Thursday, 26 July 2012

Hari Lahir

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir

Ucapan yang ditujukan kepada seseorang yang menandakan ulang tahun kelahirannya yang ke sekian kalinya pada tahun beikutnya..23 tahun, 4 tahun,19, 89, sekalipun 107 tahun....ucapan susulan pula mesti perihal tentang panjang umur dan dimurahkan rezeki..mengikut kajian, hanya 1 dari  1 billion orang zaman sekarang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-116..panjang umur mereka..

Secara halus, Hari Lahir dapat memberikan kesedaran secara mendalam tentang betapa kita harus bersyukur kepada tuhan yang telah melanjutkan usia kita..secara tak langsung memberi peluang untuk memperbaiki peluang kepada kesilapan lepas..menambahkan amalan..menunaikan hajat mahupun merancang masa depan..cara menyambut nya pula terpulang lah pada individu..lazimnya kek selalu menjadi simbolik utama dalam menyambut hari jadi..tak kisah lah kek berkrim, kek lapan tingkat, cupcake, kek gula hangus, kek pisang..layan..bagi cara meraikan lebih ekstrem, lontaran objek aneh seperti telur busuk, air jamban dan tepung kepada si penyambut hari jadi disertakan hilai tawa jahat setelah mengenakannya..namun bagi hari lahir yang jatuh pada bulan Ramadan ada moleknya makan buah kurma aja..hu19..

Hadiah pula menjadi tradisi semasa sambutan hari lahir..bagi teman rapat dan istemewa, mereka akan memberikan hadiah bermacam-macam bentuk..coklat, anak patung, bunga, ampai baju, sudip, buku praktikal, pensel warna, serbuk lada hitam dan sebagainya..bergantung pada motif pemberian..bagaimana pula dengan hadiah tiket pelancongan ke luar negara..pasti menarik kan...tapi anda perlu megumpul duit sebanyak yang mungkin untuk mencapai tujuan ini..kali ni aku nak sambung entri semalam berkenaan South Africa..



Wilayah di South Africa
South Africa terdiri daripada sembilan wilayah setelah berakhir dasar Aparteid pada 1984 iaitu..walaupun terdapat tiga ibu negara..secara amnya Pretoria adalah dirujuk sebagai ibu negara utama..namun bandar terbesar di South Africa ialah Johannesburg yang penduduknya melebihi 1 juta orang..jangan terperanjat kerana terdapat sejumlah orang melayu (Melayu Tanjung) yang  (160, 000 orang ) besar tinggal di South Africa yang di bawa oleh Syarikat Hindia Timur untuk dijadikan hamba satu ketika dahulu yang kebanyakan dari Indonesia dan Melaka..mereka adalah kelompok pertama memperkenalkan islam di sini di mana 1.5% penduduk South Africa beragama islam..manakala Kristian adalah agama utama di sini dengan lebih 79.5%..

Taman Negara Kruger
Taman Negara Weskus
Tarikan utama di South Africa adalah mengenai flora dan fauna nya..merupakan salah satu negara megadiversiti yangkaya dengan kepelbagaian species..juga kepelbagaian iklim yang meliputi keseluruhan South Africa..Taman Negara diwartakan untuk melindungi species ini seperti  Kruger National Park, Pusat Lindungan Mala-Mala dan West Coast National Park..terdapat sejumlah haiwan mammalia dalam kuantiti yang besar di sini seperti zirafah, gajah Afrika, badak sumbu putih , dubuk, singa, impala dan harimau bintang..kalau tengok Nat Geo Wild selalu la nampak haiwan ni..

Cape Town
Bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna..terdapat juga bandaraya yang membangun sesuai untuk kedatang pelancong seperti Durban, Cape Town, Johannesburg-Pretoria dan Elizabeth Port..Cape Town bandar yang terletak berhampiran garisan pantai merupakan bandar yang paling popular di benua Afrika..banyak mercu tanda semulajadi di sini yang digemari pelancong seperti Cape Point, Table Mountain, Clifton Beach dan Table Bay..jauh berbeza dengan keadaan negara Afrika yang lain yang rata-rata nya hidup dalam kesusahan..tanah yang memisahkan Lautan Atlantik dan Lautan Hindi ini juga menyaksikan perbezaan iklim yang ketra di mana terdapat kawasan gurun di kawasan pedalaman dan ada juga kawasan yang mencecah tahap beku..

Table Mountain

Namun realitinya hanya empat bandar utama ini sahaja yang dibangunkan secara agresif menyebabkan kawasan lain terpinggir..hampir suku dari penduduk masih tidak mempunyai pekerjaan yang majoritinya masyarakat berkulit hitam..ini menybabkan South Africa merupakan negara yang paling mempunyai ketidaksamaan pendapatan paling tingg di dunia di antara si kaya dan miskin..masih ramai penduduknya yang miskin..penyakit AIDS juga menjadi ancaman yang serius di negara ini..pemimpin berkulit hitam sedang sedaya upaya untuk memastikan perbezaan jurang tidak terlalu jauh dan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sejak berakhirnya dasar Aparteid..

Nak melancong ke South Africa semata-mata untuk sambut hari lahir..kena pikir dua tiga kali..banyak kos ni..pergi la waktu lain yang bersesuaian..ajak melancong ke mall, wayang ketika majlis hari lahir pon ok apa..tak pon pergi jer KFC senang..celebrate kat situ..hari lahir juga mungkin boleh menjadi titik mula untuk melakukan azam baru..mungkin..d

p/s: Selamat Hari Lahir..

No comments:

Post a Comment