Cuti study week sudah lama bermula..bila bercuti, nota aku turut bercuti..seperti memahami kehendak tuannya yang seperti sudah malas untuk melihatnya..masih terlalu awal untuk menyelak mereka..bisik hati yang sudah sebati memanipulasi akal untuk mengelak study awal..ho19..kawan-kawan pula rata-rata sudah pulang ke rumah masing-masing..aku tak balik sebab lagi 3 minggu saja untuk tamatkan sem ni..alang-alang balik lepas exam nanti..kerinduan terhadap kampung halaman perlu disimpan seketika..sebelum kerinduan untuk berkuliah terasa bila dah ada kat umah..kononnya..
Sejak aku belajar di UPM Serdang, memang senang nak balik rumah kalau waktu cutu mid sem atau study week..dulu klo kat UPM Bintulu kirim salam la nak balik..ini gara-gara belajar jauh di pulau Borneo..dengan kekangan kewangan untuk beli tiket flight sebagai punca utams..tiket flight dah la mahal..beratus kalau pergi sahaja..takkan nak balik selalu..dulu, laluan biasa yang aku lalui dari Senai-Kuching-Bintulu..kena transit ke Kuching sebab tiada direct flight dari Senai ke Bintulu..pernah juga lalu alternatif lain..macam dari Miri, Sibu dan KLIA..aku cume balik mase cuti sem je..bole la dari tak balik langsung..
Seronok sebenarnya naik flight ni..walaupun agak mahal..tak kan nak naik bas kot nak pergi Sarawak dari Johor ..kalau aku berupaya membina rakit merentasi Laut China Selatan untuk sampai ke Bintulu, dah lama aku buat..tapi berbekalkan akal yang masih waras, imaginasi itu ditolak mentah-mentah sebelum menjadi idea tidak bijak..ada dua kemungkinan sekiranya aku melakukannya, samada terkial-kial untuk menyiapkan rakit atau masuk paper esoknya bercerita tentang penemuan mangsa lemas di laut..lupakan saja..masa 1st time naik flight memang seronok dan teruja..perasaan teruja bila nampak pramugari..eh, bukan..walaupun mereka berpakaian seksi itu bukan punca keterujaan..perasaan teruja hadir bila pecutan maksimum semasa pesawat berlepas dan saat roda pesawat mula meninggalkan landasan..selang kemudian semua benda di tanah semakin kecil..kereta yang boleh memuatkan aku kini aku muatkan dalam jari..dari tingkap, airport yang besar pon sudah hampir sukar untuk dilihat..pesawat mula mengorak langkah menjejak horizon langit..tanpa aku sedari, aku sudah berdiri sama tinggi dengan awan...terasa kebesaran tuhan melihat kerdilnya manusia yang tinggal di bumi yang dicipta-Nya..pasal landing malas aku nak cerita..ho19
Lapangan terbang adalah pintu masuk utama untuk keluar negara atau penerbangan domestik..boleh je nak naik kereta atau bas nak pergi England contohnya..tapi rasanya kos die lagi mahal dan tak berbaloi..kesengalan berlaku sekiranya mencuba juga..dengan karenah nak melepasi imegresen di sempadan setiap negara, kos makanan, masa..abaikan saja alternatif menaiki kereta atau bas..lain la klo memang nak mengelilingi dunia dengan berkereta..lapangan terbang boleh menghubungkan kita dengan dunia luar dengan lebih pantas..presepsi awal kebanyakan pelancong terhadap sesebuah negara tu bermula dengan lapangan terbang..samada dari segi perkhidmatan, reka bentuk, atau fasiliti di lapangan terbang tersebut ..sampai-sampai, bila tengok lapangan terbang tu cantik dan gah, maka cantik lah tanggapan kita..klo serba serbi bagus perkhidamtan, bagus la negara..tapi itu cuma persepsi saja..negara kepulauan yang jauh terpencil menjadikan lapangan terbang sebagai nadi utama untuk ke negara mereka..terutamanya pulau-pulau di Lautan Pasifik.
Bagaimana pula dengan negara yang tidak mempunyai lapangan terbang..bagaimana hendak ke sana..di dunia terdapat 5 buah negara yang tidak mempunyai lapangan terbang..antaranya Andorra, Liechtenstein, San Marino, Vatican City dan Monaco..kesemuanya terletak di Eropah dan rata-rata negara tersebut bersaiz kecil..untuk membina lapangan terbang memerlukan tanah yang sangat luas..ia tidak boleh dibina di Vatican City dan Monaco..bagi pengunjung dari luar, mereka terpaksa transit ke negara jiran sebelum menggunakkan jalan darat atau helikopter untuk ke sana..namun antara kelima-lima negara, Andorra merupakan negara yang paling besar yang tidak memliki lapangan terbang di mana secara logiknya ia mampu memiliki lapangan terbang berdasarkan keluasannya..
Bendera Andorra |
Andorra merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh garisan sempadan Spain dan France..Andorra terletak tinggi di Banjaran Pyrenees yang memisahkan Semenajung Iberian (Portugal & Spain) dengan negara eropah yang lain..Ibu negara Andorra ialah Andorra la Vella..disebabkan terletak di kawasan pergunungan, Andorra la Vella adalah ibu negara yang paling tinggi kedudukan dari aras laut di Eropah dengan ketinggian 1023 meter dari aras laut..keluasannya pula adalah 468 km2...secara perbandingan ia hampir sama dengan keluasan daerah Petaling..
Peta Andorra |
Jumlah penduduk pula 78 000 orang (2011).. 2/3 dari penduduknya tinggal di ibu negara dan bandar berhampiran seperti Les Escaldes dan Encamp..rata-rata penduduknya tinggal di lembah..bentuk muka bumi yang tidak rata mungkin antara sebab tiada lapangan terbang di sini.. Lapangan terbang yang terdekat adalah di Lleida, Spain.. Andorra cuma ada satu heliport sebagai pintu masuk laluan udara yang terletak di ibu negara..begitu juga 4 negara yang tidak mempunyai lapangan terbang..Di sebabkan ia bersempadan dengan Catalonia, Spain..bahasa rasmi Andorra ialah Catalan..sedia maklum bahasa Catalan dan Latin (Spain) adalah dua bahasa yang berbeza walaupun berasal dari Spain..
Andorra la Vella |
Walaupun tiada lapangan terbang, ia bukan bermaksud negara ini tidak kerap di kunjungi pelancong..Andorra juga antara destinasi menarik untuk dikunjungi di eropah di mana industri pelancongan antara industri yang besar di sini..hampir 12 juta setiap tahun pengunjung datang ke Andorra untuk bermain ski..Andorra dilitupi salji selama 6 bulan tetapi pada musim panas adalah kering dan panas..nak mandi laut atau membina istana pasir tak boleh la kalau kat sini..sape ajar mandi laut dekat gunung..negara kecil ini juga menjana pendapatan dengan industri pembankan serta menjual sumber tenaga hidroelektrik ke Catalonia, Spain.
Mari berski.. |
Mujurlah sekarang aku belajar kat semenanjung..tiada lagi masalah kerinduan untuk balik ke rumah..bayangkan raya puasa pon tak balik..tapi ada istimewanya juga raya di tempat orang dan tak balik masa cuti ni..sekarang dah lama tak rasa naik flight..kerinduan muncul di situ..mungkin satu hari nanti..paling-paling pon mase pergi haji klo diizin tuhan..mesti pramugari die berpakaian menutup aurat klo fly pergi Jeddah...lagi bagus begitu..sekurang-kurangnya ia juga antara persepsi masyarakat luar terhadap negara kita.
p/s: Cam best je kalau balik rumah naik flight dari KLIA ke Senai..
No comments:
Post a Comment