Akhirnya
sudah sampai masa beta berangkat ke
istana..sudah dua purnama beta tidak melihat keadaan istana..beta telah
mengabdikan masa selama ini di teratak UPM..beta juga sudah lama tidak
menghadap bonda dan ayahanda..adakah bonda dalam keadaan sihat..bagaimana pula
keadaan ayahanda..kepulangan kali ini pasti menjerihkan..kerana beta terpaksa
berkelana sendirian bersama kenderaan beroda dua..menyusuri denai dua lorong
yang sesak menghala ke selatan..bersama-sama dengan kenderaan beroda empat..ada
juga yang beroda 16..harungi saja dan harap sampai seadanya..
Bila
sampai di istana beta pasti akan merasa santapan istimewa dari bonda..itu yang
beta tunggu-tunggu....sepanjang tempoh beta bertapa diteratak UPM, belum lagi di ketemukan lagi
dengan gadis-gadis sunti untuk dijadikan calon permaisuri yang sesuai..pasti
bonda akan berkenan dengan mana-mana pilihan beta..ah, carutan apa yang beta
maksudkan ini..maafkan beta..apa yang cuba sampaikan..beta yang sudah penat
menggunakan otak yang tidak lagi
bergeliga semasa menghadapi asakan-asakan persoalan dari mahaguru-mahaguru, kini sudah mampu
melonjakkan gembira dan pulang dengan gembira kerana semua petaka sudah berakhir..harap beta dikurniakan dengan
keputusan yang molek kelak..
Rosario..tunggu kan
kepulangan aku..sudah..sejak bila rumah aku di Argentina..Kulai..tunggu
aku..tiba masanya untuk aku pulang..orang sudah pulang ke rumah masing-masing
sejak semalam kebanyakannya..aku pula baru nak balik hari ini..ok la..takde la
lambat sangat..ada gak kawan-kawan aku yang lambat balik..tak balik pun
ada..barang dah siap kemas..bilik dah kosong..hm, aku pon tak nak
bercerita panjang..sambung pasal Argentina dari entri lepas..
Provinsi di Argentina |
Argentina
terbahagi kepada 23 provinsi..atau bahasa mudahnya lebih kurang macam negeri..juga
terdapat satu kawasan daerah persekutuan iaitu daerah persekutuan Bueno
Aries..antara bandar besar yang ialah Mendoza, Cordoba, Rosario, La Plata dan
Bahia Blanca..sebahagian besar penduduk di Argentina adalah berasal dari Spain
dan Italy (>90%)..puak asal Mestizo pula hanya minoriti berbanding dengan
kawasan Amerika Selatan yang lain..pendatang dari Spain..
Argentina
ditakbir oleh seorang presiden..apa yang menarik di sini, pressden sekarang
Argentina adalah seorang perempuan, Cristina Fernandez sejak 2011..bukan senang perempuan mengetuai sesebuah negara..banyak tempat
menarik di Argentina..Bueno Aries adalah salah satu metropolitan yang terbesar
di Amerika Selatan dengan jumlah penduduk seramai 2.8 juta orang..selain itu Air
Terjun Iguazu juga terdapat di sini berkongsi dengan Brazil yang mana antara
salah satu air terjun tercantik di dunia..tempat menarik yang lain seperti di
Recoleta, Plaza Dorrego dan Taman Negara Los Glacires..dianggarkan lebih 5 juta
pelancong yang hadir ke Argentina setiap tahun..
Air Terjun Iguazu |
Argentina
merupakan negara yang kaya dengan sumber asli disebabkan saiz negara yang besar
seperti uranium, zink, timah, perak dan besi.....namun inflasi yang besar
berlaku pada 1980an menyebabkan petumbuhan ekonomi yang agak
perlahan..Argentina kini cuba bangkit dari pemulihan ekonomi pada 2001
dan ekonomi di sana sedang berkembang dengan baik untuk tahun-tahun akan
datang..industri utama seperti ternakan, gandum dan buah-buahan..dari segi budaya
tarian tango amat popular di negara ini dan masakan berasaskan daging lembu
antara makanan utama di sini..
Nampaknya
susah sampai masa untuk pulang, sepanjang cuti nanti aku harap masih dapat
menyambung penulisan blog ni..sedar tak sedar dah sebulan aku mengarut kat blog
ni..harap ada yang bermanfaat dan sedikit ilmu dapat disampaikan..balik ni
pasti aku akan mencari kerja..dua bulan lebih cuti..lama tu..demi mencari
sesuap nasi..eh sikit sangat..demi mencari seperiuk nasi berserta lauk yang
lazat demi anak isteri…
.
p/s:
Dapat pulang dengan senang hati setelah Italy layak ke separuh akhir
No comments:
Post a Comment