Saturday 2 June 2012

I Feel Love


"Cintailah aku sepenuh hati, sesungguhnya aku tak ingin kau pergi"
"Istikharah cinta memanggilku, memohon petunjukmu"
 "Bila cinta kini , tak lagi bermakna"
 
"Where is the love, the love, the love" 
" Collecting your jar of hearts and tearing love apart"
"And when I touch you I feel happy, inside, It´s such a feeling that my love"


Bila layan lagu je terasa seperti ingin bercinta..oh, bukan itu yang aku maksudkan..perasaan itu terbit disebabkan lebih 99% lagu mesti ada bersangkut paut dengan cinta atau love..tak kisah la cinta dengan kekasih ke, ex ke, mak mertua ke, keluarga, atau kawan..ada gak yang berkaitan cintai pencipta, pesuruh-Nya, haiwan kesayangan...sangat jarang berkisar tentang alam sekitar, pencemaran, peperangan..dan mungkin takde lagu menceritakan pasal proses fotosintesis, sistem pencernaan, hukum newton ke-2 atau ke tidak normalan kromosom..pasti markah genetik aku tinggi jika term genetik di jadikan lagu..

Cinta bukanlah perlu dihayati dengan menghafal  lirik lagu..kita perlu merasainya untuk mengetahui apa nikmatnya.. macam mana nak rasa cinta..mula-mula kena sediakan bahan..

Bahan-bahannya

1  lembaran cerita
2 keping hati, (tak boleh lebih sebab akan rasa pahit)
1 baldi kesetiaan
1 mangkuk besar tanggungjawab
2 ulas pengharapan
1 mangkuk perjodohan

cubitan mesra, rasa cemburu, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)

Cintakan binatang dan alam sekitar tidak memerlukan kesemua resepi di atas..pilih mana yang perlu..resepi tu untuk mereka yang perlu..(if you know what I mean)..gaulkan kesemua bahan menggunakan akal sihatmu dan keimanan supaya sebati..kemanisannya bergantung cara kamu menggunakan akal sihatmu dan kuat mana keimanan digunakan..oi, nah..aku dah boleh jadi chef dah ni..tapi kebanyakan yang cube merasanya tidak dapat melakukan dengan sempurna..mungkin ada yang menggaulnya menggunakan nafsu..ada juga yang menggaul sebelum masa nya.. lihat saja zaman sekarang..yang belum bernikahnya ada yang sudah terlanjur,,yang sudah bernikah pula ada yang bercerai..rasa cinta perlu terus kekal di antara kedua-dua pihak pihak supaya ia berpanjangan dan hidup lebih bermakna..

I Feel Love


Lupakan sementara tentang rasa cinta itu..itu bukannya perkara pokok yang nak ku sampaikan..berbalik pada lagu, perkataan cinta atau love bukan sahaja terselit sama dalam lagu, puisi, gurindam dan sebagainya..malahan ia juga terselit dalam nama negara..kali ni kita ke Eropah buat pertama kali dalam blog ni untuk mengenali negara tersebut..

Bendera Slovenia
Pernahkah korang mendengar negara Slovenia.. mungkin ada yang pernah dengar..perhatikan ada perkataan love disebalik perkataan Slovenia..ini je sebenarnya yang aku nak beri tahu tapi banyak plak kena tulis..hu19..Slovenia adalah sebuah negara di eropah yang terbentuk dari hasil pemecahan negara Yugoslavia pada tahun 1991.. Ibu negara Slovenia ialah  Ljubljana..bekas negara yang pernah menjadi sebahagian Yugoslavia ini berkeluasan 20, 273 km2..secara berbandingan keluasannya hampir menyamai keluasan gabungan Johor dan Pulau Pinang..

Peta Slovenia
Slovenia mempunyai penduduk seramai 2.01 juta orang..sebelum aku pergi lebih jauh..ingin aku nyatakan statistik jumlah bilangan penduduk aku gunakan sebelum ini di ambil pada tahun 2010.. perubahan populasi akan berlaku setiap tahun.. manakala nama negara, keluasan dan ibu negara akan kekal sekiranya tiada krisis politik atau penaklukan negara berlaku..Slovenia sebuah negara yang diliputi kawasan pergunungan di kawasan barat laut bersempadan dengan Italy dan Austria..di mana kemuncak tertingginya ialah Mt Triglav (2864m).. lebih separuh dari tanahnya masih terdiri dari hutan manakala sebahagian kawasan tanah rendah terdapat di  timur dan pinggir pantai..

Lake Bled
Slovenia adalah sebuah negara pelancongan yang berlatar belakangkan permandangan alpine dan kawasan pantai yang menarik..antara tempat yang kerap di kunjungi ialah Lake Bled yang mempunyai tasik biru yang memukau permandangan berlatar belakangkan Julian Alps..selain itu,walaupun mempunyai garis pantai yang pendek iaitu 46km, masih terdapat juga pantai yang menarik untuk dikunjungi di Slovenia..sekarang musim panas pasti ramai pelancong yang mengunjungi kawasan tersebut..klo setakat nak mandi laut kat Malaysia pon dah boleh..klo nak cuci mata pergi la sini..tapi aku tak sarankan..hu19

Pantai yang menghadap Teluk Venice
Samada Slovenia atau Malovesia(Malaysia), perkataan cinta atau love bukan sekadar pada perkataan atau di bibir..tapi sememangnya untuk di rasai..ya, aku dapat merasakannya..ho19..cinta untuk manusia dan negara sama penting..tapi lagi penting cintakan tuhan..

p/s: Masa untuk menikmati makanan..cintakan makanan juga sama penting dengan cintakan manusia

3 comments: