Thursday, 21 June 2012

Takut Terhadap Peperiksaan

Sejak dua tiga minggu ni aku sering sahaja mengalami masalah yang serius..ketakutan terhadap kepada sesuatu perkara..tiap kali melangkah menghadapinya seperti terasa ingin berlari dan sambung tito di bilik..ketakutkan yang membelenggu dalam diri..namun aku sentiasa dikejar di balik bayang-bayangnya ketika ini..sebelum menghadapinya, ia menyebabkan aku berjaga lewat malam, terpaksa mengambil dos nescafe yang berlebihan, mengasingkan diri dari dunia luar..dengan keadaan bilik tidak terurus..memang sadis..bila menghadapinya pula mampu membuat otak aku sepert tidak berfungsi, tangan seperti kaku, kerap menoleh keadaan sekililing dan seperti tidak pernah cukup masa..apabila telah menghadapinya aku pula akan seperti mahu mencarut sekira tidak dapat menghadapinya dengan baik..mengeluh sendirian dan terasa terlepas dari segala beban..penyakit ini memang kronik..ia lebih di kenali sebagai sindrom menghadapi peperiksaan..itu hanyalah simptom biasa yang dihadapi oleh kebanyakan student..bagi sesetengah kes yang kronik, menghadapi peperiksaan merupakan satu ketakutan yang amat sangat..pernah korang mendengar Testaphobia


Testaphobia adalah ketakutan semasa menjawab peperiksaan..memang bahaya..aku rasa ramai juga yang pernah mengalaminya...di sini aku nak senaraikan jenis-jenis phobia yang berkaitan dengan belajar yang jarang di dengar dan ada kalanya seperti tidak logik..


Bibliophobia - (Ketakutan kepada buku)


Bunyi macam aneh..tetapi mungkin sesetengah orang pernah mengalami diketuk dengan buku teks kimia yang tebal di kepala sewaktu tito di dalam kelas oleh cikgu kimia..kesan bengkak yang ketara sambil disambut hilai tawa kawan-kawan yang lain.tak pon asal selak buku je berbuih mulut..bahaya..

Thaasophobia - (Takut untuk duduk)


Student yang study tak habis nampak je kerusi kat dewan peperiksaan je terus gigil lutut..rasa lemah je masuk melangkah..

Didaskaleinophobia - (Ketakutan sewaktu pergi ke sekolah)


Yang ni bunyi macam mengarut..penghidap mungkin sering dibuli di sekolah..tak pon kecewa untuk berhadapan awek yang gagal die ngurat mase kat sekolah..yang nak amik exam plak, selangkah je masuk sekolah terus histeria agaknya..

Phronemophobia  - (Takut untuk berfikir)


Yang ni dah macam tak logik je..nak berfikir pon takut..susah hidup macam ni..ni kalau cube generate idea masa nak jawab exam boleh menggelupur ketakutan agaknya..

Sophophobia - (Takut untuk belajar)


Dalam erti kata yang lebih kasar ialah pemalas..kau pergi buat kerja..belajar pon takut payah ni..

Ini hanyalah sebahagian dari senarai-senarai phobia berkaitan pembelajaran yang jarang kita dengar..sebenaranya apa yang aku tulis tu saja je tapi phobia tersebut memang wujud dan bukan direka-reka..Penyakit ini tidak membahayakan penghidap..namun ada kesan dalam fisiologi badan bagi mereka yang benar-benar takut mengambil peperiksaan khususnya seperti bernafas lebih laju, tidak dapat memikirkan ayat dalam kertas ujian dengan baik, mual, menggigil, bibir kering, berdebar-debar, dan berpeluh..kalau keluar lepas test berpeluh tu ada dua kemungkinan..sebab phobia atau air cond rosak..susah jugak kalau takut dengan benda-benda macam ni..

Dekat dunia ni takde negara yang sekolah dia tiada sistem pendidikan peperiksaan..tahukah korang bahawa kerajaan China purba adalah negara pertama yang buat peperiksaan..peperiksaan dibuat untuk pemilihan calon bagi menjawat jawatan  mana-mana posisi yang spesifik dalam kerajaan..peperiksaan terawal ini di adakan ketika Dinasti Sui pada 605..tak boleh nak salahkan pemerintahan pada dinasti itu menyebabkan yang menyebabkan peperiksaan diadakan..salahkan diri sendiri sebab tak study betul-betul sebelum exam..aku tak nak bercerita pasal negara China..mana-mana negara mesti ada peperiksaan dekat sekolah..Aku nak bercerita tentang negara yang masih kurang kesedaran dalam sistem pendidikan dari kalangan penduduknya..rasanya ada yang tak pernah menghadapi peperiksaan..


Burkina Faso, bergelut untuk ilmu

Bendera Burkina Faso
Burkina Faso adalah sebuah negara yang terletak di Afrika Barat..keluasan Burkina Faso ialah 274, 200 km2..penduduk pula seramai 18 juta (2011)..ibu negara Burkina Faso ialah Ouagadougou..Burkina Faso pernah menjadi negara paling ramai yang buta huruf di dunia di mana hanya 12.8% orang dewasa yang tahu membaca pada tahun 1990..ia melonjak dua kali ganda pada tahun 2008 dengan jumlah yang tahu membaca meningkat pada 28.6% pada tahun 2008..namun masih antara di kalangan negara yang terendah dari segi populasi orang dewasa yang tahu membaca..

Keinginan untuk belajar di kalangan kanak-kanak di Burkina Faso

Di sana kadar yuran adalah sebanyak 97 USD setahun dan jauh sangat tinggi dengan kadar kemampuan keluarga mereka di sana yang rata-rata hidup miskin..kalau tukar duit Malaysia kira-kira RM300..mahal giler..ni kalau kat Malaysia mau dah merusuh rakyat kalau yuran setinggi sedemikian..kalau belajar pon tidak mampu masakan mereka boleh mengambil peperiksaan..kini kerajaan di sana cuba menambah baik sistem pendidikan untuk masyarakat Burkina Faso..di sana terdapat pelbagai etnik yang hidup di bawah satu negara seperti bangsa Mossi merangkumi 40% jumlah penduduk..dan 60% terdiri dari bangsa Gurunsi, Senefo, Lobi, Bobo, Diola, Dagara, Mande dan Dagara..
 
Ouagadougou
 Majoriti penduduknya beragama islam (50%)..kepercayaan nenek moyang (40%) dan selebihny kristian dan lain-lain..negara ini masih mundur dari segi ekonomi..hanya terdapat sedikit sumber yang terdapat di sini seperti Mangan..ramai rakyatnya yang bermigrasi ke negeri jiran seperti Ivory Cost untuk mencari peluang pekerjaan..KDNK negara ini juga antara yang terendah di dunia..masih ada tempat menarik untuk dikunjungi..bahagian pelancongan Burkina Faso sekarang giat  mempromosikan sumber khazanah alam yang kaya di negara itu untuk tarikan pelancong..
Air terjun Karfiguela

Tadi lepas jawab paper genetik aku rasa macam nak terbalikkan je meja dekat dewan tu..sebab tak cukup masa nak jawab..aku rasa aku perlukan 4 jam untuk jawab ke semua soalan tadi..walaupun dapat menjawab kesemua soalan, entah aku jawab tadi entah betul ke tidak..mujurlah kawan-kawan aku keluar seperti tiada masalah walaupun aku taw keadaan sebenar dan membuatkan aku juga keluar seperti tiada masalah..aku berlalu pergi dengsan ketawa yang dalam nya ada kebengongan..aku masih menghidap testaphobia..

p/s: tinggal lagi 2 paper sebelum pulang ke rumah

2 comments: