Friday, 15 June 2012

Suami Gila Bola, Isteri Terabai

Bola sepak sememangnya sudah sebati dalam kebanyakan jiwa seorang lelaki..biasa tengok bola ini waktu malam, larut malam dan sebelum subuh pon ada..asal musim bola je cam World Cup, EURO, Champion League atau EPL pasti para peminat bola akan menantikannya..sedia maklum pemilik kedai mamak 24 jam pasti akan tersenyum lebar kerana berbondong-bondong pelanggan akan datang walaupun waktu menunjukkan 2.45 pagi..senario ini sudah sebati dalam masyarakat Malaysia walaupun yang main tu bukan pasukan Malaysia..sekarang pulak memang musim EURO 2012, so lelaki-lelaki ni akan mula memenuhi ruang meja di kedai mamak berjam-jam dengan hanya meng order segelas air.. ada juga perempuan tengok bola tapi agak janggal..seeloknya biarlah mereka nyenyak tito di rumah..disebabkan kejohanan ini 4 tahun sekali..perasaan teruja tu semakin menjadi-jadi..ada yang keluar 2 jam awal sebelum sepak mula..berkumpul dengan member-member bercerita pasal bola..memang meriah..

Selain remaja atau dewasa, tengok bola lewat malam kurang bermasalah berbanding mereka yang telah berkeluarga..bagi suami yang gila bola, bila nak pergi lepak kedai mamak tengok bola, si isteri mula melakukan tugas sebagai inspektor amatur menanyakan ke mana si suaminya hendak pergi..keraguan mungkin muncul kerana bola sepatutnya start pukul 12 tapi keluar awal sejam..terdapat andaian yang pastinya bermain pemikiran si isteri..dalam masa sejam macam-macam suami dia boleh buat.. cam kot kot keluar dengan perempuan lain..tak pon kenapa tak tengok kat umah je, bayar bil astro mahal-mahal tengok kat luar..nak melepak tempat lain ke tengok bola..andaian itu menunjukkan keprihatinan si isteri kerana mereka rasa diri mereka terabai sekiranya si suami asyik bejaga malam ketika musim bola berlangsung..dalam hal ini nak salahkan bola ke, kedai mamak, si suami, atau isteri?..

Ada kesan dalam hubungan suami gila bola dengan isteri bila musim bola bermula..apabila si suami tengok bola sampai larut malam..si isteri akan tito bertemankan bantal..tak pon longgokan kain yang tidak berlipat..bila waktu pagi pula, si suami yang tak cukup tito pulak dalam keadaan badan yang tak bermaya menyebabkan dia mungkin tak dapat wat keja dengan sepenuh perhatian..kot-kot mase tu isteri die mintak tolong jerangkan air..tapi die pergi buatkan teh ais tiga layer plak..dalam situasi yang lain, sekiranya pasukan si suami sokong tu kalah..pasti emosi dia sedikit terganggu pagi tu..terasa macam hangin je satu badan..silap-silap isteri rasa tempias..nak-nak si isteri tengah pakai baju warna oren mase wat sarapan..dah la Netherlands kalah dua kali....si suami seharusnya memilih pasukan yang kuat untuk elakkan insiden ini..bagi suami yang tengok bola kat rumah je..pasti remote control sudah di sembunyikan sejak semalam..si isteri pula terpaksa melipat kain di belakang sambil merajuk akibat tidak dapat tengok cerekarama peberet mereka..bagi isteri yang dah lali, tengok kan aja bola ini sambil mengharap si suami tertito..bagi kes yang kronik mungkin sampai keadaan anak pon terabai..oh..jangan lah sampai begitu..

Dalam hal sebegini..si suami dan isteri haruslah punyai sikap tolak ansur..si suami terutamanya haruslah bijak membahagikan masa untuk keluarga dan hobi..tidak dinafikan atmosfera menonton bola sepak di kedai mamak bersama kawan-kawan memang berbeza berbanding di rumah..dengan sorakan, bakat menjadi pengulas sukan terserlah, mencarut,  mengejek pasukan lawan yang kalah, skrin layar gergasi dan pelbagai lagi kemeriahan dapat di rasai..namun atmosfera di rumah juga akan berubah seperti awan berarak mendung serta diiringi kilat sambung menyambung..kesian kat si isteri tu sensorang kat rumah..takkan hari-hari nak tengok bola lewat malam..dalam musim bola EURO khususnya..ia akan di jalankan lebih kurang sebulan..so jangan la sebulan tu tak teman isteri waktu tito..tengok la team-team yang best je..tak pon pilih team yang lemah..kompem tersingkir awal dan dah takde mood nak tengok lagi..tapi rata-rata lelaki takkan berbuat demikian..tak pon tengok je kat umah..paling-paling dapat gak luangkan masa dengan isteri..kot-kot die gorengkan keropok ke..dapat makan free..

Bagi isteri yang sedikit bijak mengambil hati mungkin si isteri turut sertai suami tengok bola kalau si suami tu tengok bola kat umah..lantak lah paham ke tak paham, kenal ke takkan kenal..nanti si suami pasti rasa kehairanan dan terbit rasa gembira sebab dapat kongsi hobi yang sama dengan isteri..mungkin si suami akan ceritakan serba sedikit pasal bola kat isteri die..so sweet...ho19..yang lagi bijak letak je ubat tito dalam makanan malam suami..tak tengok dah bola nanti..(amaran:dos yang tinggi mungkin mengakibatkan kematian)..tapi bijak kena bertempat..elok takyah buat..bagi isteri yang sabar, mereka akan berfikir yang situasi ini sebulan je..nanti dah habis bola pandai la tito awal..lagi pon si suami kan bekerja keesokkan harinya..nanti dapat la tengok balik cerita peberet mereka..

Banyak lagi sikap tolak ansur yang mereka boleh lakukan..dengan pemikiran seawal peringkat remaja, mungkin ini antara cara yang aku rasa diorang boleh buat..sekarang, dalam usia remaja aku bebas tengok bola tanpa menghiraukan sesiapa..aku pon jenis gila bola gak..mujurlah tak de sape nak halang atau marah..mungkin nota-nota exam aku marah kat aku akibat sering mengabaikan mereka..coretan di atas terlintas setelah aku tertengok rancangan wanita hari ini yang juga mengulas isu yang sama..tapi aku terus menukar siaran...masakan aku perlu tengok siaran khusus untuk wanita..tapi tajuknya sesuai untuk dikupas dengan situasi musim bola sekarang..

Bercerita pasal bola, pasti ada yang menang dan kalah..bagi peminat Ireland janganlah bersedih sebab Ireland adalah pasukan pertama tersingkir dalam kejohanan EURO 2012..so tepaksa la tunggu lagi 4 tahun lagi untuk tengok pasukan ini beraksi ke suku akhir sekiranya layak di kejohanan seterusnya..dalam kesempatan ini, si isteri penyokong Ireland perlulah memujuk suami mereka..wat makan sedap-sedap ke..mana tahu remote akan bertukar tangan..anda juga yang untung..ok, untuk kali ni aku hendak bercerita pula tentang negara Republik Ireland..



Bendera Ireland

Peta Ireland
Ireland merupakan antara negara yang terdiri dalam kepulauan British (The British Isle) yang terletak di Eropah..satu-satunya negara yang bersempadan darat dengan United Kingdom..ibu negara Ireland ialah Dublin..keluasan Ireland pula ialah 70 280 km2, sedikit kecil berbanding keluasan negeri Sabah secara perbandingan.. jumlah penduduk pula sebanyak 4.5 juta (2011) yang kebanyakannya berbangsa Irish.. Ireland adah sebuah pulau (island of Ireland) yang berkongsi dengan salah satu negeri dari United Kingdom iaitu Northern Ireland..seperti pulau Borneo yang berkongsi tiga negara iatu Malaysia (Sabah & Sarawak), Brunei dan Indonesia (Kalimantan)..

Cliffs of Moher, Ireland
Secara geografi Ireland di kelilingi Laut Irish di sebelah timur, Laut Celtic di selatan, Selat Utara di utara dan Lautan Atlantik di barat..kemuncak tertinggi di pulau ini ialah Carrauntoohill (1,041 m)..terdapat juga garis pantai di Ireland yang bertebing tinggi di sepanjang pantainya..memang tidak sesuai untuk berkelah..Ireland mendapat kemerdekaan dari United Kingdom pada tahun 1922 di mana sebelum itu adalah sebahagian dari United kingdom..pada kurun ke-18 terdapat lebih 8 juta penduduk yang menetap di pulau ini..namun sekitar tahun 1845 hingga 1849 lebih dari 1 juta penduduk mati dan berpenyakit akibat hawar yang menyerang tanaman kentang mereka..ketika itu kentang adalah sumber makanan utama..kebanyakan mereka kebuluran hingga terpaksa berhijrah ke negara lain termasuk ke benua Amerika..

Dublin

Kini Ireland merupakan antara negara yang terkaya di eropah..dengan KDNK sekitar 39 639 USD..dengan mengeksploitasi dari sumber petroleum, gas, perusahaan farmasikutikal, industi pemprosesan, mesin berat serta pelancongan..kira-kira 3 juta pelancong melawat ke Ireland saban tahun.. anatara tempat yang menarik untuk dilawati seperti Dublin, dalam setiap satu dari lapan pekerja masih bergiat dalam pertanian kebanyakannya dalam industri ternakan dan tenusu yang juga antara industri penting di sini..

Ternakan Biri-biri

Bukan semua suami yang kaki atau gila bola..setiap orang ada minat masing-masing..yang penting kena ada tolak ansur sesama keluarga..ada yang kaki mancing yang keesokkannya baru balik, ada yang kaki cari duit seminggu sekali baru balik..ada yang kaki botol kadang-kadang lupa nak balik..syukur lah si suami tu bukan kaki perempuan..silap-silap dah taknak balik dah..bola-bola juga..jangan lupa tanggungjawab taw..

p/s: bila aku dah berkeluarga, bola tetap kena tengok...hu19

3 comments:

  1. Aiyo..banyak gak isu bola dlm rumah tangga...mcm ad pglmn je...hihihi

    ReplyDelete
  2. ow..biasa..ank dh 3...ha19

    ReplyDelete
  3. anak tekak, anak rambut anak kucing

    ReplyDelete