Sunday, 1 July 2012

Cara Mengelak Kemalangan Sebelum Ke Tempat Kerja

Sekarang kemalangan dan jalan-raya seperti sudah tidak dapat dipisahkan..seperti adik beradik yang sudah lama berkenalan..namun hubungan ini semestinya langsung tidak direstui oleh manusia..jalan raya dicipta untuk digunakan supaya kemudahan manusia..bukan dicipta untuk menyebabkan kecederaan apatah lagi meragutnya nyawa manusia pada awalnya..tapi sekarang dengan jumlah kenderaan yang semakin banyak, tak lupa juga dengan kecuaian manusia serta halaju membunuh antara penyebab kemalangan..tapi dah ajal die macam tu..nak wat camnekan..langkah pencegahan untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan kemalangan perlu diambil untuk memastikan terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini..kat sini aku nak beritahu cara mengelakkan kemalangan jalan raya sebelum ke tempat kerja..

5 cara mengelak kemalangan jalan raya sebelum ke tempat kerja

Pilih tempat kerja yang dekat dengan kediaman

- bila rumah dah dekat dengan tempat kerja, kita dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan..lagi dekat lagi bagus..macam sebelah rumah tu la tempat kerja kalau boleh..dapat jimat kos minyak..kalau tak pon bawah je barang-barang mandi, kain baju, perkakas dapur ngan charger handphone ke tempat kerja..duduk kat tempat kerja tu 24 jam..bagi yang office jauh dari rumah apa kata angkat siap-siap dengan khemah sekali..selagi boss tak halau keluar..kira ok la tu..

Guna jalan alternatif yang lain selain jalan raya

- selain jalan raya boleh je nak guna jalan lain yang tak melibatkan kenderaan untuk pergi kerja..macam lorong belakang rumah orang, redah semak samun tak pun gune laluan pejalan kaki..bagi yang pandai berenang dan rumah dekat dengan sungai..tak salah rasanya menggunakkan jalan air ini untuk sampai ke tempat kerja..tapi pastikan tempat kerja tu dekat sungai dan membawa pakaian lebih untuk menggantikan pakaian yang basah..idea ini tampak bodoh namun apa salahnya mencuba..ye dak..

Menggunakan kenderaan berat untuk ke tempat kerja

- jabatan perangkaan menunjukkan penunggang motorsikal lebih banyak terlibat dengan kemalangan berbanding dengan kenderaan lain..mentang-mentang kecik senang-senang je kena langgar dengan kenderaan lain..untuk mencegahnya..eloklah kiranya menggunakan kenderaan berat seperti lori bancuh simen, bas double-decker ngan trailer 16 tayar untuk ke tempat kerja bagi menjamin keselamatan anda..kereta kebal nampak lebih selamat namun tiada lesen kereta kebal dikeluarkan kepada masyarakat awam di Malaysia..

Berjalan kaki ke tempat kerja

- berjalan kaki juga antara cara untuk mengelak dari terlibat dengan kemalangan semasa pergi ke tempat kerja..bagi jarak yang kurang 10 km dari tempat kerja..eloklah kiranya bertolak 2 jam lebih awal sebelum masuk waktu bekerja..sambil berjalan boleh tolong kutipkan  sampah yang bersepah-sepah dekat tepi jalan raya..sambil  mengeluarkan peluh, dapat juga buat amal secara tak langsung..sekiranya jarak lebih 40 km, elok lupakan sahaja cara ini..sebab takut bila sampai je ngam-ngam tengok member punch card nak balik rumah..

Jangan bekerja

- ini langkah yang paling selamat..tak payah kerja..bila tak kerja maka takdela kebarangkalian untuk terlibat dengan kemalangan semasa nak pergi kerja..duduk la kat umah je tak yah nak pergi mana-mana..tapi kau nak makan apa kalau tak kerja..


Kita memang tak dapat mengelakkan dari kemalangan sifar di negara kita..tapi sekurang-kurangnya dapat mengurang kadar kemalangan..bagaimana pula mengurangkan jumlah kenderaan di Malaysia ?..mengikut kajian, setiap 350 dari 1000 orang rakyat Malaysia memiliki kenderaan bermotor..tak kisah kereta, van, lori mahupun motorsikal..mungkin tidak rasional untuk mengurangkan jumlah kenderaan di negara kita namun secara logiknya cara ini dapat mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya..tahukah anda Togo dan Sao Tome and Principe merupakan negara yang mempunyai jumlah kenderaan bermotor per kapita paling rendah di dunia...hanya 2 dari 1000 orang (2007) rakyatnya memiliki kenderaan bermotor..sangat sedikit jumlah kenderaan di negara mereka dan secara logiknya juga bilangan kemalangan berkurangan berbandingan negara yang banyak kendaraan..kali ni aku nak bercerita tentang negara Togo..

Bendera Togo

Togo merupakan sebuah negara kecil yang terletak di Afrika Barat..bersempadan negara di barat, Benin di timur dan Burkina Faso di utara..mempunyai garis pantai yang sempit menghadap Lautan Atlantik..ibu negara Togo ialah Lome yang terletak di Teluk Guinea..Togo hanyalah berkeluasan 56 785 km2..secara perbandingan hampir sama dengan keluasan gabungan Perak dan Pahang..jumlah penduduk pula dianggarkan 6.6 juta orang (2009)..

Bandar Lome

Peta Togo
Portugal, United Kingdom, Germany dan France antara negara yang pernah menawan tanah Togo dan rata-rata penduduknya pada ketika itu dijadikan hamba..Togo mendapat kemerdekaan dari France pada 1960..dari segi pemerintahan, Gnassingbe Eyadema yang pernah memerintah sehingga 2005 selama 38 tahun merupakan ditaktor yang paling lama memerintah di Afrika..namun setelah digantikan dengan anaknya, Togo kini masih mengalami kegansan politik menyebabkan hampir 40 000 penduduknya melarikan diri ke negara jiran..jumlah kenderaan yang sedikit bukan lah dapat menunjukkan skala keberkesanan dalam membendung jumlah kemalangan yang sedikit..namun penduduk Togo itu sendiri tidak mampu membeli kenderaan dengan mempunyai KDNK yang rendah kira-kira 380 USD..

Togo bergantung kepada pertanian untuk menjana ekonomi negara mereka di mana 65% ekonomi berasaskan pertanian..tanaman makanan yang di tanam adalah seperti ubi keledek keladi, jagung, kacang, padi, dan sorgum..kopi, kapas dan koko pula merupakan barangan eksport utama..lebih separuh dari rakyat Togo masih mengamalkan kepercayaan animisme (51%)..manakala kristian merupakan agama kedua terbanyak dianuti penduduk..selain bandar Lome, Sokode dan Kara merupakan bandar utama yang penduduknya melebihi 100 000 orang..


Bandar Tokome
Kemalangan sentiasa akan berlaku di mana-mana..jalan raya..tempat kerja atau dalam rumah sekali pun..kematian mungkin peratusan yang kecil berbanding kecederaan yang di hadapi semasa kemalangan..tapi itulah perkara yang kalau boleh hendak dielakkan..lagi-lagi masa musim perayaan..kalau boleh elakkan lah terlibat dengan kemalangan masa tu..ingat masih ada orang tersayang yang menunggu kepulangan anda..pemanduan yang berhemah sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar kemalangan walaupun mungkin akan berlaku disebabkan orang lain..malang memang takde bau..kini genap setahun aku terlibat dengan kemalangan yang sedikit sebanyak merubah cara hidup aku sejak kebelakangan ni..tapi aku tahu ia akan pulih kelak..cuma masa yang menentukan..

p/s: Rindu nak berlari..

2 comments: