Wednesday, 25 July 2012

Harapan Menginjak Dewasa


Apabila usia melangkah dari alam remaja, apakah harapan mereka untuk peringkat hidup seterusnya..ketika di sekolah, rata-rata mengharapkan supaya mendapat keputusan yang cemerlang..memasuki institusi pendidikan yang diminati..dan sebagainya..lumrah kehidupan manusia yang mengharapkan perkara kebaikan dalam kehidupan..mana ada yang berharap supaya hidup ditimpa bencana mahupun kecelakaan..harapan dipilih biasanya untuk memudahkan kita pada masa akan datang..membuatkan kita senang dan juga rasa gembira..dan apa pula harapan kita ketika menginjak dewasa..

Secara asasnya semua manusia mengharapkan hidup bahagia hingga ke akhir hayat..tanyalah dengan mana-mana orang di sekeliling kita..itulah jawapan yang biasa didengar..berbalik kepada harapan ketika dewasa, apa pula yang dapat dikaitkan dengan perkara yang mampu membuatkan kita hidup bahagia..pastinya ialah berharap dapat hidup bersama dengan insan yang tersayang..umum tahu bila mengatakan insan yang tersayang pasti melibatkan keluarga..untuk setengah pihak pula merujuk kepada si “dia”..tapi takkan sampai ke tua kita nak tinggal bersama keluarga kita..kita perlu membina keluarga sendiri seperti mana apa yang dilakukan dengan ibu bapa kita atau orang yang sebaya dengan ibu bapa kita..setelah panjang lebar aku merepek tanpa natijah, secara ringkasnya harapan utama seseorang yang telah menginjak dewasa ialah untuk berumahkan tangga dengan insan tersayang..

Adakah harapan untuk berumah tangga sudah cukup membuatkan kita berasa senang dan gembira kelak..dan adakah juga mampu membuatkan hidup bahagia hingga ke akhir hayat..salah percaturan dalam mengurusnya, menyebabkan apa yang menjadi harapan pada asalnya akan menjadi perkara yang sia-sia..sebagai orang yang punyai ilmu dan punyai agama, kita harus menggunakan ilmu dan agama pada garisan yang betul supaya pada akhirnya, harapan itu menjadi kenyataan.."kita" merujuk  kepada golongan dewasa yang belum berkahwin dan yang merancang kahwin lagi..ho19

Harapan manusia menanti di hujung tanjung..
Setia menanti benteng semangat yang cekal..
Di tanjung harapan pastinya datang ombak hasutan..
Yang cuba menghakis supaya menjadi teluk kedukaan..
Kekalkan semangat agar tanjung harapan dikekalkan.

Oh..teruk bebenor sajak ni..lantak lah..aku bukan nak bersajak pon..secara geografi ada beza antara harapan dengan tanjung harapan..beza dia tanjung harapan terletak di South Africa dan juga terdapat di Selangor.manakala harapan bukan nama tempat..daripada cerita pasal harapan tetiba pulak mengarut pasal tanjung harapan..tapi sebenarnya aku juga nak bercerita pasal tanjung harapan seperti mana aku beri tahu tadi tempatnya..


Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) pernah dikenali sebagai titik yang memisahkan Atlantik dan Lautan Hindi..juga dirujuk sebagai titik paling hujung di benua Afrika pada kurun ke-15..namun ia telah di salah anggap kerana Cape Agulhas merupakan titik paling hujung di Afrika yang terletak di South Africa..seperti mana Tanjung Piai yang merupakan titik paling hujung di tanah besar Asia..kali ni aku nak bercerita pasal South Africa..
Tanjung Harapan

South Africa merupakan sebuah negara yang terletak di selatan Afrika..South Africa berjiran dengan Lesotho, Swaziland, Namibia, Zimbabwe, Botswana dan Mozambique..South Africa berkeluasan 1 221 037 km2..4 kali ganda dari saiz Malaysia..South Africa mempunyai jumlah masyarakat kulit putih teramai di Africa walaupun hanya merangkumi 9% dari keseluruhan yang berjumlah 48.8 juta (2011)..dahulunya negara ini mengamalkan dasar Aparteid yang dikecam seluruh dunia di mana masyarakat berkulit hitam di diskriminasi dan ditindas oleh masyarakat berkulit putih..namun dasar ini telah di hapuskan..

Bendera South Africa

Peta South Africa
South Africa mempunyai tiga ibu negara yang setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan satu-satunya negara yang punyai 3 ibu negara..Pretoria (eksekutif), Bloemfontein (kehakiman) dan Cape Town (perundangan).. Secara geografi negara ini mempunyai kepelbagaian iklim yang di pengaruhi oleh ketinggian dan arus laut..Sebahagian besar negara ini bercuaca sederhana panas dan sejuk di bahagian selatan..masyarakat majoriti di sini ialah masyarakat asli berkulit hitam yang terdiri dari 79%..namun jumlah penduduk selebihnya terdiri dari pelbagai latar belakang menyebabkan South Africa mempunyai 11 bahasa rasmi..

Kami Zirafah
Dari segi ekonomi, South Africa merupakan negara yang kaya di kalangan penduduk yang hidup sederhana..bumi bertuah ini yang mengandungi galian berharga seperti emas, platinum dan berlian dan pengeluar utama dunia bagi ketiga-tiga galian tersebut..tidak seperti kebanyakan negara Afrika yang lain di mana pertanian merupakan sumber ekonomi utama, perkhidmatan merupakan sumber ekonomi utama di sini.. South Africa juga merupakan antara negara yang paling banyak dilawati pelancong di Afrika selain Egypt..kaya dengan budaya dan habitat semula jadi haiwan liar..tapi aku akan sambung cerita pasal keindahan South Africa pada entri yang seterusnya..

Harapan dan tanjung harapan mungkin dua benda yang berbeza..tapi setiap darinya masih berkaitan tentang kebaikan..setiap manusia punyai harapan masing-masing dalam hidup..mengikut zaman yang di laluinya..cara bagaimana mereka mencapai harapan mereka dan bagaimana mengurus harapan yang sedia ada bergantung pada rasa masing-masing..tapi harapan menginjak dewasa yang aku maksudkan pasti tersenarai dalam harapan yang diingin..manusia mana yang tak mahu bekeluarga..masing-masing ada masanya..hu19

p/s: harapan aku yang lain supaya dapat khatam al-quran lagi tahun ni..Amin


No comments:

Post a Comment