Thursday, 7 June 2012

Bahang Kian Terasa


Sepanjang cuti study week..ada juga nota bertuah yang terselak..apa yang aku selak pon aku tak taw, mungkin suasana nak final exam belum terasa sangat..so selak nota juga antara permulaan baik untuk mula study..hu19..aku ketepikan seketika dari menyelak nota walaupun tak sampai sejam memegangnya..otak mula melonjak riang kerana sudah malas nak menghadam nota..mata yang dari tadi merayu untuk ditutup rapat mula segar takkala nota diketepikan..lantaklah, aku sebenarnya nak bersiap ke Broga untuk kali ke-2 pagi ni..kali ni kawan-kawan ex-dipolma ajak panjat bukit tersebut..sudah lama kami tak wat aktiviti bersama..dalam pukul 5 pagi kitorang bertolak dari UPM..Alhamdulillah kali ni aku dapat panjat tanpa sebarang masalah..suasana di puncak agak nyaman kerana cuaca redup..sampai di puncak, ada yang tertito kepenatan.. ada yang mencari serangga..ada yang terjatuh..ada juga yang tak sampai ke puncak..opsss...hu19..macam-macam..

Dalam pukul 12 tengah hari aku sampai kat UPM..dengan ngantuk dan penat tak ingat, aku terus setting keadaan badan aku dalam mood sleep..dalam keadaan mood sleep secara tiba-tiba jam menunjukkan 4 petang..adakah masa berlalu begitu pantas takkala setiap aku sedang berehat..hhhmm, oleh kerana belum Zohor terpaksalah bangun..setelah selesai mandi dan men Zohorkan diri, aku melihat jam di handset..kot kot masih ada masa untuk melelapkan diri..dengan mata yang masih layu, aku lihat tarikh hari ni pada handset..tiba-tiba seperti ada yang tak kena dan cube mengingat sesuatu..adakah harini besday aku..tak masuk dek akal..adakah esok start exam..aku mula menggelengkan kepala..adakah raya start isnin ni..mustahil sebab puase tak lagi..adakah hari ni awek aku ajak dating...lagi mustahil sebab takde awek..last-last aku baru teringat yang tentang sesuatu yang jauh lebih menarik..yang EURO 2012 akan start esok 9 Jun 2012..
EURO 2012 Poland-Ukraine

Bercerita pasal EURO 2012..dah lama aku tunggu kehangatan bola sepak dari pasukan elit segenap pelusuk Eropah.....sedia maklum EURO 2008 Austria-Switzerland sebelum ni dimenangi Spain selepas menawaskan German hasil jaringan tunggal Fernando Torres..Ya Torres..mungkin segelintir akan memahami..perempuan mungkin tidak memahami bola sepak atau semangat bola sepak..biarla mereka berada di dapur sambil menyediakan makanan..manakala lelaki yang kaki bola memegang remote tv di ruang tamu atau keluar ke mamak bersama kaki bola yang lain untuk memeriahkan musim bola kali ni..kebanyakan kaki bola seperti aku menanti-nanti EURO yang diadakan 4 tahun sekali..pasti berlainan cerita nya EURO 2012 kali ni di mana Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama..



Bendera Poland
Poland dan Ukraine mendapat hak penganjuran bersama semasa bidaan EURO 2012 dilakukan pada tahun lewat 2007 menewaskan Italy dan Crotia-Hungary pada peringkat akhir.. Upacara pembukaan akan dilakukan pada 9 Jun 2012 di mana tuan rumah, Poland akan menentang Greece..kita tinggalkan dulu bahang bola sepak..aku hendak bercerita tentang salah satu negara yang menjadi tuan rumah untuk EURO 2012.. 

Peta Poland
Poland adalah sebuah negara terletak di Eropah timur menghadap Laut Baltik..ibu negaranya ialah Warsaw..Poland berkeluasan 312, 685 km2. kurang 17 000 km2 untuk menyamai keluasan Malaysia..namun mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding Malaysia iaitu seramai  38 juta orang.Poland bersempadan dengan 7 buah negara terdiri dari German, Czech Republic, Slovakia, Ukraine, Belarus, Lithuania dan Kaliningrad (Russia).Secara geografi negara ini terdiri dari Banjaran Carpathuan yang menjadi sempadan semulajadi dengan Slovakia di bahagian timur..Aliran Sungai Oder di bahagian barat memisahkan Poland dengan Germany..Di barat daya pula terdapat Banjaran Sudeten yang memisahkan dengan Czech Republic..negara yang bersaiz sederhana tetapi di kelilingi banyak negara..

Warsaw, Poland

Poland satu ketika dahulu pernah menjadi cengkaman tentera nazi pada perang dunia ke-2..negara yang kaya dengan sejarah bermula penempatan orang-orang Salvic pada kurun ke-7 dan ke-8, penyebaran agama kristian sekitar kurun ke-10, pencerobohan Prussia pada kurun ke-14..merdeka untuk tahun seterusnya sebelum perang dunia pertama dan kedua mengubah saiz negara Poland yang asal menjadi semakin besar...Orang Polish (97%) menjadi bangsa majoriti di Poland manakala Krisitian agama terbesar di sana (91%)..


Pieskowa Skala Castle
Disebabkan pelbagai perubahan kuasa pemerintah, Poland kaya dengan bahan sejarah dan tidak rugi untuk melawat ke sini satu hari nanti..banyak tinggalan istana, kubu lama, gereja tinggalan era lampau..panaroma semulajadi tidak kurang hebatnya..dengan bahagian utara menghadap laut Baltik menjadi tempat dikunjungi pada musim panas..ingat..musim panas je..Rysy adalah puncak tertinggi di Poland dengan ketinggian 2499m..Zakopane atau bandar musim sejuk juga antara destinasi popular di sini..Poland antara bekas negara komunis yang berjaya dari segi pembangunan ekonomi berbanding negara bekas komunis yang lain namun kadar pengangguran di sini masih tinggi..


Kurang dari 24 jam lagi sepak mula akan di mulakan di..Stadium National Warsaw akan menjadi medan pertembungan di antara Poland dan Greece..tak kisah la sape menang..asal pasukan feveret aku dapat memberberi persembahan menarik dalam EURO kali ni..tapi ada masalah yang sangat besar kerana semua perlawanan peringkat kumpulan serentak dengan minggu exam..arghhhh...dalam dilema aku di buat ya..tengok kejohanan yang diadakan 4 tahun sekali atau fokus untuk  exam yang boleh mempengaruhi seumur hidup aku..rasanya aku dah ada cara mengatasinya....

p/s: baru je lepas tengok kalendar aku terus sambung tito akibat kepenatan

No comments:

Post a Comment