Rata-rata student UPM pasti sedang berpeluh serta mengeluh ketika mempacking barang untuk di bawa balik ke rumah sekarang..habis sahaja menduduki final exam, pasti suasana di rumah semakin bermain di minda..keluarga di rumah juga tak sabar menanti..ahhh..macam lah duduk oversea setahun sekali balik..ini juga secara tak langsung menandakan semester ke-4 sudah berakhir..sudah sepuluh kali aku merasakan suasana ini..sepuluh kali bermakna sepuluh semester..campur sekali dengan zaman diploma..aku pula tiada keterujaan untuk berkemas lebih awal..bukan disebabkan tiada keterujaan tetapi akibat kemalasan melanda..banyak yang nak di packing kalau di ikutkan..tapi ada la kemas sikit-sikit..
Ketika mengemas, aku menarik beg bagasi di bawah katil yang suatu ketika dahulu pernah digunakan sebagai beg balik kampung ketika belajar di Bintulu..kini beg tersebut masih utuh namun cuma digunakan untuk menyimpan barangan aku di dalam stor..penuh dengan habuk..setiap kali berkemas, perasaan sedih turut hadir walaupun dah lama tak balik rumah..teringat dengan apa yang aku lakukan bersama kawan-kawan sepanjang semester..kini masih berbaki empat semester sebelum semuanya berakhir..di bawah, ingin aku kongsi saat-saat aku bersama kawan-kawan sepanjang 10 semester aku belajar di universiti..
Sem 1 (1) 2007/2008 |
Gambar masa orentasi..sessi kemasukan 07/08...5 tahun lepas..bapak lama..muka semua muda jer..masa ni kandang kambing sape ntah aku pergi..mase tu aktiviti orentasi kebanyakannya di luar kolej..first intake tahun mase tu tak sampai pun 100 orang..
Sem 2 (2) 2007/2008 |
Ni plak mase cuti sem 2..first time pergi genting..seronok gak mase tu dapat main macam-macam..first turun je bas, die punyer menggigil tak ingat..dekat dua hari aku spend masa time tu..teringin nak pergi sini lagi tapi ntah bila..
Sem 3 (3) 2008/2009 |
Tak silap aku gambar ni masa dinner budak DPPM under jabatan sains pertanian..aku bab dinner ni pantang skit..pantang tengok makanan..makanan pon takut tengok aku..tujuan dinner dibuat aku tak taw apa..yang aku taw makan je..nom nom nom...
Sem 4 (4) 2008/2009 |
Yang ni plak masa lawatan ku Uitm Samarahan..masa tu lawatan bawah persatuan silat cekak pinggang.. bukan..cekak Hanafi..walaupun aku bukan ahli silat tapi aku terlibat sama..masa tu ada ekspidisi panjat gunung Santubong..
Sem 5 (5) 2009/2010 |
Yang ni orang giler..orang giler ni suka-suka je buka packaging rambut palsu kat kedai mana ntah..lepas tu slumber badak pakai..lepas pakai..ambil gambar..lepas bergambar letak balik..pastu bla cam tu je..sambil menyapa mesra kepada pekerja kedai di situ yang memerhatikan dari awal seperti tiada apa-apa yang berlaku..
Sem 6 (6) 2009/2010 |
Gambar masa praktikal..time tu praktikal dekat Agriculture Research Center, Semenggok Kuching..time ni baru lepas kutip buah dabai dekan ladang..banyak pengalaman manis masa ni..duduk rumah bujang ngan budak-budak ni..rasa masakan bujang..perangai pon kebujang-bujangan..
Sem 1 (7) 2010/2011 |
Ni plak gambar waktu berkonvo..mendapat segulung diploma bersama kawan-kawan yang satu ketika dahulu pernah belajar bersama..sekarang ada yang masih belajar..bekerja..atau berkahwin..masa ni first sem dekat UPM Serdang..suasana pembelajaran berbeza di Bintulu yang lebih awesome..
Sem 2 (8) 2010/2011 |
Peserta kejohanan paralimpik dalam acara terjun yang gagal melepaskan diri melepasi pusingan kelayakan sesama sendiri..masa ni dekat sungai chiling..ada kem under rakan muda..masa ni pergi dengan budak ex-dip..cuti mid sem mase tu kalau tak silap..
Sem 3 (9) 2011/2012 |
Gambar bersama cosmate sains ternakan..walaupun lebih banyak waktu bersama di kelas, is tak menghalang kitorang membahan sesama sendiri..masa ni tengah tunggu ayam bbq masak..tak selalu kitorang berkumpul bersama luar dari waktu kuliah..
Sem 4 (10) 2011/2012 |
Yang ni gambar semua budak lelaki kosmate aku..hampir semua..nampak seperti mekanik amatur..namun mereka-mereka ini akan mendera binatang-binatang yang ada di ladang..untuk kepuasan diri...eh, masakan demikian..masa ni amali reproduksi haiwan..
Hidup memang seronok dikekelingi kawan..lagi-lagi waktu belajar ni..susah-senang sama-sama..suka-duka sama-sama..buat sama-sama..makan, tito, minum, lepak, study, main, mandi..semua sama-sama..selagi ada masa bersama..lepas belajar dah susah nak jumpa..lagi lagi bila dah bejauhan dari family..memang diorang ni lah kita banyak luangkan masa bersama..
DR Congo, negara dikelilingi banyak negara
Negara juga dikelilingi oleh negara jiran..mungkin juga boleh di anggap kawan..kerana hubungan antarabangsa melibatkan eksport import, pelancongan dan keselamatan lebih terarah negara jiran..usaha sama dapat dibentuk bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat..seperti Malaysia dan Singapore..U.S.A dan Canada..tapi tak semua macam tu..ada gak negara sebelah-sebelah tetapi terdapat persengketaan sesama mereka seperti Korea Utara dan Korea Selatan..Israel dan Palestine..bagaimana pula dengan negeri yang dikelilingi oleh banyak negara..pasti lebih banyak masalah dalam pengurusan hal berkaitan sempadan..China merupakan negara yang paling banyak berjiran dengan negara lain iaitu sebanyak 16 buah negara..ini disumbangkan dengan saiz negaranya yang besar (ke-3 terbesar)..kiraan ini cuma melibatkan sempadan darat sahaja dan tidak melibatkan sempadan laut..
Bendera Democratic Republic of the Congo |
Peta DR Congo |
Kinshasa |
DR Congo mempunyai penduduk seramai 71 juta (2011)..walaupun negara ini bersempadan dengan banyak negara ia tidak terlepas dari bersengketa dengan negara jiran seperti perang sivil dengan Uganda, Angola, Sudan dan Rwanda..negara ini dulu pernah dijajah oleh Belgium sebelum mencapai kemerdekaan pada 1960..namun bahasa Perancis adalah bahasa rasmi di negara ini..DR Congo juga antara negara yang mempunyai KDNK paling rendah menyebabkan negara kurang membangun walaupun punyai jumlah penduduk yang tinggi..
Saya Gorilla |
Secara geografi, negara ini masih diliputi hutan yang luas..terletak di Afrika tengah menyebabkan ia tiada kawasan bergurun..mempunyai antara salah satu sungai yang paling besar yang boleh dilayari di dunia..(Sungai Congo)..juga terdapat antara gunung tertinggi di Afrika..Mt Stanley (5110 m)..terletak di garisan khatulistiwa menyebabkan taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun..terdapat kepelbagaian hidupan liar yang terancam seperti okapi dan gorilla..DR mempunyai garis pantai yang pendek terletak di antara negara Angola.
Ah..esok je lah aku sambung kemas..lagi pon aku balik Isnin nanti..kalau dalam perkiraan aku, lagi 3 sem aku belajar dengan kawan-kawan..1 sem lagi untuk praktikal..masa semamangnya cepat berlalu..sedar tak sedar aku pon dah semakin meningkat dewasa..selagi ada masa bersama..kita harus manfaatkan masa bersama dengan kawan-kawan sebelum masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
p/s: Ex-kosmate aku telah melahirkan anak tadi..dulu budak lagi sekarang mak orang..cam tak caya..hu19
comel la gamba yg akhir tu,,,,kui3
ReplyDeleteow..tu ex cosmate gak..hu19
ReplyDeleteuntung la....dulu mcm x pnh jumpa dia je...kan kita 1 kosmate gak...kui3
ReplyDeletedie bdk horti skrg..wah19
ReplyDeleteceh...horti sume yg comey je...xpnh jumpa pun...batch junior kot tu...hi3
ReplyDelete