Wednesday, 6 June 2012

Wanita Mungkin Tidak Perasan

Setelah membersihkan diri, selesai solat subuh (bagi mereka yang solat)..mereka mula mengenakan pakaian satu persatu..menghabiskan masa di depan cermin untuk menghias diri mengikut cara masing-masing..ada make-up setebal 3 inci..ada yang bulu mata yang bergulung-gulung..ada yang cuma menggunakan bedak untuk elakkan nampak tidak bermaya..dan ada juga yang tidak memakai apa-apa untuk nampak neutral..begitulah mereka yang lumrah sukakan kecantikkan..pakaian yang dipilih pula bersesuaian dengan ke mana mereka hendak pergi..hendak keluar bersama kawan, pergi ke kelas..dan sebagainya..warna pakaian juga biasanya matching antara alas kepala dan baju..bagi yang baju kurung pula matching dari atas sampai bawah..kalau atas biru..sampai ke bawah warna biru..mereka takkan pakai tudung merah, baju biru, seluar kuning, selipar putih..semangat patriotik adakalanya perlu diterjemah dengan cara yang lain...

Dalam mereka berpakaian, mereka mungkin berpendapat mereka sudah menutup aurat..dengan sudah bertudung, memakai baju kurung, baju atau seluar, kemeja atau kain..dan beralaskan selipar, higheel, wadges, kasut dan sebagainya..dalam tak sedar, mereka tidak mengetahui yang mereka masih tidak menutup dengan sempurna..sekali pandang tudung yang mereka kenakan sudah menutup rambut, melabuh menutupi bahagian dada, namun dari pandangan orang lain, tudung tersebut jarang sehingga kami mampu melihat bahagian leher dan tengkuk mereka..ada juga rambut-rambut nakal yang terkeluar dari tudung yang mereka gunakan untuk menutupinya ..mungkin mereka tidak perasan..maka kenakanlah tudung yang tebal dan sisipkan rambut dengan kemas untuk elakkan kami terpandangnya..ada juga mereka yang  mengikut perkembangan fesyen semasa, melilit tudung kemas menutupi kepala, manik berjurai melepasi bahu, namun sayangnya bahagian dada masih terdedah..mungkin mereka tidak perasan..maka labuhkanlah alas kepala kamu melewati bahagian dada..mereka juga mungkin tidak tahu apa yang kebanyakan kami fikirkan sekiranya mereka masih terus begitu..

Menutup aurat dengan sempurna merupakan tuntutan agama

Baju kurung yang mereka gunakan sudah cukup cantik dipandang..pesona ayumu jelas kelihatan..sayang sekiranya baju yang dikenakan ketat hingga menampakan tubuh badan.. mungkin mereka tidak perasan..maka kenakanlah pakaian yang longgar supaya tiada lagi bahagian tubuh kamu yang kelihatan yang mampu menarik perhatian kami..dalam mengenakan kemeja atau tshirt, ada juga pakaian yang berlengan pendek dan tidak menutupi bahagian punggung.. mungkin mereka tidak perasan..maka pilih lah pakaian yang dapat menutupi  bahagian lengan yang putih dan gebu  itu.. perlu lah ditutup dan melabuhkan juga bahagian punggungmu..mereka juga mungkin tidak tahu bahawa bukan semua dari kami yang mampu menundukkan pandangan bila berhadapan mereka..

Alas kaki yang dikenakan hampir melengkapi pakaian yang menutup aurat sekiranya sudah bertudung dengan sempurna serta kain dan baju..tapi sayang sekiranya tidak berstokin untuk menutupi keseluruhan kaki tersebut..mungkin mereka tidak perasan..maka alaslah kaki kamu dengan stokin  dan sebagainya supaya dapat melengkapi cara kamu berpakaian untuk lebih sempurna..mereka juga mungkin tidak tahu bahawa kebanyakan kami tenang melihat kamu jika kamu dapat menutup aurat dengan sempurna....Tidak kiralah kamu melangkah keluar dari rumah hendak ke mana..biarlah ia disertakan dengan pemakaian menutup dengan sempurna..supaya sejuk aku memandang walaupun dari jauh..ho19..


Bendera Bulgaria

Cuma sedikit coretan untuk mereka..banyak yang masih terbuku..cuma ini yang mampu tertulis..mereka yang bergelar wanita beragama islam..kami pula lelaki islam seperti aku..berbalik pada negara, korang mungkin tidak perasaan yang ada negara di mana ibu negaranya adalah sama dengan nama wanita..Bulgaria adalah sebuah negara yang terletak di Timur Eropah..nama ibu negara Bulgaria ialah Sofia..nama Sofia bukan lah berasal dari Sofia Janes atau Syarifah Sofia yang merupakan wanita yang femes di kaca TV satu ketika dahulu..ia juga bukan di ambil dari mana-mana wanita yang bernama Sofia..tetapi nama ibu negara Sofia diambil sempena nama gereja yang femes satu ketika dahulu, Hagia Sophia Church..aku bukan nak kaitkan mana-mana nama Sofia dengan gereja..cuma ia nama untuk kebanyakan  wanita dan juga nama untuk ibu negara..secara terperinci, Sofia berasal dari perkataan greek purba yang bermaksud kebijaksanaan..

Pete Bulgaria
 Bulgaria berkeluasaan 110, 910 km2 dan mempunyai jumlah penduduk seramai 7.4 juta (2011)..satu ketika dahulu Bulgaria juga sebahagian dari Empayar Uthmanyyiah sebelum empayar itu berpecah pada tahun 1908..namun ia belum cukup kuat untuk mempengaruhi penduduknya yang hanya 12% beragama islam.. manakala Bulgarian Ortodoks adalah agama terbesar di sana..sejak pemecahan Empayar Uthmaniyyah, Bulgaria telah mengalami beberapa kali perubahan sempadan negara sehingga sempadan Bulgaria sekarang yang terbentuk pada tahun 1947..Bulgaria juga antara negara satelit yang setia sehingga kejatuhan Sovier Union pada tahun 1991..

Alexander Nevsky Cathedral

Berdasarkan tempoh sejarah yang pelbagai, terdapat juga tempat dan bangunan menarik di Bulgaria..Terdapat Alexander Nevsky Cathedral yang popular di Sofia Bulgaria..Lembah Danube yang mengalir ke Laut Hitam menjadikan ia negara yang subur untuk membangunkan pertanian seperti gandum, jagung dan bijirin yang lain..Lebih dari 10 juta pengunjung datang setiap tahun membanjiri sekitar pantai yang terletak di Laut Hitam..Laut Hitam dikelilingi negara seperti Bulgaria, Turkey, Georgia, Ukraine, Moldova, Romania dan Russia..


Tak kiralah Sofia ke, Fatimah, Khadijah, Nurul, Siti, Dayang, Nisa, Mak Jemah, Ibu Kartini, Nenek Som dan sebagainya..sebagai seorang wanita kamu haruslah pelihara diri mu dengan cara menutup aurat dengan sempurna..bagi mereka yang belum menutup aurat dengan sempurna, janganlah dimarahi mereka apatah menghina mereka..mereka wanita yang punyai hati dan perasaan yang halus..mana tahu satu hari nanti mereka ini antara orang yang lebih ikhlas untuk menutup aurat berbanding kita..tapi sampai bila mereka mahu bertaruh dengan masa..sama-sama kita bersama ke arah kebaikan..berubah walaupun perlahan-lahan..

p/s: lelaki pon kena tutup aurat gak,ingat perempuan je..aku pon sama...

6 comments:

  1. dan kerana kamu perlu tahu wanita perlu dibimbing bukan buat bahan kajian....

    ReplyDelete
  2. bahan kajian...seperti ap..hu19

    ReplyDelete
  3. wahhh. ade blog upe nye :D maju maju

    ReplyDelete
  4. hu19..baru ada..sila beri tunjuk ajar...hu19

    ReplyDelete
  5. oh :O
    hazrul ada blog rupanya.
    tahniah! :P

    ReplyDelete
  6. hamboi din..
    mekasih kerna memberi tunjuk ajar..hu19

    ReplyDelete