Sunday, 10 June 2012

Tak Mengapa Kalau Ibu Tidak Merasa

Sudah seharian hujan turun membasahi bumi..malam yang dingin menyelinap di balik dinding kayu yang usang..baldi sudah hampir penuh menadah hujan mengalir dari atap yang bocor..tempias hujan sekali sekala terkena pada ibu tua yang berbaring di sudut katil..dirapatkan tingkap supaya tidak terkena tempias..rumah peninggalan arwah suami menjadi peneman setia di usia lanjutnya sejak sekian lama..hujan turun dengan lebatnya seperti memahami hati kecil yang sudah sekian lama bersedih..dalam baringnya, teringat anak tunggalnya yang tinggal di bandar..punyai kerjaya yang bagus..sudah memiliki keluarga..isteri yang cantik..anak-anak yang sudah besar..tika cuba melelapkan mata, adakala nafasnya tersekat-sekat kerana penyakit asma yang semakin teruk

20 tahun yang lepas....ingat lagi masa along konvo..ibu seronok sangat tengok along naik ke pentas mengambil segulung ijazah..along dapat ijazah kelas pertama..ibu  tak taw apa tu ijazah kelas pertama..dulu ibu belajar kat kelas sampai darjah enam je..along ketawakan ibu, along beritahu ibu apa maksud ijazah kelas pertama..ibu tersenyum tanda paham..masa itu along berjanji akan bantu ibu supaya hidup senang..sebab keluarga kita dulu memang susah..along kata nak ajak tinggal sama dengan along bila dah besar..bawak ibu jalan-jalan....ibu cuma menggangguk sahaja sambil senyuman terukir di bibir..ibu  gembira along berjaya dalam pelajarannya..ibu tumpang gembira bila anak ibu gembira..terima kasih tuhan kerna makbulkan doaku selama ini..

Tak sampai sebulan lepas konvo, along dapat tawaran kerja yang bagus di bandar..tak sempat nak lepaskan rasa rindu ibu pada along lebih lama..sebelum ni along habiskan masa belajar di universiti..cuti semester pun along jarang balik rumah..kata along ada kerja sedikit di kolej..tak mengapalah..lagi pon along bukan pergi ke mana-mana..along dapat tawaran bekerja di bandar jauh dari kampung mereka tinggal..terima kasih tuhan kerana masih mendengar doaku..kini along berjaya mendapat pekerjaan yang diidamnya..ikutkan hati, mahu saja ibu larang along pergi..tapi demi kebaikkan along, ibu benarkan..ibu juga tumpang gembira..sudah lama ibu tinggal sendirian sejak arwah pergi masa along mula dapa sambung belajar..kini ibu cuma ada along sahaja..along mungkin pergi tak lama..kalau ada masa balik lah die..bisik hati kecil ibu..

Tetapi sejak along kerja jauh..along jarang pulang ke rumah..along juga jarang hubungi ibu di kampung..adakalanya dua bulan sekali baru telefon..bila ibu telepon tak pernah di angkat..mungkin along tengah sibuk..kata ibu yang nak sedapkan hatinya,,masa raya hari tu pon tak sampai sehari along dah nak pulang ke kota..sibuk katanya..tak mengapalah, mungkin along memang betul-betul sibuk..dalam kesibukkannya ibu selalu mendoakan along supaya sentiasa dalam keadaan baik-baik aja..ibu teringin sangat nak luangkan lebih masa dengan along..masakkan makanan kegemaran along..berbual dengan along..mungkin satu hari nanti..keluh ibu..

Hari berganti hari..bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..kini along seorang usahawan yang berjaya..along ada ladang ayam baka..ibu kurang mengerti apa itu ayam baka, yang ibu tahu ayam sembelih dari pasar dan ayam kampung yang dibela di belakang rumah..ibu sangat bangga dengan pencapaian along..
 along juga sudah punyai banglo mewah..ibu dapat tahu dari jiran sebelah rumah..ibu turut gembira..tetapi sampai sekarang ibu tak pernah jejakkan kaki ke rumah along..along kata tak sempat nak ajak ibu pergi sebab sibuk..along juga kata ibu mungkin tak sesuai duduk rumah banglo sebab biasa tinggal di kampung..kecil hati ibu mendengarnya..tak mengapalah kalau ibu tak merasa duduk rumah banglo along..nanti kalau ibu tinggal rumah along siapa yang nak jaga rumah kampung ini..kesian pulak nanti takde siapa nak bagi makan kat kucing dan ayam kat kampung kalau ibu duduk dengan along..ibu cuba sedapkan hati tanpa sedari air matanya jatuh membasahi pipi..

Hari tu along balik sekejap ke kampung..along bawak kereta mewah warna merah..yang ada lambang kuda..ibu tak tahu kereta apa...tapi bukan itu yang ibu pandang..ibu gembira sangat along balik hari tu..dah enam bulan along tak balik..along kata along nak amik geran kebun arwah ayah..ibu pon serahkan pada along..dulu sebelum arwah ayah pergi, arwah ayah memang ada buat wasiat untuk bagi tanah kebun pada along..along kata along nak bina reban ayam bila dah habis belajar..baru je ibu nak hidangkan lauk kegemaran along..along sudah bergegas mahu pulang..katanya sibuk mengejar masa..menangis hati kecil ibu melihat along berlalu pergi..tak mengapalah kalau ibu tak merasa naik kereta mewah along..tapi ibu rindu sangat kat along..

Along juga selalu keluar negara jalan -jalan bersama anak isteri..tapi ibu dah lama tak jalan-jalan dengan along..hari tu along pergi Poland tengok EURO..ibu pon tak pernah dengar nama Poland..tak mengapalah kalau ibu tak merasa keluar negara..ibu pon takut naik kapal terbang..tapi ibu nak sangat luangkan masa bersama along..sehari pon mungkin sudah memadai untuk mengubat rindu ibu..tiap-tiap hari ibu doakan hidup along sentiasa sihat sejahtera..tapi ibu takut ibu dah tak boleh doaakan untuk along lagi nanti..kesihatan ibu pon semakin lemah sejak kebelakangan ni..penyakit athma ibu semakin kerap menyerang..lagi-lagi kalau waktu hujan..ibu rindu sangat kat along..ibu sentiasa doakan kita dapat berjumpa lagi..

Dan malam itu belum menunjukkan tanda-tanda hujan mahu berhenti..mengalir air mata ibu menahan kerinduan kepada anaknya..nafas ibu makin perlahan..titisan terakhir air mata ke bumi mengiringi pemergiann ibu menemui illahi...dalam akhir hayatnya masih terucap doa untuk anak tercinta..
Kasih Ibu Sampai Ke Syurga

Dalam kita berjauhan dengan ibu bapa..jauh disudut hati mereka yang sentiasa rindukan anak-anaknya..kalau boleh setiap masa si ibu ingin tahu bagaimana keadaan anaknya..apa yang di makan..cukup kah..apa yang di minum..cukup kah..masih cukupkah wang belanjanya..bagaimanakah kesihatanya..naluri seorang ibu yang sentiasa mengambil berat tentang anaknya..kita yang dulu pernah menjadi sebahagian dari padanya.sentiasa di bawa ke mana-mana.. dan pabila sudah lahir, kita di tatang bagai minyak yang penuh..sungguh besar jasa ibu kita..dalam arus masa membuatkan kita adakalanya berjauhan darinya..walaupun berjauhan, tidak putus doa dikirimkan untuk pastikan anaknya sentiasa sihat sejahtera..kehidupan kita di sini juga mendapat berkat dari seorang ibu..kita juga tahu yang doa seorang ibu sangat makbul di sisi-Nya..pernahkah terfikir sekiranya tiada lagi doa dari seorang ibu terhadap anaknya..apakah implikasi terhadap hidup kita..

Tak terbayang sekiranya seorang yang bergelar ibu sudah tiada lagi sisi kita buat selama-lamanya..kehidupan kita selama ini sering di temani ibu...dalam waktu sukanya..dalam waktu duka nya..dalam waktu gelaknya..dalam waktu tangisnya..jikalau ada apa-apa..siapakah yang kita akan cari dulu semasa kecil..anda juga tahu siapa orang..betapa besar peranan mereka dalam hidup kita..samada yang masih hidup atau pun yang telah tiada..kasih sayang nya tiada siapa yang mapu ganti..itulah orang yang menghayunkan buaian dan menjadi serikandi dalam hidup kita..


Pulau yang tidak beribu

Bendera Nauru

Dah panjang lebar aku berceloteh..mari aku ceritakan tentang negara pula..kali ini aku ceritakan satu-satunya negara yang tiada ibu negara.. Nauru adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Lautan Pasifik..pulau ini jauh terpencil dari daratan dan jiran terdekat pula ialah Banaba Island, Kiribati kira-kira 300km.. Nauru cuma berkeluasan 21km.. Nauru ialah negara kepulauan terkecil di dunia dan juga negara republik terkecil di dunia..secara keseluruhan Nauru ialah negara ke-3 terkecil di dunia..Nauru tidak mempunyai ibu negara..Yaren merupakan merupakan pekan yang paling besar dan menjadi ibu negara tidak rasmi kerana terdapat bangunan kerajaan di sini..Jumlah penduduk cuma 10,000 orang (2012) sahaja.

Peta Nauru
Nauru mendapat kemerdekaan dari Australia pada tahun 1968..industri utama kepulauan ini ialah industri fosfat dan fosfat adalah satu-satunya sumber yang ada....sumber fosfat terhasil daripada tahi burung  yang berkumpul sejak sekian lama..bayangkan tahi burung boleh dilombong..dari hasil industri fosfat, Nauru menikmati hasil dengan menjadi negara mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) paling tinggi dalam kalangan negara dunia ke-3..namun pelombongan fosfat semakin kekurangan dan dijangka akan habis dalam masa terdekat..pada masa tu dikhuatiri Nauru tidak ada sumber lagi untuk dieksport sekiranya tiada perusahaan lain dilakukan..

Pulau Nauru secara keseluruhan

Keadaan cuaca di sini adalah panas dan keing..namun kerana saiz negara yang terlalu kecil..kadang-kadang awan terlepas nak turunkan hujan dekat sini..yang ni serius sampaikan kadang-kadang bertahun tak hujan dekat sini..terdapat sedikit tanaman di sini sepertii pokok kelapa, pokok sukun dan semak samun..negara kecil ini turut mempunyai lapangan terbang untuk menghubungkan dengan negara luar..Nauru terdiri dari 14 daerah, Aiwo, Anabar, Anetan, Anibare, Baiti, Boe, Buada, Denigomodu, Ewa, Ijuw, Meneng, Uaboe. Nibok dan Yaren..

Perusahaan Fosfat
Negera yang tak beribu negara mungkin tiada kesan kepada penduduk negaranya..tapi anak yang ibunya sudah tiada macam mana keadaannya..kasih sayang ibu tiada ganti..sementara ibu masih ada..tak kisah la ibu ke..umi, emak, mummy, mama, mak dan same waktu dengan nye..hargai mereka sebaik mungkin..luangkan masa bersama, jadilah anak yang baik, jangan derhaka padanya, penuhi keinginan mereka, balas lah jasa mereka selagi berkesempatan..walaupon kita memang takkan mampu balas kesemua jasa mereka..doaakan ibu kita dalam keadaan siaht sejahtera..ibu kita tidak pernah jemu mendoakan kejayaan untuk kita..pabila dia tiada kelak..hulurkanlah doa setiap masa agar dia ada bekalan untuk dibawa kelak..sesungguhnya tiada apa yang akan dibawa oleh manusia bila sudah mati kelak kecuali tiga perkara..termasuklah doa anak yang soleh atau solehah...

p/s : Doa ibu kepada anak seperti doa nabi kepada umatnya

No comments:

Post a Comment