Keluar meluangkan masa bersama kawan memang
seronok..lagi-lagi menghabiskan masa bersama dengan aktiviti
bermanfaat..semalam masa naik bukit boleh dikatakan bermanfaat juga..menglihat
keindahaan hutan sekunder, mengeluarkan peluh,
membakar tisu adipos, semangat kekitaan juga dapat ditonjolkan di sini.. aku
lebih ambil kira masa bersama rakan-rakan berbanding kengantukkan yang di alami
akibat berjaga pagi..tu yang balik terus tito..pendakian berjalan dengan lancar..meh
tengok gelagat kami..
Kami Bersepuluh |
Lelaki Ini |
Mereng |
Nice Picture |
Nice Actors |
Selesai pendakian kitorang turun menuju ke kereta untuk balik..sampai je kat kereta, benda pertama aku cari ialah selipar..sebab kaki
aku dah berpeluh, panas dan lenguh..air
dah bergelen di teguk sepanjang penurunan bukit..namun seperti bencana kecil
yang menimpa, selipar tu tidak kelihatan...tergaru seketika kepala yang tidak
gatal mencarinya..mana aku letak erkk..seingat aku, aku letak kat luar kereta
je..luar kereta..ha19..otak aku mula membuat andaian yang selipar ni tersalah
letak..ada juga andaian mengatakan mungkin kawan-kawan pinjam..andaian aku mula
meleset sebab tiada siapa yang meminjam dan puas menggeledah..sah selipar aku
melarikan diri..dia tidak melarikan diri secara sendirian..tetapi dilarikan
oleh orang yang melarikannya..dalam bahasa lebih mudah ia dicuri..terpaksalah
aku terus berkasut..ini akibat kecuaian diri sendiri akibat letak selipar dekat
luar..
Setakat kehilangan selipar yang mungkin bencana atau masalah kecil untuk
aku dan bukan lah satu kos yang tinggi untuk ditanggung..dah la selipar orang
bagi..lagi la takde kos..dari sudut yang berbeza, banyak kesilapan manusia menyebabkan bencana
melibatkan kos yang tinggi ..contohnya tragedi yang paling popular, kapal
titanic karam melanggar iceberg pada 1912 di mana kos mencecah 150 juta USD..juga
terdapat bencana tumpahan minyak pada tahun 1989 di mana syarikat Exxon
terpaksa membayar 2.5 billion USD untuk kerja pembersihan..tragedi dalam nahas
pengangkutan paling tinggi kos pula melibatkan kemalangan letupan kapal angkasa Columbia dari
pihak NASA yang dianggar menelan kos sebanyak 13 billion USD..
Bandar tak berpenghuni berhampiran reaktor nuklear, Chernobyl |
Bencana disebabkan kesilapan manusia yang melibatkan kos paling
tinggi di dunia ialah tragedy Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 di mana
berlaku kebocoran reaktor nuklear..korang rata-rata pernah mendengar insiden
ini..pada tahun itu Ukraine masih di bawah kuasa Soviet Union..kerugian yang
dicatatkan adalah sekitar 200 bilion USD..bayangkan kalau dengan harga RM10
kita boleh beli sepasang selipar, apatah lagi 200 billion USD..beratus billion
selipar juga aku mampu miliki..untuk berbandingan yang lebih realistik, duit sebanyak ini mampu membina 125 buah KLCC..kos
ini melibatkan kerja pembersihan, penempatan semula dan pampasan kepada mangsa.. insiden ini menyebabkan bandar Chernobyl terpaksa di kosongkan serta
merta di mana lebih 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lain..dianggarkan
lebih 125 000 orang mati akibat terkena radiasi yang menyebabkan kanser..kini Chernobyl
adalah sebuah bandar berhantu dengan sisa radiasi yang tinggi masih
tertinggal..
Ukraine, Bangkit dari Bencana
Bendera Ukraine |
Ukraine merupakan negara paling besar di Eropah selepas
Russia.. Ukraine berkeluasaan 603, 700 km2 terletak jauh di bahagian timur
eropah..terletak laut hitam di bahagian selatan dan dikellingi Negara seperti Moldova
dan Romania di barat laut, Slovakia, Hungary dan Poland di bahagian barat, Belarus
di bahagian utara dan Russia di bahagian timur.. ibu negara bagi Ukraine ialah Kiev..mempunyai jumlah penduduk seramai 47 juta orang (2011).. cuma terdapat 5 bandar
yang penduduk lebih 1 juta orang..
Peta Ukraine |
Sejarah bermula bermula kedatangan puak Viking sekitar kurun
ke-9 yang membangunkan Kiev..telah menjadi empayar yang kuat di eropah timur pada
era emas sekitar kurun ke-10 dan ke-11..selepas itu, taklukan empayar Mongol
pada kurun ke-13 sebelum jatuh ke tangan bangsa Polish..Pada kurun ke-17 ia
menjadi kawasan orang Russia sebelum merdeka pada tahun 1991 setelah berpisah
dari Soviet Union..Sungai Dnieper mengalir sepanjang jantung negara ini, Kiev
hingga ke laut Hitam..Kawasan pergunungan pula terdapat di barat daya di mana
Banjaran Carpathian memisahkan dengan Poland dan Semenanjung Crimean
mengunjur jauh ke selatan..
Sungai Dneiper |
Ukraine negara yang kaya dengan sumber deposit mineral
seperti gas, uranium, minyak yang kebanyakannya belum dieksploitasi..
Perusahaan besi, pembuatan besi, kejuruteraan adalah industry utama di Ukraine.
Selepas merdeka, Ukraine mengalami keadaan inflasi yang tinggi, kemiskinan,
kesihatan.. negara ini cuba bangkit dari permasalahan lepas.Semalam aku juga
ada memberitahu Ukraine menjadi tuan rumah bersama dalam EURO 2012 kali ini..antara
Bandar yang terlibat dalam kejohanan ini Ialah Kiev, Donetsk, Kharkiv, dan
Lviv..kesemua bandar tersebut merupakan 7
bandar ter besar di Ukraine di mana 3 dari 4 bandar melebihi 1 juta orang
penduduk kecuali Lviv yang mempunyai
750, 000 penduduk. bandar-bandar ini sudah bebas dari ancaman radiasi
tidak seperti di Chenorbyl..Ukraine bangkit perlahan-lahan untuk memacu ekonomi
negara...
Kiev |
Nampak gayanya aku terpaksa la menggunakan selipar jamban
selepas ni kalau nak ke mana-mana..nak beli pon dah hujung sem..takkan nak beli
makanan pon pakai kasut..sarung je la mana yang ada..lepas ni kena beringat..kadang-kadang benda kecil pon boleh jadi masalah..
p/s: masa untuk study...
cuai
ReplyDelete