..tapi kat Malaysia pengaruh bahasa melayu di institusi pengajian tinggi hatta di sekolah sekali pon mula dikikis akibat ke hendak pihak y menawarkan pekerjaan y rata-ratanya dari orang bukan melayu dan ledakan ilmu y xde kebanyakan susah atau xde dlam bahasa melayu..xpela..blajar lah apa-apa bahasa kat Malaysia ni tpi sebagai orang melayu jangan lupe gune bahasa melayu walaupun kalau bab menulis ni memang ke laut.

p/s: Tulis biar tak betul jangan tulis benda y x elok..hu19

No comments:

Post a Comment