Sunday 24 June 2012

Bintang dari Albicelestes

Hari ni hari jadi kawan baik aku..hari jadi yang ke-25..dia tua 2 tahun dari  aku..namun apa yang menarik antara kami hanya aku menganali beliau dan beliau tak mengenali aku..ho19..kawan baik yang aku maksudkan ialah seorang pemain bola sepak yang terkenal..bukan kawan aku pon..orang yang aku maksud kan ialah Leo Messi..ni sape tak kenal aku cekik..

Leo Messi

Leo Messi atau Lionel Andres Messi adalah seorang bola sepak yang sangat aku minati..Leo Messi lahir pada 24 Jun 1987..dilahirkan di Rosario, Argentina..beliau bermain untuk pasukan FC Barcelona dan mewakili negaranya Argentina..pernah merangkul anugrah Ballon D Or sebanyak 3 kali berturut-turut..anugerah bola sepak individu paling berprestij di dunia..Messi telah membantu FC Barcelona memenangi 3 kejohanan Liga-liga Juara Eropah..5 kejohanan La Liga..2 kejohanan Copa Del Rey...5 kejohanan Super Cup..2 kejohanan Super Cup Eropah dan 2 kejohanan Kelab Dunia FIFA..pada peringkat kebangsaan pula Messi telah membantu Argentina memenangi Piala Dunia bawah 18 dan pingat emas Sukan Olimpik..Messi masih gagal membantu negaranya untuk memenangi Piala Dunia dan Copa America namun masih berpeluang untuk membuktikannya pada kejohanan akan datang..

Asalnya aku sangat meminati pasukan bola sepak Argentina atau digelar pasukan Albicelestes..sejak sekolah rendah..mana-mana kelibat pemain Argentina yang beraksi di mana-mana pasukan peringkat kelab, pasti aku  akan turut menyokongnya..seperti Sergio Aguero dan Tevez di Man City, Di Maria dan Higuain di Real Madrid..Cambiasso, Samuel, Zanetti dan Alvarez di Inter..kebetulan Messi adalah pemain kebangsaan Argentina walaupun pernah ditawarkan untuk bermain bersama pasukan Spain..dengan bakat yang dimilikinya sertai usianya tak jauh beza dengan aku..setiap kali dia beraksi pasti takkan aku lepaskan peluang untuk menontonnya sekiranya berpeluang..

Tanah Penghujung Amerika Selatan


Bendera Argentina

Lupakan seketika pasal Messi..kali aku hendak bercerita tentang negara kelahirannya, Argentina..oleh kerana Argentina juga antara negara yang berpengaruh, negara besar di dunia, aku akan bahagikan kepada dua bahagian.. lagi satu bahagian akan di cerita pada entri akan datang..kali ni buat pertama kali pergi ke benua Amerika Selatan..Argentina merupakan negara ke 8 terbesar di dunia yang terletak di Amerika Selatan..Buenos Aires adalah ibu negara Argentina..negara ini berkeluasan 2 766 890 km2..iaitu 8.4 kali ganda lebih besar dari Malaysia..Argentina mempunyai penduduk seramai 40 juta orang (2011)

Pampas

Peta Argentina
Pada 1580 Argentina telah ditawan oleh Spain.. namun telah mendapat kemerdekaan pada tahun 1816..kesannya bahasa Sepanyol merupakan bahasa rasmi di sini..Kristian merupakan agama majoriti di sini kira-kira 92%..benua Amerika Selatan adalah benua paling lambat pengaruh Islam sampai..namun Argentina mempunyai popoulasi paling ramai islam kira-kira lebih 1 juta orang atau 2.5 %.. Argentina berjiran denga Chile di sebelah timur...manakala di bahagian utara pula berjiran dengan Brazil, Paraguay, Bolivia dan Uruguay..

Secara geografi..Banjaran Andes merupakan banjaran terpanjang di dunia adalah tulang belakang negara ini.rantaian gunung yang mengunjur sepanjang timur Amerika Selata bermula di Colombia sehingga ke Argentina/Spain..ia juga menjadi sempadan semula jadi antara Chile dan Argentina..Pampas yang terletak di kawasan tengah Argentina adalah satu kawasan pertanian yang subur..banyak ternakan dibiarkan meragut rumput di situ..Gunung Aconcagua (6959m) merupakan gunung tertinggi di Benua Amerika Selatan terletak di kawasan Mendoza..di bahagian selatan pula terdiri dari kawasan Patagonia di mana kawasan steppe sejuk pada altitud tinggi bersebelahan dengan Banjaran Andes..




Gunung Aconcagua


Walaupun hari ni hari jadi Messi..aku takkan berpeluang sambut dengannya..aku bukan fanatik sangat pon..cuma suka cara dia bermain...penuh dengan kepantasan, stamina..kesungguhan, kerja sama sepasukan dan skill yang tinggi..Walaupun aku meminati pasukan bola sepak Argentina..aku tetap menyokong industri bola sepak Malaysia..Selamanya Harimau Malaya..owww  yeah..tapi kalau Argentina lawan Malaysia aku sokong Argentina..hu19

p/s: Balik nanti kat rumah nak tengok Malaysia lawan Philippines kelayakan Piala Asia bawah 22

1 comment: