Friday, 1 June 2012

Bila Kuliah Berakhir

Kelas terakhir aku semester ni dilaksanakan dengan bersahaja..dengan berbekal bantal dan selimut, aku tito dengan bergaya di bilik tanpa menghiraukan kawan-kawan yang present hari ni..ini disebabkan aku dah present semalam yang memaksa aku untuk tidak hadir..aku rasa group member aku juga mengambil pendekatan yang sama untuk tidak ke kelas..sesi pembelajaran semester 4 sudah melabuhkan tirai..hanya study week yang perlu diharungi dengan berehat sebaik mungkin serta final exam yang perlu diharungi dengan bersengkang mata sebelum masuk ke dewan exam..resam hidup sebagai sebagai seorang pelajar..kuliah, cuti mid sem, kuliah,study week ngan minggu final pastu semester berakhir..

Perkara ini sudah di rasa sejak zaman diploma hingga kini..melalui pusingan hidup yang sama sebelum aku tamat pengajian..semasa zaman sekolah pula sudah rata-rata menghabiskan masa 11 tahun dan menghadapi perkara yang lebih kurang sama.. sedar tak sedar lebih separuh usia aku diperuntukkan untuk hadir ke pusat ilmu..samada mempelajari ilmu yang diajar oleh guru, kaunselor  atau pensyarah..tak lupa juga kepada kawan-kawan yang mengajar 'fly' ketika di asrama suatu ketika dulu, menjahanam meja sekolah,atau menconteng dinding bilik..adakalanya ilmu cam itu lebih diingati berbanding apa yang dicoret di papan hitam..tapi tak semua yang kawan kita ajar tu benda tak baik..rasenya lagi banyak benda baik die ajar kat kite sepanjang bersama..study same-same, buat study group, ajar kite mana yang tak faham, atau ajar benda yang mungkin kite tak perlu paham..adakalanya perkara sedemikian yang membolehkan kita ketawa sendirian bila teringat kisah dulu..

Mengimbau kembali masa di sekolah..setiap kali apabila sessi persekolahan bermula, kebanayak parent akan belikan pakaian sekolah yang baru..beg baru..alat tulis baru..semua serba serbi baru..sedikit sebanyak menjadi pemangkin untuk memulakan sessi pembelajaran dengan semangat..klo dulu kat sekolah rendah mula la eksyen kat kawan asal start sekolah..."kita  pakai baju baru, wangi taw"..ada juga yang kata.."tak kesah, kita baju 3 pasang,tak heran pon beli kat Parkson"..tapi bile balik sekolah  je, mak mula mengamuk mengalahkan Hulk tanya kenapa baju kotor..sekarang, tak taw plak  klo budak-budak sekolah rendah eksyen macam mana ..mungkin cam.."kita ada kasut converse. mama kite belikan".yang tak nak mengalah pula cakap.." eleh, tak heran pon..kita ada kasut converse 7 pasang, papa kite belikan". .macam biase bila balik umah dengan kasut kotor..mak pula berkata dengan slumber.."lah, kenapa kotor sangat ni, dah, nanti kite pergi kedai kasut.beli yang baru"..mungkin dialog ini untuk golongan yang berada.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan, mungkin terpaksa menggunakan pakaian yang lama..sedikit lusuh atau sudah singkat..pensel kayu yang dah tinggal separuh..menyandang beg lama..tapi itu bukan penghalang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh..tiada benda yang baru bukan sebab untuk tidak belajar bersungguh-sungguh..awek di kelas sebelah barangkali boleh menjadi pemangkin..ho19...malahan ada juga pelajar miskin yang lebih berjaya dalam menuntut ilmu..kerana dalam hatinya tertanam semangat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk membantu ibu bapa mereka bila sudah besar kelak..

Kita yang hidup di Malaysia seharusnya bersyukur kerana punyai fasiliti yang cukup untuk belajar..sistem persekolahan di Malaysia antara yang terbaik di negara Asia..jauh dari sudut mata kita..ada kanak-kanak yang sepatutnya belajar di sekolah tapi memulakan kehidupan harian dengan menolong keluarganya di ladang..mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi untuk memberi makan kepada adik mereka yang masih menyusu..tidak kurang juga dengan tiada kelengkapan untuk belajar di tempat mereka..yang lebih tragis lagi ada juga telah di kerah menjadi tentera walaupun tidak padan dengan usia mereka..kita di sekolah memegang pensel stabilo di mana satu ketika dulu Amalina adalah dutanya sambil menatap papan hitam, mereka pula memegang senjata sambil memerhatikan keadaan sekeliling takut-takut di tembak musuh..jauh di sudut hati mereka ingat belajar di sekolah seperti kanak-kanak yang sebaya dengan mereka di tempat lain..


Bendera Niger
Peta Niger
Niger adalah sebuah negara yang terletak di benua Afrika.barat.. yang berkeluasan 1,267,000 km2.. Niamey adalah ibu negara Niger..penduduknya pula dianggarkan sebanyak 12 juta orang.. lebih 80% tanah di Niger adalah terdiri dari gurun Sahara..dari hari tu asyik nama gurun Sahara je naik..gurun Sahara sebenarnya gurun terbesar di dunia yang berkeluasan 9,400,000 km2..Gurun ini meliputi negara seperti Niger, Algeria, Morroco, Mali, Libya, Chad, Mesir, Mauritania dan Sudan..kebanyakan rakyat Niger tinggal di barat di mana sungai Niger mengalir di bandar Niamey..nama Niger iti sendiri diperoleh dari nama sungai tersebut yang berasal dari n'eghirren, dalam bahasa Tuareg yang bermaksud air yang mengalir..




Bilik darjah yang serba kekurangan
Niger mempunyai kadar keupayaan membaca paling rendah di dunia iaitu hanya 17.6%.. peratusan ini merujuk pada penduduk berumur lebih 15 tahun..bayangkan dari 100 orang yang berumur 15 tahun ke atas kat Niger cuma 17 orang je yang tahu membaca....sistem persekolahan di sana mewajibkan kanak-kanak belajar selama 6 tahun..namun mereka lebih cenderung ke arah bekerja berbanding belajar teruatamnya pada musim menuai..manakala di bahagian utara pula tiada sekolah dibina untuk belajar di sebabkan landskap gurun seluas mata memandang..Niger juga menduduki tangga tercorot dalam Human Develepment Indeks (HDI)..indeks ini mengukur tiga aspek asas kehidupan manusia, iaitu kehidupan yang panjang dan sihat, pencapaian pendidikan dan gaya hidup..rupa muka bumi yang tandus dan tanah tidak subur antara penyebab Niger mendapat tempat tercorot..bila keperluan asas sudah terjejas masakan perkara yang lain dapat di bangunkan seperti kesihatan, keselamatan dan kesedaran terhadap alam sekitar..semuanya bermula dari ilmu..

Aktiviti melombong garam

Oh, aku sepatutnya tidak ponteng pagi tadi..tiba-tiba kesedaran muncul takkala jari jemari sedang menaip entri ini..bukan satu kesalahan kalau ponteng..ada sebab kalau ponteng tu..tertito tu antara sebab ponteng..tapi janganlah kerap sangat hingga menjejaskan prestasi belajar..oleh itu, kita sebagai pelajar harus lah belajar rajin-rajin demi masa depan..(tiba-tiba menguap)..yang bekerja pula, kerja rajin-rajin..kot-kot dah ada anak nanti die mintak beg Gucci bawak pergi sekolah..

p/s: Satu kerugian sekiranya tidak pernah didenda cikgu masa kat sekolah..

No comments:

Post a Comment